Friday, May 2, 2014

KLIA 2

Jeng Jeng Jeng..............

Aku pun tak percaya kalau aku ni sendiri rajin pegi menyibuk nyibuk dengan benda benda sambutan, perayaan atau majlis majlis keraian kalau di Malaysia sebab aku biasanya tak mahu pegi sebab aku akan pening kepala !

Tapi kalau kat oversea tak per because I is artis antarabangsa

* sedia nak kena gelek dengan tayar kapal terbang

Tapi baru baru ni KLIA 2 telah mengadakan open day. Viewing day untuk umum melihat sendiri kesediaan KLIA 2 yang beroperasi dengan rasminya hari ni ( 2hb May 2014 ). Dan bermula pada 9hb May nanti, semua perlepasan dan ketibaan pesawat Air Asia akan beroperasi di sini.

OK. Actually aku yang bagi idea kat OR dan budak budak nak pegi merayap weekend tu, tapi bila sampai hari dan waktunya, aku lak jadi malas. Aku cakap kat OR.

"Tak payah pegi la Yang. Boleh saya tido"

Hahaha..

"Kesian budak budak dah excited !"

Hmmmm.

Terus rasa lemah. Menyalahkan diri sendiri sebab bagi idea ni pada mula nya.

Jadi, untuk tidak mengecewakan hati hati yang dah terexcited berlebihan dan untuk tidak mengundang amokan dan mungkin rusuhan perasan, jadi aku pun setuju lah untuk pegi.

So di sini aku share sikit apa yang aku rasa, aku nampak, aku dengar dan apa apa je la yang aku rasa boleh benefit bakal pengguna KLIA 2 ni nanti. Tapi semua info ni adalah first hand, maksudnya aku pun tak abis explore sangat, kalau ada 2nd opinion atau dah merasa sendiri mungkin ada cara yang lebih baik.

Kami bergerak dari rumah dekat tengahari jugak lah. Sepanjang jalan mendung dan nak hujan. Aku dah rasa tak sedap hati, belum kira betapa ramainya orang yang bakal ada di sana dan aku turut sama nak bersesak sesak, berlaga bontot, bersenggol senggolan nanti.

Tapi tak pe, misi diteruskan. Macam biasa, OR drive !

Ini sign KLIA 2 sebaik saja masuk ke simpang yang memisahkan jalan menuju KLIA 2 dan jalan KLIA tu. Jangan tanya pasal jalan LCCT. Jalan tu dah jauh terkebelakang !

Pastu akan nampak la tersergam indah dan megah KLIA 2. Megah tu mungkin ya. Indah tu aku kurang pasti. Nampak jugak traffic tower yang dicanang canang sebagai menara air traffic tertinggi di dunia !

Dah nak sampai ke simpang seterusnya. Ketibaan dan perlepasan adalah ikut simpang yang berbeza. 

Kalau orang hantar kita untuk naik flight boleh je pegi ke Perlepasan terus. Tapi kalau macam kita yang jenis nak park kereta, so aku kena pilih ke Ketibaan sebab parking kat situ.

Once masuk ke simpang ketibaan. Akan lalu depan entrance balai ketibaan. Bangunan ni di namakan Integrated Complex. Ada entrance parking sebelum dan selepas balai ketibaan ni. Kalau terlepas jangan bimbang, jalan je ke depan sebab entrance parking selepas tu pun ada dan mungkin kurang kereta park di situ ( sebab orang dah masuk yang sebelum pintu balai ketibaan )

Ini balai ketibaan

Belah kanan ada construction lagi

Dan traffic controller yang tinggi ni

Ada Tune Hotel lagi?

Parking kereta rasanya agak banyak, cuma aku doubt it la, ada parking RM16 sehari macam di LCCT tu.  Parking ni agak proper macam parking di KLIA. Charge dia aku tak pasti sebab masa hari tu FOC.

Lepas parking kereta tu, akan masuk ke Integrated Complex dekat Balai Ketibaan tadi tu.  

Integrated Complex ni yang ada banyak kedai kedai. Ada juga ERL station dan bas station semua di level lain lain tapi bangunan yang sama.

Antara kedai di Integrated Complex. * pokai

Arrival Info di Integrated Complex

Maklumat bas pun kat sini

Maklumat bas ke KL Sentral

Semua semua yang di atas tu adalah di dalam Integrated Complex lagi.

Pening eh?

Tengok gambar ni....

Parking dan mall semua di Integrated complex tu termasuk Balai Ketibaan. Kalau ikut simpang perlepasan terus boleh ikut laluan ke entrance Main terminal  Main Terminal tu kiri kanan adalah domestic terminal, then skybridge pastu baru lah satellite building dan international terminal...

Panduan untuk setiap level

Lepas integrated Complex ni baru lah ada jalan untuk ke Main Terminal dan Balai Perlepasan. Ingat tak simpang yang terbahagi dua memula tadi tu?

Kalau ikut simpang Perlepasan baru la sampai di gate ni.

