Tuesday, June 19, 2012

Incredible India - Jaipur - Amber Fort - Part 2

Sambung sini ya.

Seterusnya kalau masuk kat Courtyard ke 3 akan jumpa satu taman ni.

Taman ni sebenarnya mengalirkan air ke seluruh kawasan istana so kawasan istana ni dulu dulu tak de aircond tapi tetap maintain sejuk dalam setiap ruang dan bangunan dia.

Mughal Garden

Bahagian taman ni merupakan courtyard Maharaja dan kaum keluarga dia. Apa yang menarik, struktur binaan taman ni adalah sama dengan ukiran pada dinding dari segi semitrical dan rajah nya. Apa yang lebih menarik, berhadapan dengan taman ini terletaknya sebuah istana.

Istana tersebut di panggil Mirror Palace !.

Tu hujung sana yang ramai orang tu la Mirror Palace

Kenapa di panggil istana kaca sedangkan tak nampak berkaca pun?

Mesti korang tanya aku kan?

Meh sini  aku bawak dekat dekat sikit.

Di sebalik arches tu di bahagian dalam istana.

Nah !






Nampak?

Keseluruhan dinding, bumbung semua ada di bina dengan ukiran kaca so Maharani ni kalau malam malam, dia akan nyalakan lilin dan cahaya lilin tu akan terpantul ke seluruh dinding dan bumbung istana menjadikannya seolah olah bintang bintang di langit.

Kau mampu?

Memang lawa tempat ni sebenarnya dan setiap kaca kaca tu di buat sangat details dengan reka bentuk yang sangat menarik.

Di bahagian istana tu sekarang dah tak boleh naik sebab banyak kaca kaca yang dah rosak dan hampir jatuh. Tapi kawasan nii tak boleh di masuk dah. Cuma boleh di lihat dari luar je.

Dekat dinding juga ada ukiran macam ni.


Dan ukiran pada dinding marble ini sebenarnya di panggil magic flower sebab pada ukiran ni sebenarnya terdapat beberapa design yang unik termasuk ekor ikan, bunga teratai, kepala ular tedung, belalai gajah, ekor singa dan kala jengking !

Nampak?

Semua tu boleh di lihat kalau tengok betul betul dan tutup certain part.

Memula aku tak perasan, boleh cari beberapa design je, tapi bila Guide aku tunjuk baru aku perasan.

 Di belakang istana kaca ni pula terletaknya Istana Maharaja yang sebenar.

Meh kita melawat.

Actually Istana ni pun tak boleh masuk sebab dia preserve kot. Ada banyak kaca kaca berwarna yang menjadi design yang unik. Kaca kaca berwarna tu semua akan membuat ruang dalam istana maharaja tu bertukar warna mengikut sinaran matahari.

Ala ala desco dansa pun ada.

Tapi bahagian atas istana yang berwarna ni boleh naik

Pelancong tak boleh masuk, boleh intai je tapi burung merpati ni boleh la masuk ke dalam kot.


Tapi di bahagian atas istana ni boleh naik.

Kawasan ni merupakan zone di mana Maharaja boleh melihat kawasan luar istana ke arah sekitar lembah dan lurah yang terdapat di daerah Amer ini.

Antara yang kelihatan


Kawasan persekitaran kubu



Kawasan lembah dan tasik di bawah



Taman di tengah tengah tasik

Taman ini di bina pada zaman dahulu kala dan di tanam dengan zafran !

Dan zafran tu akan menghasilkan bau yang wangi yang akan mengharumkan seluruh kawasan istana !!!

Hebat kan?

Dan ada satu lagi fakta menarik.

Di sebab kan kawasan ni berbukit bukit dan banyak tangga nak kena panjat. Lif pun tak de. Jadi. Untuk Maharani, di sediakan satu kerusi khas untuk beliau bergerak ke seluruh istana.

Sekali pandang macam kerusi orang cacat. Dan seluruh kawasan istana ini di bina pathway untuk memudahkan pembantu pembantu Maharani tolak Maharani dengan kerusi khas ni.

Salah tolak terus terhumban ke bawah.

Pemalas nak berjalan agaknya Maharani dulu dulu ni.

Ini kerusi nya.


Dan yang menariknya, pembantu pembantu Maharani adalah golongan golongan khunsa !!!

Hanya khunsa saja yang dibenarkan untuk membantu Maharani bemula dari designer baju, rambut, tukang tolak dan apa apa kerja yang membabitkan hal ehwal Maharani ni.

Di bahagian atas ni la terletaknya tingkap dengan ruang kecil untuk nampak ke bawah. Dari ruang ni la Maharani akan mencampak bunga ke bawah kalau nampak Maharaja pulang dari berburu atau pulang dari mana mana lah. 

Maharani tak boleh suka suka hati je tunjuk muka dia kepada public jadi kalau dia berkemban atau rambut rupa Singa pun tak de rakyat di luar nampak.

Agaknya lah.


Di bahagian belakang pulak atas bukit lagi adalah kawasan penjara di mana orang orang yang jahat dan bersalah akan di penjara di kawasan sini.

Nak daki ni mahu berpeluh ketiak nak sampai atas.


Seterusnya..

Setelah tamat Courtyard ke 3, kita akan ke Courtyard ke 4.

Apa yang menarik di Courtyard ke 4 ni, kawasan ini di khaskan untuk golongan wanita sahaja !

Maksudnya, lelaki mahupun khunsa khunsa tadi tak boleh melepasi kawasan ini.

