Tuesday, December 20, 2016

Jalan Jalan Cuti Sekolah Sept 2016 : 01 - Somerset Medini, Iskandar Puteri - Part 1

Ting !

Tiba tiba kita sampai di JB.

Terima kasih kepada Doremon dengan pintu suka hati nya. Kejap je buleh travel ke sana dan ke mari. Tak payah nak packing packing.

Sebenarnya entry ni adalah rentetan dari highlight Cuti Sekolah September 2016.

Agak lama dah tu. Kalau jalan kaki gi JB pun dah lama sampai pada nak tunggu entry ni muncul.

Tapi tak per. Sebab nak dokumenkan jugak sambil share apa yang patut, maka hari ni aku share entry penginapan semasa kami di Kota Iskandar Puteri tempoh hari.

Hotel dengan bangunan tinggi. Dari jauh memang tak berapa pasti. Bila dekat baru nampak papan tandanya

Since trip cuti sekolah ni adalah nak pegi ke Legoland maka hotel kena cari area tu lah jugak. Kebetulan aku terbaca rangkaian hotel antarabangsa Somerset telah membuka penginapan terbarunya di kawasan Iskandar Puteri tersebut.

So kalau dulu kami menginap di hotel Legoland, kali ni elok juga berubah angin.

Yuk. Cuti cuti santai santai.

Ini lah bangunan Somerset Medini, Iskandar Puteri ni.

Sebenarnya ia adalah bangunan service apartment yang salah satunya pihak Somerset bangunkan sebagai penginapan style service residence. Oh jangan terpedaya, di area Nusajaya tu ada lagi satu Somerset iaitu Somerset Puteri Harbour, Nusajaya.

Somerset Medini Iskandar Puteri is located in Johor – a sustainable city planned, designed and intended for the community. Intrinsic needs such as safety and security, transportation, convenience and enriched lifestyle are part of an integrated master plan of the city which mirrors the exact standards practiced by all our properties, in providing its guests the best in hospitality.

Waktu kami sampai, tercari cari bangunan Somerset Medini ni tapi tak nampak nampak. Kena pusing ikut jalan lain baru pasti tu lah bangunan yang di cari. Sebab nya sign Somerset tu belah belakang dan agak ke bawah. Tak berapa kelihatan.

Lagi satu masalah adalah nak cari lobby dia.

Dah ikut laluan yang betul Somerset Medini

Kalau salah masuk memang terpinga pinga kat apartment yang satu lagi sebelah nya. Rupa rupanya, cuma ada kawasan drop off saja kat bahagian ruang legar bangunan tu. Tetamu kena naik ke tingkat 2 di mana kawasan lobby sebenarnya terletak.

Drop orang, drop barang dan pegi parking kat bawah. Parking kena bayar RM 10.

So naik ke lobby untuk urusan check in.

Ruang legar lobby di tingkat 2

Tak de ramai tetamu check in masa tu so kawasan agak tenang

Menunggu tak lama.Yang bestnya bilik kami dah siap tersedia ! So tak payah tunggu pukul 3 petang. Dah boleh masuk bilik dan bergelimpangan

Cuma aku rasa meja reception ni agak pelik sikit. Dah lah mengadap tiang besar tu, pastu depan tu laluan orang lalu lalang ke lif untuk ke bilik. Kalau orang beratur dan traffic jem kat situ.

Dari kawasan lobby boleh nampak taman dan juga swimming pool. Nampak mengujakan.

Nampak bangunan Hotel Legoland tak jauh dari situ

Dah dapat pass key. Bilik kami di tingkat 17

Kalau boleh mintak la level yang tinggi dan mengadap Legoland sebab belah satu lagi view tak berapa menarik.

The 33-storey Somerset Medini Iskandar Puteri houses 310 apartments. From the façade to the interior and its facilities, 

Somerset Medini provides the comfort and familiarity of home to our residents. Offering expatriates and travellers a choice of studios, one-, two- and three-bedroom apartments, each stylishly furnished with a fully-equipped kitchen, a separate living, working and sleeping areas, an en-suite bathroom and other modern amenities.

