Thursday, August 9, 2018

PANGKOR LAUT RESORT

Ini adalah rentetan daripada trip birthday tahun 2018 dengan OR.

* korang ada guna perkataan rentetan?


Konon konon cas nak celebrate berdua secara romantika di amor tapi maybe aku yang memang tak berapa romantik atau dia pun memang malas layan aku jadi trip ni just revisit balik PLR dan usha area Pulau Pangkor Laut sambil menikmati keindahan alam di sini.


Pangkor Laut adalah sebuah pulau persendirian yang berada tiga batu dari pesisir pantai barat Semenanjung Malaysia di Selat Melaka. Syurga duniawi ini telah wujud sejak 2 juta tahun dahulu dan anda akan menemui salah satu resort utama dunia yang dibangunkan di bawah teduhan hutan gergasi seusia daratan. Anda tidak akan menemui resort sepertinya, teluk tersembunyi di sekitar pantai bersih, langit petang yang berwarna-warni dan suasana ketenangan khas untuk tetamu.

Kombinasi gabungan kemewahan, keindahan semulajadi dan belantara mewujudkan satu persekitaran yang aman dan mendamaikan. Daripada keluasan pulau sebanyak 300 ekar, hanya suku sahaja dibangunkan bagi pembinaan resort dan lapan estet. Bangunan-bangunan kayu bergabung dengan hutan umpama alam yang menjadi arkitek merencanakan bagaimana dinding dibina melengkungi rimbunan dan bumbung terbuka agar pepohon dapat meneruskan perjalanan ke langit. Alam semulajadi di hormati di sini, hampir dimuliakan, dan ia memberkati pelawat dalam cara yang perlu dialami sendiri.

* mati lah ayat cedok tanpa rasa bersalah


Sememangnya Pangkor Laut Resort cukup terkenal di mata dunia dan dinobatkan sebagai 'One of the Top Resort in Asia' oleh Conde Nest Travelers Readers Choice Awards tahun 2017.

Untuk warga tempatan pulau peranginan ini memang dikenali cukup mewah dan harga penginapannya cukup mahal dan membuatkan ramai yang tak berkesempatan ke sini walhal resort ini memang menjadi tumpuan warga Barat yang inginkan suasana 'paradise' seperti yang digambarkan oleh penyanyi terkenal Luciano Pavarotti yang pernah menginap di sini.


Entry ni aku nak share pengalaman dan gambaran sebenar dari seorang yang tak mewah tapi feeling feeling nak menikmati saat kemewahan bersempena dengan birthday tempoh hari.

Nanti korang judge sendiri ke betul mahal atau orang saja gembar gembur sebab tak nak bagi ramai orang pegi dan buat sampah di sana? Hehehe

Satu yang perlu di ketahui, Pulau Pangkor dengan Pulau Pangkor Laut adalah 2 pulau yang berbeza namun kedudukannya berdekatan.

Pulau Pangkor Laut

Pulau Pangkor dari Pangkor Laut

Pangkor Laut adalah private island yang dibangunkan oleh YTL. Pulau Pangkor adalah pulau yang semua orang dah sedia maklum.

Disebabkan lokasi yang berbeza, jetty untuk bot ke pulau pulau ini juga berlainan. Kalau Lumut sebagai jetty untuk ke Pulau Pangkor tapi kalau ingin ke Pangkor Laut, ada jetty dan terminal khas disediakan iaitu di kawasan Marina Island.

Terminal untuk tetamu Pangkor Laut Resort

Check in dah siap awal awal di sini. Dari sini dah boleh start feeling feeling kemewahan.

Dan perjalanan dengan speedboat dari jetty ke Pulau Pangkor Laut mengambil masa 15 minit.

Jadual boat ada 2 kali sehari. Dan jeng jeng jeng............... tambang speedboat tu ialah RM 180 seorang untuk perjalanan pergi dan balik ! Kalau 2 orang? Takkan nak gi sorang kot tempat tempat cam ni.

Memamg mahal !

Jetty boat di Pangkor Laut Resort.

