"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya" (Mulk -15)
.... so travel the world, see things, learn, share, relax, respect, repent.. and..... travel more, eat better, and enjoy life.
supermengmalaya@gmail.com
Itu lah cerita mereka dan itu lah specialty mereka.
Jom cuba.
Dah lama aku nak try sebenarnya makan di sini tapi tak sempat sempat. Satunya sebab orang selalu ramai. Ramai melepak bershisha shisha dan satu lagi parking agak hazab jugak kat area ni.
Biasalah tempat lepak orang muda muda especally budak budak Subang Jaya.... Mereka mereka ni kan selalu ada gaya. macam hari hari.. hari raya... Cuma nak pergi 15 still so fresh so clean Memang nampak balling walaupun tengah miskin....
Tapi aku datang nak makan so datang makan lah.
Tryst ! Pernah menjadi lokasi JJCM TV3
Usha dulu setting kat cafe Tryst ni.
Tempat duduk duduk
Agak cozy
Cafe dia 2 tingkat. Ini yang kat tingkat atas
Konsep dia order bayar dan tunggu.
So kena pegi ke kaunter dan order apa yang hendak di makan.
Tengok menu
Aneka pilihan
Dah order tunggu la di meja dan makanan akan di hantar dan dihidangkan.
Aku punya air mineral ( jaga suara ).... OR order Jus Tembikai. Dia kata juice tu tak sedap. Aku rasa OK la. Manis manis buah
Aku punya Battered Chicken Chop. Rasanya dia kureng skit. Rapuh sangat gorengan ayam tu dan ada yang hangus
OR tak makan. Dia order Nutella Pancake jer. OK la pancake dia ni
Selain coffee, mereka juga ada cakes di sini
Breath refreshing Station.. untuk sesiapa yang mulut berbau longkang
Overall makanan biasa biasa je. More to tempat lepak dan chills chill. Memang ramai budak budak muda kat sini, aku lak naik segan nak berlama lama. Nampak sangat dah tua dan tak sesuai nak melepak di tempat sebegini rupa.
Anyway.... boleh cuba kalau mahu atau mungkin order makanan makanan lain yang ada di menu.
Sambungan yang mungkin korang nantikan.................
Bangunan mahkamah
"Telefon keluarga ke sedara mara ke, kawan ke. Mintak dia datang bayar kan. Suruh dia bawak duit !"
Alamak !!! Tetiba aku jadi bengong kejap.
Sapa aku nak cari? Bukan dekat ni. Sepang kot. Aku tak de kenal sesiapa pun kat kawasan ni !!!!!
Pastu pakcik tu terus suruh aku masuk balik dalam kamar perbicaraan tu dan dia suruh turun ikut tangga khas ke bahagian bawah.
Aku buntu. Nasib baik kat situ ada sorang mamat yang sama jugak. Duit tak cukup. Pastu ada 3 orang Afrika yang tangan dia orang sama sama bergari. Mesti kesalahan PATI kot, tapi dia orang tengah tunggu dibicarakan dan jatuh hukum.
Kami berlima di suruh tunggu kat tangga ni.
Dah satu hal, aku nak call orang tak boleh. Line tak de. Dua dua phone aku tak de coverage. Memang dalam court dia block agaknya. Berpeluh kejap nak fikir apa nak buat.
Mamat yang sorang tu dia dah call boss dia, dan boss dia on the way. Duit dia tak cukup RM 50 je nak bayar. Dia kena denda RM 1000 atas kesalahan bawak lori tanpa lesen.
Duduk kat tangga tu, aku pun konon nak makan Fisherman's Friends yang ada dalam poket. Aku keluarkan dan makan sebijik. Bagi mamat sorang lagi tu sebijik. Pastu nampak 3 Afrikas tu terkebil kebil tengok. Aku tanya dia orang nak ker.. Masing masing angguk.
Aku nak bagi tapi tangan dia orang bergari... Salah sorang tu terpaksa kena suap !!! Dah la bibir dia sekor paling tebal !
Geli pun ada ! Nak tergelak pun ya.
Aku memang tak leh digest apa dah, nak call memang tak boleh. Last sekali aku gi jumpa Polis tua tadi tu, dia punya la garang. Tak bagi aku cakap, terus dia suruh turun ke bawah. Dia bukak pintu dan kat bawah tu ada 2 jail. Ada 3 orang polis jaga. Dalam jel satu tu ada pesalah bergari. Tup tup dia suruh aku masuk jel tu.
