Monday, March 8, 2021

Little Rimba, TTDI

Hah ! 

Jangan puji. Aku pantang di puji. Asal kena puji skit mula membongak. Pastu lupa diri nak update semula. Hiks.

Aku cuba. Tapi terimalah kenyataan, aku tak segigih dulu. Faktor usia mungkin !

Arakian syahdan. Konon hari tu sesat barat mencari tempat makan sampai masuk ke hutan. Hutan bukan sebarang hutan. Ini hutan rimba. Rimba bukan rimba belantara, light light rimba saja.

Little Rimba !

Mesti ramai yang pernah dengar kan tempat ni? 

No ! ni bukan zoo. Ni cafe tempat makan. Lokasinya di TTDI nuh. Tempat golongan kayangan bermukim, tapi aku hanya mampu datang tumpang makan makan je.

Pernah dengar rimba dan rusa? Aku rasa mereka adik beradik gak nih.

Let's cekidaut. Suasanya dan kawasannya ala ala di hutanan juga. Walaupun lokasinya di TTDI tapi di area yang tak de lah busy mana nuh belah belah dalam skit. Aku pun rasanya pernah datang area sini tapi dah lupa makan di resto mana.



AWAS! 

Ada pak belang memerhati.

Sebenarnya cafe dia row belakang tapi sebab aku park kat area depan so kena menapak satu blok kedai. Tak jauh mana pun.



Boleh berswafoto dulu di sini.

Now baru sampai area depan resto nya.

Usha dulu lah.





Open !

Tapi kena ikut SOP tak leh beramai ramai dalam cafe at one time. So kena tunggu turn dulu.



Dapat meja, duduk dan baru di berikan menu.




Oh lupa nak usha kawasan dalam cafe neh.





Agak ramai lah orang ! Semua lapar kah?

Tengok apa kami order.







Selera masing masing carca marba. Apa yang nampak sedap di menu kami order je lah.

Janji kenyang. Tak sanggup menahan lapar lama lama lagi dah. Overall makanan dia so so je. Tak de apa yang menarik sangat. 



Makaanan dia biasa biasa je. 

Ntah berapa banyak cafe orang ni buka merata rata. Kejap Rusa dan Rimba. Kejap Little Rimba. Viral kejap ramai lah berpusu pusu lama lama sendu dia pindah tukar kat lain lak, tukar ke nama lain lagi. Rusa Rambu Ramba. Raba Raba Rusa Rasa Risau.... Bla bla bla....

Cam tu je la modus operandi sampai Abang Jamil Mampus. Haks.

Tak salah nak cuba. Maybe aku dah putus selera sebab perut dah masuk angin lewat makan hari tu . 

Tapi kalau berkesempatan atau terasa nak cuba, jangan ada doubt, boleh lah singgah makan. 

Atau singgah jap sekadar nak tumpang toilet je ke?


Eh ! Kaum lelaki tak buang benda benda macam tu dalam lubang jamban tau ! Kami tak pakai bebenda extra wing nih. 

Jangan tudoh tudoh ya.

LITTLE RIMBA
No 1, Lorong Datuk Sulaiman 7, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur.


casual neighbourhood joint serving inexpensively agreeable all day dining for one or perhaps part of a feats to share with friends and family.




Lepas makan nak jalan balik ke kereta terjumpa sang burung mati kejung. Sian dia. Tak tau la sebab apa maybe anxiety attack ke or darah tinggi. Terkejut nampak gambar pak belang kat dinding bangunan.

Semoga di tempatkan bersama para solihin.

Arwah dulu baik orangnya.

1 comment :

  1. nampak sedap nasi ayam nya..byk ayamnya..

    dtg TTDI utk bekam & exercise di arboterum..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...