Sunday, October 23, 2011

Menyenggol Di Tenggol - Ep 3

Hah. Orang kata nak pegi nangis nangis. Nak balik pun nangis nangis.

Memang tak sabar nak balik ke darat sebab kami dah tak tahu nak buat apa. Seriousa ! Orang pun tak berapa ramai kat pulau tu.

Kalau ikut jadual, kami patut pulang pukul 3.30 petang !

Nak abis kering lah air mata kalau nak menunggu petang. Nasib baik malam tu kami tanya orang resort tu dia kata, pagi ada bot pukul 9.30 !

Yes !

Dengan jayanya kami bangkit awal. Awal tak awal mana syok tidur di kala hujan lebat sebegitu. Bangun je tak mandi ni, terus pegi sarapan. Makan kuew tiaw dan makanan lain. Asal kenyang.

Pastu dah tak sabar nak balik.




Untuk perhatian semua. Tiada Fridge Magnet di Tenggol !

So jangan nak berangan. Fridge pun kami tak nampak, inikan pulak nak Fridge Magnet. Maka dengan itu, kami pun hampa dan pilu. Memang tiada koleksi terbaru dari tempat ini. Tak apa lah, janji kami nak cepat cepat sampai ke tanah besar.

Bot bergerak tepat pada waktu yang di janjikan. Pukul 9.30 pagi, bot membelah laut bersama para penumpang yang lain. Cuaca agak mendung dan sedikit berombak. Masing masing melayan perasaan sendiri hingga sampai ke jetty.

Oh. IH dapat duduk sebelah dengan pengacara 8TV. Merasa dia raba tetek minah tu lite lite. Seksi pulak tu pakai short nampak fefet melekat !

Aku?

Sah sah pose pose mengenang nasib diri. Duduk kat belakang sekali melihat Pulau Tenggol yang semakin lama semakin menjauh.

Hari ni aku dah bagi excuse aku tak masuk site sebab aku masih di kampung halaman.

* matilah tipu, sebab tu percutian tak berapa hebat !

Sebenarnya aku rengsa juga. Sejak semalam lagi, banyak phone call aku dapat. Kat site ada problem, semua orang bertungkus lumus di sana sedangkan aku pose pose kacak di sini. Letih nak main blackberry call sana sini. Nak taip email punya la rengsa.

Tapi tu semua kerja. Sekurang kurangnya aku kena lakukan sesuatu walaupun aku tiada di site tuh.


Sejam perjalanan kami sampai semula ke Jetty Rajawali Kuala Dungun.

Apa nak buat lagi, terus dapatkan kereta dan kami bersiap siap nak bergerak. BW punya la nyanyok. Dia tinggal purse dia dalam kereta. Merasa pegi Tenggol jadi orang Vietnam tak de IC. Pastu masa mandi laut, anting anting Rafeah Buang dia tertanggal. Pastu kerah aku dengan IH cari.

Sewel ke apa nak cari tengah laut. Macam la subang dia tu besar piring Astro !

Abis la dia kena marah dengan mak dia. Tu la sapa suruh nak pose pose mewah di dasar lautan?

Ntah ntah ada ikan dah telan.

* apakah ikan buntal tu pakai susuk emas? makin cantik kah?

Lepas tukar seluar yang kebasahan kena percikan air laut, kami pun bergerak.

Destinasi kami?

No !

Sapa kata kami terus pulang ke KL. Kami masih banyak agenda lagi. Jangan ingat, kami bersedih hiba dengan kedukaan di Tenggol sanah ! Masih banyak aktiviti yang perlu di laksanakan.

Aku drive. Dia orang ikut je.

"Nak gi mana ni?"

Tanya BW.

Kalau aku cakap macam la dia tau. Dia tu saja suka bertanya. Pastu gelak kekeh kekeh sewel sorang sorang diri.

"Dah sampai ni. Pose pose kaya mulai sekarang !!!"

Aku bagi arahan. Aku park. Alamak, baru perasan semua deretan kereta Wolksvagen Golf. Tapi kami? Cik Putih saja? Tak pe lah. Yang penting, di wajah kami ada tanda kemewahan.

Kami buat resort hopping !

Kali ini di Tanjung Jara Resort !


Yes. Sapa tak tau ini antara tempat termewah di Malaysia ni. Aku dah check hari tu, bilik dia paling murah satu malam adalah 800. Bukan ringgit, tapi USD ! Under YTL sama dengan Pangkor Laut dan Cameron Highland Resort.

Ada berani kau?

Bila pegi tempat high class kita pun kena la bergaya high class.

"Morning"

Kami di sambut dengan kata kata aluan. Pekerja hotel tu semua siap berpakaian Melayu. Macam hari raya pun ada.

Tapi memang eksklusif. Yang tak eksklusifnya budak berdua tu asyik hilang je. Jenuh aku carik. Rupa rupanya dok ambik gambar !

Tolong jangan pose berlebihan ! Kita akan terkantat nanti !

