Friday, June 13, 2014

11 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Good Morning Sarangkot

Aku bangun dulu sebelum ayam berkokok !!

* tembak ayam ayam yang tengah tidur dengan lena pastu kembali duduk bersila atas tilam dan bercakap laju laju dengan dinding.

"Good morning, Доброе утро, Բարի լույս, Sabahın xeyir, добро утро, Dobré ráno, God morgen, Goedemorgen, Tere hommikust, Hyvää huomenta, Bonjour, Guten Morgen, Kali mera, jó reggelt, Buongiorno, Labrīt, Labas rytas, Dzień dobry, Bom dia, Dobro jutro, Buenos dias, God morgon, Magandang umaga, Günaydin, Доброго ранку, صباح الخير, დილა მშვიდობისა , Maidin mhaith, καλημέρα, Selamat pagi , Өглөөний мэнд, 早安, Tajba filgħodu, おはようございます, 안녕하세요, Bună dimineaţa, Chào buổi sáng , Mire Mengjesi, добро јутро, สวัสดีตอนเช้า, صبح بخیر"

Begitu gigi tak gosok tapi mulut lancar mengucap ucap selamat.

* mati la kencing je lebih tu.

Aku bangun lebih awal daripada wake up call reception kat bawah. Semalam dia dah janji nak kejutkan aku pagi ni.

Bersiap apa yang patut, selesai apa yang kena then aku turun ke bawah dengan wajah slenge. Ngantuk lagi sebenarnya.

Di depan lobby berdiri seorang lelaki berkulit hitam manis dengan misai melintang. Pakai trek bottom dan wind breaker.

"Good morning Sir !"
"Morning"
"Are you going to Sarangkot?"
"Yes I am"
"Shall we?"
"Let's go"

Dia lah yang bakal bawak aku pagi pagi ni ke Sarangkot dengan kereta mewah dan agak selesa. Toyota Vios je pun. Dalam suasana masih pekat malam, kami bergerak meninggalkan hotel menuju puncak !!!

"What is your name Sir?"

Dia cuba cuba ajak aku berbual.

"Meng. And you?"
"I am Ram. Where are you from Sir?"
"Malaysia"
"Oh. Malaysia. Good country"
"Really. How do you know?"

Aku gelak gelak.

Dan bermula la perbualan kami subuh subuh hari dalam gelap malam menuju ke Sarangkot tu.

Suasana subuh di Pokhara

Kereta bergerak

Ram ni cakap dia ada kawan keje di Malaysia sebab tu dia tau sikit sikit pasal Malaysia.

Suasana di Pokhara masih sunyi sepi. Jarang benar nak nampak kenderaan pagi pagi begini. Tapi keadaan jalanraya agak teruk jadi sekali sekala aku macam naik bot bila kereta langgar lubang.

Sambil tu borak borak biasa je la dengan si Ram ni.

Lepas pada kawasan Pokhara Lakeside tu, ada jalan menuju ke laluan ke puncak Sarangkot.

Bila masuk area tu je tiba tiba jalan jem !

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jem !

Aku ingat aku je gila pepagi buta nak pegi naik Sarangkot tengok sunrise tapi sebenarnya tidak !!

Ada yang trekking dan jalan kaki !

Ada yang naik motosikal !

Ada yang berkenderaan seperti kereta dan van !

Paling tak boleh di terima... bas berbondong bondong pagi pagi ni turut sama naik ke atas.

"Mereka dah kenapa?????????????"

Macam tu aku bercakap dalam hati. Tapi Ram cakap, ini adalah pemandangan biasa. Selain daripada orang naik ke Sarangkot untuk paragliding, memang ramai yang naik terutamanya waktu pagi untuk melihat mentari muncul sambil menikmati keindahan banjaran Himalaya di sana.

Enough said. Aku redha dengan jalan yang sesak di subuh subuh hari begini.

Sebab jalan jem. Kira sejam lebih jugak la nak sampai ke atas. Kata Ram kalau hari biasa tak de orang memang kejap je. Dalam 20 minit dah boleh sampai. Tapi jalan memang sempit dan gelap !!! Kalau bas tu memang muat muat dia je lah.

Sampai di puncak, Ram park kereta dia dan ajak aku turun. Memang ada parking area kat situ. Ada banyak jugak rumah rumah penginapan. Tapi hari masih gelap jadi semuaya aku pun tak berapa nampak. Aku dok follow dia je, naik naik tangga sampai ke atas.

