Sunday, June 19, 2011

Backpacking Surabaya Ke Jogjakarta - Episode 7

Muncul lagi !

* matilah tak abis abis ni.

Dari Borobudur, Sumanto terus drive laju laju ke kaki Gunung Merapi. Mulanya kami ke kawasan Kaliurang. Perjalanan berpatah balik ke Jogja sebelum melencong masuk menuju ke kawasan ni.

Jarak perjalanan kira kira sejam jugak lah.

Sepanjang jalan menuju ke Merapi ni, sempat kami melalu kawasan kawasan perumahan yang telah menjadi mangsa kesan Merapi sewaktu ianya meletus tahun 2010 dulu.

Kesannya masih ketara dan gambar gambar ni menjadi bukti ianya masih belum di bersihkan sepenuhnya.






Dari kawasan mendatar dan mula naik di ke kawasan berbukit bukit. Di sekitar lereng bukit banyak terdapat villa villa yang biasanya menjadi kunjungan warga Jogja di hari minggu.

Dan akhirnya kami sampai di kawasan menara pandang Kaliurang.

Kawasannya agak sejuk dan ada menara pandang. Ada kawasan taman di sekelilingnya dan kawasan ini juga merupanya antara entrance untuk pendakian ke puncak Gunung Merapi ini.

Kalau nak panjat Gunung Merapi ni, jarak masa adalah 13 jam !

* koma.

Kononnya kami akan dapat melihat puncak gunung merapi macam ni lah.


Gempak kan?

Nak naik Menara Pandang tu kena bayar Rp3000. Seringgit.

Dan bila kami sampai, tau apa yang aku nampak?


* nanges di bahu Sumanto.

Why? Why Sumanto ???

"Aduh Pak. Nggak kelihatan. Kabutnya tebal sekali"

Sumanto cuba cuba menenangkan aku. Sedih pilu. Tapi aku naik gak la menara tinjau tu dan lepak atas tu dalam 15 minit kot kot cuaca clear.

Haram !

Kecewa abang ni. Dah. Tak payah lama lama buang masa di sini.

"Ayuh Sumanto. Kita langsung saja ke tempat lain"
"Ngga apa. Saya bawak Bapak ke Cangkringan"

Cangkringan ni kawasan satu lagi di mana turut menjadi entrance untuk pendakian ke Gunung Merapi ni. Dan di kawasan Cangkringan ini lah, dulunya tempat tinggal Mbah Maridjan !

Aku jadi excited !

Dan sekali lagi kami menyusuri kawasan lereng berbukit bukit itu menuju ke Kampung Kinahrejo dimana tempat tinggal Mbah Maridjan satu ketika dulu.

Dulu kawasan tu memang tak de apa lah, tapi setelah Gunung Merapi meletus, sekarang dah jadi pusat pelancongan dan ramai pelawat yang datang melawat ke sana semata mata untuk melihat kesan letusan Merapi yang meragut nyawa penjaganya itu.

Setibanya di sana, kelihatan kawasannya tandus sekali.




Pokok pokok banyak yang dah mati. Memang kesannya jelas sekali. 

Rasa sebak jugak di hati bila tengok keadaan macam ni. Tak tau macamana mereka yang terlibat dalam bencana ni menghadapi semuanya. Rumah rumah musnah. Tanaman serta binatang ternakan habis terkorban sama. Kesan lava gunung Merapi sangat jelas. 

Tapi Gunung Merapi haram tak nampak !!

Argh ! Stress. 




Dan yang paling tak tahan, kawasan tu dah menjadi kawasan pelancongan dan memang ramai orang datang bertandang selain melihat kesannya, ada jugak yang berniaga.

Tak pe lah. Boleh jadi mata pencarian jugak pada masyarakat setempat.

Dan sebenarnya, kawasan ini adalah kawasan di mana tempat terakhir kenderaan di benarkan masuk kerana jalan yang telah rosak. Jadi kedai kedai di sini di bukak termasuk la kawasan tempat parking kenderaan. Ada jugak pusat penerangan mengenai Gunung Merapi yang di buka untuk pengetahuan orang awam.

Aku suruh Sumanto tunggu kat situ je sementara aku riki apa yang patut.

Ada perkhidmatan di sediakan untuk naik lebih tinggi tapi guna motosikal. Dan banyak belia belia muda yang membuat kerja kerja sampingan seperti tu yang mana mereka akan bawak kita naik ke kawasan atas sikit dan bawak turun balik la dengan bayaran Rp20 ribu.

Hah. Tak kuasa la aku nak memanjat.

Aku tengok  orang lain mengah mengah kembang kembang hidung ni. Test power kah?

