Thursday, June 19, 2014

17 - Lambaian Bumbung Dunia : Bhutan - Thimphu Valley

Semasa di pekan Thimphu tu Leela mintak drebar berenti jap sebab dia nak bawak aku tukar duit.

Aku mati mati ingat pegi tukar duit kat bank, tapi rupanya kat kedai !

"Here? I thought we are going to the bank or something?"
"There is no proper money exchange here except at the airport and the bank. Bank is closed at this time. Dont worry, you can change with them, they offer good rates"

Aku tak de choice. 

Kedai tu adalah kedai baju. Tapi makcik tu memang banyak duit dolllar. Berkepuk kepuk. Aku assume memang biasa orang tukar duit di kedai kedai macam ni. 

Aku tak tau nak tukar berapa. Tak leh nak budget berapa aku nak belanja kat Bhutan ni sebab semuanya dah all inclusive. Memula nak tukar USD100, tapi nasib baik la akhirnya aku tukar USD50 ( apparently aku tak tau nak beli apa langsung dengan duit Bhutan Ngultrum tu)

Lepas tu, kami bergerak, Leela kata kami akan pegi tengok statue Buddha Dordenma di atas bukit di Thimphu. 

I follow jer................. 

Statue Budha besar dari kejauhan

Tinggi jugak la nak naik ke atas, jalan pun bersimpang siur. Nasib baik akses jalan raya dah OK jadi kami naik dengan kereta je.

Sampai di tempat parking drebar tunggu kat kereta dan Leela teman aku.

Aku sebenarnya sikit bosan sebab dia ikut aku dekat dekat. Rasa tak bebas. Banyak kali jugak aku cuba melarikan diri sebab aku prefer jalan sorang sorang, tapi maybe la sebab as a guide dia tak leh tinggal aku jauh jauh dan berjalan sendiri.

Tapi kat sini, sebab dia jumpa geng geng dia guide yang lain so aku ada masa sendiri.

Statue Buddha yang sedang dalam pembinaan

Buddha Dordenma adalah patung Buddha Shakyamuni gergasi yang dalam pembinaan di pergununga Bhutan. Patung ini akan menempatkan lebih satu ratus ribu patung Buddha yang lebih kecil, di mana setiap satu, seperti Buddha Dordenma sendiri, akan diperbuat daripada gangsa dan hujungnya dalam emas.

Buddha Dordenma adalah terletak di tengah-tengah runtuhan Kuensel Phodrang , istana Sherab Wangchuck menghadap sisi selatan Thimphu, ibu negara Bhutan. Apabila siap, ia akan menjadi salah satu yang statue terbesar Buddha di dunia, pada ketinggian 169 kaki (51.5 meter).  

Patung ini sahaja yang dibina dengan kos AS $ 47 juta, oleh Aerosun Corporation of Nanjing , China, manakala jumlah kos keseluruhan Dordenma Projek Buddha adalah melebihi AS $ 100 juta.  Nama-nama penaja akan dipaparkan di dalam dewan meditasi yang membentuk takhta Dordenma Buddha.

Selain dibina bagi menyambut seratus tahun Raja Bhutan, ia juga bakal membawa rahmat, keamanan dan kebahagiaan di seluruh dunia . 

Leela dan kawan kawan dia.

Statue Buddha Dordenma

Kawasan sekitar

Tangga menuju ke atas berwarna keemasan

Pandangan bandar Thimphu dari atas bukit tempat Buddha Dordenma. Lokasi atas bukit ni menjadi tempat shooting cerita Lagenda Budak setan 2  ( aku pun baru tau )

Dzong yang tempat aku pegi tadi tu dari kejauhan

Lembah Thimphu. Ibu negara Bhutan.

Aku tak de la naik sampai ke atas patung Budha tu sebab silau mata. Matahari dah start condong dan cuaca agak sejuk time tu. 

Lepak lepak tunggu Leela abis borak sampai tengok view Thimphu kat belah bawah then kami blah.

Seterusnya kami turun semula ke bandar Thimphu dan Leela bawak aku ke National Memorial Chorten. Memorial ini telah dibina bagi memperingati Raja Bhutan ke 3 yang telah meninggal dunia. Tempat ini telah di bina oleh bonda beliau sebagai memperingati baginda.

