Mengamalkan hidup penuh zuhud dan hidup dalam kesederhanaan, maka nak makan pun pilih restoran yang sederhana.
Sederhana bukan dari segi harga je tapi namanya sekali... !
Berlokasi di tengah tengah bandar satellite Petaling Jaya, kami bersederhana makan di restoran bernama Sederhana...
Terasa nak makan Nasi Padang, Restoran Sederhana menyediakan masakan Padang di tengah tengah kota !
To be exact lokasinya opposite Hilton PJ.
To be exact lokasinya opposite Hilton PJ.
Kami pegi during the weekend, ingat parking area ni free, elok je parking depan kedai kena cas RM 10. Nasib lah. Padahal ada je parking free bawah jejantas tu....
Tapi rasanya parking tu third party yang jaga kot.
Menyediakan masakan Nasi Padang yang authentic, sekali sekala kalau nak bertukar selera boleh lah bertandang ke sini.
Usha setting resto....
Restorannya agak selesa dan bersih. Pelanggan pun agak ramai even during the weekend.
Konsep dia. usha makanan di kaunter dan pilih nanti makanan di hantar ke meja untuk santapan.
Banyak jugak pilihan makanan, tinggal nak pilih je.
Dah pilih nanti tunggu di meja, nanti mereka hantar dan hidangkan.
Oh. Jangan lupa order minuman !
Now masa untuk menyantap................................
Dipersilakan masuk para hidangan.
Posing cantik lawa dalam pinggan sebelum kena ngap !
Rambang mata tengok lauk pauk enak enak di pandangan, padahal nak melantak 4 perut jer. Lagi perut aku ni bukan nya besar mana... Ala ala size petite ular sawa jerr...
Sebelum vs Selepas !
Kenyang Alhamdulillah.
Overall, enak enak dan lazat lazat gak lauk yang ada. Memang kenyang lah bantai makan. Tapi konsep di sini tak sama dengan konsep di Padang, Indo. Sini apa yang kita ambik di kira, bukan kira abis makan ke tidak. Jadi berhati hati memilih hidangan.
Tak tau apa specific lauk yang sedap tapi bagi aku overall semua sedap !
Service ok lah. Kedai pun bersih dan selesa. Cuma harga agak tak berapa nak sederhana mana. Pepandai lah. Tapi dari segi rasa, memang tak mengecewakan.
Boleh try datang kalau terasa nak mencuba Nasi Padang tanpa perlu ke Padang !
Boleh juga beli ole ole keluaran dari seberang kalau terasa teringin nak pisang salai ke, kerepek tempe ker.
Dang dang dut, tali kecapi. Kenyang perut suka hati.
Nak lagi sederhana Lagi sederhana kalau datang naik basikal tua !
Nak lagi sederhana Lagi sederhana kalau datang naik basikal tua !
Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua
Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu
Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu
Orang biasa basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
21-G, Daju 5 Darul Ihsan,
Jalan Barat, Seksyen 8
46050 Petaling Jaya,
Selangor
Phone: 03-7932 1972
fb pages : Restoran Sederhana Petaling JAYA
Mereka ada beberapa cawangan lain di Chow Kit juga.
Selamat mencuba !
Boleh lah cuba...dulu dkt Emporium Makan Klang byk kedai jual nasi padang..tp skrg bangunan hendak dirobohkan, susah nak cari masakan padang...teringin sgt nak mkn, perut lembu masakan minang....emmmmdapnya
ReplyDeletearea klang memang banyak ... dulu la skrg tak pasti. lama tak terjah ke sana
Deletepernah mkn restoran sederhana di Bandung..br tau kt msia pn ada....tp konsepnya xsama la ye..yg amik kena byr..bkn yg abis mkn je kena mkn ye
ReplyDeleteorg malaysia lain skit kot.. kang semua dia cuit.. pasti tak nak bayar.. haks..
Delete#donemenuduh
harga mmg up sikit, tapi puas makan nasi padang...mmg enak banget..
ReplyDeletetu lah... memang sedap... kat kg baru ada satu rasanya tapi tak berapa nak sederhana kot
Deletewah namanya sederhana. pertama kali dengar ^_^
ReplyDeletesesuai utk kita kita yang bersederhana kot
Deleteteh botol xder? hehe
ReplyDeleteof chos aderrr
DeleteDulu masa ke Bukit Tinggi, Indonesia almost every lunch makan dekat restoran sederhana. Harganya 2 kali lebih murah. lunch kami di sana utk 2 orang sekitar RM25-30. Balik sini, makan dekat PJ tu RM60+ ��... Favourite di sini otak lembu, seporsi RM10, di Indonesia hanya RM4. Rindunya lah dekat Indonesia (makanan dan nature)... makanan enak yg seiras dgn makanan Padang (lebih murah) adalah Nasi kapaw... Serious sedap! ������..
ReplyDelete