Tuesday, November 7, 2017

Balkan 2017 : 02 - GREECE

Greece  adalah sebuah negara di Selatan Eropah. Berkedudukan di hujung arah selatan semenanjung Balkan, Greece mempunyai pantai dan ratusan kepulauan di sekitar laut Aegean, Ionian, dan Laut Mediterranean. 

Bersempadan dengan Albania di belah utara selain daripada Republik Macedonia, Bulgaria, dan Turki. ia mempunyai budaya purba yang banyak memberi pengaruh terhadap seni, bahasa, falsafah, demokrasi politik, dan sukan termasuklah Olympic. 

Greece merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia. Berada di ranking ke 20 negara teratas di dunia yang di lawati. Negara itu menerima kira-kira 17 juta pelawat dari Januari hingga pertengahan Ogos, Jumlah yang besar untuk sebuah negara kecil berpendudukan seramai 11 juta orang ini.

Selain itu, Greece adalah destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi yang terdiri daripada tanah besar, kawasan pegunungan serta pantai pulau yang indah termasuklah beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Tapak Warisan Dunia di Athens, Greece

Fakta ringkas mengenai negara Greece :

Capital Athens
Government parliamentary republic
Currency euro (EUR)
Area 131,940 sq km
Population 10,688,058 (July 2006 est.)
Language Greek 99% (official)
Religion Greek Orthodox 98%, Muslim 1.3%, other 0.7%
Electricity 220V/50Hz (European plug)

Gereja Orthodox Christian

* memang dah lama aku teringin nak pegi Greece ni especially Athens. Sebabnya banyak tinggalan sejarah lama yang aku nak tengok dengan mata kepala sendiri. Alhamdulillah, trip ni melaksanakan kesemuanya.

*  menginap 2 malam di Athens dan 1 malam di Thessaloniki.

* Athens memang kena spare lebih masa at least 2 hari sebab banyak tempat nak di lawati. Walaupun lokasi tak berapa jauh antara satu sama lain tapi setiap tapak tu besar besar dan memakan masa nak abis tour. Kalau nak masuk UNESCO sites di Athens ni, elok la ambik Combo Ticket yang lebih murah dari harga beli satu satu. Euro 30 untuk all parks ( kalau beli Acropolis tu saja dah Euro 20 kalau single ticket). Semua park tu aku rasa berbaloi di lawati kecuali Keramikos.

* masalah pertama waktu sampai dah lewat malam, cari Airbnb aku tak jumpa. Jenuh tanya orang dah semua orang tunjuk lokasi yang sama. Aku lak stress sendiri sudahnya jauh berjalan sampai 3 pagi tak jumpa jumpa. Last sekali ikut sense sendiri, patah balik semula dan baru lah terjumpa. Aku rasa aku dah boleh duduk Athens dan jadi warga sana. Ewah !

* tapi penginapan aku tu bagus sebab lokasinya in the city center dan dekat je nak jelajah ke mana mana. Dan dan balkoni dia boleh nampak Acropolis.

* Acropolis wajib di lawati, tapi hati hati sebab kat atas tu semua marble lama yang dah terhakis so agak licin. Banyak je yang tersadung dan terlentang lagi lagi kalau hujan.

* cuaca masa tu panas gegila. Macam nak cair otak. Challenging betul. Plus kasut aku pulak buat hal. Koyak !!! Dah kena beli kasut baru. Dah la salah bawak adapter, tak leh nak charge hp sampai gi beli keesokkan harinya.

* orang Greek memang banyak yang cantik cantik. Tapi ada jugak yang huduh set set porong dan mereka agak kurang friendly, maybe sebab tak leh nak cakap English. Or maybe mereka malu sebab mereka tak secantik kita kita para Asian ni? No?

* harga barangan agak mahal sebab in Euro.

* dari Athens, aku ke Meteora yang terletak di Kalambaka. Meteora ni adalah kawasan monastery compleks yang dibina di atas bukit bukit dan di wartakan sebagai UNESCO world heritage site.

