Mencari masakan Pantai Timur dengan lauk ala ala kampung dan gulai kawah?
Anda datang ke tempat yang betul !
Di Cyberjaya kini di buka, Che Mat Delights - Selera Pantai Timur !
Aku dah try sekali. Orang bawak. Ikut kan je walapun aku tak berapa gemar gulai gulai kawah ni especially kalau daging dan seangkatan dengannya.
Tapi orang kata menarik, so nak juga cuba !
Layan dulu setting kedai nya.
Bahagian dalam. Ada bilik aircond kat dalam jugak
Tepi
Ruang resto
Setting agak menarik. Deco simple dan banyak meja untuk duduk
Boleh jugak lepak lepak di bahagian belakang kalau malu nak membuat kemunculan di bahagian depan. Port sesuai untuk #ForeverAlone
Tapi sebab menjadi tumpuan, sepanjang masa especially lunch orang memang ramai. So ikut nasib la nak dapat seat. Lagi tak bernasib baik kalau dapat seat tapi lauk pauk dah abis !
So banyakkan bersabar dan berdoa.
Now tengok hidangan pulak. Biarlah gambar membicarakan segalanya.....
Lauk pauk terhidang
Pilihan
Seafood dan pelbagai lauk pauk
Ketam. Sotong dan macam macam pun ada.
Gulai kawah
Kerang rebus dan ayam kampung
Ikan ikan terhidang di meja
Ayam percik pun ada
Sayur sayuran penambah selera
Dah ambik tu maka jamu lah selera !
Ketam sekor RM 15
Hidangan
Menikmati masakan ala kampung
Air di lupa jangan
Bagi aku lauk pauk dan masakan dia biasa biasa je. Maybe hype sebab baru dan viral di media sosial. Personally aku lebih suka Mat Ayam Kampung.
Boleh cuba kalau nak mencari masakan sebegini. Harga pun mengikut selera dan citarasa.
Resto
Datang lah dan nikmatinya sendiri. Refer FB : Che Mat Delights Cyberjaya untuk maklumat dan waktu perniagaan.
CHE MAT DELIGHTS
CBD Perdana 2
Cyberjaya.
Selamat mencuba !
menarik...ok sok jugak aku terjah...hehehehe
ReplyDeletedah pegi belum? sila terjah !
Deletebanyak betul masakannya..Mat Ayam Kampung pun sedap, tapi takde ketam mcm ni..
ReplyDeletedia ada hari hari je kot katanya ada seafood ni. hari biasa gulai kawah dgn ayam kampung tu jer
DeleteFresh x ketam tu?
ReplyDeletedop.... body je beso tapi isi tak dop
DeleteSo far Mat Ayam Kampung paling best kalau makan masakan ala kampung area Cyberjaya tu haha. Skrg dah ada branch kat Putrajaya. Bwh opis jee weh... heeee
ReplyDeleteyup. mat ayam kampung memang best. hassan pun best. tapi kalau lambat.. melepas abis lauk
Delete