Di kawasan ini ada swimming pool khas untuk golongan wanita.

Nampak kawasan keseluruhan Courtyard 4 ni kan?


Di tepi tepi tu adalah kawasan bilik bilik. Ada 12 bilik semuanya yang bermaksud, Maharaja ada 12 orang gundik !!!

Dan gundik gundik ni tak boleh pegi bertenggek ke apartment gundik yang lain. Tak boleh syok syok sendiri tumpang main PS3 ker, ajak gossip ke, nak jahit jahit manik secara berduet ke.

No ! No ! No !

Tak boleh.

Kalau dia orang nak bertemu semua. Ruang tengah tu je di benarkan. So kena keluar dari apartment masing masing dan duduk bertenggek kat tengah tengah tu. Hah kat situ baru boleh bergossip riang.

Ini dari pavillion yang tengah tengah tu. Nampak sekeliling tu adalah apartment gundik gundik Maharaja

Dan setiap apartment gundek ni bukan calang calang di bina.

Semuanya bercirikan senibina yang unik dan lawa lawa belaka.

Berbentuk kubah

Dan hiasan bumbung dengan details details tertentu

So ada rasa nak jadi gundik Maharaja????

Tetapi !!!

Kalau Maharaja nak mendatangi mereka ni. Maharaja ada laluan tersendiri di bahagian belakang apartment ni. Hanya Maharaja je yang boleh lalu dan setiap gundik akan di beri code code tertentu supaya tiada siapa yang tahu atau tersilap.

Gundik gundik ni semua pose pose je di apartment masing masing dan tunggu kot kot Maharaja datang dan mereka terpilih, siap siap la mandi bunga untuk melayan Maharaja itu.

Kalau gundik tak cantik, mungkin setahun Maharaja jenguk sekali je kot. Duduk la kau dalam apartment tu main facebook sorang sorang !

Pandangan depan apartment gundik

Pintu setiap apartment

Lagi satu pintu yang memisahkan setiap apartment ke laluan belakang

Dan ini la laluan belakang di mana Maharaja je boleh lalu menuju ke apartment apartment gundik gundik tu.

So boleh di katakan, tak de gundik yang akan tahu Maharaja spend time dengan gundik yang mana satu sebab dia orang tak boleh nak access ke ruang belakang ni.

Salah satu gundik tengah tunggu Maharaja datang sambil berfacebook !

Hahahaha.

Tak de lah. Ni salah satu ruang yang telah di convert kan jadi macam Women Center kat tengah tengah istana tu. Hanya pompuan je boleh pegi. Aku just ambik gambar je.

Tak tau pun makcik tu sapa.

So selesai abis jalan jalan di Courtyard 4, ayuh kita keluar semula.

Nak jalan ke luar tu akan lalu lorong lorong ke belah belakang. 

Dah start orang berniaga dan jual macam macam.

FM pun ada di jual di kaki kaki jalan. Kedai yang pertama aku check dia jual INR80 seketul (RM4.80). Pastu ada INR50.. Makin turun ke bawah makin murah. Tapi caps dia aku jumpa kat sini INR50 lah.

Aku tak beli pun.

Guide aku tak bagi beli. Ya lah. Dia nak bawak aku pegi kedai yang dia nak promote nanti dia dapat Komisyen.

Tapi aku memang tak de plan nak beli lagi sebab aku nak survey dulu.

Abang abang penjual

Nampak tu kawah istana??? Gulai orang pun boleh. Dan yang tengah pose pose maut tepi kawah tu adalah guide aku. Hiks.

Selesai tu kami keluar ke kawasan parking belakang Amber Fort ni.

Drebar ada tunggu kat kawasan sana.

Dan dari kawasan parking di belakang istana baru nampak perumahan rakyat rakyat jelata di keseluruhan lembah Amer ini.


Sampai kat area parking ni lagi ramai orang jual jual. Jenis yang jalan kaki dan mengikut pelancong.

Ada sekali ni, Makcik Mat Salleh dia bengang agaknya orang asyik dok ikut dia, dia tepis gelang mamat penjual tu bawak abis berterabur.

Bengang gila la tu agaknya sebab kena paksa beli pastu kena ikut je sepanjang dia berjalan. Terkejut mamat tu, abis gelang gelang dan benda benda manik dia jual berterabur.

Padah !

Tu lah. Kadang kadang kalau dah bengang orang pun naik rengsa jugak kan?

Dan di luar kawasan istana, ada satu kawasan ni, khas untuk golongan lelaki dan belum berkahwin.

Duduk la korang ramai ramai kat tempat ini !


Kami meninggalkan Amber Fort menuju ke kota Jaipur semula.

Matahari makin terik. Panas berpanjangan............

4 comments :

  1. best la cite pasal raja ngan gundik2 dia ni. syabbas inspector sahab, syabbasss!

    *gigit lidah*

    ReplyDelete
  2. hoi kau x ckp lagi dgn aku berapa berat sauh kat leher maharani tu?

    aku x tahu

    ReplyDelete
  3. bila masa ko tanya? hahahaha!

    aku ada cite dlm blog aku. masa jalan2 tu aku curi2 dengar ada sorang guide ni cakap, berat jewelry dia 35kg! ha bayangkan la berat budak tu gantung kat leher ngan lengan kaki idung telinga bagai hahaha!

    ha amacam?

    ReplyDelete
  4. kalau campak kat laut boleh bikin sauh itu maharani

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...