Friday, May 25, 2018

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang

Salam Jumaat !

Elok bulan bulan Ramadan ni, kita singgah iktikaf di masjid tambah pahala. 

Tapi nak pegi masjid mana?

* intonasi macam iklan Trivago.

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz yang terletak berdekatan dengan Airport Subang

Turut di kenali sebagai Masjid Hijau, Subang Airport. Kerana kubahnya yang berwarna hijau.

Untuk yang lebih biasa mengenali masjid ini sebagai Masjid Ustaz Dahlan. 

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Ustaz Dahlan, kerana beliau menjadi imam yang sangat disayangi dan dihormati jemaah. 

Mungkin ramai yang tak tahu di mana lokasi sebenar masjid ni sebab kedudukannya yang tersorok.

Masjid Subang Airport ini terletak berhampiran terminal lama lapangan terbang Subang kena ikut roundabout sebelum airport tu.  Masjid ini terkenal, terutama bagi para aktivis gerakan Islam hampir seluruh negara. Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz dan ramai lagi pemimpin Pas dan gerakan Islam yang lain sering berkunjung dan memberikan kuliah di masjid ini.

Dan di sini la dulu sebelum ni lokasi Sup Gadai Nyawa yang kini telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Kawasan persekitaran ditebus untuk kegunaan dan pembinaan

Yang hanya meninggalkan bangunan masjid di situ

Menurut wiki...

The Subang Airport Mosque or Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang is a main mosque in Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang, Selangor, Malaysia. 

It was built in 1992 and opened on 1994. It is also used as an international mosque for tourists who arrive and depart from Malaysia. When Subang Airport was transferred to Kuala Lumpur International Airport (KLIA) in Sepang on 27 June 1998, it was converted into a public mosque for Muslims from Kampung Subang, Ara Damansara and Saujana.

Dan kini masjid ini sedang mengalami proses penambahbaikan bagi mencantikkan lagi bahagian luar dan dalaman.

Jom singgah !

Aku selalu lalu area ni tapi jarang singgah masjid ni sebab kedudukan dia yang agak tersorok.

Tapi kalau hari Jumaat memang jadi tumpuan sebab ramai staff Subang Airport akan solat Jumaat di sini.

Aku datang untuk solat zuhur. Singgah sekejap sebab nak menuju ke destinasi lain selepas tu. Dulu dulu pernah datang makan nasi ayam kat sini. Sedap boleh tahan. Tapi dah lama dah.

Kawasan parking yang luas dan mencukupi sekitar kawasan masjid

Sebelum ni memang banyak gerai makanan di sekitar termasuk la perumahan. Sekarang semuanya dah clear.

Cuma tinggal kubah hijau ni. Ni pun macam baru di cat semula bahagian luaran.

Sebab dalam proses renovasi, bahagian dewan solat utama di tutup untuk kerja kerja pembinaan jadi jemaah boleh solat di bahagian luar masjid jer.

Anak anak tahfiz yang belajar di sini.

Ambik wuduk dulu

Ada kolah dan kemudahan tandas

Kalau jumpa cermin baca ni ! Bukan mirror mirror on the wall...............

Solat di luar

Carpet

Corak bunga bunga

Sebab kawasan masjid ni macam lapang so bahang panas tak rasa malah udara segar masuk ke kawasan terbuka menjadikan solat pun selesa walaupun di luar saja.

Jom usha bahagian dalaman.

Bahagian luar

Jemput masuk

Bahagian dewan solat utama yang masih belum siap

Bahagian belakang

Mimbar

Dewan solat utama masjid

Kubah

Bahagian atas.

Ada mamat mamat kontraktor dok buat keje dalam tu, katanya bakal siap dalam masa sebulan lagi ( dari tarikh aku singgah ). 

Hopefully by now dah siap dan lebih indah.

Semoga terus menjadi tempat ibadah yang memudahkan jemaah

Ada akademi tahfiz di masjid ni. Di tingkat atas.

Moga masjid hijau Airport Subang akan terus memberi manfaat yang sewajarnya kepada jemaah dan kariah sekitar kawasan

Kawasan masjid yang luas hampir 5 ekar
  
Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
(Subang Airport Mosque)
Jalan Lapangan Terbang Subang,
Seksyen U3,
47200 Shah Alam, Selangor
fb: masjidhijausubang/

Masa untuk bergerak

Boleh berkunjung kalau berada di kawasan berdekatan.

Selamat berkunjung !

3 comments :

  1. ada sekolah tahfiz..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. baru tau dia org punya sekolah tu kat area kubah masjid. ramai jugak pelajarnya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...