Balai Perlepasan. Kalau setakat orang hantar dan dropp kita di sini tak de masalah sebab boleh masuk ke Balai berlepas untuk check in jer.

Lepas tu baru la jumpa gate KLIA 2 ni untuk masuk ke Main Terminal.

Welcome to KLIA 2.  Kenapa huruf kecik eh?

Baru lah kiranya masuk ke Main Terminal

Di sini baru boleh nak check in.

Daftar masuk dan baggage drop off.

Ada board besar maklumat dan jadual penerbangan

Kalau dah check in, ke kiri adalah gate untuk domestic flight dan kalau terus adalah untuk International flight

Kalau dah masuk untuk boarding international, orang yang hantar kita boleh bye bye kat atas ni.... tempat ni overlooking............

Imigresen....... 

Then.. baru la first body scan...............

Lepas tu baru boleh lepas skybridge ni.............. Barang di ingat, skybridge ni agak panjang. Kalau KLIA ada shuttle train tu, tapi di sini cuma ada walkalator atau jalan kaki saja. Time ni kalau lambat memang berlari lari lah nak sampai ke gate untuk international.

Kalau dah naik skybridge tu, belakang dah kira lepas adalah domestic punya gate

Atas skybridge. Ada masa nanti buleh la tengok kapal terbang lalu kat bawah

Atau lambai lambai kat KLIA sana

Tapi imagine kalau gate perlepasan adalah belah hujung sekali????? ( kiri adalah domestic tadi dan kanan adalah international gate )

Sempat ke tak?

Jadi.. hanya masa yang mencukupi dapat memastikan kita selamat boarding flight dengan jayanya...............

Apa yang aku nak cakap, KLIA2 ni besar gila. Dont underestimate the word LCCT lagi sebab tempat ni memang superbesar macam KLIA dah. Facilities wise aku rasa top notch dan lain lain pun rasa agak bagus walaupun finishing belum siap sepenuhnya.

Apa apa pun, tips nya, kalau nak berlepas especially international... memang at least 2 jam sebelum dah kena check in atau settlekan luggage. Fikir jugak nanti nak hand carry kalau beg berat berat tu dan kena menapak jauh jauh.

Kalau ketibaan tu sila spare 30 minit or lebih dari time landing sebab jauh nak sampai ke Balai Ketibaan tadi semula (Belum kira shopping lagi ). Shopping kat kedai kedai tadi tak termasuk shopping kat Duty Free ( di Satellite Building ). Tempat makan pun banyak, sediakan duit dan perut je lah !

Untuk commute dari KLIA ke KLIA2, boleh naik ERL. Tambang ERL dari KL Sentral untuk KLIA dan KLIA2 adalah sama. Manakala tambang between KLIA2 ke KLIA, adalah sebanyak RM2 sehala. 

Tu je la tips dari aku.

Dan ini tips dari Air Asia.


Insya Allah bila di buka nanti, worry free... this place is gonna be world class standard airport. Dan bagi orang yang selalu terjah airport airport ni... ( mati la kena tikam )... aku rasa, KLIA 2 memang terbaik !

Aku tumpang bangga dengan sebuah lagi mercu tanda negara. Tempat ni la nanti menjadi kampung bagi kita kita traveller tambang murah ni. Hahaha.

Apa apa pun percayalah, it is so much bigger and BETTER than LCCT !




 Otai otai yang masih berbisa.............

Aku pun tak berlama lama. Pegi lepak pusing pusing kejap then blah. Nak makan pun banyak kedai yang masih belum bukak. Anak aku nak berdukung, sorang lagi sibuk nak makan dan mata buntang tengok kedai mainan.

I hate you B-Daman !

Dah. Penat !

Citer panjang panjang pun orang tak faham. Pegi lah rasai sendiri pengalaman di KLIA 2.

Aku mengalah saja lah.



Ku gelisah tanpa engkau di sisi
Ku menanti walau di dalam mimpi
Dalam mimpi ku menanti....

OOO Kau menghilang bagaikan bayang-bayang
Kau tinggalkan satu mimpi ngeri
Kau nodai cinta suci ini
Kau musnahkan segalanya

Selimut cinta yang ku berikan padamu
Kau cemarkan oh warna nya
Bunga kasih hadiah ku padamu
Kau hancurkan kau musnahkan
Kau hancurkan kau musnahkan
Oh pedihnya biarlah
Biarlah ku bawa diri

Selimut cinta yang ku berikan padamu
Kau cemarkan oh warna nya
Bunga kasih hadiah ku padamu
Kau hancurkan kau musnahkan
Kau hancurkan kau musnahkan
Oh pedihnya biarlah
Biarlah ku bawa diri

Ku melangkah mencarimu di mana
Ku gelisah tanpa engkau di sisi
Ku menanti walau di dalam mimpi
Dalam mimpi ku menanti

20 comments :

  1. Harap KLIA2 ni akan maintain kebersihan dll...

    ReplyDelete
  2. Harap2 ada lagi parking harga rm16 sehari tu. Selalu parking kat situ. Mungkin di parking kete tanpa bumbung yg terletak dekat dengan Tune Hotel.

