Al kisahkan Hero masuk hospital dan kondisi dia dah better sikit sekarang ni. Dah keluar pun siang tadi.
Nak kata denggi pun tak denggi jugak. Probably viral fever tapi doktor treat as denggi la nak kena monitor dia selalu. Platlet darah dia pun berkurangan tapi hari ni alhamdulillah dah OK sikit walaupun drop tapi still dalam normal condition.
Nak kata denggi pun tak denggi jugak. Probably viral fever tapi doktor treat as denggi la nak kena monitor dia selalu. Platlet darah dia pun berkurangan tapi hari ni alhamdulillah dah OK sikit walaupun drop tapi still dalam normal condition.
Sebelum ni dia dah pegi klinik dan ambik darah dah 2 kali. Pastu klinik refer suruh pegi hospital la sebab platlet tu berkurang.
OR dah bawak Hero tengahari tu pegi hospital. Bila sampai hospital doktor ambik darah lagi dan check pastu result darah mengatakan platlet berkurang lagi. Kondisi Hero tu OK je. Melompat lompat jugak la dia. Budak budak cuma bila petang je dia mula jadi lemau dan macam nak demam.
Masa aku kat site sabtu hari tu then lepas result darah dia keluar OR SMS bagitau Hero kena admitted.
So abis keje kat branch site yang tak berkerja mana tu aku terus drive ke Hospital Sungai Buloh.
Elok aku sampai je, Hero dah warded. Tapi elok je dia meloncat loncat.
Excited duduk ward.
"Papa. Papa tido sini teman Hero tak?"
"Malam ni tak. Ibu la teman. Tapi esok Papa datang. Nanti Ibu balik kejap ambik barang Hero"
Jenuh nak kena explain kat dia satu satu ni.
Pastu nurse datang cakap nak cucuk jarum nak pasang water drip. Aku bawak dia ke bilik rawatan. Aku tunggu kat luar je lah sebab Doktor kata tak payah masuk.
OK lah.
Aku tunggu kat luar nampak la dia dari cermin kat pintu tu.
Pastu aku dengar dia melalak.
Aiyo. Suara kuat gila.
"Papa............. Doktor cucuk Hero........ Papa !!!!!!!!!!!!!! Tolong Hero................"
Buntu aku di buatnya. Kalau dia nampak aku karang lebih teruk dia punya amokan.
Aku buat bodo je duduk kat luar. Lama jugak la, nak cucuk 2 belah tapi tak sempat, sebelah je buat untuk masukkan air. Nanti ambik darah baru cucuk yang lain.
Tak lama tu dia keluar dari bilik tu terus peluk aku. Mengadu kena cucuk.
Aku bawak ke ward mula la dia merengek menangis. Dan masa tu baru la demam dia datang.
Terjelepuk hina terus atas katil.
"Kuat betul menangis. Kan Papa cakap kat Hero, suruh tahan"
"Hero dah tahan tapi air mata Hero terkeluar"
Kann !
Alasan. Pastu ada dengar budak lain menangis dia sibuk tanya aku.
"Papa. Kenapa tu dia menangis"
"Ntah. Tak nak makan ubat agaknya"
"Kuatnya dia menangis"
"Eleh. Cakap orang, Hero tadi menangis pun nak pekak telinga Papa"
Dia gelak gelak.
Pastu aku suruh dia tidur dan baring dulu. Ambik kain basah lap lap badan dia dulu bagi segar sikit. Pastu baru nurse datang pasang drip.
Susah nak memujuk. Nasib baik la ada mainan dia ni hah. Aku terpaksa la layan dia main ni dulu.
Pastu ada nurse bengong. Pelatih agaknya. Datang beriya iya je suruh aku bancuh garam ni bagi Hero minum.
Aku nak relaks dulu la tak buat lagi. Pastu tak lama tu dia datang lagi.
"Eh sorry Encik. Salah. Ni bukan untuk dia"
"Eh awak ni. Nasib la saya tak bagi"
Geram aku. Bengong la pulak nurse ni. Ikut suka dia je. Ni baru garam, kalau ubat ubatan lain? How?
Pastu dia terus blah bawak benda ni dan pegi tempat lain.
Pastu Hero terlelap. Aku turun bawah belikan dia air. Nak air susu dan cokelat.
Gi la beli. Mahal pulak aku rasa macam kena kelentong je kat kedai kat bawah tu.
Pastu pertarungan Superman dengan Ben 10 bermula lepas tu.
Dia tengah tidur, aku kejut la sebab nurse datang suruh makan ubat demam. Dia tak nak. Sibuk menangis.
"Tak nak ! Tak nak !"
"Makan la ubat ni. Hero kan demam"
"Tak nak !!!"
Pastu siap la dia punya bergoyang badan nak shuffle atas katil tak nak makan ubat. Stress aku. Kang hilang sabar aku bertenggek atas katil terus fire keluar laser karang.
"Papa balik la macam ni. Tinggal Hero sorang"
"Tak nak. Jangan....... Papa jangan balik"
"Dah tu. Makan ubat ni!"
"Tak nak"
Masalahnya selalunya dia OK je makan ubat. Semalam je dia tetiba mengaruk tak mahu. May be sebab dia tengah tidur lah tu agaknya.
Jenuh jugak la aku nak memujuk rayu. Last sekali baru la dia nak minum. Makan la ubat demam sampai abis.
Dia kena banyak minum.
So everytime minum aku kena sukat lah. Air dalam cawan hijau tu untuk dia minum pastu kena rekod setiap kali dia minum berapa banyak.
Begitu jugak bila dia kencing. Dalam bekas putih tu kena sukat berapa banyak air kencing dia. Tapi semalam dia tak de la kencing masa aku ada sampai la aku blah dari ward malam kelmarin. Siang semalam dia kencing pastu aku tak tau nak buat apa dengan air kencing tu. Hahaha. Rupanya kena ambik sukatan je, nasib la aku tak junjung pegi bagi kat nurse.
"Papa ! Papa ! Hero tak nak salam dia"
Salam sapa ntah.
So malam pertama tu aku blah Ben 10 telah kecundang ketiduran.
Semalam aku pegi siang dan teman dia makan Mc D. Layan makan dengan dia then OR balik rumah pulak.
Kondisi dia siang semalam dah tak demam. Excited lagi la bercerita pasal nurse datang ambik darah dia lagi dan dia tak menangis.
Ada masa dia menangis, ada masa dia OK je tak melalak.
Lepas mandi dan siap siap dah wangi, makan ubat lagi.
Masa mandi tu dia bagitau aku soalan cepu perak.
"Papa. Hero rasakan. Misai Hero dah tumbuh"
* pengsan.
Motip la demam demam ni dia feeling feeling nak jadi A Galak la pulak.
Dan hari ni dia dah meloncat loncat !
By the way, kalau masuk hospital kerajaan kena denggi, adalah free.
So masih tak sayangkan kerajaan sendiri??? Dah tau nanti nak pangkah apa bila mengundi????
* mati la aku promosi.
No comments :
Post a Comment