Tuesday, November 20, 2012

Corat Coret Manila 3 : Metro Manila

Terkesima rama rama tak kalau aku bagitau Manila ni ada 16 juta penduduk??

Tak heran? Tak nak ambik pot? 

Cis !

Ya. Tu lah pasal. Manila merupakan kota ke 11 dunia yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi.

Penduduk Malaysia ada berapa? Tak tau? Meh aku kasi tau. 27 juta orang. Ini Manila saja, bukan Filipina. Di Manila saja ada 16 juta penduduk. Bayangkan kalau berjalan tak sah la kalau tak berlaga laga ponggong. Sapa ponggong lebar merasa lah tersadung kiri kanan. Ujung ujung duduk dalam longkang menangis tak leh naik.

Dan satu lagi fakta yang perlu di ketahu walaupun tak nak ambik tau, Manila ada 16 cities. Maksudnya macam KL ada berapa city? PJ je la kot yang boleh di panggil City (walaupun dalam Selangor sebenarnya), tapi di Manila ada 16 !!!

So imagine sekarang !!!

Imagine betapa besar dan luasnya Manila ni.

Tapi setiap city city tersebut ada macam label label tertentu. Macam Manila sendiri sebagai pusat pentadbiran dan pusat kota, pastu Quezon City, former capital, dan lain lain lagi. Tapi dalam banyak banyak cities ni, Makati lah yang paling trendy. Paling orang kata sophisticated dengan pencakar langit, dan pusat pusat tumpuan perniagaan. Makati ini juga mendapat jolokan 'the Singapore of Philippines'. Macam tu la di ibaratkan.

Kau terlopong tu kenapa?

Ini salah satu city di Metro Manila

Old Manila yang ada Intramuros tu pulak berada di bahagian Pasay dan Metro Manila. Dan di Manila ini sendiri ada lah tempat tempat tertentu yang menjadi tumpuan penduduk di sini. Macam Makati pulak lebih kurang 15km dari Manila ni memang kawasan khas untuk perdagangan dan business. So kalau nak cari Mat Salleh, mostly ramai kat Makati. Kalau nak cari tempat hiburan dan bar bar di sana juga. Kiranya Makati adalah heart of Manila.

Dan Makati jugak la tempat yang paling selamat untuk pelancong. Dan paling selamat untuk berjalan pada waktu malam.

OK. Lepas kami semua melawat Old Manila walk tadi, Grace ajak kita orang ke Mall of Asia. 

Tahan teksi naik 1 teksi 5 orang. Hahaha. Macam tak menjadi kesalahan pun so sumbat je la selagi boleh. Bertempek la kami 4 orang kat belakang dan Robin duduk depan dengan driver. Oh ya, dekat Philippines, pemanduan adalah left hand drive. Macam American lah.

Perjalanan dari Intramuros ke Mall of Asia nak kata jauh tu tak de la jauh sangat. Jauh jugak la kalau nak menapak. 

Teksi melintasi kawasan kawasan yang agak terkenal di sini seperti Manila Bay yang menjadi tempat rehat warga Manila.

Memang lawa tempat ni dan di katakan, sunset paling lawa di antara yang lawa adalah di Manila Bay ni. Aku teringin jugak nak usha tapi tengok dari dalam teksi je la. Nak ambik gambar pun tak boleh. Lagipun tak nampak sunset sebab mendung nak hujan.

Satu lagi, Manila tersangat sangat sangat jem. Redha lah dan perutukkan waktu secukupnya kalau nak kena naik teksi atau nak memandu di Manila ni.

Ada satu tempat menarik perhatian aku dalam perjalanan dari Intramuros ke Mall of Asia ini adalah CCP. Culture Center of Philippines. Tempatnya macam Istana Budaya.

Aku tak sempat nak ambik gambar, sapa nak tengok pegi google je lah.

Tempat ini mengundang kontroversy tersendiri sebab dibina dalam masa yang singkat lebih kurang beberapa minggu saja demi pertandingan Miss World ke Miss Pageant di Manila satu ketika dulu. Dan pembinaan yang dikatakan express ini telah menyebatkan kematian dan kecelekaan ramai orang yang bekerja 24 jam untuk menyiapkan tempat ini.

Terletak di Manila Bay jugak sekarang ni menjadi tempat acara acara besar di Manila.

Sekali lagi pegi google sendiri gambar CCP ni.

Destinasi kami adalah ke Mall of Asia. Kalau nak tahu, Mall of Asia ni merupakan mall terbesar di Asia dan ke 6 terbesar di dunia. Tapi aku sedikit musykil sebab aku rasa mall yang terbesar Asia rasanya terletak di Korea. Tak pe lah, sesapa nak claim pun. Kita bukan banyak duit nak shopping di sini.