    ReplyDelete
  3. besar gile klia2 ni...bila la first flight aku dari klia2 ni yek? hahahaha..

    ReplyDelete
  4. tq abang meng for the info!

    ReplyDelete
  5. tiba2 macam nervous nak pi klia2 ni.
    ntah hapa2 kan.
    tapi next trip aku bulan 12 nanti, so boleh la bertenang2.

    meng, aku baru balik yangon.
    aku rasa kau patut pegi. aku yakin orang macam kau mesti suka yangon. (orang macam kau?)

    hee maksud aku orang macam kau yang suka mengembara lah.
    kau penah beli tiket tapi tak jadi pegi kan?
    sila beli tiket lagi sekali dan pegi lah.
    nak lagi adventure pegi musim panas macam sekarang.
    memang panas!

    ReplyDelete
  6. Memang sangat cantik..baca post KLIA 2 Meng ni dah rasa mcm p sana plok..hehe.. very comprehensive.. Bagus sngt! Toys R Us Express tu kalu blh kecikkan sket gambar.. kalu anak2 nampak, mau meroyan mika kat sana, x mau naik kapal dah selagi x masuk...peninnnn)... tp memang besar ya.. kalu lewat tu kira sayonara ler jawabnyer... huhuhu.. kalu LCC dulu buleh lagik berlari2 anak sambil minum habiskan air...

    ReplyDelete
  7. memang plan nak pergi tapi sampai masa lupa
    :(

    nasib baik ada yg review....

    ReplyDelete
  8. PM : mesti lah.. kena panggil abang abang bangla supaya lebih rajin bekerja bersihkan toilet.


    MKL : harapnya begitu la. atau parking kat tune hotel tu sendiri agaknya..

    nanti kita sama sama riki.


    HB : beli la flight tiket 9hb ni.. buleh la merasa.. hahahaa


    Ajlaa : sama sama

    ReplyDelete
  9. Mya : wey ! pegi myanmar tak hajak.. hahaha

    yangon? hmmmmm

    * seka airmata...

    baik la. aku beli tiket sekarang !

    bak itinerary nak copy.


    F : Toy r us tu kat balai ketibaan. kalau perlepasan mungkin boleh skip..

    tapi banyak lagi kedai2 lain..

    memang kena tutup mata budak2 kalau sampai sini.


    ETK : tak pe. nanti ada flight buleh la merasa sendiri...

    ReplyDelete
  10. meng,bole feeling2 mcm kat changi c klia2 ne... baru bleh beli travel beg yg mahal sket..feeling dengar lagu leaving on a jet plane

    ReplyDelete
  11. Duan : feeling2 tu aci je kat mana mana... asal ada beg sebagai prop.

    tak payah nak nyanyi sgt, kang kena tinggal kang ada pulak org nyanyi

    'dont cry for me argentina'

    ReplyDelete
  12. akunyer flight hk depart dari lcct, balik kang turun kat klia2. epik idak. hihi. tapi macam nerbes gak. harap semua selamat lah :)

    ReplyDelete
  13. Oh klia2 besar tu dan complete rasa teruja nk terbang dari tempat baru ni janji x perlu berpanas waktu jln ke flight spt skrg ni

    ReplyDelete
  14. NanaT : wah.. ko jgn lupa vandal lcct tu cukup2..

    tinggalkan jejak..


    JM : betul. lepas ni x payah berpanas.. tapi berpeluh la nak sampai gate..

    ReplyDelete
  15. Salam, singgah sini tuk cari info klia2, sebab next week akan terbang dari sini jugak...so sekurang2 dapat sedikit gambaran dan estimate masa untuk datang..jauh den nak menapak ke international hall, nampak gayo lenggang kangkung tak leh bawa barang banyak2.

    ReplyDelete
  16. NM : salam

    safe trip ! .. not advisable la bawak brg berat2 banyak2 masuk flight..

    kang belum apa apa dah berpeluh

    ReplyDelete
  17. Eh nak share n3 ni ke fb. Ken o not? Tips utk berlepas nun jauh disana tu aku rse mmg disaran kan buat diri mu brada meng. Bkn uols sll last min decide ke ksne kmari? So sila fkir 2,3x nk melembapskan diri ye.

    ReplyDelete
  18. Beb : boleh je. di persilakan.

    betul jugak bagai kau kata tu. lepas ni aku x leh kasik nama aku berkumandang lagi. kang malu org kampung dengar.............

    ReplyDelete
  19. Nak tanya dr klsentral ada bas tak trus ke klia2? Kalau takde.. Naik erl la nmpknye. Tmbg erl berapa ek sehala?

    ReplyDelete
  20. RT : insya allah ada. sebab kat klia2 tu ada jadual bas ke KL Sentral. Sure ada dari KL Sentral ke sana...

    ERL ke KLIA rm35 sehala. sama je ke klia 2 pun.

    Dari KLIA ke KLIA 2 kena bayar rm 2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...