Sampai di jetty, kita akan di bawa ke reception area untuk di beri briefing dan kunci bilik penginapan.

Usha dulu kawasan resort di Pulau Pangkor Laut ni.

Kawasan resort dari arah jetty

Pangkor Laut Resort

Penyambut tetamu

Reception

Sebaik sampai akan di beri briefing oleh sorang staff di sini, dan dia akan bagitau kat mana tempat makan, apa boleh di buat, cemana nak hidup kat pulau ni dan apa apa semua lah. Kira dia lah host kita di sini.

Selesai breifing, maka tetamu akan di hantar ke bilik penginapan yang dah di tempah.

Di Pangkor Laut Resort ni ada 8 jenis  accommodation.

01. Garden Villa
Villa yang lokasinya dalam taman. Sesuai untuk yang travel dengan kids. Harga semalam bermula : RM 960 per nite. With breakfast.

02 Hill Villa 
Villa di lereng bukit. Jangan risau nak naik ke atas ada lif. Tak sesuai untuk kids. Rate starts RM 1,080 per nite. Awas ! Banyak monyet berkeliaran.

03. Beach Villa 
Villa lokasinya berdekatan pantai. Sesuai untuk family. Rate dia RM 1,190 per nite.

04. Sea Villa 
Villa atas air. Sesuai untuk pasangan yang romantik. Harga satu malam bermula      RM 1,650. Kids not allowed

05 SPA Villa 
SPA Villa adalah villa yang terletak dalam kawasan SPA Village senang access untuk SPA dan lebih privacy. SPA Village ada facilities macam pool sendiri yang boleh di gunakan oleh penghuni di SPA Village jer. Kids not allowed. Rate starts RM 1,960 per nite.

06 Suria & Purnama Suite. 
Suite suite bersaiz besar di atas air. Ada 2 jenis suites, harga bermula RM 3,090 per nite.

07 Pavarotti Suite. 
Villa yang terletak di hilltop dengan view yang lawa dengan saiz villa 2 kali handa saiz hilltop villa. Dimasyurkan bersempena dengan Luciano Pavarotti yang dijemput ke sini. Rate starts RM 4,800 per nite.

08 The Estates. 
Ni another part of the islands, ada villa villa estates yang cuma tetamu je dapat access. Villa villa private bersaiz besar dengan 2-4-5-6 bedroom with jacuzzi untuk geng geng yang pentingkan privacy dan yang cas cas celebrity. Datang pun naik heli. Rate tak sure... Malas ambik tau nanti kemurungan ! Err paling murah RM 5,000 semalam.


Harga bilik dah satu hal. Nak makan pulak How?? Pulau ni private tak de tempat lain dah nak gi makan. Kedai runcit pun tak der. Double How?

Di Pangkor Laut Resort ni ada few restaurants.

01. FEAST Village 
All day dining. Breakfast pun di sini. Harga nasi goreng sepinggan adalah RM 60 !

02 FISHERMAN'S COVE
Ala ala seafood resto... nak makan sini kena pakai proper. Aku tak bawak seluar panjang jadi terpaksa menjauhkan diri dengan sendirinya dari mendekati resto ni.

03 UNCLE LIM's KITCHEN
Paling glamer... kena reserve kalau tak full house. Chinese and Asian resto. Nasi Putih dengan rendang Ayam... rendang tu saja RM 90 per dish ! Koyak mental !

04 ROYAL BAY BEACH CLUB
Lepak lepak santai by the pool. Watermelon juice segelas RM 15. Not bad lah.

05 CHAPMAN's BAR
Terletak di Emerald Bay... untuk bar dan santai santai. Aku tak pegi dekat pun. Takut di keji orang !

06 JAMU BAR
Terletak di SPA Village.... macam tak de orang je aku nampak lepak kat sini.

07 THE STRAITS
Dibuka untuk yang berumur 16 tahun ke atas sahaja. Proper dress ! Yang lain.. off limits !

08 PRIVATE SETTING
Ni kalau dah kaya sangat boleh mintak dia orang setting kat mana mana je kat pulau ni. Harga air mungkin lagi murah pada seguni beras !

