Thursday, June 26, 2014

24 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal : Thamel, Kathmandu

Dah abis dah entry untuk trip Nepal dan Bhutan ni.

* sapu minyak Yu Yee kat jari sebab jari jemari mengalami kekembongan dan tampak kasar akibat menaip bertubi tubi

Flight sampai ke Kathmandu

Lepas keluar dari airport setelah terperangkap dalam queue yang panjang untuk lepas imigration, dan dah beli rokok dan hisap puas puas, aku berjalan keluar dari kawasan airport tu untuk cari teksi.

Memang aku dah tengok tadi, tak de orang tunggu aku kat airport sana. Binawe punya Sujan. Saja la tu memberi janji palsu pada aku. Couple Chinese tu pun dah menghilang ntah ke mana.

Nasib la mood aku OK so aku malas nak ambik kisah sangat. Aku cuma nak habiskan seharian siang ni je dulu sebelum berangkat balik ke tanahair malam nanti.

Sebenarnya flight asal pukul 3 petang, tapi AAX dah retime ke pukul 9 malam !

Welcome back to Nepal ! Ini kat airport Kathmandu. 

Teksi yang bersimpang siur di jalanan yang jem di Kathmandu

Serious, sebaik saja sampai Kathmandu, suasana dah tak aman macam kat Bhutan ! Kembali kepada hiruk pikuk manusia yang ramai

Akak Nepalese ( sebelum dan selepas ). Selepas tu gambar di background

Akhirnya aku sampai di hotel di Thamel semula.

Waktu aku sampai, Sujan ada kat opis dia tu. Beriya la konon dia sambut aku dan tanya cemana trip aku ke Bhutan.

Aku hempas beg dan terus tempeleng dia 40 kali.

Piak ! Piak ! Piak !

"Hambik kau !!! Bahana memberi janji pelesu kepada ku..."

* begitu aku amarah.

Tapi tu semua tipu. Dialog busuk je. Yang aku cakap adalah OK jer lah. Saja tak mau bagi dia perasan terlebih.

Dan dia dengan rasa terkejut nya bagitau aku dia memang suruh orang tunggu aku kat airport tu. 

Ntah ya ntah tidak. Masih menchoba untuk membeli jiwa ku.  

Tapi bagi mengubat kelukaan, dia cakap.

"I'll pay you back"

Haaaaa. Nasib baik aku belum sempat dirasuk amokan puaka Suarez gigit gigit orang tu !

So aku dapat balik NPR 400. Nasib aku tak kencing dia cakap aku bayar NPR 800.

Mesti ada permintaan nak tengok rupa paras Sujan ya? Malangnya gambar dia aku memang tak snap. Pertama sebab Sujan pun tak kacak mana. Tapi kalau nak mengibaratkan Sujan dengan Ramasamy, Sujan ni agak Pari Pari Kota ( Paria Kota cerah sikit lah ) dan Ramasamy jatuh dalam golongan tak berapa elite; Pari Pari Desa.. Kota tu kira lawa sikit la walhal kalau dah desa tu.. perlu ke aku nak describe lagi rupa parasnya?

* tengok tebuan berterbangan riang di atas rambut dia orang

OK. Tak baik kutuk orang. Mak aku marah. Tapi tak de gambar tak pe kan?

Sebab masih siang, dan aku tak terasa nak mandi ke apa lagi, aku simpan beg kat situ dan aku ke area Thamel semula untuk shopping. Kali ni dah nekad, nak beli apa apa yang di pesan. Kena beli sebab hari ni hari last dah.

Ayuh pegi menghabiskan wang di tempat orang !

Jalanan di Thamel

Apa benda ni?

"Saya mahu kondom perisa durian.. ada?"

Actually, aku jalan ikut kaki dan aku rasa aku terkeluar dah dari area Thamel tu.

Dah tak tau kat mana sebab dah tak nampak mat salleh ke apa. Semua nampak local je yang ramai. Kedai kedai pun dah bukan macam kedai outdoor gear tu semua, tapi kedai kedai yang dikunjungi oleh local.

Buat muka local, aku merayap.

Ikut kaki. Ikut hati. Padahal otak blank kejap.

Warung kopi jual momo

 Makcik melirik manja.. ke tak berapa manja sangat?

Pakcik melepak tengok gigi pelesu sambil mengimbau giginya yang dah lama roboh

Beli baju bajan

Orang jual anggur di jalanan

Antara bangunan yang aku jumpa

Asam? 

Penduduk tempatan yang pandang aku macam nak makan !!

Sampai kat satu part tu memang aku dah cuak sebab aku rasa aku dah sesat. 

Dah tak de kedai kedai outdoor tu. Banyak kedai groceries, kedai pharmacy, buat gigi pelesu dan kedai kedai yang khas untuk local.