Usha usha apa yang patut je.

Hari dah nak malam. Kami sampai hari pun dah hujan. Lepak kat luar hisap rokok kejap. Pastu borak. Cerita pasal orang Filipina kat pandai menyanyi, pastu Grace cakap dia pun suka pegi karaoke. So kami paksa dia menyanyi. Aku suruh dia nyanyi lagu Pangako Sayo.

Tapi !

Haram aku dengar tak leh relate lagu tu dan aku tertunggu tunggu bila dia nak sebut Pangako Sayo nyer sebab part tu je yang aku tahu. Hahahaha.

Grace so sporting la lepas dia menyanyi kita orang bertepuk sorak sampai semua orang pandang.

Dia orang semua kelaparan dan nak makan. Kuat betul makan. Padahal tengahari tadi dan makan di kedai babi tonyok tu. Aku jugak yang tak makan makan lagi.


Mall ni kalau tengok dari luar memang nampak pun besar sebab dia macam few building linked together dengan parking lot kat tengah tengah. Memang besar lah. Berjalan satu hari pun rasanya belum tentu habis.

Sampai je, terus pegi cari food court.

Patrick nak minum air nira. Sewel mamat tu ada ke suruh cari air nira kat area macam ni. Grace kata ada !

Tanya lapar jugak. Dia nak makan, minah ni OK. Aku rasa senang je dengan dia, orang nak makan apa dia setuju je.

Grace pulak nak bawak kita orang makan makanan Philippines. Maybe dia teruja la bawak pelancong so nak la menunjukkan makanan tradisi masyarakat sini.

Aku? Tak kisah. Yang penting halal !

Robin?

Mamat ni la paling slenga. Banyak la alasan dia. Tak nak makan makanan food court la. Kotor lah. Tak lalu lah. Banyak la cekadak tak abis abis. Pastu sibuk dok ulang  soalan yang sama.

"Do they sell fake watch here?"

Aku tumbuk buku lali baru tau.

Kesiannya si Grace lah. Nak puaskan hati semua orang. Sudahnya Robin mengalah sebab dia tewas. Tak de orang nak makan kat fine dining macam dia. Dia ingat semua orang kaya ke??

We settled down dekat food court. Penuh dengan kedai kedai local. Aku cari kedai halal. Haram tak de. So aku terpaksa berlapar. Tak de la lapar mana. Aku boleh tahan lagi.

End up, Robin muncung tak puas hati. Dia order air je. Aku pun order air je. Cuma Grace, Patrick dan Tanya yang makan.

Tengah lepak lepak kat meja makan aku perasan something.

Hanjing kau Hanjing !!!!   


Bab makan memang Patrick menang bergaya. Apa je dia belasah.

"How am I going to eat this?"

Dia tanya aku cemana nak makan sotong. Sotong sekor siap ada janggut apa semua. Aku suruh dia zas sekali masuk mulut. 

"Very good. Very tasty"

Tak pernah makan sotong ke apa dia ni? Pastu dia makan ayam, babi juga ada, daging dan ntah hapa hapa lagi. Dia la yang paling kenyang.

Grace & Tanya

Grace makan ikan bakar dengan apa benda ntah. OK je dia. Tak banyak hal. Aku rasa minah ni sabar gila melayan kerenah especially si Robin jahanam tu.

Tanya? Dia order kari apa benda ntah pastu dia tak boleh makan. 

"I am sorry. I am sorry. I cant eat this. This is not chicken"

Berkali kali dia mintak maaf dengan Grace. Mungkin dia takut Grace rasa bersalah suruh dia pilih makanan tu. Tapi minah ni memang cool. Aku pun tak tau apa benda tapi chicken yang dia katakan chicken tu memang bukan macam chicken. Macam stokin ada.

Tau sapa belasah bagi habis?

Patrick !!!!

"It is not weird. I like it"

* pengsan

Kalau bagi katak puru pun Patrick ni makan dengan senyum girang di wajah.

Robin cerita la dia pernah masa kat KL. Dia lepak dengan budak budak mana ntah. Pastu budak budak tu bagi dia makan hati lembu !!! Terus dia muntah. Then sebab tu kot dia memang agak particular sikit bab bab makan ni. Macam semua kedai tak bersih. Pulak tu tetap nak bagi contoh kalau yang kotor tu mesti  kat KL. 

Aku lempang jugak budak ni kang.


Susana dalam food court. Aku rasa ada few food court dalam mall ni sebab besar, tapi aku tak abis explore. Dah takde makanan halal kat sini aku assume tak de lah. Malas nak cari plus aku OK je menahan perut

Beer station

Selepas tu kami berkeliaran.

