Saturday, June 7, 2014

05 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Patan Durbar Square

Setelah mendapatkan Rajesh, dia bawak aku ke destinasi seterusnya iaitu Patan Durbar Square.


Krishna Mandir, Patan Durbar Square

Patan Durbar Square ni terletak agak jauh sikit dari Kathmandu iaitu di sebuah bandar bernama Patan. Seperti jugak Kathmandu Durbar Square, Patan Durbar Square ini merupakan bekas istana lama yang dibina dengan kuil kuil serta senibina agung lama sekitar 14th - 18th centuries. Ia dibina sewaktu pemerintahan King Siddhinarsingh Malla (1619–1660).

Dari Kathmandu ke Patan lebih kurang 40 minit. Jalan agak jem dan cuaca berdebu pilu....

Jalan ke Patan Durbar Square. Nampak KK tu? Dia siap eja 'Pasaraya'

On the way, Rajesh berhenti dan tunjukkan aku tempat ni. Sepatutnya ada air tapi time ni tak de.

Yang tak syoknya. Waktu sampai, Rajesh ni parking kereta dia. Pastu dia baik hati lak ikut aku jalan sampai ke entrance Patan Durbar Square tu.

Siap dia berhenti betul betul depan pondok beli tiket tu.

"You have to pay 500 Rupee for entrance fee"

Dafug !

Terbang NPR 500 ! (RM 16)

Baru aku nak beraksi James Bond menyelinap masuk dan cas cas Nepalese tak moh bayar.

GAGAL.

Tapi Rajesh dah kasi tau aku siap siap, kalau ada orang offer nak jadi guide, jangan layan sangat. Memang ada mamat ni datang beriya-riya nak jadi guide. Rajesh diam je kat tepi, maybe dia tak nak masuk campur kang bergaduh lak. Tapi aku memang tak mao.. so..

"No, thank you !"

Dengan muka sombong bongkak riak berlagak.

Booth kecik tu adalah kaunter tiket di hadapan Krishna Temple, bangunan paling penting di Patan Durbar Square.

Entrance ticket

Walaupun tempat ni open tapi sebenarnya elok je la bayar pun. Jadilah responsible traveller.

Sebab. Ada je pekerja pekerja yang memerhati dan datang approach tanya tiket. Sebab masa beli tu aku simpan je tiket tu tak nak pakai kat leher. Tapi tengah ambik gambar tu ada sorang pompuan tegur.

"May I see your ticket?"

Hah. Nasib baik ada. Kalau tak tebal muka. Bukan sekali tapi 2 kali aku kena tanya oleh pekerja yang berlainan. Last sekali terpaksa sangkut jugak kat leher. Konon konon tak nak la di lihat sebagai pelancong.

Patan Durbar Square

Patan merupakan bandar tertua di antara 3 bandar di Kathmandu Valley. Terkenal sebagai bandar warisan artistic kerana telah melahirkan ramai pelukis dan pengukir. Patan juga dikenali juga dengan nama Lalitpur.

Dikelilingi dengan banyak temple dan stupa yang diukir dengan teliti dan tersendiri. Terdapat 3 buah courtyard yang terkenal di sekitar Istana di Patan Durbar Square ini iaitu Mul Chowk, Sundari Chowk dan Keshav Narayan Chowk.

Layan gambar gambar sekitar Patan Durbar Square.

Vishnu Temple

Ukiran kayu pada temple

Temple

Ada sebuah museum di sini, aku masuk kejap je pusing pusing kat dalam. Sebenarnya nak cari toilet. 

Muzium Patan yang memaparkan banyak patung patung gangsa dan objek agama dan dianggap sebagai salah satu muzium yang terbaik di Asia.

Muzium Patan

Muzium Patan

Durbar Square

Statue Garuda

Bangunan bangunan di sekeliling Patan Durbar Square

Macam rumah orang pun ada

Yogendra Malla Statue  

Sama macam Kathmandu Durbar Square, di Patan ini, Durbar Square menjadi tempat melepak warga tempatan.

