Thursday, July 26, 2012

03 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Gadis Pejabat - UdaM Goreng Mentega

Salam sejahtera.

Dalam program masterchoi ini sebagai peserta ke-3 dan bertugas sebagai gadis pejabat, saya seharusnya mengikut segala prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan.

UdaM Goreng Mentega adalah permintaan dari penganjur dan sebagai gadis pejabat yang dididik mengikut kata boss.. jadi saya ikut kata penganjur. Mana tau boleh menang… boleh dapat hadiah. Penganjur kita adalah seorang yang MMJM.. kata takde hadiah…tiba2 ada pulak.. mana tau.. kan?

Eh! Kata mahu memasak… mari…

UdaM Goreng Mentega

Ini bahan-bahannya mengikut bajet penganjur RM10 untuk 5 org makan (kedekut giler bajet penganjur)


RM5.50 10 ekor udaM untuk 5 orang makan
RM1.60 Sedikit mentega
RM0.50 Sedikit minyak masak
RM0.20 Sepelepah daun kari (bunyi.. macam sepelepah daun kelapa)
RM1.80 1 biji telur + 1 cawan susu cair
RM0.20 Hirisan cili api kalau mahu pedas.
RM0.20 Garam & Gula

Cara memasak;



UdaM digoreng separuh masak.


Angkat dan toskan. See no sudip..kan?


Panaskan mentega dengan sedikit minyak.


Masukkan bancuhan susu dan telur tadi dan kacau dengan whisky. See, no sudip also. I told u….wa tak mainlah pegang sudip ni…. Eh! Saya gadis pejabat kena bertatanursilawati bila bercakap.



Masuk daun kari lak… sentiasa whisk ek…(saya gadis pejabat dari johor ekkkkk) dan cili api kalau sudi. Kecikkan api.


Sementara tu, udaM tadi masuk dalam pan, curah susu sikit..garam & gula. (Ratio 2:1). Nampak tak saya sofistikated menggunakan perkataan ratio? 

Gaul rata.



Last sekali campak udaM 10 ekor tadi dalam kuali. Kacau sampai udaM itu masak dan nampak berbuih. Tutup api. Saya suka tos sebelum hidang.. banyak minyak uolsss… sebagai gadis pejabat yang menjaga penampilan…haruslah jaga pemakanan.



Close up untuk udaM.


Haruslah saya makan di pejabat….. kata gadis pejabat kan... ? 

Saya tak posa disebabkan Masterchoi punye pasal… (matilaaa… sebenarnya tak boleh posa!!!) dan saya abeskan 10 ekor udaM itu seorang dan rosaklah diyet saya kerana masterchoi jugak! Chooooiiiii!!!!!!

Kepada penganjur dan juri-juri awam. Pilihlah masakan udaM saya. Sedak nimmmm….

2 comments :

  1. saya vote yg ni sebagai permulaan. tima kasih sbb bagi idea utk masak berbuka arini. sekian.

    ReplyDelete
  2. Blh tahan jgk resepi masterchoi ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...