* sebaiknya booking tour Meteora siap siap sebab tempat tu susah jugak nak explore sendiri. Aku pun last minit baca ada ads kat train station, contact dan dia orang terus tunggu di train station di  Kalambaka, di bawak tour dan dihantar balik ke bus station. Meteora agak berbaloi untuk di lawati. Kalau suka trekking pun menarik juga di sana.

* sebab aku tak de itinerary khusus, so aku just go with the flow je. Memula macam takut tak sempat dan kena bermalam di Meteora tu tapi since ada tiket bas ke Thessaloniki petang tu, maka aku terus ke sana. Malam baru sampai Thessaloniki tu dan kaunter tiket nak beli tiket esoknya dah tutup. Terus teraba raba dalam kesamaran sebab tak de arah tuju.

* Station bus Thessaloniki agak jauh sikit dari city center. Kena naik local bas. Tak susah tapi kena cukup info. Daripada terdampar di tempat orang menangisi nasib diri, aku terpaksa tanya banyak orang.  Susah jugak ... banyak yang kurang nak membantu. No ! Bukan mereka malu sebab mereka tak lawa tapi mereka kureng nak communicate in English.

* Thessaloniki yang juga merupakan bandar kedua terbesar di Greece memang tak de masuk dalam list plan asal aku tapi aku rasa bandar dia not bad jugak lah. Dikenali sebagai Mother of Israel, a whole district of the city in particular, are included in UNESCO's World Heritage list. Tapi dari Thessaloniki lah, aku missed bas ke Skopje so kena detour ke Sofia, Bulgaria sebab tak moh buang masa lama lama di situ. 

Layan gambar gambar tempat tempat yang boleh dilawati di Greece ni.

Athens

01. ATHENS

Athens adalah ibukota Greece dengan jumlah penduduk metropolitan seramai 3.7 juta orang. Ia adalah tempat di mana bermulanya Greece Klasik, dan pertamadunan Barat. Reka bentuk bandaraya ini banyak berdasarkan dari karakter zaman Uthmaniyyah, Byzantin dan Roman.

Pendudukan awal yang bersejarah telah terbina pada tahun 3000 SM di sekitar Acropolis. Legenda mengatakan bahawa Raja Athens, Theseus menyatukan sepuluh suku dari awal Athens dan menjadikannya satu kerajaan (sekitar 1230 SM). Synochism process - brings together in one home - mewujudkan Athens menjadi negara terbesar dan terkaya di tanah besar Greece serta mencipta kelas masyarakat yang lebih besar yang berbeza dari kehidupan politik kaum bangsawan. 

Menjelang abad ke-7 SM, kekacauan sosial semakin meluas,sehingga Solon dilantik dengan mandat untuk mewujudkan perlembagaan baru (594 SM). Inilah permulaan baru revolusi sosial yang merupakan hasil demokrasi di bawah Clisthenes (508 SM). Semasa Zaman Pertengahan, Athens mengalami penurunan, tetapi muncul semula di bawah pemerintahan Byzantine. Athens berkembang maju dan makmur semasa Perang Salib dan mendapat manfaat daripada perdagangan Itali dalam tempoh ini. Walau bagaimanapun, Greece menderita teruk di bawah Empayar Uthmaniyyah dan hanya pulih pada abad ke-19 sebagai ibu negara Greece yang bebas.

Selamat pagi Athens

Hadrian's Library - Roman ruins of a library & cultural complex constructed in 132 CE by the emperor Hadrian.

Temple of Hephaestus, the best preserved ancient Greek temple at Ancient Agora of Athens

The Attalos Stoa, the museum of the agora which is a reconstructed ancient building.

 Ancient Agora of Athens

Roman Forum

Monastiraki Square

Keramikos Archaeological Site

Hard Rock Cafe Athens

Plaka, an area of Athens with an overabundance of souvenir shops, numerous vendors selling wares out in the street, and occasional street performers.

Plaka

Souvenir shops in Plaka, Athens

Acropolis

Olympus

The Temple of Olympian Zeus

 Hadrian's Gate

Kota Athens dari arah Acropolis

Theatre of Dionysus - Huge, tiered performance space seating around 15,000 people, dating from the 6th century B.C.