Masuk ke ruang lobby. Ada kanak kanak berlari dan beberapa orang yang nampak kaya dan bergaya.




Eh. Apa kurangnya kami !

Snap gambar sana. Snap gambar sini. Konon konon kami menginap di sini. Pantang ada orang cuba datahng, kami cepat cepat lari. Takut orang tanya.

"Encik stay di sini ke?"

Hah. Kering ! Nak jawab apah?

Pastu aku dengan IH masuk toilet. Ya ampun. Toilet dia mengalahkan bilik tidur. Dengan baunya. Dengan besarnya. Dengan gelas semuanya. Memang memukau.

Lepas kencing, kami snap snap dalam toilet. Hahaha. Jangan ada orang masuk sudah. Tapi memang lawa. Tu baru toiletnya !




Dan kawasan persekitaran dia memang tersusun rapi. Ada kolam dan ikan ikanan. Ada teratai dan gaya ala Bali. Tapi struktur bangunan semua berkonsepkan Melayu !

Cantik.











Dari satu tempat ke tempat lain kami bergerak. Pegi Gift Shop. FM ada. Keji seketul RM10 !~~

Mewah kah itu? Tak tau kah kami ni golongan tak mewah yang feeling feeling saja mewah?

Pastu pegi pool dia. Inzal.

Terus kami ke pantai.

* koma terus tengok ada flag flag macam ni.






Di pantai memang feeling feeling la, macam konsep bulan madu di awan biru. Yang bestnya, ada deretan kerusi tu, dah siap tersedia berhelai helai tuala yang berbeza warna. Dari biru gelap ke biru terang buat mata aku buntang !

No tuala No !!! Why are you so colorful ????? I kennot tahan !

* matilah gila tengok tuala banyak !








Pastu dia orang la pose pose ambik gambar lagi. Aku berjalan jalan sekitar. Pastu dengar dia orang kata memory card full. Padan muka. Tu la bergambar tak ingat.

Dari situ kami bergerak berjalan di kawasan sekitar. Ramai mat salleh tua yang kaya. Tu je la yang mampu kot. Orang muda muda tak mampu duduk kawasan ni. Tapi memang suasana dia berbeza. Pastu dia ada SPA dan ada kolam renang infinity !

Inzal tengok. Rasa nak terjun.

* nanges tak mampu nak duduk situ.

Pendek kata memang lawa. Kami habiskan masa sejam dua bersiar siaran di situ menikmati keindahan resort mewah.

* matilah menumpang saja.

Lepas tu baru kami blah. Tau tak? Agaknya pekerja resort tu tau kami bukan tetamu, masa kami nak blah dia orang tak lambai pun.

Keji !

Tunggu la nanti. Aku datang bawak kereta kebal. Tak lambai aku, aku tembak perut mereka sampai terburai !

So Zul. Lepas ni, you all boleh pose pose bermuka mewah di sanah !

Keluar dari Tanjung Jara. Kami tak tau nak ke mana.

"Nak gi mana ni?"

Tanya BW.

"Kita pegi tengok Penyu di Rantau Abang"
"Okey"

Dan aku terus memandu ke sana. Yes. Hajat hati nak peluk penyu. Nak bersatu dengan saudara yang lama terpisah.

Jumpa penyu.

Dan yang kelakarnya, kami singgah kat pusat bioakuatik apa benda ntah, terus brader kat situ buat kami ni macam pegi buat lawatan sekolah. Dia bawak dan terangkan satu persatu. Tapi berinformasi lah. Banyak benda yang kami tak tahu sebenarnya. Semuanya pasal penyu, dugong, paus, dan sebagainya.

* matilah sedih tengok banyak sedara kena awet dalam tu.

"Kami nak peluk penyu"
"Kalau nak penyu kena tunggu lepas pukul 2. Sekarang ni orang tengah makan"

Beriya iya abang tu suruh kami datang semula. Ah. Malas.

Kami dah sempat bermain main dengan anak penyu tadi. Menjerit jerit nak penyu tengok kami datang ! Mesti bersyukur penuh nikmat bila mereka kami lepaskan semula.

Yang datang mulut riuh dan berniat kejam kepada mereka. Tu yang mereka ketakutan !

Tak jadi nak peluk peluk mak penyu.



Kami sedar waktu dah menjelang petang. Teruskan je perjalanan. Meredah bandar Dungun mahu pulang ke kota. Masa tu la BW SMS Zul tanya tempat makan. Zul jawab dengan jawapan yang bijak.

Dia kata dia balik kampung tak makan kat luar. Dia makan kat rumah !

Kan? Bengong kami ni. Buat apa tanya dia.

Tapi Zul sebagai tuan rumah yang menyambut delegasi seperti kami yang tak reti bahasa ni asyik dok tanya nak makan kat mana nak makan kat mana, akhirnya Zul bagi cadangan.

"Lepas jambatan Paka ada kedai baru belah kiri. Ada kedai nasik kukus ujung sekali"

Tu ayat bersifat arahan dari Zul.

