OK lah. Entry saja saja since tak de apa yang menarik pun nak aku story. Dalam hidup korang korang pernah collect apa?
Stamp?
Duit syiling lama?
Duit kertas?
Apa??
Seingat aku dulu dulu masa kecik kecik aku suka kumpul guli. Pastu getah. Pastu pemadam. Dan banyak lagi la mostly permainan masa kecik kecik. Dan dulu aku ni kira pailang kampung gak la, bagi la permainan apa pun melastik ke, membaling ke memang aku agak terror.
Sekarang mungkin tak sebab mata dah rabun.
Tapi mungkin aku ada satu daya tumpuan yang baik kot sebab tu aku selalu menang.
Dan barang barang tu biasa aku kumpul bila dah banyak bagi mengelakkan Makcik Mona kesan dan buang, aku akan tanam. Banyak la aku tanam depan rumah tu tapi tak lama macam macam hal lah. Jengkaut datang korek nak gali parit lah apa lah, so akhirnya semuanya hilang macam tu saja.
Bila dah besar sikit aktiviti mengumpul pun tetap ada.
Mengarut ngarut jugak la barang aku suka kumpul. Kotak perfume lah. Beg shopping. Kotak kotak dan sebagainya.
Bila aku dah cerdik sikit aku kumpul benda lain pulak.
Seingat aku dulu masa kat US aku suka kumpul penant. Korang tahu penant tu apa? Ni hah. Macam bendera university. So banyak jugak la aku kumpul. Tapi banyak jugak yang dah rosak. Ni je lah sebahagian yang tinggal.
Cool jugak la kumpul benda ni sebab bila aku pegi jalan jalan singgah Univ member member aku beli. Ada jugak tukar dengan member member. Dan menyusun benda ni jugak macam macam. Pernah buat bentuk bulat, bentuk kipas dan sebagainya.
Pastu aku kumpul poskad !
Sebab aku suka travel so aku kumpul la poskad setiap tempat yang aku pegi. Banyak jugak la sampai berkotak kotak. Rasanya ada lagi dalam kotak aku simpan.
Sayang sebab banyak tempat aku pegi, cuma nak pamerkan benda tu agak tak berapa reti sebab tu di biarkan dalam kotak je.
Masa dulu dulu tak reti lagi nak kumpul FM ni.
Dan bila aku dewasa sikit... eh bukan. Sebelum tu jugak masa kat US jugak la aku gila dengan Hard Rock Cafe, Planet Hollywood dan All Star Cafe. So setiap kalu travel aku akan kumpul City T Shirt Hard Rock dan Planet ni.
Sudahnya aku ada banyak gila T Shirt HRC ni semua.
Dan macam biasa, baju baju ni bila pakai jadi lusuh. Pastu ada jugak yang hilang kena curik. Standard lah tu. Mungkin aku beli dengan credit card dan lepas tu fuck up kot.
Hahahahhaa.
Selain tu aku juga suka kumpul short glass !
Dan aku ada lebih pada 200 short glass ni dari Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, All Star Cafe semuanya serata US dan Canada yang aku pernah pegi.
Kiralah berapa banyak duit aku abis untuk benda alah ni.
Tapi.... nak bubuh kat mana aku tak tau, so short glass aku semuanya masih ada dalam kotak tak terusik pun.
Tapi memang seram kalau tengok.
Nasib baik la minat aku pada koleksi Hard Rock ni semua dah tamat lama dah. So aku dah tak mengumpul dah pun. Tinggal la yang ada ada tu saja.
Dan lepas tu aku gila kumpul tuala !
Hahahaha.
Kalau kau orang tengok tuala aku macam macam kaler. Pakai tak pun tapi aku saja suka tengok dia banyak banyak dan berwarna warna. Mostly aku beli, ada jugak aku mintak sebagai hadiah dan banyak jugak aku rembat !
* mati la pencuri rupanya.
Ni gambar sebahagian daripadanya. Aku ada 3 almari simpan tuala saja. Kalau orang tengok pun pening.