Bandaraya Athens dari Acropolis

Odeon of Herodes Atticus

Entrance to Acropolis

Honoring Athena & Poseidon, this famous, ancient Greek temple features a porch with 6 caryatids.

Dewa Athena

The Parthenon at the Acropolis

Parthenon

Senja dari Acropilis. Penat je aku tunggu sunset rupanya sunset pukul 9. Acropolis tu tutup pukul 8 malam. Dah kena halau suruh turun.

02. METEORA

Meteora bermaksud "Di atas langit" - secara etimologi dikaitkan dengan 'Meteorit' adalah salah sebuah lokasi terkenal dan sebahagian daripada Gunung Athos yang mana terdapatnya biara biara Eastern Orthodox.

Terletak berhampiran dengan bandar Kalambaka, ia terdiri daripada sejumlah puncak-puncak batu yang keseluruhannya terdapat sejumlah 24 biara dan 6 daripadanya kekal hingga hari ini untuk dieksplorasi dan dikagumi. Muncul sekitar 60 juta tahun yang lalu sebagai batu dari dasar laut yang tinggi hasil pergerakan tektonik yang kuat, cuaca yang berterusan oleh air, angin dan suhu yang melampau menjadikannya bongkah batu besar.  

Biara-biara Meteora ini telah dimasukkan ke dalam Senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan rantau Meteora-Antichassia telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Zon Ekologi Natura 2000 oleh Kementerian Alam Sekitar Greece, untuk melindungi spesies burung dan tanaman dipersekitarannya.

Perjalanan dengan train dari Athens ke Kalambaka. Train 5 jam

Saujana kehijauan

Kalambaka

Meteora

Bongkah bongkah batu

Monastery di Meteora

Monastery terbesar di lereng bukit

Di lereng lereng

Terdapat 6 monasteries di sini

Masih di diami oleh monk monk yang taat

Kalambaka dari puncak pergunungan

03. THESSALONIKI

Thessaloniki  juga dikenali sebagai Thessalonica atau Salonica adalah bandar kedua terbesar di Greece dan pernah menjadi  ibukota wilayah Macedonia.  

Dengan kira-kira sejuta penduduk, ia dianggap sebagai ibu kota kebudayaan Greece, yang terkenal dengan perayaan, aktiviti malam dan budaya yang 'hidup' dan telah disenaraikan oleh Lonely Planet sebagai bandar parti ke 5 terbaik dunia. Lebih penting lagi, ia juga merupakan sebuah bandar dengan sejarah 3,000 tahun yang berterusan; memelihara peninggalan zaman Rom, Byzantin, zaman Ottoman dan Yahudi.

Kebanyakkan gereja-gereja Byzantinenya, dan keseluruhan wilayah bandar khususnya, diwartakan dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Menuju Thessaloniki


Thessaloniki

View of the port and kawasan tepi pantai yang menjadi part of Thessaloniki's city center

Kawasan tepi laut yang dibangunkan

Aristotelous Square.  Vast, waterfront public square, designed by Ernest Hebrard & surrounded by mansions & cafes.

The White Tower of Thessaloniki is the city's landmark

Salah sebuah university

Arch of Galerius. Iconic monument dedicated in 303 CE featuring relief scenes of Galerius' victory over the Persians.

Panagia Deksia is next to the Arch of Galerius.Built in 1956 the building incorporates wonderful byzantine architecture with neo classical influences.

Bangunan sejarah

Dan 15 fakta fakta menarik mengenai negara Greece ini.

