Thursday, December 27, 2018

DEC 2018 | Episode 02 - Cuti Cuti Dekat Dekat Je

Sesi percutian episode ke 02. Kali ni memang tak pegi jauh sebab ada urusan urusan yang perlu disettlekan.

Selangor negeri ku....

Ke mana nak di tuju?

Malas nak gi jejauh. Dekat pun jalan jem

Teka kat mana?

Airport.. Yeah..

Orang gi airport naik kapal terbang, 

Kami pegi bercuti je kat Sepang.

Menginap di sini

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

Boleh lah relaks relaks chill chill layan bebudak mandi

Tak de banyak aktiviti...

Tak gi shopping kat sini...

Tapi gi jalan jalan kat KLIA2. Haks..

Cari kelengkapan Hero nak bersukan sukan.

Layan jugak kemahuan anak dara aku tu

Suruh beli bebenda macam ni manfaatkan masa cuti

Ini jugak yang dia cari....

Lagipun Cinderella nak cari sepatu...

Tinggal sepatu tengah jalan, haram tak de prince charming heran...

Jalan jalan cari kudapan...

Tersesat di luar kawasan...

Dipertemukan dengan tempat makan

 Singgah sat sebelum beredar..

Percutian tak berakhir di situ.

Tak puas menginap di Selangor....

Pindah lak ke KL.... 

Dari Sepang ke Ampang..

Menginap di Afflexia Serviced Suites

Saja nak try test tempat baru

Tapi lokasinya agak haru biru

Nasib baik facilities macam unik, menarik tapi agak pelik pelik skit sebab kena turun naik bangunan untuk sampai ke satu satu tempat dia. 

Concept menarik tapi hilang kemudahan dan keselesaan. Kuasa viral memang luar biasa tapi realitinya biasa biasa jer.










Malangnya masa kat sini, aku lak tak sihat perut. Bercuti tapi aku asyik tidur je. Masalah pencernaan. Patut stay 3 malam, pendekkan jadi 2 malam jer. 

Hilang nikmat bercuti.

Macam macam ubatan dan juice aku telan.

Kesian budak budak pegi bercuti tapi aku tak berdaya nak layan.

Kautim balik bawak tengok wayang

Layan movie ni pastu tengok Paskal dan Hantu Kak Limah kat rumah. Eh best jugak la Paskal tu. Hantu Kak Limah agak seram seram sendu.

BumbleBee

As usual cari kelengkapan sekolah. 

Kasi settle semua benda...

Maka tamat lah perancangan bulan Disember untuk anak anak.... 

Mereka dah happy dah dapat apa yang mereka nak. 



Saat cintaku bertemu dengan mu
Pabila muzik menyatukan isyarat ku kepada mu
Dan biar aku temani seakan hati mau begitu
Terima aku tuk mewarnai cinta hatiku

Kamu yang terindah
Kamu yang melengkapkan hidup ku
Kamu yang menerangkan sinar hati ku
Pabila jiwa ku sepi

Kemarilah kepada ku
Kemarilah cinta ku oh sayang
Kemarilah terus pada ku
Demi cinta kita

Dah abis beli jiwa mereka, dan aku ada misi khas menghabiskan cuti hujung tahun.




Hoyeh....  Moga dipermudahkan segalanya.............

TAMAT

8 comments :

  1. Eeewwaaahhhh... Nk ge mana pulak tu uncle...hehe

    ReplyDelete
  2. Memang unik betul Afflexia tu.. Moga misi hujung tahun lancar & ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik pun. alhamdulillah. tercabar jugak la trip ni

      Delete
  3. menarik Afflexia tu..colourful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni ramai la org pegi.. pastu menyesal lite lite

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...