Robin masih tak puas hati. Tetap dia kata nak pegi makan yang tempat elok elok sikit. Kita orang ikut je. Pastu dia masuk satu kedai dengan Tanya. Check menu, then keluar balik.

"Oh my god. I cant afford that"

Hahahaha. Tanya membebel keluar. Robin pun diam je. Baru dia tahu kat sini mahal agaknya. Tapi aku rasa biasalah  kalau masuk fine dining macam tu for sure nya mahal.

Grace ajak kami ke belakang Mall sebab ada pertunjukan bunga api tepat jam 7 malam.

Kat mall ni siap ada stage performance. Siap ada stage lagi

Then kami lepak lepak bersidai di beranda mengadap Manila Bay untuk menyaksikan firework !!

Yahuuu.. 

Rezeki aku jugak, hari tu gi Sydney tengok firework datang Manila pun sempat tengok jugak. Tapi orang ramai gila, nak dapat shot pun terpaksa tolak tolak kepala orang dengan lens kamera. Pastu buat buat tak tahu.

"Opss. Sorry !"

Padahal dalam hati, hambik kau !!!!

Layan.







Orang memang ramai lah. Berhimpit himpit nak tengok bunga api yang last for few minutes tu. Patutnya abang selaku artis antarabangsa ni datang melawat kawasan dia orang tak payah la menyebuk kan? Datang je la hari lain. Fireworks ni ada hari hari per.

* mati la orang tak ambik pedulik

Tapi tak apa lah. Janji dapat tengok. 

Then masing masing ada benda nak di cari.

Robin tetap tak puas hati sebab tak boleh makan. Dia kata nak balik ke hostel dan nak makan pizza di sana.  Tapi Tanya nak cari beg waterproof sebab dia akan ke Palawan esoknya. Patrick diam. Perut dah kenyang. Aku cakap dengan Grace aku nak cari souvenir. Nak cari FM dan T Shirt untuk kawan kawan. 

Berlegar legar dalam mall mencari kedai. Mula mula cari barang Tanya.

Siap ada ice rink

Berpusing pusing satu mall jugak la nak cari kedai jual beg water proof tu.

Aku dah nampak kedai jual souvenir, aku nak pegi Grace cakap tunggu dulu pegi sama sama so tak pe la ikut je la berbondong bondong. Last sekali lepas dapat barang Tanya, Robin pun cakap.

"I think I need to go back. I am really hungry"
"You wanna go back now?"

Tanya Grace.

"Yes"
"But. I need to get something. It is just downstairs, I saw the souvenir shop"

Aku mencelah bedah. Dengan harapan mendapat simpati ahli rombongan. Eh. Aku dah ikut korang semua pegi tempat yang korang nak pegi, turn aku lah pulak !

Begitu aku berbicara dalam hati.

"Hmmm"

Grace jadi berbelah bahagi.

"Can you wait for while? He needs to get something"

Grace tanya Robin. 

"No.. I just wanna go back !"

Bangsat betul mamat ni.

"Eh bangang. Kau boleh tak jangan melukakan hati aku ni?"

* kesat airmata

Mati la dia tak heran.

Selfish gila. Macam nak mampus dah agaknya tak boleh makan. Padahal tengahari tadi dia dah belasah babi. Aku ni jugak yang tak makan lagi satu hari ni OK jer.

Tapi dia nak balik dan dan tu jugak. Grace pandang aku, may be ada rasa bersalah.

"Do you have time, because there is another store, the same store in Makati. Maybe you can go there? It is not far from the hostel"

Lahanat. Memang aku rasa nak tumbuk je budak Robin tu. Padahal kedai tu dah depan mata je. Dia berkeras jugak nak balik.

So tak pe lah. Aku mengalah. Tak per lah.

* mata berkaca

Then kami turun terus tahan teksi. Naik teksi terus balik ke Makati.

Hati berbuku buku ni.

Ada globe besar macam di Universal Studio

Mall of Asia

Part of the mall

Kami naik teksi balik ke Makati. Hujan pulak, jem lagi. Robin duduk depan. Siap tido lagi. Kita orang berhimpit himpit kat belakang.

Masa nak sampai tu tambang teksi dari Mall of Asia ke hostel di Makati dalam 250 Peso. So kami ber 5. Aku cakap Grace tak payah bayar sepatutnya sebab dia bawak kita orang berjalan. 

"I dont think Grace need to pay, can we just split the taxi charge to 4?"