01 - Nama rasmi Greece ialah Republik Hellenic.
02 - Greece terletak di tenggara Eropah, dekat dengan Afrika dan Asia.
03 - Pada tahun 2011 penduduk Greece adalah sekitar 11 juta.
04 - Ibukota dan bandar terbesar di Greece ialah Athens. Bandar-bandar utama lain termasuk Thessaloniki, Patras dan Heraklion.
05 - Sekitar dua pertiga penduduk Yunani tinggal di kawasan bandar.
06 - Greek adalah bahasa rasmi yang digunakan di Greece.
07 - Greece adalah ahli Kesatuan Eropah dan menggunakan mata wang Euro sebagai mata wangnya.
08 - Greece adalah negara maju dengan taraf hidup yang tinggi. Industri penting termasuk sektor perkhidmatan, pertanian dan pelancongan.
09 - Greece adalah destinasi pelancongan yang popular dan menempatkan lebih dari selain Tapak Warisan Dunia UNESCO
10 - Greece mempunyai ribuan pulau, termasuk destinasi seperti Santorini dan Mykonos.
11 - Greece adalah salah satu negara yang paling pergunungan di Eropah.
12 - Gunung tertinggi di Greece ialah Mount Olympus, ia mempunyai lebih dari 50 puncak dengan yang tertinggi mencapai hingga 2917 meter (9570 kaki).
13 - Yunani kuno dikatakan telah meletakkan asas bagi tamadun Barat, yang mempunyai pengaruh besar pada Empayar Roma dan budaya Eropa.
14 - Sukan Olimpik berasal dari Greece Purba.
15 - Athens yang terbaru menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 2004.

Dari Greece, aku bergerak ke Sofia, Bulgaria. Tukar plan asal sebab missed tiket untuk ke Skopje. ( sebab tak sure jadual bas. Bus ke Skopje jam 8 pagi. Time tu aku tengah berjoget joget lagi kat Thessaloniki city tu padahal dah bangun awal ). 




Greece mempunyai jaringan lebuhraya yang baik compared to negara negara Balkan yang lain. Tapi pakcik bas tu boleh stop tepi jalan dan kencing tepi bas. Rusak retina mata beta !

Sampai di Sofia aku terasa sangat asing. Sukar sungguh nak berkomunikasi. I dont understeng sepatah harang ..................  I keng eveng read the wordings.

Lagi haru naik tram pun tersalah pastu drebar tram tu stop dan boleh pulak halau suruh aku turun. Menitik airmata abang jalan kaki atas rel ketapi.... Dah lah cuaca panas gila.

Oh  ! Ku kan pergi, membawa diri. Cinta di hati terkubur lagi........... !

#hidustaniheyyyyyyy



Bagaikan fajar menanti siang
Bagaikan bunga yang berguguran
Ku kegersangan di sini
Meratap mimpi ngeri

Ternoda dalam madah dan kata
Terjebak di dalam sangkar setia
Bahtera harapan karam di tengah lautan
Terkapar diri dalam kelemasan

Lalu terdampar aku di betingan asing
Berpaut di pancang dah kering
Tercungap dalam ku menghela nafas yang panjang
Gagahi jua demi satu kecintaan

Tersungkur dalam diam senja berbalam
Pelangi rindu terjunan dalam rawan

Apakah ada cahaya kan mendatangi
Dikala aku dalam penantian

Ternoda dalam madah dan kata
Terjebak di dalam sangkar setia
Di sini aku pasrahkan kesudahan
Aturan perjalanan milik Tuhan

14 comments :

  1. jenuh org dulu nak angkut batu bata nak buat monasteries di lereng2 bukit tu....temple2 dkt Greece tu ada persamaan dgn di negara Turki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tak leh imagine mesti ada buruh buruh paksa nak siapkan benda alah ni.

      despite ke majestic-an nya pasti ada ramai pernah terluka sengsara

      Delete
  2. huduh set porong tu kira tahap mak lampir ke.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak lampir kalau time Halloween laku tu.. boleh jadi idola..

      set porong ni hok jeluahh sokmo...

      Delete
  3. baca entry nie teringat citer percy jackson plak... trip nie mmg kena alert dgn jadual public transport kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena tau jadual.. or else tersangkut lah kat situ. buang masa or kena opt dengan plan B....

      Delete
  4. Owos. Kalau porong kena cop huduh selalu.

    ReplyDelete
  5. Meteora..scary betul tmpt bertapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kalau monk dgn barang.. dia orang transport pakai tong cable... lagi ngeri

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...