Tuesday, November 5, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 02 - Hanoi - Ngoc Son Temple & Rising Dragon Hotel

Masa aku sampai kat Old Quarter pagi tu, tak de la aku nak pegi check in terus ke hotel. Sebab macam awal lagi. Lagipun dah alang alang berada di sekitar Hoan Kiem Lake ni, aku fikir, aku terus je la usha apa yang patut sebab takut nanti tak cukup masa nak pegi banyak tempat.

So dengan beg beg tu, aku pusing sekitar tasik ni sambil skodeng local yang ramai melepak di sini. Hoan Kiem Lake ini bermaksud, Sword Lake.

Di tasik ini jugak la terletaknya Tortoise Tower yang terkenal dan menjadi ikon bandaraya Hanoi ini... sebuah kuil kecik di atas pulau di tengah tengah tasik...

Tau tak kenapa di namakan Tortoise Tower? Apa kena mengena kura kura dengan sword?


Di namakan Sword Lake sebab pada zaman dahulu kala ada seorang putera raja mendayung sampan di sini. Tiba tiba seekor kura kura besar telah muncul lalu menyambar pedang tersebut. Maka pedang itu telah hilang di tasik ini.

Demikian aku bercerita..............

Tortoise Tower, Hoan Kiem Lake.

Suasana di tepi tasik

Kalau nampak bangunan ni kiranya dah masuk dalam area Old Quarter dah ni

Dan sebab macam dah sekali harung. Aku nampak dah jambatan merah yang turut menjadi ikon penting Hanoi ni aku pun rasa nak buat lawatan terus. Malas nak tunggu tunggu dah.


Jambatan merah ni sebenarnya menghubungkan kawasan pinggir tasik ke sebuah lagi pulau kecik yang mana terdapatnya Ngoc Son Temple di Sword Lake ini.

Aku usha terus la tempat ni. Nanti kalau ada masa boleh je datang lagi kendian kendian. Lagipun tak jauh mana dari hotel aku tu.

Nak cross jambatan ke Ngoc Son Temple tu kena bayar, tapi setakat nak duduk atas jambatan tu FOC jer... 

Haaaa. beli tiket. 20K Dong. (RM3 jer). Pastikan balance tepat ! Time ni aku kasik duit 20K Dong ngam ngam

Orang agak ramai di atas jambatan ni berpoyosing... Menyemak keadaan jer.

Tak de apa menarik pun kat sini. Cuma kuil je. Kawasannya pun kecik je. Aku pusing satu round.

So sebab aku pusing satu round, aku bawak korang pusing jugak 1 round.

Meh !

Ni pintu masuk lepas jambatan. Kat situ dia check tiket yang di beli sebelum cross jambatan merah tadi.

Ada laluan sekeliling. So aku pun pusing je lah. Cari apa pun tak tau. Aku pun tak tau tempat ni sebenarnya tempat apa. Hahahahahaaa

Rupanya memang temple la. Rumah Ibadat orang kita cakap...

Bakar membakar

Ni aku ambik kat dalam

Ada lah cerita cerita sikit. Malas nak baca dan ambik pot

Aku follow je orang... masuk ke dalam

Tulis apa pun tak tau..

Apa ni?

Ini la berhala dia orang....

Tapi di kuil ni la tersimpannya kura kura gergasi yang telah di awet ni. Dia orang ni percaya benda benda macam ni hebat.... Aku cuma pandang sepi seraya berkata... " kesian kau kura kura". Tapi kura kura gergasi ini lah yang dikhabarkan menyambar pedang putera raja sehingga tasik ini di namakan sebagai sword lake dan kuil kecil tadi tu namanya Tortoise Tower.

Oh. Dah abis pusing. Tak sampai setengah jam

Then aku pun blah dari situ

Ni actually pintu utama.. aku datang tadi dari arah tepi...

So itu la perihal Jambatan Merah di Ngoc Son Temple di Hanoi ni.

Tak de apa apa pun. Tapi sekadar bayar RM3 apa la sangat. Kalau dah sampai, pegi jer.. Usha apa yang patut....

Keluar dari Ngoc Son Temple tu baru la aku start jalan kaki dan cari kawasan hotel yang aku dah book hari ni.

Ni ada tengah tengah jalan

Kedai cendermata.... tengok pada kedai boleh tahu mahal .. so aku tak usha pun

Tahukah anda.. Hanoi merupakan antara bandar tertua di dunia? Dah lebih 1000 tahun !! Kalau tak percaya tengok la dari bangunan bangunan di sekitar Hanoi ni semua bangunan lama lama...

Masuk Old Quarter tu memang banyak kedai souvenir. Tengok tengok je la dulu

Hotel aku booking tu memang tak jauh pun dari tasik Hoen Kiem Lake dan Ngoc Son Temple tu. Aku ambik hotel ni based on review di TA. 

Paling penting rate dia memang murah. USD 15 ( RM50 ) satu malam. Lokasi pun hebat... Memang rate hostel tapi sebenarnya hotel !

Dan aku ambik hotel ni jugak based on recommendation yang mengatakan budak budak hotel ni bagus dan boleh membantu mendapatkan tiket perjalanan ke tempat tempat lain.