Semua orang buat bodoh. Babi betul dia orang ni. Geram betul. Ya lah, kalau Grace tu pegi sebab hostel suruh bawak ke ( which aku tak rasa bukan macam tu ). Aku rasa Grace ni saja saja je bawak kita orang berjalan hari ni, sebab aku ada borak dengan dia, dia kata dia saja suka bawak sesiapa yang menginap kat hostel tu tour kalau ada yang berminat. So takkan la teksi untuk dia pun tak leh nak bayar. Dah la makan dia bayar sendiri, naik train pun sama, naik jeepney pun Grace bayar sendiri.

Sudahnya aku collect duit, semua bagi 50 Peso. Haram tak nak membantu.

Tak pe lah. Aku bayar bahagian Grace. Bukan kata aku baik, tapi aku rasa tu je cara nak ucapkan terima kasih kat minah Grace ni bawak kita orang jalan jalan hari ni, for FREE !

"You want to join us for Pizza?"
"No. I think I'll pass"
"Serious?? You havent eat anything"
"I am fine"

Robin tanya dan Tanya pujuk aku ajak makan dengan dia orang. Patrick sah sah la dah kenyang. Aku tak rela nak makan dengan Robin tu. Aku lebih rela makan hati di Makati ni. Hahaha.

Naik hostel aku berehat kejap mandi dan tengok jam masih awal lagi. Tau tak? Sampai hostel tu aku baru perasan aku pakai seluar koyak !!!

Kau ado merayau satu Manila berseluar koyak? Tak perasan bila koyaknya. Atau mungkin time aku nak marah dengan Robin tadi lalu macam aku nak bertukar menjadi Incredible Hulk dan abis koyak seluar seluar tu????

Kat hostel masa tu aku fikir satu je, kalau aku tak cari malam ni mungkin aku tak de masa esok nak cari souvenir di Manila ni. So aku tanya mamat kat desk hostel cemana nak pegi SM Mall Makati. On the way tadi Grace pun ada tunjuk mall tu dia kata kat situ ada kedai yang sama kalau nak cari souvenir macam di SM Mall of Asia tadi.

So aku mengambil langkah berani. Aku keluar hostel dan akhirnya.....................

Fuck you Robin ! With or without you. Aku jumpa kedai ni sendiri.

* berguling guling tanda girang

Kultura Pilipino

The damage - t shirt I Love Manila

Fridge Magnet. Ni je pun yang aku rasa cun.

Lega. 

Yang bestnya, SM Mall Makati letaknya dekat dengan Hard Rock Cafe.

Aku tambah teruja !

12 comments :

  1. Lahanat betul la si robin tu, makan lembu pun nk muntah, makan babi tak pe pulak..al bangang sungguh!

    Diorg ni agaknya tak reti istilah nk berbudi bahasa kot, kalau aku di tempat Grace tu, memang tak hingin nk layan!

    Haih stress lagik baca entry mcm nih hahahha

    ReplyDelete
  2. ko panggil batman suruh tampo dak robin tu Meng. Aku rasa cam nak jentik2 jek mulut dia tuh.

    Dulu aku ada dok hotel kat belah mana pun aku xtau. Hotel tu bawah dia ada mall. Nak masuk hotel kena periksa bagai cam nak masuk airport la kekdahnya.

    Aku ngan colleague aku makan vege pizza jek kat sana. Tawakal je la masa tu. Pernah makan kat restoren local dgn client tp bau dalam tu jek buat putus selera aku.

    ReplyDelete
  3. babi sungguh si pemakan babi itew...haih! bab2 souvenir ni jgn main2, bleh mati aku bakar sume orang hahaha!

    ok la, seb beik cun2 baju souvenir ko tu. overall, kira bernasib baik la orang tlg bawakkan, takde la kena pau kan. best la...

    bak kata chawana, mmg aku stress baca entry ni! hish!

    suar koyak tang mana?

    ReplyDelete
  4. bang meng koyak kat pepet ye? dah xnampak la camel toe yek...

    hehehehehe....

    ReplyDelete
  5. xpe seluar koyak kat dalam. kat luar kan ada spender....

    ReplyDelete
  6. seksi la plok..hahah

    ReplyDelete
  7. tgelak plak aku bace ko duk maki lahabau tuh. sinetron pon ada. sebaik jumpa mlm tu ugak. klu tak mmg mkn hati kat makati.. btw fm tu comei sungguh!

    ReplyDelete
  8. comel gak. dan agak mahai..

    seketul dlm 7 ringgit. kat lain payah nak cari fm manila ni. kat epot ada tapi bapak mahal.

    ReplyDelete
  9. Kelakar lak baca blog ni.hihi.Sy nk g manila bln dpn.thanks for the info :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...