Tuesday, July 17, 2012

Birthday Bash 2012 - Part 1

Hoiiiiiiiiiiiiiiiiii !

* campak microfon ke arah peminat.

Abang tengah menyanyi ni, motip kau orang tak memberi perhatian dan tak bertepuk tangan???

Tepuk !!

* mati la gila.

Maklum la dah lama tak melalak terkinja kinja lupa umur dah tua.

Ya.. baru baru ni adalah acara birthday bashing aku dengan GBS. Macam biasa, setiap tahun kami akan berkumpul untuk meraikan birthday tanpa pasangan masing masing !

* nyorok dalam pasu

Dah lama tak jumpa dia orang ni. Maklum la masing masing sibuk mengalahkan aku yang artis ni. Dia orang budget hot je. Tapi abang tak rasa tergugat pun. Abang tahu, di mana tahap abang sebagai artis yang menjadi pujaan ramai ni.

Setelah perancangan di buat, dengan masa yang ada, masing masing dah book time semua dan kami akhirnya berjaya berkumpul setelah berbulan bulan tak berjumpa.

Semua hadir ! Itu yang lebih penting.

Dan macam biasa, kalau get together GBS, tak boleh bawak pasangan masing masing.

Cuma CP je muncul dengan awek baru.

Dan peluang yang ada ni, di ambil oleh CP untuk memperkenalkan gofren terbaru dia kepada GBS. Kita orang OK jer. Asal dia bahagia sudah. Lagi pun dah kenal sangat perangai CP tu. Siap kita orang bet berapa lama pulak budak ni bertahan.

* tabur bunga rampai tepi kubur Cina.

Lokasi pertemuan adalah tak dapat di kenal pasti sehingga lah 1 jam sebelum pertemuan. BW dengan CP dah bising bising contact aku, tapi aku pulak sibuk dan tak boleh nak fikir nak pegi melepak di mana. Aku ketiduran lepas penat balik bercutian.

Akhirnya BW yang decide. Jumpa di Look Out Point.

Since rumah IH dekat, dia pegi dulu survey sebab tak boleh nak reserve.

Tau apa jadi??

Tempat tu dah tutup !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cis... Buang karen je.

Dah la masa tu pukul 10 malam dah. MH datang ambik aku pastu pegi culik BW. Kita orang dah sampai kat Bukit Belancan tu dah then IH call cakap tempat tu dah jadi tempat hantu bertenet. Dah gelap gelita. Mati la tak mengikuti perkembangan semasa.

Pastu dah lewat. Dah tak tau nak pegi mana.

Sudahnya, kami lepak di Naili's Ampang !


Memula macam nak pegi dekat Sentul, tapi semua tak ingat jalan. Akhirnya kami decided lepak kat Ampang je.

Perut masing masing pun dah lapar. Aku dengan MH dah nak buat kerja jahat belasah makan kek dalam kereta. Nasib baik kesabaran kami masih menebal setebal lemak lemak di perut kami ini.

Akhirnya sampai juga di Naili's Ampang. Tak kisah lah, tempat tak berapa penting. Apa yang penting, ahli majlis adalah cukup !

Let's check out tempat ni.




Nasib kita orang baik lah, dapat gazebo so boleh lepak dan bergalak galak di situ.

Macam biasalah bila dah lama tak jumpa, semua orang nak update dengan berita berita sensasi dan gossif gossif hangat. Macam macam cerita lah. CP muncul dengan gf baru yang mula mulanya malu malu kucing. Mula mula jer....

Lepas tu dia OK. Senang lah BW ada geng nak berborak.

Kita orang yang lain ni sibuk la bergossif dengan macam macam cerita.

Tapi gossif semata tak boleh mengenyangkan. Tekak pun kering, maka sesi oder mengorder.

Mari kita tengok apa buruk lantak GBS kali ni.