Baik boss !



Kami akur. Sebenarnya perut lapar gila. Berkeriok keriok dah jadinya.

Maka kami berhenti dan makan Nasik Kukus di situ. OK juga. Mungkin sebab perut lapar. Ada pulak awek cantik tengah makan kat meja sebelah. Cepat cepat kami tolak BW ke meja lain dan pose pose nak mengorat.

Walaupun tak di layan.

* nanges. IH lah ni punya pasal !

Hahahaha.

Lepas makan kami terus bertolak balik. Sempat singgah minum di kedai kopi Hai Peng . Tengah minum minum situ, IH jumpa kawan lama dia.

Hahaha. Tak de lah. Ada pakcik tu sorang macam tak betul. Yang lawaknya dia pakai seluar tidur sebijik macam seluar tidur BW !

Tu yang kami gelak tu.

Oh jumpa lagi pengacara Maria Tunku Sabri. Dia juga tengah jalan jalan cari makan di situ.

Sebagai artis yang lebih glamer dari dia, ada kami kisah? No No No ! Kami buat tak tahu saja. Lepas makan kami blah !




Jalan menyusuri kampung dan pesisir pantai, macam macam idea budak budak ni.

Tapi sebelum tu, kena tunaikan tanggungjawab dulu mencari keropok lekor. Zul sugesi beli kat Dungun lepas sekolah Sains Dungun tu, tapi kami fikir fikir, yang tempat kami dah aim ni, kami pernah beli. Dah BW kata sedap.

Aku kan tak makan sangat keropok, so abang no hal.

Aku drive sajork !

Pegi mencari Hajah Rokiah untuk keropok lekor inzal beliau !



Ada kau rasa macam belayar dengan kapal layar BA?

"Jom minum air kelapa tepi pantai?"
"Jom. Mana nak cari?"
"Cari la tepi tepi laut"

Nak cari tepi laut tu ler tak jumpa.

Kami singgah Cherating.

Pusing pusing, pastu keluar balik. Singgah Pantai Sungai Ular. Haram tak de jugak. Pegi ke Pantai Balok. Tak de juga. Sampai ke Beserah.

Saja suka suka nak masuk bandar Kuantan.

Oh ya. Kami memang tak de kerja dan suka melambat lambatkan perjalanan.

Last sekali singgah di Pantai Batu Hitam. Baru jumpa air kepala. Isinya keras. Macam nak buat apam je rupanya. Makan lebih kurang, jalan lagi. Tak mahu singgah mana mana dah. Masing masing taubat nasuha.


Singgah kat masjid Permatang Badak. Dekat rumah makcik aku, tapi malas nak pegi rumah dia. Kami singgah solat kat masjid tu. Waktu pun dah menjelang maghrib.

Lepas tu baru kami sambung perjalanan terus ke KL berhenti sekali lagi di R&R Temerloh, tukar driver sebab aku ni kan Superman yang rabun. Nak terbang malam malam karang langgar dinding.

Kalau aku drive sah sah macam siput. So baik IH ambik alih. Aku pose pose je kat sebelah dan BW pose pose kat belakang.

IH drive dengan berhati hati.

Jam 10 malam, kami selamat tiba di rumah. Alhamdulillah.

Keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM500 seorang termasuk semua sekali. Ke tak sampai. Ntah. Minyak pun isi 2 kali je. Makan pun kita orang bukan makan sangat. Pendek kata, kepuasan dapat bercuti tu ada, cuma destinasinya tidak la begitu menginzalkan.

Tenggol sesuai untuk divers lah. Nak pegi honeymoon tak sesuai.

* jeling Tasya.

Tapi Rantau Abang dan Tanjung Jara memang superb. Bolehlah kalau rasa nak feeling feeling mewah dan di manjai secara melimpah ruah. Pastinya mengamit kenangan terindah di sana.



Tenang malam ini
Angin malam lalu
Membawa pesan dari
Mustika kalbu
Nyiur nan melambai
Bulan nan mengambang
Hati kini terdampar
Di Rantau Abang
Di sana ku melihat

Hamparan permaidani indah
Lirik melirik permata nilam
Ku gelisah
Ku tanya pada malam
Bintang bertabur mengapa suram
Hatiku resah dan merindui
Rantau Abang

Dan aku kepenatan. Dia orang terus blah. Aku pun satu hari tak mandi. Mengantuk dan perlukan tidur. Tidur kejap pastu terjaga.

Sepanjang 3 hari tiada di kota ni, ramai lah orang mencari. Macam biasalah. Abang kan hot. Tu belum dia orang tengok abang pose pakai seluar dalam CK dan posing tepi pantai kat Tenggol tu dengan gaya menghairahkan.

Kalau tengok mesti semua pecah pecahkan kepala masing masing kat batu tanda kecewa !

* tunjuk perut buncit ada tanda calar balar.

TAMAT

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...