Kena bagi rokok, lighter apa semua kat polis yang jaga tu dan dia kunci aku dalam jail tu bersama sama dengan pesalah pesalah yang bergari.
Oh Tuhan ku.. Apakah yang berlaku?????
Tetiba sedar sedar aku dah dalam jail. Tapi dia tak de la gari aku. Then dia orang boleh ajak borak lagi. Aku bagitau duit tak cukup nak bayar kompuan tu, then aku nak try telefon orang lain tapi tak de coverage. Bongok lah Celcom. Nasib baik abang abang polis ni suruh mamat yang sama dengan aku tadi tu bagi aku pinjam phone dia.
So aku tak fikir lain dah. Aku terus call member aku IH sebab dia lah yang aku rasa paling dekat time tu.
Dah lah tak leh cakap lama lama.
"Beb.. Aku ni.... "
"Haa? Sapa?"
Sebab nombor phone tak familiar.
"Aku lah. Meng. Kau free tak? Boleh datang Mahkamah Sepang. Bawak duit RM 600"
"Sekarang?"
"Haah. Sekarang ! RM 600 tau"
IH akur. Aku sebenarnya ada RM 400 dalam wallet. Memang tak expect kena jatuh hukum dan terus kena bayar la la tu jugak. Nasib lah.
Tengah duk dalam jel tu tetiba 3 Afrikas bibir tebal tadi tu turun. Dia orang dah dijatuh hukum. Hukuman penjara tapi bermula dari tarikh dia orang kena tangkap so kira dah tamat lah. Punya la happy 3 ekor tu siap berjoget joget dalam jail. Mamat Polis tu marah gak lah sambil bebel dia orang macam Tarzan.
"I cant wait brother. I want to go back. I want to see my mother"
Pastu gelak, menyanyi berjoget joget. Huru hara betul. Yang lagi haru, dia orang bergari 3 orang. Sorang kencing, yang 2 lagi kena ikut. Hahaha.
Sebab jail tu macam dah riuh dan ramai lak orang, so mamat polis tadi tu suruh aku pindah duk sel satu lagi yang kosong. So aku dengan mamat yang tak cukup duit tadi tu then lepas tu turun lagi 2 orang pesalah yang sama. Semua tak cukup duit nak bayar time time tu.
Process seterusnya adalah bersembang dan sesama kami. Ada 5 orang pesalah termasuk sorang pesalah yang maki polis. Kena denda RM 4000. Dia masuk paling last tapi dia keluar paling awal. Mak bapak dia datang jamin.
Aku macam biasa, baik hati jamu semua banduan banduan ni dengan Fisherman Friends aku tu.
Last sekali tinggal aku bertiga je. Mamat yang tak cukup RM 50 pun dah keluar. Then sorang lagi lepas tu wife dia datang bayar. Wife dia siap nangis nangis lagi kat pintu. Tinggal aku berdua pulak.
"Bang.. Cemana? Sapa datang bawak duit?"
Mamat polis tu tanya aku. Dia orang OK la walaupun aku dalam jel dan dia orang kat tengah tu tapi layan borak gak lah. Cuma aku musykil kenapa dia kunci jel aku tu macam aku buat salah jenayah jer.
Aku mintak phone aku untuk call IH sekali lagi. Dalam hati pun tertanya tanya mana lah IH ni... !
Dalam sel takde line coverage gak, terpaksa aku naik atas tembok.
Dalam sel yang aku duduk
Jamban uols... Berani nak berak?
Aku naik atas tembok tu sebab nak cari signal phone. Haram.
Last sekali intai kat luar nampak ada orang.
"Psst ! Psst ! Bro.. Bro.. Sini Sini "
Melilau pulak dia cari mana datang arah suara aku. Rupanya kat atas.
"Boleh tolong call member saya tanya dia kat mana?"
Then aku bagi nombor phone IH.
Baik hati mamat kat luar ni tolong hubungi IH.
Tak lama lepas tu, pintu depan sel terbuka.
"IH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Rasa nak meraung je time tu.
"Kawan abang ke?"
"Haah. Kawan saya. Cepat keluarkan saya dari sini !!!!! I dont belong here....."
Hahahaha.
Mamat mamat polis tu OK..... lepas settle documentation then dia release aku keluar. Merasa jugak lah aku duduk dalam penjara tu sejam lebih sementara tunggu IH sampai.
