Wednesday, December 5, 2018

EXPRESSIONZ PROFESSIONAL SUITES, KL : 02 - Facilities

Masih lagi di Expressionz Professional Suites, kali ni kita usha beberapa facilities yang ada....



Located in the thick of cosmopolitan life, Expressionz Professional Suites at Jalan Tun Razak puts you right where you want to be. With over 300 spacious suites and sky loft suites that overlook the majestic Kuala Lumpur City Skyline and a breath-taking Titiwangsa Lake Garden view, these living spaces are a lifestyle by themselves. 

On the highest floor of the building, a sky gym fully covered with glass walls, and a sky deck located at level 48 gives our guests a spectacular 360° view of the Kuala Lumpur skyline. Expressionz offers luxurious service quality and facilities to all our guests. 

Relax and express yourself in comfort in these luxurious living areas in Expressionz Professional Suites while on business or holiday in Kuala Lumpur.



01 - SKYPOOL

Tarikan utama di sini adalah skypool yang terletak di tingkat 48. Tower B.


Dan skypool ni jugak yang menjadi tarikan utama untuk aku datang mengusha dan menginap di sini. 










Infinity pool berlatar belakangkan keindahan kota Kuala Lumpur. Skypool dia memang antara yang terbest rasanya di KL ni. Sebab bangunan ni macam jauh dari yang lain, so view dia agak luas tanpa terhalang.

Anak anak aku memang puas dan seronok mandi manda di sini.

Saiz pool boleh tahan besar so walaupun orang ramai tapi ada space yang mencukupi untuk tetamu di sini. Pool jugak di buka sampai lewat malam tapi tak de guard yang menjaga.

02 - SKY LOUNGE



Terletak di tingkat yang sama bersebelahan dengan Sky Pool. Sky Lounge ni macam space untuk lepak santai. Selain dari dapat usha orang mandi, view dari sini pun boleh tahan menarik.






03 - SKY GYM

Dah nama sky sky ni mesti lah di level yang tinggi. Gym terletak di tingkat yang sama dengan pool.



Sesuai untuk mereka mereka yang sentiasa nak kekal fit. Not me la of course !

04 - RELAX AREA

Port untuk lepak dan santai santai.....


Terletak di level paling tinggi jugak tapi bukan di blok B yang ada pool tapi di tower A. Boleh access naik ke atas dan bersantai di sana. 

Tempat ni macam belum sepenuhnya terjaga. Dalam kolam tu banyak jentik jentik membiak !





05 - BUSINESS LOUNGE

Ni port untuk business meeting atau ada pertemuan nak discuss pasal projek juta juta. Terletak di tingkat 21 dan boleh di access dari dua dua towers.





06 - VIEWING DECK

Terletak di tingkat 22 dan boleh di access dari kedua dua building. Port untuk usha arial view dan kawasan sekitar Kuala Lumpur...............




07 - GARDEN AREA

Selain dari kawasan sky sky yang dipuncak bangunan, ada satu lagi kawasan yang menyediakan facilities seperti pool, wading pool, sauna, dan macam macam lagi. Sesuai untuk cater family with small kids dan juga tempat santai selain daripada facilities yang di atas atas tadi.

Terletak di tingkat 8 dan boleh di access dari ke dua dua block bangunan.

Antara facilities yang ada

01 - Garden Pool. Kalau tak nak bersibuk sibuk di pool atas boleh lepak lepak di pool di bawah ni.






02 - Kids Playground/Garden Area





03 - Wading pool/ Sculpture water pool/ Jacuzzi and sauna.







04 Kids' room


05. Pool Lounge yang belum di buka sepenuhnya.



Memang cukup lengkap facilities di sini cuma tak de bar atau restoran di buka time aku menginap di sini.

Aku pun pegi Kg Baru nak makan

Nampak view W Hotel.... hmmmm pasang angan angan !
   
Overall, nak stay OK, aku agak recommend jugak Expressionz Professional Suites sebab suites dia harga agak murah dan facilities lengkap dan view pun lawa sesuai untuk business travellers dan family staycation. 

Cuma lokasi dia agak tersorok walaupun terletak di Jalan Tun Razak tapi kawasan tu memerlukan kenderaan untuk sampai. Dan juga perlukan kenderaan untuk keluar mencari makanan.

Tak de kedai serbaneka mahupun restaurants melainkan kena jalan kaki ke Menara Celcom, kat situ mungkin ada.


EXPRESSIONZ PROFESSIONAL SUITES
Jalan 2/65a off Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur,
Malaysia
Phone: +60 12 776 8155
Email: expressionz.reservation@mykeyglobal.com
web : Expressionz.com.my/
fb : /expressionzsuites/

Sila compare harga dengan agoda sebelum booking. Agoda rate murah sikit pada official website.

bersambung..................

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...