Pintu masuk

Nasional Memorial Chorten

Chorten ini dihiasi dengan lampiran yang kaya diukir menghadapi empat arah, dan mengandungi mandalas, patung dan sebuah kuil khusus untuk raja ketiga.

Pendek kata, ini simbolik kubur baginda raja tapi sebenarnya kubur betul bukan la di sini.

Dan sudah menjadi amalan agama Buddha, mereka akan mengelilungi Chorten ini tanda hormat mengikut arah jam sambil membaca mentera.

Aku pusing jugak la, tapi sebab nak ambik gambar jer pun.

Orang pusing keliling Chorten tu

Selesai melawat National Memorial Chorten di Thimphu ni, Leela cakap abis la itinerary aku di Thimphu.

Gila tak best kan?

Aku pun tak tau tempat mana satu yang menarik. Semuanya rasa biasa biasa jer. Tapi tak pe lah. Dah sampai pun, aku jalan je lah. Usha mana yang patut. Tengok apa yang ada. Janji aku dah sampai sini.

So dah petang, Leela kata dia akan hantar aku ke hotel penginapan aku.

Kami ke Jambayang Resort di mana tempat aku bakal menginap.

Barang di ingat, untuk semua pelancong yang datang ke Bhutan, penginapan yang di beri mestilah bertaraf 4 bintang ke atas. Tapi kena ingat jugak, hotel di Bhutan adalah standard Bhutan lah. Bukan hotel hotel yang kita biasa dengar. More to local hotel yang di bina oleh warga Bhutan sendiri. Aku tak nampak pun ada hotel chain yang besar besar tu kecuali Taj Hotel. Taj Hotel ni kiranya hotel 5 bintang yang sangat terkenal di India.

Tapi dia tak buh aku situ. Maybe sebab aku punya pakej yang paling murah kot.

So meh kita balik hotel. Seharian di perjalanan. Letih dan berlengas badan.

Entrance hotel.

Lobby

Yang naya nya. Masa aku sampai kat hotel ni tetiba, ada orang tegur.

"I guess we are gonna be staying in the same hotel"

Muka sengeh menyeringai nampak gigi je.

Alah. Badul Ramasamy ni lagi ! Tetiba dia muncul. Spoilt je. Aku harap dia bukan duduk bilik yang dekat dekat dengan aku. Hahaha..

Cepat cepat aku dapatkan bilik. Leela brief aku sikit apa yang aku patut buat, nak makan apa semua di hotel ni. 

Esok dia akan datang pick up aku kat hotel ni jam 8 pagi untuk aktiviti esok !

Aku mengiyakan je. Dapat kunci aku terus ke bilik. Tengok tengok.

Bilik dia besar gila............. !!!

Besar. Ada cukup semua segala.. Duduk 10 orang pun boleh.

Katil syok gila. Tapi facility wise standard Bhutan la kot....

 Jambayang Resort. Nasib tak jembalang !

Yang bestnya resort ni kat lereng bukit dan overlooking Thimphu. Boleh usha je dari balkoni

Sebahagian dari pekan Thimphu yang kelihatan

Tau apa benda pertama aku buat?

Sebab ada sebatang rokok yang tertinggal baki dari Kathmandu yang aku cuba cuba seludup. Terus la aku hisap !! Yang peliknya, ada ashtray tu. Tapi tak de orang jual rokok. Cemana?

Memang aku isap sampai ke tembakau terakhir. Rokok Malboro aku beli kat Kathmandu sebab stock Dunhill tak bawak banyak. Dunhill tak de kat Nepal. Dah tau kat Bhutan tak leh hisap rokok. Kalau aku tau, aku seludup je bawak rokok. Hiks.

Rokok terakhir yang di hisap dengan penuh keinzalan..... Tapi pelik kan siap ada ashtray tu.....

Aku just lepak lepak kat bilik je.

Layan view. Internet pun agak laju. Tapi pakai cable la. Kalau pakai wifi teruk gila. Boleh la setakat nak check check apa yang patut.