Masa nak keluar tu tetiba..
"Brother.. Brother... Sweet ! Sweet !!"
Isk. 3 ekor Afrikas ni nak Fisherman Friends lagi ! Polis polis tu ingat dia mintak rokok dengan aku.
"Nah !!! Jangan harap aku nak suap ke mulut korang lagi. Pepandai la suap sendiri. Semoga balik negara Affrika nanti buleh jadi nelayan ker mana tau !."
Aku bagi je semua gegula tu kat depa. Biar berangin sikit bibir tambah tebal mengalahkan Kak Nitta.
Mamat mamat polis tu siap bersalam salam lagi. Of course dengan nasihat....
"Jangan masuk lorong kecemasan lagi ya Bang..."
Heheehe.
Dan begitu la ceritanya.. kisah di balik tirai besi...
IH tak abis abis gelak tengok aku duduk dalam jail. Perut aku dah lapar, lepas tu kami terus gi makan sambil bergossip riang.
Kenangan hari ni dalam sejarah. Aku merasa macam mana berada di dalam penjara ! Sejam pun aku dah terasa bosannya, apatah lagi kalau duduk bertahun tahun.
Moralnya di sini, jangan masuk lorong kecemasan ketika memandu.................. !
Aku rasa yang aku kena jail ni adalah kes terpencil dan bukan menggambarkan sistem sebenar kehakiman negara dan mohon jangan diperbesar besarkan hal ni dan boleh menganggu gugat penerimaan orang lain.
Logically disebabkan kes ni ada approach lain yang lebih sopan selain daripada 'humban' dan suruh aku menunggu dalam lokap. Ambik je la IC dan aku boleh tunggu depan kaunter bayaran. Takkan la aku nak lari.
Aku redha dan anggap ini satu pengalaman.
Entry ini adalah perkongsian pengalaman dan bukan lah bermaksud mencari kesalahan pihak pihak yang berkenaan. Terima kasih.
Segitiga Emas, iaitu pusat komersil ibu kota, merangkumi Menara Kembar Petronas dan dihidupkan oleh kelab malam, kedai minuman keras dan pusat hiburan, seperti Beach Club, Espanda, Hakka Republic Wine Bar & Restaurant, Hard Rock Cafe, Luna Bar, Nuovo, Rum Jungle, Thai Club, Zouk, dan bermacam-macam lagi yang terletak sepanjang Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.
Segitiga emas terletak di Kuala Lumpur
Meredah kesesakan lalu lintas
The Weld
Hotel Istana
Bangunan Standard Chartered
Nak masuk area Pavi
Wisma Cosway
Menara Perak
KL Covention Center
Novotel & Banyan Tree Pavillion KL
Menara HLA
Vipod Residences
Menara UOA
Pullman City Centre Hotel and Residences
Bukit Bintang
Jalan Sultan Ismail
Jalan Bukit Bintang
Pavilion KL
Grand Millennium KL
Wolo Bukit Bintang
Vortex Suites KLCC Kuala Lumpur Hotel & Services
Cabana Inn
Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Quill City Mall
Menara TH Perdana
Menara Liberty. Ada bangunan tinggi dan baru kat belakang ni. Bangunan apa tu eh?
Bangunan bangunan di Jalan Raja Laut
KL
Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2006 dianggarkan berjumlah 1.58 juta dan meningkat menjadi 1.63 juta pada 2010 Ketumpatan penduduknya adalah 6,696 inhabitants per square kilometre (17,340/sq mi), menjadikannya kawasan pentadbiran paling tumpat penduduknya di Malaysia.
Dengan anggaran jumlah penduduk metropolitan sebanyak 7.2 juta pada tahun 2007 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan Selangor), Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai bandar raya primat. Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Kuala Lumpur telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam dari 33% pada tahun 1980 ke 27% pada tahun 2000. Sebaliknya, golongan usia bekerja 15–59 tahun pula meningkat dari 63% (1980) kepada 67% (2000). Golongan warga emas pula, iaitu berusia 60 tahun ke atas juga naik dari 4% (1980) kepada 6% (2000).
Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Kuala Lumpur sahaja adalah 38% pada tahun 2000 (banci seterusnya pada tahun 2010) manakala penduduk Cina dan India masing-masing merangkumi 43% dan 10%. Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga asing di Kuala Lumpur, yang kini meliputi 9% penduduk bandar.
Jenayah Kuala Lumpur menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini.
Antara kegiatan jenayah yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat