Tuesday, November 27, 2012

Corat Coret Manila 10 : Sunset Di Makati

Lepas check in di Tune Hotel tu, aku terlelap. Mengantuk dan keletihan seharian di Taal Volcano tu.

Bangun tidur hari dah petang. Mandi dan mensucikan diri kejap pastu aku terpingga pingga tak tau nak buat apa. Cuaca pulak mendung dan macam nak hujan.

Aku tak de plan apa apa hari tu tapi aku teringin nak pegi ke Manila Baywalk nak tengok sunset di sana. Tapi bila aku riki macam jauh je nak pegi pulak tu cuaca memang dah start hujan rintik rintik, air bergelora, emak bagi seposen, ayah bagi seposen.  

So agak terkubur impian aku di situ.

Tapi apa lagi nak di buat? Takkan nak terbongkang di ranjang?

Kena keluar dan lakukan sesuatu.

Dalam otak aku cuma nak ambik gambar sunset. Tak kira la kalau tak dapat pegi Manila Baywalk tengok sunset dari situ, at least boleh la intai intai dari Makati ni sendiri.

Aku tengok bangunan tinggi tinggi di persekitaran hotel. Macam banyak bangunan tinggi, tapi mana satu yang boleh di naiki?

Nak buat keje jahat la ni.

Jeng Jong Jeng...........

Tak sebenarnya. Terima kasih kepada Tune Hotel sebab bagi wifi free ( masuk dalam harga bilik sekali la kot ) so aku boleh la survey apa yang patut.

Dari hasil pengsurveyan aku tu, aku dapat tahu, ada satu restaurant di atas sebuah hotel yang mana boleh tengok sunset.

Ha !! Bijak tak? Jadi. Kena la pegi ke situ. 

Tapi, kalau kena tahan orang tak bagi naik sebab kita tak menginap di situ, how? Masuk paper Metro tak nanti? 

'Warga Malaysia di tahan kerana menceroboh di Manila'

Macam tu?

* pengsan

Tapi aku nekad. Aku rasa selamat. After all, ada restaurant di atas tu dan kalau susah sangat aku duduk je la minum. Pose pose buat muka kaya walhal tinggal duit syiling je dalam wallet.

Dari apa yang aku recce hotel tu terletak sebelah St Gills Hotel Makati, nama dia City Garden Hotel Makati.

Ayuh !

Ini je la peluang yang ada. To do or not to do. Kalau tak, aku dah tak tau nak buat apa. Bosan la nak duduk kat bilik je, plus aku nak kena keluar jugak cari makanan. Aku dah 2 hari tak makan !

City Garden Hotel tu tak jauh pun dari Tune Hotel tu. So aku agak agak macam dah nampak sikit sunset walaupun kena block dengan banyak bangunan.

Sampai di lobby hotel tu, aku terus masuk. Jalan laju je ni menuju ke lif. Tak nak pandang kiri kanan, cuak kalau muka ketakutan nanti orang syak bukan bukan.

Tiba tiba aku dengar.

"Helllllooooooooooooooo !!"

Alamak !!

Aku dah depan lif masa tu, dah cuak ni. Mesti orang hotel ni tanya aku nak gi mana.  Mati lah mati. Gagal lah misi. Malu la aku nanti di cerca di keji di khalayak ramai ni.

Nak tak nak terpaksa jugak aku toleh. Tengok tengok.

"Heyy !!!!"

Anikka dengan Toby !

* urut dada Noreen.

Fuh. Lega.

Hahhaha. Kecik nya Makati ni, tadi beriya dah ucap salam perpisahan, rupa rupanya kami bertemu lagi di sini.

"Where are you going?"

Aku tanya mereka. 

"Rooftop. U?"
"Me too. Come on"

Kami bertiga cepat cepat masuk lif dan terus je lif membawa kami ke tingkat atas sekali.

Keluar lif, tengok tengok.

Makati Skyline

Belakang sana bangunan tiinggi tinggu tu Metro Manila

Keluar dari lif tu, kami bertiga dah macam orang sewel. Pegi setiap sudut untuk ambik gambar.

Memang ada rooftop restaurant kat atas tu ada swimming pool hotel lagi.

Lawa. Memang superb view dia. Tak payah ke Manila Baywalk dah.

"Hey Meng, would like to have a drink here? We can enjoy the view"
"Yes. Why not"

Aku pantas je bersetuju.

Kami duduk dan order minuman.


Memang tak sangka boleh bertemu dengan Toby dan Anikka lagi. Tak abis abis kita orang dok gelak pasal terjumpa balik semula.

