Friday, October 28, 2011

Explorasi Kenyir - 3 - Food

Lapar tak?

OK. Hari ni nak menyambung pasal makan dan melantak.

Sepanjang masa di Kenyir kami makan di Resort. Sebab including breakfast kan? So pagi pagi selama dua hari tu kami akan menapak dalam suasana nyaman pagi tu dan pegi makan di lobby.

Cafe dia nama Tembat Restaurant. Tembat tu nama sebuah gunung yang terdapat di Kenyir kalau tak silap dan restaurant tu terletak di tingkat 2 bangunan lobby.

Scenery dia agak memukau pandangan lah. Kalau duduk situ lepak dan makan makan memang mata kenyang dulu.





Oh, itu gambar bola snooker tu bukan la untuk hidangan.

Jangan sesekali berniat serong nak masukkan dalam mulut nanti lekat terus kojol. Hospital jauh okeh. Ntah kenapa gambar tu sesat kat sini, so aku biarkan saja.

Pada hari pertama kami sampai, malam tu ingat nak dinner kat sini. Ada BBQ dinner. Dah usha semua lauk pauk yang ada. Pekerja kat situ bukan main lagi promote. Tapi kami mengambil langkah malas usha usha dan balik bilik dulu.

Bila dah balik bilik jadi malas nak keluar so kami makan makanan ringan yang kami beli di kedai runcit tu je. Ada roti, chips dan maggie.

Kenyang juga.

Di hari ke dua baru kami bangkit dan pegi breakfast.

Breakfast dia start pukul 7 pagi. Tapi kat resort tu kiranya tak de la ramai sangat orang jadi aktiviti makan tak memerlukan aktiviti berebut makanan.




Memula tengok roti dan donut tu semua memang terasa nak makan.

Tapi makan makanan lain dulu pastu kenyang jadi benda benda ni adalah tidak di hiraukan lepas tu. Kami ada la rasa sikit lepas tu, tapi macam tak berapa sedap. So bebenda ni adalah kurang inzal untuk di penuhkan di dalam perut.

Dua dua hari kami breakfast, air yang sama. Air orange dan juga jus jambu. Jus jambu tu agak inzal jugak la. Sedap.

Dan.........

Nasik minyak dia dengan lauk ayam masak merah tu adalah sangat inzal ! Ayam dia tu sedap. Juling mata sekejap bila makan. 

Ada sekali tu masa nak tambah lauk, aku dengan Makcik Cina ni, siap berlari dan meluru masuk ke dalam restaurant sambil bersuara.

"Chicken so nice ! Chicken so nice !"

Motip la takut aku ambik habis kah?

Tapi memang sedap. Yang lain lain biasanya. Menu lain standard la ada roti, bubur, mee goreng, second day ada nasik lemak, dan beberapa makanan lain.

Boleh la mengisi perut.




Pada malam ke dua tu kami malas nak keluar ke restaurant tu.

Jadi kami order je room service. Aku order nasik goreng dan OR order bihun goreng. Tak lama lepas tu dia hantar la.



Not bad jugak rasanya.

Cuma dia letak dalam bekas la tak letak dalam tray so rasa macam cheap gila. Dia orang lupakah abang ni artis???

Dan paling kelakar. Dalam menu tu, nasik goreng aku sepatutnya datang dengan keropok. Masa makan tu aku perasan jugak la aku tanya OR mana keropok aku, OR kata may be dia lupa.

So kami ni tak de la cerewet sangat, dah tak de tu tak pe lah.

Tup tup dah abis makan tetiba pintu bilik di ketuk. Aku lari bukak tengok ada minah ni hulur sebekas keropok.

Hahahahaha. Tak tau nak cakap apa. Ambik je lah.

May be dia lupa, or may be dia orang baru ada keropok kot. 




Dan begitu la menu hari yang ke tiga juga lebih kurang.

Makan sambil menikmati keindahan alam. Ada sekali tu kami keluar lunch di Pengkalan Gawi. Ada beberapa kedai makan di sana. Harga juga berpatutan. Makanan dan masakan orang kampung macam biasa lah.

Boleh la kalau nak gi makan tapi kalau nak keluar gi makan time malam malam, agak malas sikit la sebab dah gelap.

So begitu la perihal permakanan kami semasa di Kenyir.

Aku ni kalau masa travel makan lebih kurang je. Ala kadar. Apa yang ada aku belasah. Asal kenyang sudah lah.

bersambung..........

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...