Monday, November 5, 2018

JB 2018 | 04 : AMARI JOHOR BAHRU - Hotel

Aku share penginapan aku semasa berada di JB.

Amari Hotel. memang dah lama aku aim nak stay di sini. Dulu dulu selalu perasan Amari ni banyak di buka di Thailand, dan kini di bawah pengurusan ONYX Hospitality, Amari JB menjadi perintis perhotelan mereka di Malaysia.

Amari JB

Terletak di Jalan Trus, pusat bandaraya Johor Bahru

Amari Johor Bahru yang bertaraf 5 bintang di pembangunan Suasana Iskandar pada 15 Mei. Hotel ini merupakan kerjasama antara pemaju dan Kumpulan ONYX Hospitality. 

Hotel ini menandakan debut ONYX Hospitality di Malaysia.

Suasana Iskandar merangkumi Suasana Residences, Amari Hotel & Zenith Mall

Suasana Residence di sebelah

Lobby bawah

Ruang legar. Naik lif ke tingkat 6 untuk check in di reception floor

Dalam lif

Kalau menginap di Club Room ke atas, check in di Executive Lounge di tingkat 20. Special check in area. Yang marhein macam aku ni check in kat tempat biasa biasa je.

Usha area lobby reception...









Lobby sangat grandis dan penuh kemewahan.

Ketibaan aku di hotel bertaraf 5 bintang ini agak petang so sampai sampai je dah boleh check in. 

Front desk dia cun cun. Tak tahan aku nak menegur sebab aku ingat dia orang Siam. Boleh pulak dia suruh main teka teka. Philippines... salah juga. Last dia ngaku dia orang Sabah !

Hah ! Sumandak Sabah..... Btw dia mintak deposit RM 200

Usha dulu apa yang ada di reception lobby ni.

Reading room

Library

Buku dan bahan bacaan

Meja pool di Social Room

Laluan

Breeze SPA

Lobby

Ballroom

Ballroom

Movie room

Business Center

AMAYA Food Gallery

Amaya Cafe

Terletak pada kedudukan yang baik di Pusat Bandar Johor Bahru, Amari Johor Bahru menikmati posisi megah di hab restoran, kehidupan malam, membeli-belah di Johor Bahru. Hotel ini tidak terlalu jauh dari pusat bandar: hanya sejauh, dan biasanya mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke lapangan terbang. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.

Suasana Iskandar berjarak 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan 80-minit memandu dari Lapangan Terbang Changi Singapura.

Ia dikelilingi oleh kemudahan seperti Pusat Konvensyen Persada, Pusat Bandar Komtar Johor Bahru, pusat membeli-belah City Square. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin JB Sentral berada dalam jarak berjalan kaki.

Lokasi memang terbaik... Dekat dengan semua benda dan destinasi tujuan.

Metrojaya

KOMTAR. Ada Angry Birds Theme Park kat situ 

JBCC boleh shopping juga

Sepanjang menginap di Amara JB, ada satu favourite port aku melepak. Sebabnya kat bilik non smoking, so nak isap rokok aku terpaksa turun ke tingkat 8. Kat situ ada facilities level dan Dip Bar.

Layan lepak lepak minum minum. Mamat waiters pun friendly dan boleh layan borak.














Time malam layan BBQ Dinner. 

Kalau nak dinner romantik pun dia orang ada sediakan special table. Siap bunga bunga lagi. Tapi angin kuat bunga bunga pun berterbangan.






Layan gambar gambar sekitar Amari Hotel, JB







Nanti usha bilik penginapannya....

bersambung...

5 comments :

  1. Replies
    1. tu lah... saja la tu nak abam berasa malu sebab salah jawapan

      Delete
  2. berkenan sungguh entrance ballroom dia...

    ReplyDelete
  3. Have a nice day.

    Im a student from International Islamic University Malaysia. I have read your blog about your experience in Hotel Amari Johor Bahru, Johor. It is such a great blog and I’m looking forward to know more about it.

    For educational purpose, i would like to have a brief interview to find an information about Muslim-Friendly Practices that have been implemented in the hotel, Amari Johor Baharu that have been experienced by you. It is highly appreciated if you could spare some of your times to share your thought regarding the subject matter through our interview.

    Such an honour to have a brief interview with you later on, if you could make it either via online based on your preference time. Do contact me if you can make it.

    Thank you.

    Regards,
    Student of IIUM,

    Department of Tourism Management,
    Kulliyyah of Languages and Management,
    International Islamic University Malaysia,
    Pagoh Campus, Johor
    Email : hammadrazali02@gmail.com
    Alt Email: muhammadirfan.razali@live.iium.edu.my

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...