So kiranya tu la resto resto dan bar yang ada di Pulau Pangkor Laut ni.

Walaupun pulau ni kecik tapi nak bergerak ke satu kawasan ke satu kawasan yang lain tu boleh tahan lah. Lagi lagi kalau nak ke Emerald Bay yang terletak di balik pulau. Tapi di sini, ada transport disediakan setiap 15 minit ulang alik dari satu point ke point yang lain. Boleh mintak je dia orang hantar ke mana mana. Nak jalan kaki pun OK cuma kalau ke Emerald Bay tu parah skit sebab naik bukit.

Transport

Kenderaan rasmi PLR

Emerald Bay

Emerald Bay

So aku rasa tu penginapan dan makan yang akan sedut banyak duit di sini. SPA tu options lah dan harganya memang tak murah. 

SPA Village

SPA di tempat terbuka. Ada berani?

Jadi, kalau kira bajet sepintas lalu bilik dan makan dengan harga boat lagi kurang kurang kena ada RM 3,500 untuk 2 orang menginap di sini. Mungkin ramai dah give up sebab mahal. Orang banyak duit memang tak de hal lah, tapi orang macam aku yang cas cas ni, kena cari option terbaik untuk meminimizekan expenditure untuk ocassion occasion tertentu.

So aku share jugak bagi yang teringin nak datang.

Check RESIDENT'S PACKAGE dia orang yang di offer untuk Malaysia/Singaporean.  (All YTL Hotels ada pakej ni)

Pakej penginapan max 2 nites. 
Harga bilik rate dia mahal sikit tapi includes bfast, lunch and dinner. 
Masuk jugak scheduled boats return.
Kira rate dia memang lagi murah dah berbaloi baloi. Boleh dapat below RM 2K kalau date tak peak dan kalau peak pun still murah dari rate penginapan biasa.

Tu lah benda yang aku nak kongsi. Tapi nak dapat rate yang best tu memang kena selalu check. Macam aku pun ambik masa sebab nak booking awal awal takut tak jadi.

So, yang kata Pangkor Laut Resort ni tempat tak mampu nak jejak. Tapi sebenarnya mampu lah jugak tapi tak de lah melampau sangat mahalnya.

Trust me. Worth money spent tapi kalau tak mampu jugak (maybe not now kan?) Aci je gi Pulau Pangkor pastu ambik snorkelling trip and feeling feeling snorkel kat area PLR ni.... 

Mana tau, 

raft raft to river end, swim swim to the side, 
ill ill now and then, later later can enjoy the tide !

Dah senang boleh datang. Tapi jangan buat sampah !

Apa yang penting, set goal and start menabung. Aku pun bukan lahir lahir bukak mata tengok mak aku pakai tiara atas kepala.

Untuk honeymoon atau meraikan hari hari penting OK je kan???  Pada korang gi oversea jauh jauh, sini pun menarik dan romantik juga.

Tapi bab nak ber-romantik romantik ni pasangan pun kena romantik gak. Macam aku dengan OR memang tak berapa. Dia pun jenis tak appreciate travel travel ni. Bagi dia duduk mana mana pun sama je. Dia pun bukan macam aku jenis suka nak explore. Datang Pangkor Laut ni pun duduk dalam bilik je. Tapi aku tak kisah. Dia terima aku, aku terima dia dan dia tak perlu ada minat yang sama macam aku as long as dia tak halang apa yang aku minat. Aku pun tak perlu nak paksa dia minat apa yang aku suka. Aku pun bukan sempurna sangat untuk dia.

Tapi so far kita orang OK jer. Cukup sekadar menyenangkan dan membahagia.........



