Haiya............. ! Hait !
Mari kita mulakan acara hari ini dengan bergoyang Inul.
Apa khabarin? Sorry. Entry ni tergendala sekian lama. Biasalah abang kan Artis Antarbangsa, selain daripada sibuk dengan undangan, abang jugak malas tahap max !
Korang ada malas macam aku?
Tak de kan?
Tapi tak pe. Aku ni kan baik. Bila ada masa aku akan buat jugak entry ni sebab kalau aku tak buat sekarang maka akan basi la entry Kenyir ni.
Nak buat kronology macam tak berpatutan sebab trip aku ke Kenyir ni more to relax relax je. Manja manja bersama dengan OR. Kira honeymoon lah ni.
Ehem ehem.
Plan pun kiranya datang masa bulan puasa dulu tu.
Aku ni kan kalau dah kemaruk nak pegi satu satu tempat tu, mula la jadi gila dan biol sekejap. So ada sekali tu aku terus je booking untuk pergi Kenyir selepas tengok gambar kat Kenyir yang meruntun kalbu itu.
Maka... pada satu hari yang indah, aku berazam Dungun untuk ke Kenyir. Aku cakap kat OR dan dia pun setuju je.
Lagipun cuti Hari Malaysia masa tu memang aku tak de apa apa rancangan, so ini lah masa terbaik untuk pergi bermanja manja.
Hotel ready. Tapi nak kena drive tu la. Macam jauh jugak kan? Dah la seminggu sebelum tu aku dah balik Italy. Nasib baik la naik flite kalau tak memang muntah hijau la aku di jalanan nanti.
Sampai masanya hari tu, kami bergerak keluar rumah dengan semangat membara.
Kenyir here we come................. !
Perjalanan pergi macam biasa lah. Kena lalu LPT tu semua kan?
Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10 lebih kot. Then terus je masuk Karak Highway. Jalan tak jem. Pose pose dalam kereta. Borak borak, then aku melalak sampai sakit tekak. Hisap rokok dan buat la aktiviti setempat tu.
OR drive memula.
Kami singgah makan di Paya Serai dekat station Petronas Bentong tu dulu. Sebelum tu isi minyak kat Karak dan beli jajan jajan sebagai bekalan sepanjang perjalanan.
Lepas makan di Bentong kami bergerak terus masuk LPT.
Aku ngantuk dan terlelap, OR drive dengan gigih sekali.
Dekat LPT kami singgah solat dulu dekat hentian Lanchang sebelum meneruskan perjalanan. Dekat pukul 2 jugak la kami start exit dan masuk highway Jerangau Jabor tu.
Jalan tu memang aku jarang lalu. Agak ngeri lah. Tapi seingat aku, pernah dulu aku lalu jalan tu dengan Ayah aku dan kereta ayah aku langgar babi !
Eh bukan. Babi tu langgar kereta ayah aku.
Mana dia datang tak tau lah, tetiba je dia laju dari belah kanan, gedegungggg ! Pastu terpelanting dan lari terus masuk hutan. Babi punya Babi ! Langsung tak bersopan santun di jalanan.
Kemek jugak la kereta ayah aku masa tu.
Dulu dah. Lama dah al kisah ni masa tu may be keadaan jalan raya di sini lebih la tak elok macam sekarang.
So pemanduan adalah secara bersahaja sebelum kami sampai di Bukit Besi. Highway LPT2 yang menghubungkan ke Kuala Terengganu dah siap kan? So kami masuk kat situ, konon nak try highway baru.
Tak banyak kereta. Keadaan jalan yang baik tapi jalannya masih belum di buka sepenuhnya.
Dari Bukit Besi, kami exit di Ajil dan terus menuju ke Pekan Kuala Berang.
Pahtu, kami singgah di Pekan Kuala Berang.
Dah lama jugak aku tak sampai sana. Seingat aku last pegi masa sekolah rendah dulu masa pakcik aku bertugas di sana. Tapi now cari tempat permainan dulu dulu, kutip bola tennis kat court tennis dan merayau belakang rumah pakcik aku tu dah tak jumpa.
Dah banyak berubah.
Memang Kuala Berang dah advance mengalahkan Paris agaknya.
Dan.. paling hebat. Kami singgah kat kedai runcit beli barang sikit especially makanan ringan dan juga rokok la sebab dah tau kat Kenyir tu mesti barang mahal mahal.
Tau?
Makcik kedai runcit tu, dia punya POS system pakai scanner okeh !!
Korang tak koma??
Abang koma okeh. Kagooom !
Kelas Kuala Berang sekarang ni.
Akhirnya.
Selepat berhempas pulas di jalanan. Jami jumpa juga sign menandakan dah nak sampai ke Tasik Kenyir.
Kami sampai pukul 5 lebih !
Fuh ! Penat pungkok duduk dalam kereta. Tapi bila tengok keindahan dan kedamaian serta suasana yang indah sebegitu rupa, hati jadi terpujuk.
bersambung.....
No comments :
Post a Comment