Monday, September 26, 2011

Phuket Trip - 6 - FantaSea

Hah !

Abang muncul semula dengan update basi trip ke Phuket tempoh hari.

Aku pergi Phuket sebelum puasa hari tu, balik balik je esok terus puasa. Hiks. Tapi nak buat cemana, semua rancangan telah di rancang dan pastinya apa apa pun, semuanya berjalan lancar.

OK. Sambung !

Malam tu seperti yang di janjikan oleh agent tu, van akan datang pick up kami di hotel untuk di bawa ke taman tema terkemuka di Phuket ini iaitu, FantaSea.

Aku sendiri tak tau nak expect apa kat sini. 

Biasalah aku ni bebenda kebudayaan ni agak kureng skit. Tapi dah sampai kalau tak ke mari, bila lagi? So aku fikir, tak pe lah. Best ke tak best ke, at least aku pegi dan tengok. Next time kalau tak best, aku tak payah datang lagi ke sini.

So seperti di persetuju oleh SKJB dan dia pun memang ikut plan aku je. Apa aku cakap dia ikut. Tak de masalah. Senang jugak berjalan dengan dia dan kalau aku buat hal aku, dia pandai pandai je buat hal sendiri tak de la dia nak mengekor aku je 24 jam.

Tak de apa apa berlaku antara kami. Aku dah set garis lintang awal awal. Dia nak ikut aku, kena ikut cara aku. Tak de hanky panky. Aku datang ke Phuket nak travel, kalau dia nak ikut aku, jangan carik pasal dan buat banyak hal. Nanti aku rengsa !

Dan dia menyambut baik keputusan aku tu.

Perjalanan dari Patong Beach tempat hotel kami ke FantaSea ni mengambil masa kurang dari setengah jam. Van tu biasalah pegi angkut orang lain dulu baru la jalan terus ke sana.

Sampai.................. Van menurunkan kami.

"10.30 u wait here !"

Kata abang driver van tu. Kami semua angguk !



Sampai sampai kat situ, SKJB beratur ambik tiket.

Agent semalam dah bagi tiket tapi temporary lah. Kami ambik pakej dengan dinner sekali so kena ambik 2 tiket. Satu tiket dinner dan satu tiket show. Show dia start pukul 9 so kami sampai awal sebab boleh dinner dulu.

Harga tiket dia kalau tanpa dinner adalah RM150 dan dengan dinner RM190. Kiranya dinner tu berharga berapa murid murid?

Ya. RM40.

Bijak.



Kami di sambut dengan riang oleh pekerja taman tema tu. Tak abis abis la nak dok buat tangan macam tu sambil ber sawadikap berkali kali. Tak lenguh agaknya mulut dia.

"Sawadeekhapppp. Khan khun kappppp !"

Yang SKJB ni suka jugak la melayan. 

"Khap khun Naaaaaaaa"

Pastu dia gelak gelak. Sewel itu orang.

Tapi setting taman tema ni dari luar dah boleh tahu lah, memang world class. Design dia sangat details dari segi interior mahupun luaran.

Kagum lah sekejap dan aku apa lagi, sibuk la menala lensa kamera ke sana ke mari tanpa henti.


  
Masuk masuk je dalam taman tema tu dah ada banyak gerai gerai di buka. Aku rasa kalau tak silap FantaSea ni memang bukak malam je la sebab dia ada show. Dalam dalam tu bukan ada apa sangat lah, cuma kedai kedai permainan macam kat funfair je. Tapi lawa lah .

Dan staff dia sangat friendly, ke mana saja kita pegi dia orang akan greet dan tak susah nak ambik gambar dengan dia orang, they were more than willing to pose !




Masa masuk tu dan berjalan kami nak pegi ke tempat makan, tetiba nampak segerombolan manusia manusia ini.

"Come come, we have pre show"

Ada pengumuman siap di buat.

Pre show?