Nak di jadikan cerita, Toby dengan Anikka ni lagi gigih daripada aku. Dia orang pegi ke setiap bangunan tinggi nak ambik gambar sunset ni. 3 bangunan dia pegi, semua kena reject kat lobby lagi.

"The guard was like, what? rooftop? No !!!! "

Hahaha

Pastu kena halau. Kesian dia orang. Lawak bila Anikka bercerita bersungguh sungguh. 

Ini pun sebab dia orang nampak ada sign 'roofdeck open' kat bawah hotel ni tu yang dia orang naik. Dan dia orang perasan aku, so dia ingat aku menginap kat hotel ni !!!

Cas aku orang kaya kaya kah?

Hahaha. Aku pun sama macam dia orang, cuma aku tak de la pegi ke setiap bangunan nak naik ke rooftop

Layan lagi gambar.

Makati Avenue

Bangunan bangunan di Makati


Metro Manila

Rooftop deck. Anikka pakai baju hijau tu

Senja berlabuh

Pengunjung lain

Air pun sampai jadi kami pun minum sambil sambung borak.

Ada kacang so makan kacang. Dia orang berdua order beer, aku order iced tea. Sedap gila !

Minum sambil menikmati view yang lawa. Serious iced tea dia sedap gila.

Hari semakin gelap

Dua gambar saja di sambung

Lepas abis lepak lepak minum minum dan borak borak, mereka berdua blah dulu. Dia orang nak pegi mana ek? Aku lupa.  

Aku lepak kejap dan settlekan bill pastu baru aku blah.

Tak de la mahal sangat pun minum kat atas ni. Beer tu dalam RM5 satu dan Iced tea pun harga RM5 je. Kacang tu adalah free tidbits.

Suasana di roofdeck

Lobby hotel

Keluar dari hotel aku mula mengorak langkah nak mencari sesuap nasi.

Lapar wey. 2 hari tak makan nasik ni. Asyik tengok orang makan babi je depan aku. Buat aku hilang selera makan. Tapi kali ni tak boleh tahan.

Di kawasan Makati Avenue tu dekat area aku stay tu memang banyak tempat makan. Restaurant merata rata. Pilih je. 

Tapi aku kena la cari kedai yang halal. Jom kita jalan jalan dulu area Makati ni tengok apa yang ada di kawasan ni.

Ni ada satu kedai Halal. Al Batra

Suasana malam di Makati Avenue

Tapi apa yang menarik di kawasan ni lah jugak tempatnya Red Light District.

Jeng Jong Jeng. Aku berani berani kan diri gak la pegi usha. Macam biasa la. Macam di Bangkok, Pattaya dan mana mana pun.

Di persimpangan Makati Avenue dan P Burgos tu memang banyak kedai. Bermula dengan tempat tempat minum hingga la ke rumah rumah pelacuran. Ramai lah Mat Salleh tua perut boroi sibuk nak melanggan awek awek Filipino.

Tak de la nampak obvious sangat. Kena perhati kan betul betul tepi tepi lorong.

Tapi bila jalan depan depan kedai tu ada je yang tegur.

"Hi Sir. Sex?"

Aku buat tak layan. Biasa la. Ni semua rencah rencah kehidupan.




Jual buah tepi jalan pun ada

Dan lain lain lagi.


Masa aku jalan tu pun ada perasan, bila tengok tu, aku dah syak awek tu pelacur.

"Hey Mister"

Dia panggil.

Nak je aku pegi dekat dekat, bagitau dia; aku tak nak pussy, aku nak nasi.

Aku lapar !

9 comments :

  1. aku ada makan kat satu tempat kat makati kalau x silap restoren india.. makan nasi beriyani kambing...perghhh sedap gile plus pdas gilerrr...owhh kat situ kambing jek halal...camne tu? tapi aku suke nasi beriyani derang mmg curlass.

    ReplyDelete
  2. okeh bang meng.. aku da tau red light kat mane skang ni.. next year bleh tinjau-tinjau area ni..

    *lincah kaduk kemas baju

    ReplyDelete
  3. HB : kambing ada janggut kot, tu yang halal... hiks

    JG : weh jalan dgn niat suci.. kalau terjumpa baru pegi.....

    ReplyDelete
  4. aku baru prasan ada part sex dlm post ni! hey mister lagi ko yeeeee hahaha! len kali buat muka perogol bersiri skit, tgk dia misterkan ko ke tak hahaha!

    ReplyDelete
  5. Ayat last sekali tu buat i gelakkkkk....

    ReplyDelete
  6. tq meng...bln dpn nk gi..bole le naik roofdeck tu..

    ReplyDelete
  7. boleh. jgn lupa order air... tak la nampak awkward sgt kang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...