Friday, December 9, 2016

Jom Singgah : Masjid Tun Abdul Aziz SS 14, PJ ( Masjid Bulat )

Salam Jumaat !

Bagi yang biasa dengan area PJ pastinya maklum tentang Masjid Bulat yang cukup sinonim dan masih kekal walaupun landskap PJ berubah sehingga menjadi sebuah bandaraya.

Masjid Tun Abdul Aziz atau juga dikenali sebagai Masjid Bulat terletak di Seksyen 14 di persimpangan antara Jalan Semangat dan Jalan Dato 'Abdul Aziz. 

Masjid ini dibina di antara tahun 1975 dan 1977 dengan senibina gaya Modernist. Kiranya masjid ni sendiri dah berumur hampir 40 tahun !

Dibuka secara rasmi pada 31 Julai 1977 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid bulat pertama di Malaysia ini dinamakan Masjid Tun Abdul Aziz sempena nama seorang tokoh yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 1954, berjasa kepada Negeri Selangor dan juga negara. Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan masjid ini pada 25 Februari 1977.

Jom kita gi melawat. tapi aku singgah solat maghrib so gambar pun suram suram je la semuanya.

Masjid Bulat aka Masjid Tun Abdul Aziz

Di kenali sebagai masjid bulat sebab rekabentuknya di bina secara bulatan penuh


Parking sini. Parking agak limited tapi sebenarnya ada few area. Cuma kena tahu mana nak masuk je.


Parking di sediakan

Masjid Tun Abdul Aziz telah dibina pada bulan Mac 1973, 10 tahun selepas cadangan untuk membangunkannya disuarakan oleh ahli kariah dan penduduk seksyen 14. Masjid ini dibangunkan dengan usaha Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk-Penduduk Islam Petaling Jaya Utara (PKPIPJU) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Bakri bin Ramly.

Allahyarham Datuk Harun bin Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu telah bersetuju dengan perancangan pembangunan masjid dan melantik John Ho, seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya untuk menyediakan reka bentuk yang unik dan menarik sebagai meraikan permintaan Ahli Jawatankuasa.

Kos pembinaan masjid adalah sebanyak RM790,000.00 dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Siap pada bulan September 1976, ia pertama kali digunakan oleh ahli kariah untuk menunaikan solat Aidil Fitri pada 25 September 1976 bersamaan 1 Syawal 1369.

Plak perasmian

Jangan tau tau, masjid ni pun ada visi dan misinya yang tersendiri

Jom usha belah dalam bangunan masjid.

Masjid Bulat ni sebenarnya ada 2 tingkat. Di bahagian bawah ada tadika dan juga bahagian pejabat pentadbiran masjid.

Masjid Tun Abdul Aziz adalah di antara masjid yang mempunyai pejabat pentadbiran sepenuh masa dan waktu berurusan adalah hari Isnin – Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang namun tidak terhad kepada hari dan waktu bekerja sahaja.

Sekolah tadika

Di bahagian tingkat bawah juga adalah tempat wuduk dan kemudahan tandas.

Air kolah

Di larang berendam !

Dah ambik wuduk, boleh naik ke atas ke dewan solat utama.

Dan tangga untuk ke tingkat atas iaitu dewan solat utama

Entrance masuk ke dewan solat utama

Dewan solat utama

Mimbar dan mihrab

Ruang saf jemaah dalam masjid

OK jap !

Aku datang nak singgah solat. Bagi aku solat jap.

Kejap je tau ! Kang aku sambung

* hahahahaha

Apa kata zikir dulu...



Dah? Good !

OK. Bagi yang tak pernah masuk atau tak berkesempatan singgah di Masjid Bulat, meh kita tengok ruang dalam dewan solat utama masjid ini.

Ni karpet dalam dewan solat

Ni bahagian depan dewan solat

Belah kiri, ruang untuk muslimah

Belah kanan. Ruang solat untuk muslimin. Nampak tak dinding nya corner berbentuk bulat.

Arah belakang. Dari pintu masuk utama

Atas. Masjid ni ada kubah kecil dan bahagian bumbung lain adalah flat.

Walaubagaimanapun, seiring dengan arus pemodenan dan keperluan untuk menambahbaik kemudahan untuk para jemaah dan kairiahnya, Masjid Bulat ini tidak dapat tidak, akan menjalani proses naiktaraf yang di harapkan tidak akan menghilangkan identiti dan senireka asal sediaada.

Lakaran pengindahan dan rekaan yang bakal di naiktaraf

Semoga Masjid Bulat ini kekal memberi kemudahan yang terbaik kepada masyarakat untuk terus beribadah.

Masjid Bulat !

Gambar Masjid Bulat di waktu siang yang pernah aku ambik satu ketika dulu

Masjid Tun Abdul Aziz ( Masjid Bulat )
Jalan Semangat,
Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

FB : Masjid Bulat
Website : Masjid Bulat PJ

8 comments :

  1. Ada seorg jemaah berkerusi roda kat masjid ni. Disebbkan fizikalnya dia hanya mampu solat jemaah dr bwh tangga atas kusi rodanya. Membuatkan kita terfikir & menginsafi diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau parking atas tu boleh access terus ke dewan solat kan?

      ke memang masjid ni tak mesra OKU? kurang perasan pulak

      Delete
  2. lama sungguh masjid ni..kwsn industri di sekitarnya akan berubah wajah ke komersil, semoga masjid ni tetap kekal dan bertambah makmur..

    ReplyDelete
  3. saya baru balik dari Luang Prabang dan menjadikan blog encik supermeng sebagai rujukan. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Alhamdulillah.. Moga2 perkongsian dpt di manfaatkan sebaik mungkin.

      Delete
  4. Selalu gak singgah masjid ni bila shopping kat Digital Mall :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...