Jadi apa tunggu lagi. Ayuh kita usha apartmentnya di sini.

Laluan ke apartment

"Assalamualaikum, Kami datang nak tumpang bermalam. Tapi kami dah bayar !"

Sampai bilik rasa excited sikit. Dah boleh berehat selepas drive dari KL ke JB dari awal pagi.

Since aku dah pernah stay kat Ascott dan jugak Somerset ni, jadi expectation aku agak sama je dari segi kemudahan dan facilities dia tapi since Somerset Medini ni masih baru, mesti la aku nak tengok benda benda yang baru je. Yang shining shining jer. Lagipun masa aku pegi ni, memang Somerset Medini ni baru saja di buka.

Masuk masuk je ada kicthen di sebelah kiri. 

Fully equipped dengan kitchenette dan segala benda benda nya. Anak aku ni pantang kalau benda peralatan dapur ni, dia laju je macam dia ingat mainan dia

Ruang tamu dengan sofa, set TV dan meja makan

Sofa dan karpet yang masih baru dan kelihatan bersih. Tempat malam karang aku beradu

Hiasan dinding dengan penataan cahaya yang terang di segenap ruang

Jenis bilik di sini ada few jugak. Studio, One - Two atau Three bedroom apartment. 

Sebab aku ambik One Bedroom Premier apartment jadi ada bilik tidur khusus.

King Size bed. Ada TV dalam bilik so tak perlu berebut nak tengok cerita apa.

Ada meja tulis. Wadrobe dan lain lain juga

Telefon pun ada. Tapi tak de pen ! Kemut la Somerset ni ! Tak buleh Hero nak pau

Jom check toilet pulak. Ada standing shower dan bilik air pun luas

Amenities

Shower Gel dan Shampoo by Naturals

Setiap apartment di sini dilengkapi dengan kemudahan dan amenities seperti berikut :

Balconies (in selected residences)
Bedroom with linen
Ensuite bathroom with towels & toiletries
Fully-equipped kitchen
Hairdryer
Home entertainment system
Multi-split air-conditioning
Steam iron & ironing board
Telephone with IDD & voicemail facilities
Washing machine & dryer (in selected residences)
Wireless internet connectivity (WiFi)

Dan agak malang jugak bilik aku tu ada balcony tapi berkunci ! 

How nak isap rokok? Jawapannya adalah rahsia. Setiap perokok pasti tahu dan pandai mencari jalan penyelesaiannya.

Ni view dari bilik aku. Nampak service apartment depan. Kalau malam terang je nampak orang berjalan jalan. Agaknya dia orang pun nampak benda ynag sama dari arah sana

Ni pandangan depan. Nampak Hotel Legoland dan juga Taman Tema Legoland. 

Hotel tu dah nampak macam mainan Lego je sebab kecik ajer

Taman Tema Legoland boleh di jejaki dengan berjalan kaki je dari hotel Somerset ni. Tapi berpeluh jugak la ketiak !

Whether as an individual or with a family in tow, making Somerset Medini Iskandar Puteri your home is an excellent choice as the serviced residence is a stone’s throw away from established signature developments making Somerset Medini the place to live, study, work and play. These developments include:

EduCity
Horizon Hills
Kota Iskandar
LEGOLAND® Malaysia
Pinewood Iskandar Malaysia Studios
Puteri Harbour

Tetiba speaking omputih. Padahal copy paste je dari website dia.

Somerset Medini, Iskandar Puteri

Dari segi penginapan semuanya nampak cantik dan lawa. Maklum lah tempat baru. Puas hati jugak lah dan aku rasa aku telah buat pilihan yang tepat untuk menginap di sini walaupun aku baru booking sehari sebelum datang ke Nusajaya ni. 

Tapi............ ada sesuatu yang meruntun hati. Melukan perasaan tetamu tetamu seperti aku ! Cannot acceptable untuk pilihan penginapan bertaraf 4 bintang seperti ini.

Gossif kendian.

bersambung .........

4 comments :

  1. Yes.. part breakfast sgt mengecewakan. Tp dimaafkan sbb katanya temporary. Hopefully lepas ni ada perubahan. So far stay kat medini mmg puas hati!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...