Sunday, November 25, 2012

Corat Coret Manila 8 : Penjejak Kembara Dunia

Entry ni khas untuk orang orang yang aku jumpa di Manila. Yang sama sama dengan aku travel.

Walaupun tak lama tapi kami sempat berkongsi pengalaman dan cerita.

Masing masing ada kisah yang tersendiri, tapi yang nyata, misi setiap antara kami adalah sama; mengembara melihat dunia !


Tau ramai ramai tu sapa?

Tu semua yang pernah duduk kat hostel. Aku perasan setiap kali ada orang check out mesti dia ambik gambar pastu tampal kat sini. Tapi masa aku tak de pulak. Sebab aku check out dan pegi ke Taal pastu balik just ambik beg je.

Tapi tu la semua wajah wajah penggembara dunia.

Ini geng geng sewaktu melawat Old Manila.


Ini Patrick. Masih muda. Baru berumur 21 tahun.

Cerita dia, beliau meninggalkan Germany untuk menggembara. Dia ambik visa bekerja di Australia dan di Australia dia buat keje keje kontrak bina bangunan. Kadang kadang dia ambik upah tanam pokok dengan Forestry. So dia kumpul duit baru la dia boleh travel.


Dia cerita, kadang kadang dia dapat gaji harian, dia boleh kumpul. Tapi kebanyakkanya, bila dia dapat gaji, dia abiskan dekat bar minum minum kadang kadang dia makan sampai lupa diri dan abis duit. Dia memang kuat makan aku rasa. Pastu menyesal duit tak cukup. Pastu kena kerja kuat lagi.

Selepas Manila dia plan nak balik ke Australia, keje balik sekejap kat sana sebelum pulang ke Germany.

Dia dah menggembara selama 6 bulan.

Baik budaknya. Senang di ajak berbual.


Robin.

Aci tak kalau tak nak cerita pasal dia sebab aku macam ala ala bengang dengan perangai budak kecik ni. Umur dia pun sama macam Patrick 21 tahun. Aku rasa dia ni anak orang kaya kot. Dia travel di SEA bermula dari Singapore, KL dan Manila. Lepas ni dia nak pegi IndoChina. 

Keje dia party party party. Tu je la cerita yang boleh di dengar dari mulut dia. 

Tapi kalau nak assume dia anak orang kaya pun, tetap la sibuk nak beli fake watch !

Aku tak de banyak sangat info pasal dia sebab aku meluat dan malas nak layan.


Tanya.

Memula aku kenal dia aku rasa macam minah ni macam ntah hapa hapa. Aku jumpa dia first time kat hostel dia dengan bf dia. Makan maggie sama sama pastu dok surf internet. Kejap kejap cemolot. Kejap kejap peluk peluk.

I is jeles !

Bf dia muda lagi. Masa dekat Rizal Park tu borak borak dia lah bagitau.

"My bf is 6 years younger than me. I am such a lucky person. Hahaha"

Pastu dia mengilai sorang sorang.

Pastu dia cakap mamat tu dah propose kat dia, dah bagi cincin beli kat Tiffany & Co tapi dia tak leh bawak travel sebab takut hilang. Sudahnya dia cakap dia tempat cincin batu dan pakai. Sibuk dia bagitau, cincin tu dia yang ukir sendiri.

Havoc jugak dia, nampak sombong tapi sebenarnya OK.

Dia dengan BF dia travel dari Germany jugak, dia dah pegi Amerika Selatan and now dia nak abiskan SEA dan India sebelum dia balik ke Germany. Dia kata March tahun depan baru dia balik Germany semula sebelum dia nak pegi kawin dekat South Afrika.

Singgah beli air di Rizal Park

Ini pulak geng geng masa pegi ke Taal Volcano.

Isabella, Anikka dan Toby

Kami sama sama chartered taxi dan kenal kat situ je lah. Tapi sepanjang di Taal Volcano memang kita orang bersama sama lah. 

Yang pakai topi memula aku ingat macam ganas gila minah ni. Nama dia Isabella. Yang berdua tu aku tak tau la mereka ni couple ke tidak, tapi rasa macam tak. 