SKJB jadi excited. Lagi la dia tengok orang ramai penari penari ni berarak megah, dia pun tak abis abis la suruh aku ambik gambar dia bergambar. Aku snap je lah. Sibuk orang berjalan, sibuk la dia dok posing sakan.


Dan sebenarnya mereka berarak dari dewan persembahan tu ke stage depan sebab dia orang akan buat pre show pukul 7.30.

Pre show ni kira macam tarian tarian jugak lah melibatkan dancer yang sama. 

Kami excited tunggu depan stage terbuka tu. Duduk depan sekali lak tu. Hahahaha. Nak usha awek awek cun. Ada yang macam muka Zarina AF. Atilia. Azza Elite dan macam macam lah. SKJB sibuk nak usha yang macam muka Dafi lah, pastu suruh aku ambik yang muka macam Ustaz lah.

Aku ambik je lah, dia dok bertepuk riang kat sebelah.

Suka hati je.

Tapi show dia agak fun lah. Pastu ada yang menari cas cas diva. Aku speku dia pondan. Dan ada jugak penari montel yang menarik cute sekali dan mendapat tepukan gemuruh penonton.
















Kau orang rasa yang atas tu laki ke pompuan?

Lepas abis show tu yang tak sampai 15 minit tu mereka semua beredar semula untuk prepare grand show di Grand Auditorim dia.

So aku dengan SKJB pegi makan.

Tempat makan adalah di dewan makan yang besar ni. Lawa gila bangunan dia. Feeling feeling masuk istana je.





Check in dulu tiket.

OK. Ada nama baru boleh masuk.

Dalam dewan makan yang besar gila ni ada section section tersendiri.

Bagi yang muslim sudah pastinya ada section tersendiri yang menyediakan makanan halal. Best kan?
 


  

Dan lebih best, section tu tak de orang !

Hanya kami berdua je.

So apa lagi, semua makanan tu kami punya. Rodok la dalam anak tekak dengan jaya tanpa perlu berebut rebut. Makanan dia not bad. Inzal jugak dan kami makan sampai kenyang.

Bayangkan kami berdua, siap ada chef kat situ dan waiter dan waitress yang ramai kat section tu hanya melayan kami berdua je.

"Can I have a glass of water"

Melantak dengan buruk. Pastu angkat tangan.

"Can I have extra spoon please !"

Pantas je mereka datang.

Feeling feeling makan di istana Raja Siam. Tapi buffet lah. Nak tak kena kena lah bangun ambik makanan sendirik.

Hiks.









Not bad lah kan?

Apa yang tak best satu je. Tak leh merokok dalam tu.

So lepas makan baru boleh keluar dan hisap rokok. Aku memula nak tinggal je SKJB kat situ nak lari hisap rokok jap tapi dia takut. So aku kena lah teman dia abiskan makanan dulu.

Kat luar pintu ada ruang untuk perokok perokok dan kami abiskan masa kat situ jap sebelum bergerak ke Grand Auditorim untuk Gala Show.

Ni hah Grand Auditorium dia. Nanges tak tengok?




  

Menarik tak?

Setting memang macam kat Vegas. Tak kalah ni.

Tapi malangnya sebaik saja masuk dan beratur tu, semua media media elektronik kena simpan. Maksudnya kamera, handphone semua bentuk alat perakam tak boleh di bawa masuk ke dalam dewan.

* nanges.

Memang saja la dia orang ni kan, tak nak bagi bocor rahsia show dia orang. Tapi tak pe lah, nak buat cemana, dah kita datang tempat orang. Ikut je lah.

Dan jangan risau, dia orang ada staff yang menjaga dan menyimpan alat alat perakam, kamera, handphone semua tu dengan baik sekali. Siap ada nombor dan kunci. Pastu bila nak ambik siap ada verification code. Kalau salah code, tak boleh ambik.

Jangan kau buat gila lupa berapa barang kau sudah. Kejap 3 kejap 5 kejap 3 balik. Naya lah dok situ tak dapat barang balik semula.
  



