Thursday, March 21, 2019

Mövenpick Hotel and Convention Centre, KLIA 01 | Hotel

Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA offers today’s business traveller the perfect combination of comfort and convenience. This newly-built upscale hotel stands next to Kuala Lumpur International Airport and 7 minutes away from Sepang International Circuit and 5 minutes from Mitsui Premium Outlet. 


The hotel comprises of a complete convention centre within its grounds, allowing guests to land, check-in and connect or relax within minutes. 

Our 333 rooms and suites are designed around complete personal comfort with large bathrooms, picture windows and rich furnishings allowing guests to truly relax in peace. Corporate guests can find everything they need here to stay connected. Spacious Executive Suites are complete with free Wi-Fi and international TV channels. Exclusive access to the Executive Lounge offers a chance to network with other corporate guests throughout the day. Savour great food from Malaysia and the region in five restaurants and lounges.

Begitu lah mukadimah yang berjaya di copy dan paste tanpa rasa bersalah.


Berpeluang bercuti dan menginap di sini dulu bawak budak budak masa cuti sekolah hujung tahun lepas.


Anak anak aku tak kisah pun bercuti ke mana, tapi ever since Movenpick melabuhkan tirainya dengan pembukaan rangkaian hotel mewah ini di Malaysia aku jadi teruja. Lagi excited, sebab pernah perasan senibina bangunan hotel ni masa dalam pembinaan dan bila dapat tau ia adalah bakal Movenpick terus rasa tak sabar. Aku pernah stay di Movenpick Madinah masa buat umrah dulu so kira mengubat rindu gak lah kat Madinah walau cuma duduk hotel brand yang sama. Poysss.

Brand perhotelan yang berasal dari Switzerland dan di bawah rangkaian hotel mewah AccorHotels ni telah membuka hotel pertamanya iaitu di KLIA ni pada tahun 2018. Ada 2  lagi dalam perancangan iaitu di Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Tapi tak pasti apa jadi dengan progressnya.


Terdapat empat komponen dalam Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA iaitu hotel, pusat konvensyen, astaka dan bangunan tempat letak kenderaan bertingkat serta terletak berdekatan dengan Masjid KLIA.

Hotel

Pusat Konvensyen

Astaka dan kawasan parking bertingkat,

Masjid KLIA

Bertaraf empat bintang, Mo­venpick Hotel & Convention Centre KLIA dibangunkan oleh syarikat pemaju milik penuh TH, TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) dan dibantu kumpulan konsultan berpengalaman tinggi dalam industri pembinaan yang terdiri daripada firma-firma arkitek, reka bentuk dalaman, landskap dan kejuruteraan.

Hotel yang terdiri daripada tiga buah bangunan sembilan tingkat memuatkan 333 buah bilik selain dilengkapi restoran, kedai, pusat spa dan kesihatan serta gimnasium.

Hotel dengan kapasiti 333 bilik

Hotel entrance

Lobby

Lobby

Interior

Facilities

Landscape

Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA ini turut menjadi tempat yang penting untuk acara acara dan mempu menjadi lokasi untuk pameran dan persidangan antarabangsa terbesar di rantau ini. Pusat konvensyen yang boleh diakses secara langsung dari hotel dan mempunyai ruang pameran terbuka seluas 1,287 meter persegi, dewan persidangan seluas 777 meter persegi serta tujuh bilik perbincangan.

Pusat konvensyen pula antaranya dilengkapi dengan dewan banquet, bilik seminar, bilik operasi haji, kafetaria dan surau.




Anjung Tinjau yang terletak bersebelahan pusat konvensyen akan menjadi lokasi penganjuran pelbagai aktiviti seperti ruang pameran, ruang majlis dan ruang jualan.

Di dinding Anjung Tinjau menggunakan ukiran seni Kufi yang tertera perkataan Pusat Konvensyen Tabung Haji dalam tulisan jawi.

Tiang-tiang besar di Anjung Tinjau merupakan seni bina Al-A’amida yang banyak digunakan di Sepanyol seperti Masjid Cordoba, landskap dalaman pula menggunakan seni bina Al-Sahan dan reka bentuk pintu gerbang hotel banyak pengaruh seni bina Turki dan Iran.




Astaka pula merupakan ruang pameran pelbagai guna manakala bangunan tempat letak kende­raan bertingkat yang menyediakan 617 tapak letak kenderaan, turut memuatkan dua buah ko­lam renang dan gelanggang tenis di atas bumbung.



Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA telah direka bagi memenuhi spe­sifikasi Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang antaranya menekankan penggunaan tenaga dan penyelenggaraan yang efisien.

Sasaran yang diletakkan TH Properties bagi kompleks tersebut dalam GBI ialah mencapai rating perak.

Reka bentuk Mo­venpick Hotel & Convention Centre KLIA secara keseluruhannya bercirikan seni bina Islam. Ke­seluruhan kompleks itu berwarna putih, merujuk pada warna ihram yang melambangkan kesucian serta kesediaan TH dalam me­laksanakan tanggungjawab kepa­da ummah.

Dinding-dinding bangunan pu­la banyak dihiasi dengan ukiran geometri, salah satu elemen po­pular dalam seni bina Islam. Ia juga menggunakan konsep Mashrabiah iaitu panel dengan reka bentuk geometri, menapis cahaya matahari yang memasuki ruang bangunan selain memberikan corak menarik dan suasana menyenangkan di dalam bangunan.

 

Usha dulu senibina dan rekaan bangunan Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA ni.





















Nanti bersambung part facilities dan bilik penginapannya pulak. Onz ke tak onz.....

bersambung...................

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...