Friday, October 14, 2011

Lesen Memandu

Tadik borak borak dengan IG dan Gaban.

IG tu kehilangan lesen memandu dia. Yang master ada gambar tu. Dia tak tau mana dia letak. Dalam borak borak tu, terborak la pasal kenangan ambik lesen dulu dulu dan pengalaman pertama ketika memandu kereta.

Korang?

Abang ni?


Aku dulu memang tak pandai bawak kereta. Sampai sudah la sampai abis SPM memang tak reti bawak. Pastu aku dah sibuk sibuk nak pegi oversea tu benda pertama aku buat adalah ambik lesen kereta.

Pakcik James memang tak bagi la aku ni kalau bawak kereta dia. So masa tu kira ada masa lah jugak, aku ambik kelas dengan duit bekalan jual karipap. Hiks. Dan ambik test. Alhamdulillah. Pegi kelas dan ambik lesen dengan jayanya. Masa tu aku ambik semua kat PJ. 

Tak de sesapa pun tahu aku ambik lesen. Maksudnya mak ayah ke kakak aku semua tak tahu.

Tup tup sebelum nak fly tu, aku balik la kampung untuk buat persiapan terakhir.

Ingat lagi, kakak aku cakap nak pegi pasar, keta Pakcik James ada masa tu. Aku pun cakap dengan dia.

"Jom la. Saya bawak"
"Awak biar betul"
"Saya ni ada lesen lah"
"Mana?"

Kakak aku tak percaya. Terus aku tunjuk kat dia so dia pun agak amazing race la sekejap. Pakcik James kat dalam rumah.

Pastu kakak aku bising bising la riuh cakap kat Makcik Mona. So abang pun dengan kembang hidung ni nak la menunjuk lagak, konon konon tanpa pengetahuan orang aku dah ada lesen.

Bawak kereta Pakcik James ke bandar.

Semua OK. Lancar.

Tup tup masa nak masuk simpang pasar, tetiba aku corner tak lepas. Aku drive je. 

Prakkkkkkkkkkkkkkk !!!!!!!!!!

Bunyi benda bergesel.

"Awak langgar apa ni?"

Kakak aku dah cuak.

"Ntah"

Aku tak turun tak check pun, drive je.

"Prakkkkkkkkkkkkkkk"

Makin panjang bunyi dia. Aiyooo. Terus berpeluh di dahi. Aku turun tengok, sebelah kereta Pakcik James dah calar balar. Aku redah langgar tembok. Garit kat bahagian pintu depan sampai ke belakang.

Cemana tu? Mampus la aku.

Kakak aku call abang ipar aku dulu, takut ni nak bagitau Pakcik James. Abang ipar aku datang then tengok. Tak de apa dia boleh buat kecuali hantar bengkel je. Last sekali balik je la rumah.

Abang ni dah berdebar ni. Cuak gila.

Sampai rumah kakak aku terus je jadi CNN buat laporan. Makcik Mona cool je. Bebel bebel sikit lah. Pakcik James pun keluar lah lepas tu, pastu dia tengok kereta dia. Berpusing pusing satu kereta dia tengok nak check kononnya garit kat bahagian lain pulak. 

Abang ni dah lemah jantung dah ni, kang kena marah mahu aku terkencing kat situ.

Tapi Pakcik James cool je. Dia masuk rumah, tukar seluar pastu dia keluar. Then dia balik petang tu bagitau kereta kat bengkel dah di baiki.

Fuh ! Pakcik James tak marah pun aku. Tapi sah sah la aku di serang rasa bersalah teramat sangat.

Masa nak fly kata airport, pesanan terakhir Pakcik James masa aku peluk dia dah nak boarding tu, dia berbisik.

"Abang. Jangan bawak kereta kat sana !"

Masa tu kan banyak kes student Malaysia accident kat luar negara. Lumpuh kejap rasanya.

So berbekalkan pesanan Pakcik James, abang ingat sepanjang 26 jam penerbangan tu. Pastu jam ke 27 dan berikutnya aku dah lupa.

Sedar sedar aku dah drive kat sana. 

Dan.. hari pertama aku drive kat sana, aku kena tahan polis.

"Get inside the car ! Get inside the car !"

Aku ingat lagi suara polis tu menjerit kat hailer dia. Aku dah kena tahan tepi jalan ni. Dengan kereta polis dengan lampu berkelip kelip. Polis tu dah take cover dengan pistol dia nak tembak aku kot.

Moralnya, kalau kita kena tahan kat luar negara, jangan keluar dari kereta. Duduk dalam kereta tu diam diam !

Kalau tak mati la aku ni kan kena tembak.

So solusi bagi orang yang hilang master lesen tu. Sila bawak gambar passport terkini pegi ke pejabat JPJ yang berdekatan, dia orang boleh buat baru. Tapi kena denda RM30 !

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...