Akhirnya kami tiba di sebuah bangunan 2 tingkat. Di tingkat atasnya ada kawasan terbuka. Ada kedai cenderamata dan juga warung kecik. Ada siap kerusi kerusi semua di atur susun bagi menikmati pemandangan. Ram cari the best spot untuk aku. Paling depan. Paling hujung. Jadi aku tak terlindung dengan orang lain.

Good job !

Sambil tu dia orderkan aku air teh panas seteko. Aku just duduk je situ menunggu mentari memunculkan diri. Orang makin lama makin ramai.

Bila cuaca semakin cerah, akan kelihatan pergunungan Himalaya bermula daripada Mt Dhaulagiri di sebelah kiri, dan puncak puncak gunung lain seperti Annapurna I, II, III and IV serta Mt Macchapucchre yang terkenal sebagai nama Fishtail sebab rupanya yang macam ekor ikan. (aku tak nampak pun macam tu )

Semuanya setia menanti !



Bermula cerita pabila mata bertemu
Dihembus pula si bayu asmara
Tinggi di angkasa melayang kita bersama
Tiba tiba sepi menjelma

Walaupun sementara
Dikau pergi kerana cita cita
Dengar sayang kata janji setulus hati

Daku menanti, menanti kehadiran cintamu
Kasih ku menunggu, menunggu
Menanti, menanti kehadiran cintamu
Kasih ku merindu, merindu
Ku menanti

Tataplah wajahku moga abadi di hati
Senyumanku yang menanti mu
Janganlah sekali naluri terasa sangsi
Pada cinta nan suci ini
Kaulah segalanya penawar hati yang rindu

Menanti, menanti kehadiran cintamu
Kasih

Pandangan awal....

Balam balam matahari mula menonjolkan diri

Mt Fishtail sudah mula kelihatan

Annapurna range dengan Mt Macchapucchre ( Fishtail ). Fishtail ini adalah satu satunya gunung yang tidak dibenarkan didaki oleh kerajaan Nepal. Maybe sebab bahaya kot

Kawasan dilembah Pokhara

Memang makin lama makin ramai atau rooftop tu. Kalau dengar dia orang borak ada yang macam dari Korea dan China. Ada jugak aku dengar orang Malaysia. Tapi Chinese lah. So aku buat tak ambik pot je.

Masing masing dengan kelengkapan kamera yang macam nak korek lombong. Panjang betul. Malu je nak keluarkan kamera sendiri. Belum kira yang bertripod apa semua.

Aku duduk je. Tripod pun tak de. Ram lepak sebelah aku. Sambil dok borak borak, hisap rokok, minum teh panas dan pekena roti yang aku bawak !!!

Khas dari Malaysia tu.... makan sama sama dengan Ram. Roti tu expired hari tu. Kakakakaka.

Kata Ram. Ada rumah api di atas bukit boleh jugak lepak kat situ tengok sunrise ni, tapi kawasan tu bahaya nak naik kalau pagi pagi hari. Dan bukan tempat aku duduk je yang yang ramai orang, kalau tengok kat atas bangunan lain memang ada je orang. Semuanya dengan misi yang sama.

Skodeng matahari terbit !!!

Hambik kau !

Matahari terbit dari belah kanan aku, so ini adalah moment moment pertama cahaya matahari terkena pada puncak Mt Dhaulagiri

Matahari muncul lagi...

Golden moment

Sikit demi sedikit. Time time ni semua orang macam 'Waaaaa.. Ooooo.. waaaaa" * lalat lalat riang berterbangan nak masuk mulut mulut yang ternganga

Keemasan.....

Dan matahari mula terbit di sebalik gunung ganang.....

Dan ini Mt Fishtail yang tak kurang juga disinari detik detik Benson & Hedges

Bekalan....Abis roti sebungkus dengan teh panas seteko

Matahari di sebelah kanan aku

Dan pergunungan Annapurna di belah depan..... matahari membiaskan cahaya di puncak puncak gunung...

Pergunungan Himalaya dari kejauhan...

Lake Phewa dan Pokhara dari puncak Sarangkot

Hari dah cerah sikit cuba berkabus di bahagian bawah

Si Ram ni baik hati pegi pinjam poster ni kat kedai tu nak bagitau aku nama nama puncak yang ada.. Atas gambar betul, bawah gambar dari poster

Tumpang jap jadi model

Matahari dah cerah

Ram memberikan pose pose penuh gaya kepada peminat. "Say Hi to peminat !!!"

Aku stay agak lama sikit la daripada orang lain.