Tapi relaks dulu, jalan je ikut orang ramai then perhatikan bangunan sekeliling... 

Lega akhirnya sel sel otak berhubung dan aku berjaya balik semula ke area Thamel.

Masa kat Thamel aku jumpa ada 3 orang gadis gadis Malaya. 

Sebab telinga aku capang, aku dengar dia jawab bila orang kedai tu tanya. Mereka bagitau mereka dari Malaysia. Haaaa jumpa orang kampung. Tapi aku malas nak tegur sebab dia orang kat depan.

Thamel

Kedai kedai kain di Thamel

Area Thamel

Gebu gebu kain ni

Pashmina

Balik ke hotel, masih petang. Aku lepak jap kat roof top

Sambil minum kopi dan masak maggie cup. Abis semua makanan yang tinggal aku bagi kat budak cafe tu sebab dia baik hati bagi aku satu teko air panas.... Siap dengan sos sos sekali aku kasi. Seronok je dia. 

Senja terakhir di Kathmandu

Senja berlabuh

Dah gelap

Surat khabar Nepal

Ini la hotel tempat aku menginap kali ke 2 di Kathmandu. Hotel yang murah sikit, tapi selesa dan cukup segalanya... Pekerja dia pun baik baik belaka. Cuma manager dia je Si Sujan tu yang banyak songeh.

Menjelang malam, dia orang bagi aku bilik untuk mandi dan bersiap siap sebelum ke airport. Lega jugak la dapat segarkan badan.

Dan Sujan dah uruskan orang hantar aku ke airport jugak. Jadi aku tak payah bayar teksi lagi dah.

Dia suruh aku rekomen dia untuk sesapa yang nak ke Nepal. Hmmm aku pun tak tau nak rekomen ke tak. Tapi sebab malas nak bertanggung jawab kalau apa apa jadi, korang cari je la sendiri contact kalau ke Nepal. 

Sampai airport, check in macam biasa. Baru nampak ramai muka Melayu. Ramai jugak orang gi Nepal ni sebenarnya tapi mungkin sebab masing masing ada agenda tersendiri, kat airport ni je la baru bertemu sua.

Tapi sebab aku sombong, aku tak de la tegur mana.

Banana Tea ada di jual di airport

Kedai cenderamata di airport Kathmandu

Tunggu nak boarding

Akhirnya pesawat yang akan membawa aku pulang dah bersiap sedia

Sebab aku ambik zone senyap, memang tak de orang. Boleh tidur je lah sepanjang masa

Tak lupa melantak nasi lemak. Dah lama tak jumpa nasi lemak ni. Rindu.....

Dan pesawat selamat mendarat dan OR dah siap sedia menunggu jam 4 pagi.

Hoorey !

Dah sampai Malaysia.

Keseluruhannya aku gembira dengan trip Nepal dan Bhutan ni. Walaupun asalnya aku tak tau nak expect cemana, tapi setelah mengharunginya, aku rasa OK lah. Not bad untuk bertukar angin....

Sila baca ni bagi menambah ilmu di dada yang bidang.

14 Ways In Which Travelling Changes You



I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

The wind of change
Blows straight into the face of time
Like a stormwind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Now, dah kena fikir balik semula pasal kerja. Argh... kenapa la aku tak kaya dan banyak duit dan banyak cuti? Tak payah nak gi keje, gi melancong je sesuka hati.

Kan ? Kan ? Kan ?

eh bersambung lagi ................

29 comments :

  1. Berbau busuk tak? Harap tak macam sungai di Manila...

    ReplyDelete
  2. kenape epot tu nampak cam lagi lawa bile malam? haha..time aku nk balik ari tu x dela nampak cam comfy gitu.

    hehe.

    anyway..grt entries meng! bole dh tick the bucket list.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah abih gak aku baca entry bhutan & nepal, nexttt entry plakkk

    hiks hiks

    ReplyDelete
  4. mmg epic sungguh la trip kali ini....best2....tp nepal n bhutan bkn priority list aku la...tunggu la pi tmpt2 lain dolu, br pikir kan ke sni...kalo aku ke nepal boleh la buat misi mencari bekas kekasih kerja kat mydin mall dulu..eh? hahahaha

    ReplyDelete
  5. hokeh..
    habih dah baca episode Bhutan Nepal..
    seperti biasa..


    kagum..
    gambar
    orang

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum bang.
    1- Salute pd "diri sendiri" dulu sbb berjaya mengkhatamkan cerita ceriti.
    2- Semua best.. salute
    3- Tak terhajat nak pi Kuwait pulak ke bang?

    ReplyDelete
  7. kan!

    dah cepat taip cerita myanmar pulak.
    aku punya dah nak habis dah ni..