Toby dengan Anikka also from Germany. Dia orang buat internship program dengan Siemens di Shanghai. So masa yang ada ni dia orang travel la ke SEA dan area area yang berdekatan.

Anikka tu agak friendly. OK lah. Toby tu memula macam sombong jugak, tapi lama lama OK. Cuma berkira je. Mungkin menjaga budget kot.

Dia baru pulang dari El Nido, stay di Manila beberapa hari sebelum pulang ke Shanghai. Hujung tahun ni, internship mereka abis dan dia orang akan pulang ke Germany semula.

Toby dengan kamera nya

Toby, Anikka dan Isabella.

Kalau tengok Isabella tu dah boleh agak kan dia wanita yang kental. Aku cakap dia macam tu bukan sebab dari rupa dia saja tapi dari cerita dia sendiri.

Dia bagitau, dia tak pernah plan nak travel sejauh ni.

Lepas kena cerai dan hilang kerja, dia kecewa dengan hidup dan dia start travel. Dari hari pertama dia keluar rumah, dia tak de arah tujuan. Dari satu tempat ke tempat yang lain. Dari Germany hingga lah ke South America dan SEA, dia sendiri tak pasti berapa lama dia nak berada di satu satu tempat tu.

Sekarang ni dia dah keluar rumah genap 1 tahun !!!

Membawa diri yang lara. Tapi dia cakap dia suka macam ni.

Pernah sekali dia broke down sewaktu di Costa Rica. Mak dia flew all the way from Germany jumpa dia. Mak dia nak ajak dia balik, tapi dia cakap dia tak nak balik. Tu yang dia merayau lagi sampai ke Selatan Argentina.

Dan dia cakap, dia akan terus merayau ikut kaki dan kemahuan hati dia.

Isabella di Taal Volcano

Aku sempat bagitau dia.

"One of the most popular song in my country is called Isabella"
"Really???Can you sing it for me?"

* ehem ehem betulkan peti suara lalu campak kan microfon pada Judika.

"Judika nyanyi, aku goreng"

* goreng mee, pastu goreng gitar, pastu goreng telur, goreng ikan pastu goreng mee balik semula.

Siap !



Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella...

Mereka la antara wajah wajah yang aku jumpa. Masing masing ada cerita tersendiri. Hidup ini pengalaman dan pengalaman ini la yang mendewasakan.

Pertemuan yang seketika cuma. Masing masing terpaksa memilih haluan sendiri untuk meneruskan penggembaraan dan pelayaran ini.

* pengsan baca ayat sendiri


Tagaytay

Semoga ketemu lagi !

9 comments :

  1. ko nyanyi ke weh? elok beno nak nyanyi depan die ye dak? btw mmg berbaloi la ko naik dgn jeans segala. view cantik!

    ReplyDelete
  2. Meng , dr mana depa punya duit travel lama2 ? Mak buntu nih!

    ReplyDelete
  3. dia org keje la. ada yg memang bawak duit banyak kot ( currency mereka besar ).. ada yang kalau cikgu memang ambik sabbatical dan mereka di byr utk bercuti... ada yg travel dan keje dan travel dan keje.. ( ticket flight pegi balik dah simpan, cuma berbelanja kena cari duit time travel)..

    ReplyDelete
  4. meng..jap aku knfius kejap..
    sape bf Tanya?..emm patrick? eh..ntah
    ada dlm cite sblm ni ke eh

    ReplyDelete
  5. motip kau menaakul mcm tu sekali. sapa sapa la bf dia. apa kita pedulik? hahahaha..

    bf dia x ikut gi jalan sebab dia org baru sampai malam sebelum tu, so bf dia study dan baca baca di internet cemana dia org nak pegi palawan..

    cuma Tanya je la ikut kita org berjalan riang.

    ada faham adik manis????

    ReplyDelete
  6. kalo nak cite pasal diorang ni, mmg sakit hati. bleh sukati jer cuti lama2 bawak diri bulan2. ce kalo kita??? mau makan pasir!

    haih jeles mak...

    ReplyDelete
  7. duit dia org besar kot.. kalau setakat seribu dua euro dah boleh jalan satu asean...

    kita???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...