Kebanyakkannya dah blah semula turun dari Sarangkot ni bila matahari dan muncul sikit. Ram suruh aku lepak kejap. Layan view. Sambil tu dok borak borak lagi dengan dia. OK jugak la mamat ni. Dia cerita kat aku, dia nak keje kat Malaysia tapi dia cuma pandai bawak lori je. Dia pernah keje di Qatar dan Arab Saudi. 

Lagi best borak dengan dia, dia cakap, dia suka duduk kat negara Islam sebab orang orangnya bersih !

Tapi dia Hindu !

Pemandangan bila matahari semakin meninggi

Puncak Annapurna

The best view dengan cuaca yang dah cerah. Mt Annapurna dan Mt Fishtail

Atas rooftop tempat aku duduk

View dari Sarangkot

Ini adalah cenderamata yang di jual. Kata Ram, bekas ini di perbuat daripada besi yang diambil dari pergunungan Himalaya. Kalau isi air dalam bekas ni, boleh merawat banyak jenis penyakit. Wallahuallam. Kalau pusing pusing kayu tu sekeliling bekas ni akan keluar bunyi mengaum.......

Ini kain yang dikait sendiri oleh penduduk di pergunungan Himalaya. Mereka ambik dari bulu binatang pastu kait dan dia orang ni tolong jual. Kain lembut gila, tapi sorry...not for me !

Budak yang dalam gambar tu cakap English fluent gila. Terkesima aku. Aku siap tanya mana dia belajar, dia cakap dengan pelancong pelancong yang datang !!

* minum air rebusan kamus dwi-bahasa

Aku lepak lepak kejap sambil pusing keliling sebelum Ram bagi isyaraat untuk kami beredar.

Bagi sesiapa yang ke Pokhara kalau tak trekking, tengok sunrise di Sarangkot adalah WAJIB !!! Tak de tip tertentu.. just go and enjoy the view......

bersambung............

15 comments :

  1. Golden moment memang gold! Fishtail tu ada rupa lah Meng. Dari pandangan aku macam ekor jaws. Fluent Eng belajar dari pelancong? Cuba masuk kelas, mau A++ manjang budak tu.

    ReplyDelete
  2. Terkesima aku meng tgk gambar ko. Untung dapat pemandu pelancong cam Ram.

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaaa..
    Haihh bila tahun pulak aku nak pegi Nepal. Tsk..

    ReplyDelete
  4. fishtail tu mcm sirip ikan jerung yg belah atas badan dia tu...ko x pernah ke tgk citer jaws?? hahahaha...

    mmg cantik la pemandangan kat sana....terkesima rama2 plak tgk...dalam gambo ko mesti ada 'model2' yg cun ko ambek gamba ekk...hahahah a....

    ReplyDelete
  5. Ahahaha terus jampi lepas bangun bahasa arab pun ade, saranghaeeee

    No wonderlah org berpusu2 nk tgk view yg cantik nih! Im fall in love :-)

    ReplyDelete
  6. BK : tu sirip laa bukan ekor..

    ntah. mata aku kerrow..

    budak tu bukan fluent je english dia.. siap ada accent tu. tu yang aku musykil.


    Farikh : nasib aku baik gak la jumpa org yang baik baik.. tapi ada gak yang tak baik....


    Mya : cepat ngumpol.. kang sampai la tu.....

    ReplyDelete
  7. HB : kalau mcm tu nama dia sirip bukan ekor..

    ok.. kau betul la. aku redha dan terima ianya adalah fishtail.

    * berlalu pegi dgn kehampaan hati


    JM : memang lawa. kalau rajin buleh trekking pegi poon hills buleh dapat view yang dekat sikit.

    kalau pemalas macam aku ni..

    faham faham sendiri la.....

    ReplyDelete
  8. Aduh... cantiknya gunung ganang tu. Bertuahnya badan... ramai jgk yg nak skodeng matahari terbit ya meng...

    ReplyDelete
  9. Ali : ramai gila.. semua pakat duduk atas bumbung bangunan. kalau la roboh ke apa.. naya jerrr... nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. kalau boleh bg saranan tukor nama dr mt. fishtail ker mt. sharkfin...erm:)

    ReplyDelete
  11. NM : tu la kalau sharkfin tu aku percaya la jugak..

    tapi kang org yang makan sharkfin marah pulak..

    ReplyDelete
  12. asalamualaium camera apa you pakai/ tq.nice job

    ReplyDelete
  13. ishhh ,.. teruja sungguh .. ni yg nak repeat pi pokhara on holiday ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...