Tuesday, May 27, 2014

03 - Mai Pi Penang : Penang Heritage Walk

Bagi seorang yang menghargai seni sejarah dan struktur bangunan, aku tak melepaskan peluang berkunjung ke Penang untuk usha bangunan bangunan lama yang menjadikan Georgetown sebagai UNESCO site.

Caraaaaa tak ayat pembukaan?

Ada banyak bangunan bangunan lama yang boleh dilihat di sekitar Georgetown ini dan setiap satunya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Kalau berkesempatan boleh usha thru Penang Heritage Walk dan jalan jalan melihat bangunan. Tapi sebab tak berkesempatan mana, hari tu aku usha dari dalam kereta jer.

"Driver, ambik posisi !"

KOMTAR

George Town atau Georgetown adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, George Town adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang.

Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Batu Kawan di Seberang Perai; Sungai Petani ,Kulim dan Serdang di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang merupakan metroplitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandar raya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandar raya pada 1 Januari 1957. Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 1976, bagi menggantikan Majlis Bandaraya George Town. Pusat bandar George Town merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada asalnya penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal dari tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.

Ciri ciri bangunan lama di Penang

Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma.

Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, sebelum jalan-jalan mula dibina.Jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda. Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan, Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).

Area Penang Road

Georgetown

E&O

The Hotel Eastern & Oriental (lebih dikenali sebagai E. & O.) adalah hotel gaya-kolonial di Pulau Pinang, yang ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Sarkies Brothers . Hotel berhadapan laut ini terletak di Farquhar Street terkenal sebagai tempat penginapan mewah.

The Eastern Hotel ini diasaskan pada tahun 1884. Dalam tempoh satu tahun, hotel ini telah mendapat populariti yang tinggi sehingga mereka menubuhkan Oriental Hotel pada tahun 1885 dan menggabungkan kedua-dua jenama ke dalam Eastern & Oriental Hotel pada tahun 1889. Antara hotel hotel di bawah syarikat ini adalah Hotel Raffles di Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1887, dan Strand Hotel di Rangoon , Burma pada tahun 1901.  

Hotel ini kerosakkan berikutan Perang Dunia ke II namun pada tahun 1996, satu keputusan telah dibuat oleh pihak pengurusan untuk menutup buat sementara waktu hotel untuk kerja kerja pembinaan semula. Hasilnya bangunan baru dibina tetapi tapak asal yang diduduki sejak 1884 masih dikekalkan.

Di bawah pemilik baru, The E & O Group, hotel ini telah dibuka semula kepada orang ramai pada tahun 2001.

E&O, Penang

E&O, Penang

E&O, Penang

E&O, Penang

E&O, Penang

E&O, Penang

E&O, Penang

E&O, Penang

Seterusnya pusing pusing keliling Georgetown.

Gereja St George

Gereja St George dibina pada tahun 1818 dan ia adalah salah satu mercu tanda yang tertua di Malaysia. 

Merupakan Gereja Anglican yang pertama dibina di Singapura dan Malaya pada waktu itu.

Dalam kawasan Gereja berdiri tugu untuk peringatan Kapten Francis Light. Kami tak berhenti pun, snap dari dalam kereta jer.

Tak pasti bangunan apa, tapi bukan tempat jual barang bundle

Menara Jam Peringatan Victoria

Menara Jam Peringatan Victoria atau juga dikenali sebagai Jubilee Clock Tower telah didirikan oleh Cheah Chen Eok dari Pulau Pinang pada tahun 1897. Menara jam ini didirikan sempena memperingati Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria (1837-1897). Tinggi menara ini ialah 60 kaki (18 m), satu kaki untuk setiap tahun pemerintahan baginda. 

Menara ini telah menjadi condong akibat bom yang dijatuhkan ke Istana Raja Edward semasa Perang Dunia II telah memberi kesan kepada asasnya.

Taman Kota Lama

Fort Cornwallis

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.

Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.

Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.

OK. setakat tu je aku rajin. Lepas lepas ni dah tak rajin nak cut and paste. Pi ceduk sendiri la info tempat tempat ni.

Layan je gambar gambar.

Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Esplanade

Gaya Zaman Victoria

Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Penang

Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Cathedral of Assumption

Masjid Kapitan Keling

Menara Jam

Senibina lama

Senibina lama

Disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008, George Town, telah dinamakan sebagai .....

........... 'Satu contoh yang luar biasa bandar-bandar kolonial bersejarah di Selat Melaka yang menunjukkan pengaruh sejarah dan budaya daripada pelabuhan perdagangan yang menghubungkan Timur dan Barat'

Sila baca dengan senafas !

Sejak dari zaman Kapten Francis Light (1740-1794) menubuhkan pusat perdagangan Britain di Pulau Pinang, peneroka dari seluruh dunia telah menjadikan Pulau Pinang, terutamanya George Town sebagai kediaman mereka. Kewujudan mereka dapat dilihat dan dirasai dalam seni bina yang pelbagai, tempat-tempat ibadat, makanan dan monumen bersejarah di sekitar pulau ini.

Apa apa pun kalau bermasa, jangan lupa jejak Penang Heritage Walk ni.

Selain tu boleh juga usha mural mural yang menjadi daya tarikan terbaru di Penang ni. Tapi sebab aku tak bermasa dan berjalan dengan budak budak, jadi tak berapa into sangat nak pegi jejak lukisan lukisan tu.

Maybe next time lah, kena pegi sorang sorang !

bersambung.................

9 comments :

  1. lama dah ceq tak turun penang aih, nanti ingat nak pi sana time bonodori kat esplanade ;D

    ReplyDelete
  2. Masih tak jemu2 lagi ke Penang...banyak tempat menarik. Bangunan2 lama pun still banyak lagi...;)

    ReplyDelete
  3. refresh kembali memori zaman menjadi warga penang dari 1993 - 2011..

    ReplyDelete
  4. bila nengok bangunan-bangunan dan hotel-hotel lama.. terus terdetik.. mesti ada antuuuuuu!!

    ReplyDelete
  5. Baru nk ckp abam meng mesti dpt A flm subjek sejarah coz detail betul explanation sekali cut n paste ahahaha mmg kelakar

    Bab baca senapas tu mcm nk semput kurang napas

    ReplyDelete
  6. Fuhhh... mcm dok dlm kelas 6 anggur balik, belajar sejarah. Tq Meng, good info. Gambar cun...

    ReplyDelete
  7. Plain : apa laga...

    kemas beg, pegi skrg !!!


    II : tu la... kalau ke penang kena spend masa lama skit terjah habis habisan...

    selalu x terhabis..


    Nohas : yup.. tapi hari tu hujan pulak, tak abis nak explore...


    ReplyDelete
  8. NM : lama tu. sure dah khatam satu penang ni..


    DrS : tu la pasal.. ada je kot.. hiks...


    JM : hahaha tu la namanya kerajinan yang tak berapa rajin..


    Ali : 6 anggur? wah.. hebat pemilihan nama kelas.. apsal tak 6 kedondong jer?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...