Wednesday, March 18, 2020

Sepetang @ TAMAN TASIK TITIWANGSA

Baiklah.. Hari ni kita akan merepek !

Eh. kita akan membuat latihan untuk berlari dengan betul. Siap sedia semua?

Sebelum tu... kasut semua pakai kasut yang betul? Ada pakai kasut umit tinggi? Pemilihan baju dan seluar larian pastikan bersesuaian.

Jadi bersedia semua?? Tarik nafas...... hembus.. Tarik lagi.... Okey bersedia.... Ke garisan... Go !! 

Lari perlahan lahan..... Positif dan yakin, Relax dan jangan gopoh gopoh.....

* bukak plastik makanan dan makan burger dengan air coke....

Nampak? Ada gaya jadi jurulatih ke tidak ni? Apa?? Tidak??

* sekup muka dengan plastik sampah.



Setelah lebih setahun taman ini ditutup bagi memberi laluan terhadap kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan, Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula sepenuhnya pada Ahad - 15 Disember 2019.

Bersemangat nak pegi usha tempat ni. Jadi apa yang terbaru di Taman Tasik Titiwangsa ni? 

Sila google. Aku pun tak berapa nak ambik tau. Eh. Aku kan sibuk jogging neh.

Bajet bajet nak gi beriadah keluarkan peluh di Taman Tasik Titiwangsa bersempena pembukaan taman rekreasi yang berwajah baru ni...

Apa apa hal, cari parking dulu.




Awal awal lagi dah gi goda dengan gerai gerai makanan yang ada di sekitar kawasan tasik ni. Macamana nak istiqamah kalau macam ni !

Jom salahkan DBKL.





Kerja penambahbaikan dan pengindahan taman itu bermula 1 hb September tahun 2019 dan siap sepenuhnya pada 31 Oktober dengan membabitkan keluasan kira-kira 20.23 hektar, tetapi pembukaan semula terpaksa dilewatkan bagi memastikan aspek keselamatan dan beberapa perkara yang perlu ditambahbaik dilakukan hingga selesai dan memuaskan.

Untuk pengetahuan kerja-kerja penambahbaikan taman ini melibatkan kos sebanyak RM 99.88 juta.

Phewww !




Kekal sebagai taman rekreasi di tengah tengah ibukota. kawasan tasik ni masih mengekalkan port untuk beriadah dan berekreasi.





Terdapat beberapa pembaharuan di taman berkenaan yang akan menjadi tarikan kepada para pengunjung seperti : 

Kanopi Banjaran Titiwangsa (dataran)
Laman Kerawang
Taman Air Kanak-Kanak
Taman Permainan Kanak-Kanak

Pada masa sama, Taman Tasik Titiwangsa ini berkonsepkan ‘ínclusivity’ iaitu boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang terbatas dari segi fizikal seperti orang kurang upaya (OKU) dan mesra Autisme.

Selain itu, antara tumpuan utama di taman berkenaan adalah ‘High Fountain Jet’ di tasik itu dengan keupayaan pancutan air setinggi 100 meter.

Malangnya aku tak de masa nak usha sungguh sungguh tetempat tu. Jadi berkeliaran je lah tanpa batasan sambil usha usha orang dan usha pemandangan.






Selain kemudahan ditambahbaik, landskap juga dimaintain dengan cemerlang menjadikan tempat ni kekal sebagai port santai dan istirehat selain menjadi kawasan tarikan pelancong.











Juga menjadi port dating dan berasmara romendek. Eh.. jangan buat benda benda maksiat di sini.

Kemudahan untuk pengunjung pun nampak lebih baik. Surau. Tandas dan tempat istirehat untuk lepak lepak turut disediakan.

Pokok pokok pun ada kalau nak berpicnic sambil menghirup angin kota. ( sila bawa makanan sendiri )







Oh kalau malas nak jogging keliling tasik boleh sewa basikal atau skooter. Jangan pedulik kalau sesekali ada pandangan serong seolah olah mengecam kita pemalas.

#kitabukandatangsiniharihari

Atau tenung dia orang balik semula dan bagitau yang kita baru lepas berlari keliling tasik ni 10 pusingan !

Kalau mampu, sewa naik heli dan lambai lambai mereka dari udara !


Kalau mampu lah. Kalau tak mampu. Lari menyorok belakang tembok menutup malu.

Apa apa pun, Taman Tasik Titiwangsa yang baru menyajikan pemandangan indah kawasan ibukota Kuala Lumpur.













Semoga semua kemudahan yang ada ni dapat dimanfaatkan dan dijaga dengan baik oleh para pengunjung.

Taman rekreasi itu akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Okey... Pelari pelari sekelian.

Tahniah semuanya. Nampak semua dah selesai dah berlari. Bagus ! Lepas ni boleh balik rumah masing masing berehat. Jangan berpeleseran. Esok kita lari lagi 10 pusingan.

Ingat pesan saya, teknik larian yang betul adalah berlari dengan kaki.. Jangan berlari dengan menggunakan tangan !!!

Bila kita lari, pastikan teknik pernafasan ketika larian adalah betul. Bila kita berlari otot dipaksa kerja lebih. So bila kerja lebih, lebih banyak oksigen diperlukan. Kalau bernafas tak betul, supply oksigen ke otot kurang maka otot cepat letih dan tak cukup kuat nak perform.

Ingat tu?

Yang penting kita lari untuk ketenangan, bukan kesengsaraan.

Now semua boleh bersurai.

* lambai lambaikan tangan tanda perpisahan

"Bang ! Bagi air sirap satu tong.... Hah bagi sekali keropok ni, nugget, Hah.. bagi Super Ring ni 10 bungkus! Sos ada sos?"


Sekian, selamat ber-rekreasi !!

* balik rumah campak kasut, tengok TV sambil makan Super Ring.

4 comments :

  1. oh ni lah rahsia ko makin kurus ya...haish takleh jadi ni, kena jogging setempat atas katil work from home lah gini! EH. hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan yang baik adalah kawan yang tak bagi peluang kawan kawan dia gemok sorang sorang

      * hulur super ring

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...