So suasana dalam Grand Auditorim tu memang tak leh rakam. Just tengok dengan mata sendiri je lah.

Dan kami masuk ambik seat kami. SKJB dah book seat depan. Agak depan sekali la untung jugak la kami. Dan show bermula.

Show dia memula macam biasa lah, tapi dewan dia memang besar gila ! 

Aku rasa lebih besar pada Istana Budaya and it is FULL HOUSE ! Gila lah. So aku jadi lebih excited apa benda yang dia orang nak show kat sini.

Memula tu biasalah muzik muzik lampu lampu kejap pastu keluar la show show kebudayaan mereka. Wayang kulit la apa lah, agak bosan lah. Dan dari satu set ke setting yang lain. Stage dia bertukar dengan kemas dan menarik sekali pastu dia jadi magic show. Prop memang tip top. Pastu abis tu, lampu dim, tetiba ada akrobatik cina atas kepala !

Serious rasa syok time tu. Macam grand gila. Macam persembahan di Vegas !

Macam show Celine Dion pun ada.

Dengan grand nya, dengan muzik dan sound system yang sangat tip top memang mendapat tepukan gemuruh. Pastu dia punya effect pun power. Kalau hujan tu, memang air turun betul. Siap siap basah yang duduk depan tu. Aku kena tempias sikit lah. Pastu kalau show dia orang memang 4D lah. Depan belakang atas semua ada. Terdongak dongak kami menonton.

Ralit. 

Tapi apa yang aku boleh cakap, show dia memang puas hati and it is a must lah untuk tengok show ni at least sekali.

Paling best, ada show binatang. Gajah gajah macam biasa lah, cute je dengan besar besar tu tapi mengikut kata. Kambing lembu kerbau semua ada. Slow motion bergerak macam dah di latih. Dan paling aku nak tergelak, ayam pun ada. Dan ayam ayam tu semua bijak okeh. Mendengar kata jugak. 

Masuk ikut q, keluar pun ikut q.

Dan paling gempak adalah burung.

Mana dia orang keluar, then dia orang masuk ramai ramai ikut pintu yang sama. Tak de la terbang meliar dalam auditorium besar tu.

Happening gila !

Dan penari penari dia sangat ramai. Aku rasa ada dekat 300 orang ! Termasuk la penari penari yang buat show kat luar tadi tu. Jenuh la kami ni dok menengok dan mencari mereka mereka ni yang mana satu. Ada yang perasan kami kat stage luar tadik, siap senyum senyum lagi. Ya lah, tengok SKJB yang tak abis abis terkinja kinja excited terlebih dari tadik tak sudah sudah.

Akhirnya show selama 1 jam lebih tu pun tamat.

Kami melangkah keluar dari dewan dengan rasa puas. Best !

Tu je lah yang mampu aku buat kesimpulan.

Keluar dari dewan tu adalah gerai gerai yang jual cenderamata. So kami usha usha kat situ kejap sebelum keluar menunggu van kami membawa kami pulang ke hotel.








Sepanjang jalan pulang tak abis abis kami bercerita tentang kehebatan show tu. Memang hebat. Kalau nak compare dengan show Kampung Budaya Sarawak tu memang jauh ponggong dari pinggang lah.

Memang mahal sikit la tapi berbaloi baloi. Show show macam ni hanya boleh dapat di lihat di Vegas je, tapi sekarang ni di Phuket pun ada.  Bezanya di sini lebih menitik beratkan kebudayaan masyarakat Thailand lah. Yang penting, kami terhibur dan aku rasa semua yang berada dalam dewa tadik tu terhibur sama.
Balik hotel kepenatan, kami terus melepak dan tidur.


2 comments :

  1. depend on apa aktiviti kita buat la..

    kalau pegi island hopping dgn fantasea dah 300 lebih. makan,. flite. belanja. transport.. er.. kira lah.

    * hulur kalkulator jenama ayam serama.

    Nah !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...