Mandi dan segarkan badan........

Thimphu menjelang malam

Bulan 

Malam sikit aku pegi makan di restaurant hotel. 

Memang Leela pesan, nak makan, pegi je kat restaurant tu dan order je apa apa nanti dia akan settlekan. Harga dah termasuk dalam package. 

Masalahnya tak de banyak benda yang aku boleh makan. Dan apa yang aku order tu below daripada harga min aku patut makan, jenuh la waitress tu suruh aku order lagi !!!

Nasi Goreng

Yang syoknya layan dinner kat open area ni sambil tengok Thimphu....

Thimphu pada waktu malam.... tapi sejuk time ni

Duduk kat luar. Aku order lagi benda alah ni. Macam cekodok je tapi pedas sikit. OK la makan dengan sos sambil minum teh panas.

Tengah aku makan makan dan melayan perasaan tu, aku nampak Ramasamy datang ke cafe. Nasib baik dia tak perasan aku. Dia terus masuk dalam dan borak borak dengan waitress kat dalam.

Dan bagi menyelamatkan diri, awal awal lagi aku dah blah masuk bilik. Tak de kuasa aku nak melayan dia !!

Balik bilik malam tu tidur dengan lena. Memang lena betul. Katil yang besar dan empuk. Buat aku dibuat mimpi yang lena di Thimphu.................



Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Morning Thimphu...........

Suasana pagi di bandar Thimphu yang masih berkabus

Sarapan pagi

Bilik penginapan aku di tingkat atas

Thimphu, Bhutan

Thimphu, Bhutan

Tepat jam 8 pagi, aku ke lobby dan Leela sudah siap sedia menanti !!!

bersambung..............

11 comments :

  1. kau snap tak gambar ramasamy tu?
    tetiba macam teringin pulak nak tengok rupa paras dia. hiks.

    ReplyDelete
  2. Ohhh rama2, mesti dia suka sbb ada teman borak

    Dompet duit wlupun nampak agak lusuh tp yg penting tebal penuh ngan duit berkepuk2 sbb selalu dgr pepatah jgn pandang luaran tp pandang isinya, ke tebal ngan business kad

    ReplyDelete
  3. ramasamy tu nak bgtau kat seantero bhutan dia jumpa supermeng!

    ReplyDelete
  4. Percayalah, rokok nan sebatang tulah yang paling sedap dalam dunia ni kan? Hotel dia biasa-biasa je kan... tapi kat dalam cantik.

    ReplyDelete
  5. braun buffel yang mahal tu JM.. lusuh tak pe..

    ReplyDelete
  6. aku just rindu nak menconteng arang kat blog ko.

    dah conteng ! :)


    p/s: rokok yang terakhir tu patut save untuk dinner malam tu..layanzz woo ...

    ReplyDelete
  7. kehkehkeh si JM ada je menda orang tak nampak dia nampak...hahaha

    hoih ni namanya hidup dihantui oleh Ramasamy...dah ke mana saje ada muka dia kan...eh takde snap gambar dia?meh kasik tunjuk sikit...kot2 iras salman khan kerrr...hahahaha

    ReplyDelete
  8. Dj Ku sayang * tetibe pulak!!!! I mean Dj radio ikim fm hikssss
    Jaga2 jgn x tahu.....i ni mata DUITAN hohohoho

    ReplyDelete
  9. Mya : x snap rasanya. x lalu.
    hahahaha


    JM : wallet tu penuh dengan resit je.. tak buang... kalau buang. kempis juga..


    MKL : terima kasih tuan. insya allah


    BSempoi : hahahhaa.. ntah2 dia ada blog gak. saja la tu nak tempek muka aku

    ReplyDelete
  10. Ali : tu la.. sebatang tu macam sorga.....


    JG : memang dah lusuh gila. dlm pun dah koyak rabak..


    NanaT : oh kau dah mula keje baru? mesti bz ya.. all the best Nana di tempat kije baru...


    DJ : memang menghantui.... haha aku yang lari dari bayang bayang... hiks..


    JM : mata duitan tak pe. jgn mata keranjang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...