Oh. Abaikan masalah susunan yang berterabur itu.
Dan.......
Antara koleksi yang aku suka kumpul lepas tu adalah, perfume !!!
Mati la kalau tengok perfume aku confirm aku ni tak pernah busuk ! Tapi sebenarnya ada hari hari busuk jugak lah. Sekarang ni ada lebih dari 30 perfume yang aku ada yang masih belum abis di pakai. So aku rotate la sembur diri sendiri dan feeling feeling wangi.
Sebagai hantu perfume aku beli perfume ikut mood. Kadang kadang sebab try macam wangi, pastu bila pakai macam tak berapa serasi. So aku pakai time nak tidur je feeling feeling tidur dengan wangi. Abis la katil aku wangi jugak. OR dah faham sangat dah kadang kadang dia pun tak cakap apa bila aku beli perfume. Perfume dia ada 2 je, yang lain lain semua aku punya. Tu belum kira yang ada dalam beg, dalam almari, dalam bilik tidur dan tempat tempat lain lagi.
Sewel tak aku?
Kadang kadang orang tanya aku pakai perfume apa pun aku tak tau.
Oh, tapi aku tak beli perfume murahan okeh. Tak best ! Rasa bersalah je bila pakai sebab aku tahu wangi dia tak kekal lama.
Gila perfume masih berlangsung sampai sekarang.
Cuma kadang kadang aku tahan jugak la diri aku supaya tak beli dah bila aku fikir, yang ada kat rumah pun tak tau bila habis pakai.
Lain !
Ni hah. Aku koleksi aku yang seterusnya adalah model kapal terbang. Aku beli sekali tu je dulu banyak banyak pastu tak beli dah. Sebabnya? Aku tak de ruang nak menyusun.
Now, benda ni semua terdampar sepi. Berhabuk. Langsung aku tak ambik pedulik. Mungkin minat aku dah abis nak mengumpul kot.
Lepas lepas tu aku sibuk nak membuat koleksi lain pulak.
Apa lagi kalau bukan Fridge Magnet.
Aku rasa dulu aku tak de la gila FM ni. Masa study pun tak de. Ada lah kumpul tapi semua aku letak rumah Makcik Mona sampai buruk buruk jadinya.
Seingat aku first time aku mula kumpul FM ni masa aku pegi Dubai. So aku tak tahu nak beli apa kat orang sebagai ole ole so aku beli FM. Bila balik rumah sini ada lebihan aku rasa macam cool jugak bila ada FM kat pegi sejuk.
Pastu terus aku jadi gila.
Dan mengumpul la sesuka hati aku je. Asal mana aku pegi dan berjalan ini la yang aku cari. Ada orang kasik jugak, ada aku mintak, ada aku paksa orang bagi. Tapi mostly aku je yang suka berjalan so aku beli sendiri lah untuk diri sendiri dan untuk orang lain.
Now, aku ada 2 peti sejuk kat rumah. Dinding kiri kanan depan semua dah penuh. Belakang je tak boleh nak isi. Tak tau la sampai bila nak mengumpul. Macam dah banyak sangat pun kan, tapi tu la geram je bila tengok dan benda ni je la aku carik everytime aku travel ke mana mana.
So korang rasa aku sewel tak?
Anyway aku tahu minat aku pada benda benda ni semua sekejap je. Kang lepas aku bosan aku stop dan carik benda lain untuk di buat koleksi.
Dan koleksi yang tak pernah habis habis nak di kumpul adalah koleksi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
skandal !
* lari...................
hero x usik ke fm yg berlambak tu?? umah sy abis jahanam FM2 dr kengkawan bg...paling sedeh fm dr korea..ranap punah gara2 adik2 sepupu sepapat yg sebaya hero dtg godek..tau2 tinggal magnet je T_T
ReplyDeletetak la. dia geram dgn kapal terbang tu jer
ReplyDeletejiejah
ReplyDeletehappy belated bday !
Tq abg me
ReplyDeleteAbg meng la aishh
ReplyDelete