Aku punya Chicken Chop - 7/10

Ayam Penyet IH - Dia kata kureng

Lamb Chop CP. Aku tengok dia belasah tanpa pedoman. Should be OK kot

Mee Soup gofren baru CP. Tak rasa, tak tau

Appertizer kami. Cucur Bilis dan Popia

Dan, MH dengan BW yang sememangnya kampung dah tak boleh nak tolong, tetap nak mencari nasik.

Mereka berdua telah bersepakat mengorder benda benda berikut.

Ikan Siakap Masak Steam
Sayur Campur
Udang Butter

Saksikan menu mereka masuk dan mengambil tempat masing masing di meja.


Aku tak makan ikan so aku tak tau.

Tapi udang butter dia tu OK lah. Boleh la makan seketul sorang.

Penyudahannya, semua adalah mengalami kekembungan yang dasyat. Nasib baik makan duduk bersila, so boleh la berlunjur betul betul urat selepas tu sambil berborak.

Sebelum tu. Minuman dia agak special jugak selain daripada air masak, air suam dan air air tak glamer yang di order oleh mereka mereka yang tak curlust tu.

Aku dengan IH telah membuat pendekatan berbeza dengan mengorder air yang ntah hapa hapa.

Nak tengok?

Floating Island

Dan air ni lebih special sebab ada ni.

Kuda laut !!

Hahahha. Actually IH buat keje gila letak fridge magnet aku beli kat Miri sebagai hiasan minuman. Saja je. Semata mata untuk tujuan ambik gambar. Tapi macam kena jer.

Dan ini pulak air aku.

Nama dia rainbow apa benda ntah


Ada rasa strawberry, kiwi dan orange.

OK lah. Boleh lah. Abis jugak satu gelas besar tu.

Acara kemuncak adalah upacara meniup lilin dan kek. BW dengan berbesar hati dan berkecil buah dada telah pun membuat kek macam biasa. Macam tahun tahun sudah.

Ini kek tahun ni.

Pihak Naili's telah bermurah hati sedekah lilin sejambak kat kita orang sebab BW alpa lupa bawak lilin. Macam tau tau je budak Naili's tu umur abang ni baru 18.

Hoyeh ! Hoyeh !

Apa apa pun, siapa ada muzik Happy Birthday tu. Buat malu je. Kalau orang lain tengok mesti tercari cari mana satu kah yang berumur 18 tahun itu.

* perati sorang demi sorang rebah ke lantai dengan mulut berbuih

Apa apa pun, terima kasih GBS. Suka la memalukan aku di khalayak ramai. Kek tu macam biasa, tak abis makan dan akan di bahagi bahagikan kepada mereka yang layak menerima bantuan 1 Malaysia itu.

Acara berikutnya adalah borak borak bertemankan lampu lampa di Naili's tersebut


Borak punya borak, hari dah lewat malam. Tapi masing masing tetap tak nak berganjak. Penat gelak je lah. Macam macam cerita dia orang ni.

Apa jadi lepas tu?

Ke mana kah arah dan hala tuju?

BERTUKAR !!!!

Sinaran lampu lampu desco mula memancarkan cahaya. Apa laga.... malam masih muda.

* pose pose hujung jari menunjuk langit.

bersambung............



Give me a second I,
I need to get my story straight
My friend's are in the bathroom getting higher than the
empire state
My lover she's waiting for me just across the bar
My seat's been taken by some sunglasses asking about a
scar, and
I know I gave it to you months ago
I know you're trying to forget
But between the drinks and subtle things
The holes in my apologies
You know I'm trying hard to take it back
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I'll carry you home

Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun

Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun

6 comments :

  1. wah sonok sungguh sambut bday! bab kek sepoton!

    ReplyDelete
  2. ada geng satu kepala , sehati sejiwa memang menyeronokkan.

    ReplyDelete
  3. happy bday bro. bila la dapat tgk muka geng2 gbs dlm blog nie,..hehe

    ReplyDelete
  4. happy bday bro. bila la dapat tgk muka geng2 gbs dlm blog nie,..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...