Aku Bukan malaikat
Yang Tak pernah berbuat salah
Aku Bukan bidadari
Yang Selalu menyenangkanmu

Aku Adalah separuh sayapmu
Bawalah Aku selalu bersamamu
Menuju keabadian yang bahagia selamanya

Kau bisa syurga bisa nerakaku
kau bisa malam bisa siangku
Kau bisa luka bisa bahagia dalam hidupku
Kau Bisa syurga bisa nerakaku
kau bisa tawa bisa tangisku
Hantarkan aku dengan cintamu pada sang maha cahaya

Kenangkan Aku kekasihku
Jangan Biarkan merapuh
Jagalah Diriku jagalah jiwaku
Jagalah Diriku jagalah jiwaku

Kau Bisa syurga bisa nerakaku
kau bisa malam bisa siangku
Kau Bisa luka bisa bahagia dalam hidupku

Kau Bisa syurga bisa nerakaku
kau bisa malam bisa siangku
Hantarkan Aku dengan cintamu

Kau Bisa syurga bisa nerakaku
kau bisa malam bisa siangku
Hantarkan Aku dengan cintamu pada sang maha cahaya

Aku Bukan malaikat
Yang Tak pernah berbuat salah
Aku Bukan bidadari
Yang Selalu menyenangkanmu.


Nanti aku story lagi pasal PLR ni.............

Selamat dipermudahkan pulak korang berkunjung !

17 comments :

  1. cantik tapi mahal. terkejut kita tau harga makanan macam tu hahahah. ni kalau dah makan tapi tak habis rugi oiiii. insyallah nak kumpul duit nak pergi sini. beruntungnya kamu

    ReplyDelete
  2. tq share pengalaman kt PLR..yela bkn smua mampu pegi kn tp kalo ada duit lebih apa slhnya...ye la kalo nasi goreng dh rege mhl gtu..mmg kena pk byk kali tp slalunya amik pakej dh termasuk kn ngan bfast...bff pn ada pegi menginap disini tp hasil menang contest

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la menang contest.
      moga berkesempatan ke sana nanti.

      Delete
  3. Bagus la OR Abang Meng tak suka travel. Dpt jugak la Abg Meng merasa dok PLR. Mcm kita dgn Husband dua-dua suka travel. Problem juga tu... bila kita nak dok rumah, dia cucuk ajak travel. Bila dia pulak nak rest, kita pulak cucuk dia ajak travel. Last2 dapat la byk pergi travel, tp tempat murah2 je la. Entah bila la boleh mampu ke PLR ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah minat masing masing kan berbeza. tak pe lah. yang penting heret je... ikut dan jangan banyak songeh

      kalau banyak songeh lain kali tak ajak dah.

      tempat murah ke mahal ke... ok je janji kualiti time bersama tu..

      Delete
  4. Saja la cuba usha pakej tu, mula2 letak 2 adults 3 children, date semua tak available sampai la tahun 2020 hahahaah

    letak 2 adults, baru la ada. Buh Hari Isnin check in check out Rabu dah 2100 huhuhuhuhhu...

    moga dapat jdi kaya suatu hari nanti bawa mak ayah merasa dok sini... kalau lambat sgt p pangkor sebelah je la... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh resident package ni tak leh ada budak dan memang untuk 2 pax sahaja.

      insha allah kalau kaya sgt nanti.. bina resort kat pulau baru..

      Delete
  5. Happy anniversary Encik Meng

    ReplyDelete
  6. Bawak nasik goreng sendiri makan dalam tupperware kat feast village tu kurang ajar tak? hahah

    ReplyDelete
  7. mahallll gila !!!!!! hahaha.. i menang hadiah ke situ kot, tapi tengok speed bot fee mahal nak MAPPP terus cancel la kot, banyak duit pula nak guna this year :( speed bot tu 1 kepala dah rm180.. yang i nak PERGI 4 ORANG... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewa sampan sendiri la kayuh ke sana. tak jauh sgt rasanya. hahahah

      memang cara dia org nak buat duit on transport and F&B.. harga hotel dah memang mahal. tak pe lah maybe ada rezeki lebih next time boleh pegi.

      Delete
    2. I jadi pagi this march.. tapi nak tahu kalau kereta parking kat mana eh lepas tu naik bas apa nak ke hujung jeti ni hahaa

      Delete
    3. x payah naik bas.. park je terus kat marina tu.. sebelah bangunan pangkor laut tu ada banyak parking....

      Delete
  8. Wheelchair easy to move around? The person boleh berjalan but, limited.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...