    ReplyDelete
  8. Indahnya Kathmandu, Nepal. bandar penuh warna warni.Banyak pengalaman Pak Meng. Rupanya di kathmandu juga jem..wah.

    ReplyDelete
  9. Bro, you should make a post about airport smoking rooms, c/w pics, at all airports you passed through. AND a guide on how to find them!

    Amat lah membantu perokok tegar macam kita, heheheh

    Didahului dengan ucapan salamat po!

    ReplyDelete
  10. hahahaaa... lawak la entri penutup ko ni. Anyway dah selamat segala-galanya.

    ReplyDelete
  11. eh dah tamat ker...kan kt bawah tu ada tulis akan bersambung lagi...

    ReplyDelete
  12. pari pari metropolis skit ghopanya takde ke Meng untuk tatapan peminat. Ko buat aku dan JM hampa !! *tibee

    hah...Suarez tu berangan nak jadi bintang pilem Twilight kot. Mengigit je kejenya.

    ReplyDelete
  13. Ayat2 ko nampak bebenor ko anti pari2 desa wakakakakaka... Sian mr rama kekeke dh mcm nama kelik aku kat opis hahahaha...

    ReplyDelete
  14. Dah abis ke abg meng...haha..serius dari ari petama sampai last..tak penah lepas pandang blog ni...tabik lah!!

    Asal ada sambungan...tak kan abg meng jumpa ramasamy dkt malaysia lak??ke dia datang dlm mimpi abg meng?hahaha

    ReplyDelete
  15. tak mampu ke nepal
    tapi
    mampu baca entry nepal di sini

    gambo...memang membawa 1000 ayat...

    mudah faham..

    (sambil tolong spray alau tebuan atas pala derang)

    ReplyDelete
  16. Jari jemari dah gelembung dan kasar katanya! Meh sini Jm kasi letak losyen d tambah dgn sedikit urutan mesti lebih runcing dan halus

    Abg jgn beli kondom perisa durian nanti cepat panas badan perlu minum air byk..habislah nanti d kata Jm x syg muluttt


    Nasib baiklah abg meng ke sana at least bg kami yg belum tentu dpt jejak kaki ke sana boleh dpt sedikit info dan lihat keadaan kehidupan mereka di sana. Syabas betehhh

    ReplyDelete
  17. Nana: Jm dh lama 'hampa' heeeeee

    ReplyDelete
  18. MKL : tak busuk mana la... manila tu memang polluted.


    Agip : lawa ke? mcm tak lawa mana.. plus sesak skit sebab boarding room tak banyak..


    BSem : terima kasih sebab baca.

    ReplyDelete
  19. DJ : tak pe tak nak pegi pun. aku dah bawa dah ni.. ada terasa mcm dah pegi tak??

    tak pe.. foc jer.. hiks.

    Pakwe neps tu kalau dari pokhara.. wajib gi melawat. kalau kathmandu .. x payah.. hehehe


    JJ : :-)

    DrS : thenfkss


    SAR : teringin gak. tapi belum sampai masa lagi. eheheh

    tunggu org sponsor la..

    ReplyDelete
  20. Mya : Myanmar aku tu lambat lagi... belum tengok pun lagi. hiks..


    GF : sama aja di mana mana... bhutan aja yang tak jem.. kota kota besar lain.. macet !!

    SM : Supermeng Malaya ke ni? Ke Supermeng Manila? Hiks..


    Ali : thanks

    NM : tunggu.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meng, SM stands for my initials ler. Heheheh, takde kena mengena dgn mana2 superpower...klu sudi gi ah tengok my FM collection :)

      Delete
  21. NanaT : jgn hampa dan kecewa.. aku akan berusaha di masa akan dtg untuk mencapap muka subjek2 yang bakal di gossipkan utk tatapan umum..

    especially kau dgn JM..

    HB : nampak macam aku membenci mereka ke? hahaha


    CikN : terima kasih..

    dah abis dah entry ni..

    ReplyDelete
  22. Anash : tak pe. semoga entry2 ni bagi feel cemana rasa berada di Nepal dan Bhutan..

    selamat berpuasa..


    JM : JM skrg ni memang dah tak sayang mulut.. ada kang kena gigit dgn suarez ni karang.. hehehe..

    kira JM pun mcm dah sampai Bhutan la kan? tak payah bayar apa apa.. gi FOC jer...

    abg meng dah belanja..

    ReplyDelete
  23. i suka kathmandu .. skrg ni rasa miss la plak .. kat sana, tak sabar nak balik .. hahahha

    ReplyDelete
  24. Nk tny harga kain kt sne cmne? Murah ke x? Berbaloi ke nk pegi sne utk borong kain je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain apa? sorry tak tau la sebab tak shopping pun.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...