Masih lagi di Legoland Malaysia.
Kali ni usha sikit area waterpark yang sempat kami singgah di hari berikutnya. Sebab budak budak memang aim nak mandi lagi kat sini lepas dia orang rasa syok gila dulu, so aku ikutkan saja.
Sekali sekala kasi layan dua dua ni.
Pamphlets dan peta Legoland Park
Melangkah ke arah waterpark
Usha di Legoland Waterpark
Budak budak memang excited
Dan aku memang tak ambik pot
Igauan dan bayangan ngeri aku nampak di sini.
Orang ramai gila. Masing masing dengan gaya yang tersendiri. Datang nak berendam dan mandi mandi.
Memang aku rimas di buatnya. Biar je budak budak buat aktiviti sendiri. Biar dia orang berendam dan mandi puas puas. Aku tak tengok pun. Pepandailah dia orang.
Aku cari port melepak. Konon jauh dari hiruk pikuk manusia yang sememangnya ramai ni.
Tapi lari kot celah mana pun, manusia memang ramai. Suasana memang bising dan riuh rendah. Ada yang ketawa keseronokan. Mengilai. Menjerit. Memekik. Ada yang menangis dan macam macam lagi lah. Tapi semuanya suasana yang aku tak gemar.
Nak usha orang datang kot ada yang seksi seksi. Haram ! Semuanya melukakan pandangan mata. Dah lah cuaca panas terik buat tekak rasa dahaga jer.
Usha sikit kawasan ni.
aku perasan budak budak main water craft sini lama jugak
Pastu aku nengok dari jauh jer
Dapat port agak menarik, aku boleh bersantai
Sambil usha usha....
Slow slow pandangan mata kabur.
Pastu aku tak sedar apa dah. Aku terus hanyut dalam riuh rendah manusia ! Aku terlena !
Sedar sedar tengok jam. Alamak ! Lamanya aku terlelap ! Mana anak anak aku?
Alamak ! Apa dah jadi dengan dunia ??? Bangun intai intai cari dia orang
Usha dari kejauhan. Ramai ramai manusia macam tu mana lah nak nampak kelibat dia orang berdua
Cari punya cari tak jumpa jumpa !
Gagal di kesan !
Pusing pusing keliling mencari tak jugak aku jumpa.
Balik semula kot dia orang cari aku kat tempat aku menunggu. Tak de jugak !
Isk !
Dah lama sangat ni. Tak puas puas lagi ke dia orang ni?
Perlu ke aku pegi minta bantuan mencari budak dua orang ni?
"Hello ! Hello !!! Bapak korang dah nak balik hotel ni !!!"
Tak de tanda tanda positif !
Lama jugak la aku tunggu. Naik risau dan nak naik antu jugak aku di buatnya. Cari banyak tempat tak jumpa.
Tak lama tu baru aku nampak kelibat dua dua berlari lari. Isk !
Satu hal lak aku kejar dia orang kat tempat basah walhal aku tak ready nak basah. Rupanya dia orang seronok mandi manda. Main kat bahagian atas kat gelungsor kaler kaler tu. Pastu main kat open pool. Seronok sungguh lah. Langsung dia tak ingat aku tunggu dia orang kat bawah ni. Kalau aku tau macam ni baik je aku tunggu kat hotel. Boleh gak tidur dengan senang lenang.
Puas jugak pujuk ajak balik hotel. Akhirnya baru lah dua dua akur. Kembang kucup dan masing masing berendam dalam air.
Dah la aku tengok air dengan orang ramai ramai macam tu aku sendiri rasa tak selera. Baik la mandi kat kolam hotel je lagi best ! Tapi tu kata aku, bagi dia orang ni, berasak ramai ramai macam ni la kot agaknya nikmat keseronokan !
Dah siap siap kering keringkan badan baru la jalan kaki balik ke hotel penginapan.
Bye bye Legoland....
Tak tau lagi bila kami akan datang. Tapi macam dah serik je aku rasa !
On the way balik ke Somerset Medini, kami lalu kat Mall of Medini. So ambik kesempatan singgah dan membeli juadah untuk makan di hotel.
Mall of Medini
Mall of Medini dibangunkan oleh Nusajaya Lifestyle Sdn Bhd, dengan usahasama 55:45 antara UEM Sunrise Berhad dan Iskandar Harta Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Iskandar Investment Berhad.
Menjadi hub hiburan runcit utama dan Lifestyle Mall di Iskandar Johor, Mall ini terletak bersebelahan dengan LEGOLAND ® Malaysia dan dibina dengan keluasan 2 juta kaki persegi menjadi pembangunan runcit terbesar rantau selatan. Malah plan pembinaannya akan menjadi lebih besar daripada pusat membeli-belah Pavilion yang terkenal di Kuala Lumpur dan Vivo City di Singapura.
Facebook : Mall Medini
Masing masing dah kelaparan. Kebetulan banyak pulak food truck kat situ jual jualan jadi kami singgah singgah mencari makanan untuk mengisi selesa.
Ada minuman dan aiskerim
Pasta dan makanan makanan ringan
Beli serba sikit. Orang pun ramai. Sudahnya beli KFC je tapau bawak balik hotel. Pastu singgah kedai convenience store beli groceries dan apa yang patut. Budak budak dah flat dan keletihan !
Aku pulak rimas orang beramai ramai.
Ada jugak badut buat pertunjukan
Dan program hujung minggu
Walaupun Mall of Medini ni bagi aku masih kurang tarikan dari segi untuk beli belah tapi aktiviti yang dilaksanakan mampu menarik ramai pengunjung datang ke sini.
Tak berapa nak ambik pot sangat apa yang berlaku kat sini
Balik ke hotel penginapan, berehat dan sambung bersantai sampai lah masa check out esok hari.
Overall, trip jalan jalan cuti sekolah yang agak puas hati untuk budak budak. Dia orang happy, aku tumpang happy gak lah.
Tapi kalau plan nak datang Legoland ni, tunggu la ada tarikan lain atau yang lebih menarik lagi. Maybe next 5 years kot. Sekarang masih tak banyak perubahan dan tarikan masih sama macam dulu juga.
TAMAT.
Ow parop, bulih nyo tido gitu mo lalu
ReplyDeletetu ah. ngantuk do-oh... selamba je tidur. mesti air kolam berkocak dek kerana dengkuran naga.. hahaha
Delete