Tuesday, July 25, 2017

Jom Makan : Tu Dia... Pak Tam, Shah Alam

Hah ! Masih lagi di Shah Alam.

Area Vista Alam, Seksyen 14 Shah Alam

Buat apa jauh jauh sampai ke Shah Alam ni ? Mesti soalan bertalu talu datang dari pembaca yang budiman kan? Budiman ke?

Sebenarnya aku ada hal sikit la di Shah Alam ni. Tapi hal tu kejap je. Dah settle tu alang alang dah kat sini, masa untuk mengisi perut lagi.

Cari cari mana nak makan last last .............  terjumpa Pak Tam kat sini.

Mana Pak Tam?

Tuuuuu... Dia.. Pak Tam !! Nampak tak????

OK. Frankly aku tak kenal pun Pak Tam ni. Tapi dari apa yang aku riki, Pak Tam ni kira glamer jugak lah dan dah lama berkecimpung dalam industry F&B dan banyak resto dan organize events sambil sambil buat catering di sana sini.

Nak kenal tak sapa Pak Tam ni?  

Ruslin Ibrahim, 45, atau Pak Tam dan isterinya, Noraini Baharum, 45, serta warga kerja syarikat yang mereka bina, Juara Saji Sdn. Bhd. (JSSB) dalam operasi perniagaan restoran dan katering makanan.

Dan pastinya soalan cepuput untuk beliau...

Mengapa dan bagaimana jenama `Tuu... Dia Pak Tam menjadi pilihan imej perniagaan?

"Saya suka pada perkara yang ceria, mudah dan lucu. Nama itu ada unsur humor.., yang penting ia lain dari yang lain.

Pak Tam tu gelaran atau pangkat yang jadi panggilan anak-anak buah dan mereka yang rapat. Lagi pun nama itu ringkas dan jelas kemelayuannya. Manakala nama `Tuu... Dia..., kami tokok tambah supaya nampak lebih menarik dan mudah melekat di hati pelanggan"

Untuk bacaan lanjut sila rujuk artikal di : Utusan Malaysia - Pak Tam

Sebenarnya aku jumpa cafe dia ni pun secara tak segaja. Nampak macam menarik sebab banyak tong drum kat depan tu, dan tak de ramai sangat orang, jadi aku dengan OR pun cuba.

Sila cari di mana Pak Tam menyorok

Sapa jumpa dia terror

Tuuu Dia Pak Tam adalah brand di bawah Juara Saji Sdn. Bhd. Kami memiliki lebih 25 tahun pengalaman dalam menyediakan pelbagai jenis makanan, pakej perkahwinan, katering untuk perbagai majlis, dan juga menyediakan bimbingan untuk usahawan.

Beroperasi di Bandar Baru Selayang di mana Restoran Tuuu...Dia Pak Tam boleh di kunjungi dan kini di Shah Alam.

Cawangan-cawangan Pak Tam juga terdapat di:

1. PLUS RnR Tapah Utara
2. PLUS RnR Tapah Selatan
3. Hospital Besar Kuala Lumpur (Cafe)
4. Mara Bistro, Bangunan Mara
5. Bangunan AMBANK
6. Medan Mara
7. PLUS RnR Ayer Keroh
8. PLUS RnR Ulu Bernam (arah Selatan)
9. Hospital Putrajaya (Cafe)

Semua cawangan-cawangan Tuu Dia Pak Tam adalah di bawah pengurusan Jaura Saji Sdn. Bhd.

So maybe sebab banyak sangat cawangan Pak Tam adalah invisible dan boleh berada di mana mana. Di mana mana pun orang sebut Tu Dia.. Pak Tam.. tapi Pak Tam nya tak der !

OK. Now usha setting cafe Pak Tam di Shah Alam ni.

Tong drum sebagai meja dan kerusi

Beraneka warna

Agak kreatif dan lain dari yang lain

Space yang agak luas dan terbuka... Tak rasa sengkak mana.

Tapi kalau rasa tak nak duduk kat tong tong tu... boleh duduk kat dalam

Bersih resto dia. Tone kaler pun nampak boleh membuka selera jer... ahaks

Tempat buat air

So Cafe Tu Dia ... Pak Tam ni jual apa?

Good..

Now tengok menu....

Menu Pak Tam

Ada makanan jenis jenis macam ni lah. Mee Rebus, Rojak Pasembor, Nasi Bukhara and roti Pak Tam 

Aneka minuman... Hipster jugak Pak Tam ni air air nya

Roti Pak Tam....

Ni booth penyediaan roti Pak Tam. Nampak pelik tapi menarik. Aku tak cuba pun sebab tak terasa nak makan.

Jadi apa yang aku order?????

Mee Rebus Pak Tam

Agak OK lah... Tapi tak de lah kena 100% dengan selera aku.

OR order Nasi Bukhara dengan kambing

Dia kata kambing tu sedap. Dan aku hanya mampu tersenyum kambing sebab tak dapat nak buktikan !

Oh lupa. Minuman... Air air Pak Tam kurang menyengat.... Macam kureng jer rasanya...

Overall, first time tau wujudnya Tu Dia.... Pak Tam ni. Dan walaupun Pak Tam tak de kat situ, aku dapat rasakan yang di setiap menu makanan dia ada aura Pak Tam !

Maybe buleh datang lagi dan cuba makanan lain pulak. Tapi tak la dalam masa terdekat ni kot.

Lupa harga cost makanan tapi tak de lah mahal mana. Boleh di terima lagi lah.

Cair di mulut dan di tangan.. Apa benda ni? 

Kalau nak tau, boleh lah pegi ke cafe  Tu Dia... Pak Tam dan tanya Pak Tam sendiri !

Cafe Tuuu...Dia Pak Tam
Vista Alam
Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Di buka setiap hari : 7 pagi - 12 pagi.

Website : Pak Tam
FB : tudiapaktam

Selamat mencuba !

10 comments :

  1. unik tmpt duduk tu..colorful...kt shah alam ni byk tmpt mkn tp yg ni tk pernh singgah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... kalau org hitaly panggil.. tong legge...

      nanti leh gi cuba. kat shah alam tu memang banyak tempat makan tapi x abis abis nak terjah

      Delete
  2. menarik restorannya, boleh singgah kalo gi Shah Alam...Vista Alam?..dah byk perubahan town centre Shah Alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. area vista alam ni memang banyak tempat makan baru.

      Delete
  3. Menarik. Tp kedai lajuran tu ptg panas gila sbb ngadap matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh la...... nasib ada tiang tiang buleh berselindung di balik mega

      Delete
  4. bolehla not bad.. selalu makan di RNR Tapah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak cawangannya merata rata. hari tu sponsor makanan dlm rancangan tv pun ader gak

      moga pak tam terus maju jaya.

      Delete
  5. saja nak komen, dekat papan hitam tu dia tulis: melts in your mouth and in your heart.. tapi tuan tulis: cair di mulut dan tangan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...