Friday, July 3, 2015

Jom Imarah : Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya

Salam Jumaat !

Bulan bulan puasa ni elok juga kita gi melawat kawasan. Hari ni aku nak bawak kalian ke Masjid Cyberjaya atau nama penuhnya. Masjid Raja Haji Fi Sabillillah, Cyberjaya.

Kubah Masjid Cyberjaya

Masjid Cyberjaya menjadi masjid pertama di Malaysia diberi penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau.

Dengan rekabentuk berlandaskan prinsip hijau, antara ciri-ciri mesra alam yang diaplikasikan dalam pembinaan masjid ini ialah sistem penuaian air hujan dan penggunaan lampu LED yang akan malap sekiranya pencahayaan mencukupi.

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Pintu masuk utama

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya merupakan masjid pertama Malaysia yang menggunakan teknologi hijau seperti kitaran semula air, kaca pantulan cahaya, panel solar, tadahan hujan dan konkrit jenis Fly-Ash yang dikatakan mesra alam.

Menariknya, masjid tersebut mendapat nama berdasarkan seorang pahlawan yang memerintah Riau pada tahun 1777 di samping berjuang menentang Belanda.

Masjid tersebut mendapat Anugerah Platinum Indeks Bangunan Hijau (GBI) kerana binaannya terdiri daripada bahan mesra alam dan menjimatkan tenaga.

Objektif masjid hijau itu adalah untuk menjimatkan tenaga dan kos sebanyak 30 peratus malah membantu menjaga alam sekitar.

Antara teknologi yang digunakan ialah Glass Reinforced Concrete (GRC) yang dipasang pada kubah masjid supaya sinaran cahaya matahari dapat dipantulkan.

GRC tidak pernah digunakan pada mana-mana masjid malah selain memantulkan cahaya matahari, ia juga mempunyai teknologi peralihan haba supaya jemaah tidak berasa bahang kepanasan ketika menunaikan solat.

Layan gegambar.

Mineret yang simple

Tempat wuduk

Taman sekeliling masjid

Pengudaraan secara semulajadi

Masjid ke dua terbesar di Selangor selepas Masjid Shah Alam yang boleh memuatkan lebih 8000 jemaah.

Taman di tengah tengah masjid

Masjid hijau ini tidak mempunyai kubah besar mahupun menara yang tinggi berbanding masjid lain.

Walaupun sinaran mentari mengeluarkan cahaya, bahangnya tidak terasa malah permukaan simen yang dipijak juga tidak terasa panas.

Air wuduk yang telah digunakan oleh jemaah akan diguna semula menjadi air siraman tanaman di sini. Malah, rekaan dalaman serta luarannya juga moden dan berkonsep terbuka yang dikatakan baik untuk sistem pengudaraan, 

Lebih menarik katanya, keseluruhan kawasan terbuka berfungsi sebagai tadahan air hujan yang membolehkan air tersebut digunakan semula.

Jom masuk dalam bangunan masjid dan dewan solat utama.

Tempat solat di sekeliling masjid

Bahagian luar

Dewan solat utama. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah  menolak mimbar dan mehrab daripada simen dan bertitah mahukan ia diperbuat daripada kayu cengal.

Karpet

Bahagian kubah

Keseluruhan kubah masjid

Dewan solat utama

Di bahagian hadapan dewan terdapat kolam untuk penyejukkan

Bahagian di depan menjadi tempat tadahan air hujan

Ruang solat

Dewan solat dari pandangan tingkat atas

Kubah masjid dari tingkat atas

Ruangan solat terbuka di atas bumbung masjid digunakan untuk masa hadapan apabila bilangan jemaah semakin bertambah.

Antara kemudahan lain ialah ruangan solat terbuka, bilik mesyuarat, bilik kelas, bilik imam, bilik bilal, pejabat urusan, tandas, bilik urusan jenazah dan tempat wuduk bagi jemaah lelaki serta wanita.

Lantai


Di luar pekarangan masjid yang mempunyai konsep taman Islamik pula, mempunyai kawasan tempat duduk dan pokok-pokok renek.

Masjid hijau mempunyai keluasan kira-kira 40,000 meter persegi dan mempunyai kemudahan seperti 700 tempat meletak kenderaan.





Pada aku masjid ni memang menenangkan. Ruang yang luas dan selesa dengan suasana dalaman yang sejuk dan suhunya terpelihara walaupun menggunakan tenaga semulajadi. Sebuah masjid yang canggih dan mesra alam.

Tidak syak lagi kenapa masjid berjaya memenangi Platinum Awards untuk Green Building Index.

Pengiraan GBI Index

Bersempena bulan Ramadan ni elok la ambik kesempatan mengunjungi masjid masjid untuk iktikaf.

Ajak sekali Divavi Azwan Ali tu supaya perbanyakkan iktikaf.

Boleh rujuk page ni untuk cara cara iktikaf : Iktikaf Di Bulan Ramadan.

Untuk perkembangan dan aktiviti masjid sila rujuk : FB Masjid Cyberjaya

Sekian.

21 comments :

  1. Meng ...

    Memang cantik !!!

    Tak sure fakta nih betul ker tak ker ...

    Tahun 1989 dulu, saya ada interview ngan IBM ... dan di katakan bangunan IBM kat SJ tuh adalah salah satu bangunan pertama di Malaysia yang mesra alam ... yakni menggunakan secara optimum kuasa alam semula jadi ...

    Di mana tahun 89 dulu, mesra alam masih agak janggal ... sebab BOB MESRA pun belum beranak lagi kot ! Hahahahhahahahaa

    Apa apa pun ... memang agak teruja tengok senibina Masjid Putra Jaya nih !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghaz..

      IBM di taman tun.. yang kat subang jaya tu mesiniaga.. both are mesra alam building kot.. tapi zaman dulu dulu punya la. more tu kasi angin masuk tapi still ada ekon..

      now ibm dah pindah ke bandar utama. bangunan mesiniaga still ada lagi.. yup bangunan tu memang lawa.. siap ada swimming pool lagi kat atas..

      yang Green building skrg ni minimize penggunaan tenaga dan letrik.. lagi smart la kot.

      bob mesra? hahahaha.. kedai mesra petronas banyak2 dan merat2 skrg ni...

      masjid ni kat cyberjaya la.. bukan di putrajaya.. masjid besi putrajaya tu pun agak smart jugak. x de pakai ekon

      Delete
  2. Tak pernah tahu pasal kewujudan mesjid nie..thanks meng berkongsi cerita
    Insya-Allah akan cuba jejak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun first time pegi ni... gatal tangan tengok masjid lawa .. hehehe

      sama sama.. kalau berkesempatan buleh la singgah

      Delete
  3. lawaaa...belah depan tu macam paying Teflon kat mekah tu kan..masjid pun dah apply GBI ek..syabass!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kat masjid ni payung kecik2 je. tempat menunggu kalau nak parking kot...

      Delete
  4. cantik...tp nampak panas....kena bg tumbuh-tumbuhan naik tinggi dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.. tandus lagi sekarang ni. pokok2 tak de... tunggu lama skit baru damai skit area dia kot

      Delete
  5. Involve project masjid ni ke abg..details tul explanation..hehe. thanks info n selamat berbuka puasa 😊

    ReplyDelete
  6. Assalam, ade majlis iftar jamaie tak kat masjid ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. rasanya tak de kot. kalau ada pun maybe kat dewan sebelah. sebab nampak macam ada caterer hari tu.

      cuba check fb dia orang for activities

      Delete
  7. Eh..tgk gmbar sejid ni br perasan x solat Asar lagi.

    Ok bai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...