Haa... sebab tu la aku memilih.....

nama hotelnya... Rising Dragon Hotel !

Bangunan sempit gila. Sekeping macam ni. Bilik pun tak banyak.. 1 floor ada 4 bilik dan lif yang berlainan setiap 2 bilik tu. Semuanya 4 tingkat jer.

Tapi sampai sampai je, sebab receptionist dia orang busy, dia mintak passport aku dan suruh aku pegi lepak dulu minum air selamat datang ( welcome drink )

Lepak. Minum kopi dan teh secara perchoma

Dalam pada aku menunggu tu, bosan jugak, so aku keluar hisap rokok kat luar dan usha kawasan sekitar hotel ni sementara menunggu bilik siap.

Depan Rising Dragon Hotel.. ada banyak hotel hotel lain...

Kedai kedai cendermata

Kedai lukisan...

Macam macam kedai la ada...

Cafe Blah Blah...

Ini lokasi hotel... rujuk peta ni.

Betul betul di Old Quarter area... Kalau nak tau, pejabat Vietnam Airlines tu dekat tanda plus plus tu  ( bawah kiri )

Dalam pada aku dok merokok kat luar, tetiba minah receptionist tu datang.

"Sir.. your room is ready..."
"Oh.. ok"

Aku follow dia naik atas...

Bilik yang tak besar mana tapi selesa. Wifi semua ada

Toilet... untuk mandi dan berak

Gosok gigi dulu !

Map aku ambik di lobby 

Dan aku sempat beli air di kedai kat bawah tadi. Highland Coffee dan Yogo Vera Mango, Boleh tahan sedap. Lepas tu aku kemaruk mencari Aloe Vera campur Mango ni. Kena cuba kalau di Hanoi !

"OK.. Sir... enjoy your stay.."
"Thank you.. OK. I am planning to go to Sapa.. Can you get me the train ticket to Sapa?"
"Can.. when are you going Sir?"
"Tonite !"

Ngaga...

Tak percaya kah?

"I am not sure Sir.. because last minute, but I will try"
"OK. Try your best. If you cant get the train, get me the bus ticket... I am OK with it. Just make sure I depart tonite and I will be coming back here tomorrow night and arriving Hanoi the next morning..."

Beriya riya minah tu angguk kepala mendengar arahan..Pastu muka macam blur. 

"On Monday... I want to go to Halong Bay... just a day trip. Please also get me a room for my last night here. I will be leaving Hanoi on Tuesday morning.. "
"OK.. Sir. I will try my best. I will call you later"
"Thank you...................."

Pui.. Suka suka hati je aku bagi arahan kan. Hahahaha. Mesti dalam hati dia carut aku 14 bakul.

Dah tu. Benda ada depan mata... tak perlu la aku nak beli sendiri kat station bas pun.

Yang penting, nampak tilam, aku rasa di goda goda untuk beramas mesra dengan bantal dan selimut.............. Padahal lepas apa yang aku plan tu, aku kira kira, aku cuma ada hari ni saja untuk jalan jalan sekitar Hanoi !!!

Oh.. Hanoi, kau tunggu dulu, kasi masa aku nak beradu di khayalan................. !

Kroh. Kroh. Kroh.



Beradu dalam jiwa lena dalam rindu
Hanya kasih dan sayang membuai khayalanku
Izin ku meyelami segenap penjuru
Agar tak mungkin cinta terus membeku

Kini berlalu semua kenangan
Sepi berlagu membelai perasaan
Tanpa ku sedari kau menghilang
Bersama bayangan
Airmata ku menjadi saksi kerinduan

Cinta amat mendalam tidak kesampaian
Dikau kini di awangan tak tercapai tangan
Detik-detik yang manis kekal di ingatan
Sebagai manisan bunga
Bersemi di dalam impian

Kini berlalu semua kenangan
Sepi berlagu membelai perasaan
Tanpa ku sadari kau menghilang
Bersama bayangan
Airmata ku menjadi saksi kerinduan
Seharum cinta di taman
Kasih beradu di khayalan
Oh hangat cinta
Yang membelai sejujur hati

Tak perlu berkhayal lagi, aku kini sudah selamat jejakkan kaki di Hanoi. Kena bangkit dan memupuk semangat kerajinan dalam diri untuk explore Hanoi dan buat apa yang lebih patut....

bersambung........

8 comments :

  1. one thing about hotel kat hanoi ni walaupun kurus slim shaddy naik atas tgk bilik cam best gak ar...puas hati...

    amboi ko meng main order2 gaya pak arab gitewwwwwwwwwww! curlast! ha dah brapa dia charge ko nih?!

    ReplyDelete
  2. ok bulan 3 nnt aku akan ke hanoi...boleh la masukkan lam list hotel aku kat sana nnt...hehehe

    ReplyDelete
  3. BTK : hmmm aku x tengok RM. tak tau.

    MKL : ini hanoi trip bulan 7 dulu bang

    Biq : Setuju ! Pulak tu murah gak la...

    aku oder oder. dia tolong beli kan je. harga standard je

    HB : eh . ko punya macau tu bila?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...