Seronok jugak tengok local ni melepak.

Nepalese Kid

Kengkanak

Menjual

Menanti?

Bergossip

Masa untuk KIT KAT

Berdoa

Waklekwakpis

Ada jugak restoran dan roof top area kalau nak tengok dari atas. Tapi aku malas nak usha. Macam dah penat sikit.

Banyak jugak kedai kedai yang menjual macam macam benda. Usha sikit sikit je la kawasan sekeliling.

Patan Durbar Sq

Roof top Restaurant

Buah buahan

Pelbagai aneka buah buahan

Patan

Patan

Bagi aku, Patan Durbar Square lebih cantik dari segi architecture nya berbanding Kathmandu Durbar Square. Tapi Kathamandu Durbar Square lebih happening !!

Aku tak berkesempatan ke salah satu lagi Durbar Square iaitu Bhaktapur Durbar Square sebab aku assume lebih kurang je lah. Kalau ada banyak masa buleh je pegi usha tapi tempatnya outskirt sikit dari Kathmandu Valley ni.

Banyak sangat square square ni, pening lalat lak aku. 

Abis settle semua di Patan Durbar Square ni, aku gi cari Rajesh.

Kereta jumpa tapi dia nya aku tak jumpa. Masalahnya aku macam lupa muka dia cemana. Cis. Berpusing pusing jugak la aku terhendap hendap orang orang kat situ mencari di mana Rajesh berada.



Kembali di sini
Mewarnakan seni
Selari alunan citarasa mu
Biar getirnya menyusun kata
Akan ku gilap jadi permata

Cari engkau carilah
Kemanisan madu mu di dalam hempedu
Berkemungkinan kau temui
Indahnya oh di benak ku
Bayang mu mencari erti
Sinarkan menanti pasti
Balasan ketabahan hati
Persis mimpi-mimpi yang ngeri
Jarang jadi realiti
Menyerah jangan sekali

Kembali di sini
Mewarnakan seni
Selari alunan citarasa mu
Biar getirnya menyusun kata
Akan ku gilap jadi permata

Akhirnya dia yang perasan aku. Dia duduk berborak dengan kawan kawan dia.

Ada kawan rupanya dia kat sini.

"Ayuh Rajesh ! Jangan buang masa..........."

* cekak pinggang sambil libas libas ekor pari

bersambung..............

9 comments :

  1. Haha... Kali ni bole pulak jd responsible traveller ek

    ReplyDelete
  2. Hahaha...bagus rajesh ni dia xnak ko tertangkap dia suh ko beli ticket. Agaknya ramai jek traveller mcm ko xnak bayar ticket kekekeke...

    Dan dan ekk jadi responsible traveller...hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Terbaik la bro.. :D
    Kenapa ak melepak sekali dengan warga temapatan tu :D

    ReplyDelete
  4. "Masa untuk KIT KAT", "Waklekwakpis"... hahahahah~ XD

    awesomeeee~ ;3

    ReplyDelete
  5. Amir : hahahah. tu ayat nak sedapkan hati..

    tapi.. selagi buleh elak,... kita elak !! hahaha..


    HB : aku rasa kalau travel solo org tak kesan sgt... sebab boleh je kever kever..

    tgk nasib jugak la.. kalau dah terkena.. bayo lah. kalau x.. buat muka stone jer..


    TT : dah lepak dgn budak budak sekolah tu..

    payah nak lepak sgt dgn dia orang ni sebab dia org tak berapa tau english... main angkat angkat kening je laaaa


    Plain : dah tak tau nak bubuh captions apa..

    belasah je la

    ReplyDelete
  6. JM : jumpa. cuma tersorok sikit... nasib baik toilet bersih...

    ReplyDelete
  7. Urmm..baca dari crita2 bro tuh..bagus si rajesh ni..bro da mintak no contact die?..

    ReplyDelete
  8. GH : tak ambik pun. lupa dan malas.

    x perlu risau. semua taxi driver mostly baik baik je kat nepal tu.. pepandai la kautim...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...