Abang???

"Bisa hantar ke puncak nggak?"
"Bisa Mas"

Hah. Bayar saja ! Peluh pun tak keluar. Ini tak. Sampainya tudung rapi lagi. Pastu mendaki dengan kaki sampai ke atas sana. Bila turun bawah tudung dah sengeh benget.

Ada tu dah rebeh bahu. Siap duduk tersadai tepi jalan gosok gosok kaki. Walaupun nampak kosong sebab kawasan bertandus tapi kalau nak menapak sampai ke atas tu memang la satu kerja sia sia !

Aku lagi pun kejar masa. Maka.

Deng Deng Deng. Sampai jugak di kawasan puncak paling atas yang boleh di lawati oleh orang awam dan kawasan itu lah terletaknya bekas kediaman Mbah Maridjan !!!!

Ini gambar puncak Gunung Merapi pada hari biasa.




Dan itu lah sewaktu hari aku sampai.

Keji ! Saja lah Merapi ni tak nak bagi aku tengok dia secara lebih dekat. Berkabut je.

Sampai kat puncak tu, memang kesannya lebih ketara. Di atas ni ada sebongkah batu besar yang di percayai jatuh dari puncak gunung yang merupakan serpihan sewaktu letusan Merapi tahun lalu. Berbagai usaha telah di lakukan untuk mengalihkan batu tersebut tapi gagal. Jentolak ke apa ke semua yang di guna semua rosak.

Menurut cerita Sumanto. Batu tu adalah betina nya dan dia tak akan bergerak selagi yang jantannya tak turun bersama. Dia hanya akan beralih bila mereka bertemu semua kelak.

Wallahuallam.

Banyak cerita cerita mistik bila berbicara pasal Gunung Merapi ni. Sempat la aku dengar Sumanto cerita. Dia kata sewaktu aliran lava dulu, ada sebatang pokok kelapa yang hanyut bersama aliran sungai dan debu volkanik tu. Bila sampai bawah jambatan, pokok kelapa tu tak patah pun, dia berbaring dah lepas jambatan tu ianya berdiri semula dan terus berdiri sampai sekarang !

Ada juga di temui batu besar masuk dalam rumah penduduk kawasan sekitar sedangkan rumah tu tak rosak. Menjadi tanda tanya macamana batu besar tu boleh masuk dan duduk di tengah tengah ruang tamu tu.

Macam macam la cerita Mistik yang ada. 

Termasuk la cerita Mbah Maridjan yang mati akibat tidak mahu meninggalkan Gunung Merapi walaupun telah di arah berbuat demikian. Mbah Maridjan ni di percayai menjadi penjaga Gunung Merapi ini dan beliau mati akibat debu panas volkanik yang menimbus kawasan perumahan beliau.

Dan ini lah kawasan asal rumah Mbah Maridjan.


Yang masih meninggalkan kesan di kawasan ini cuma Masjid yang di bina bersebelahan rumah Mbah Maridjan yang sekarang ini di kekalkan sebagai surau untuk orang ramai bersolat.

Masjid tu kena kesan jugak la cuma lepas baik pulih tu dia nampak masih tak berubah dari asalnya. Tapi kawasan sekitar ni memang teruk kena kesannya. Ini kawasan paling tinggi boleh di jejaki dulunya sebelum letusan ini berlaku.

Dan kata Sumanto. Mbah Maridjan meninggal tu dalam keadaan sujud bukan ke arah kiblat tapi ke arah Selatan iaitu ke arah Istana Kraton di mana tempat bersemayam Sultan Kraton yang telah memberi arahan kepada beliau untuk terus menjaga Gunung Merapi ini.

Wallahuallam.

Tapi !

Depan rumah Mban Maridjan ni ada ni..




Tetap la kau nak meniaga di atas gunung ni kan?

Anyway orang kata Nasik Goreng kat sini sedap. Tapi aku tak try pun. Aku kan nak cepat. Lepas dapat apa aku nak. Ambik gambar then naik moto turun ke bawah semula mendapatkan Sumanto dan kami terus bergerak.

Hari dah tengahari masa tu. 

"Kamu lapar nggak Sumanto?"
"Ngga. Saya udah makan waktu bapak di Borobudur tadik"
"Owh"
"Kenapa? Bapak lapar?"
"Nggak ! Langsung saja !"

Aku tengok tengok jam !

Hah. Tak boleh buang masa. Ada beberapa tempat lagi nak kena pegi ni. Aku harap sempat sebelum aku kena habiskan sewa van ni jam 6 petang nanti !

Yang bagusnya travel sorang macam ni, aku boleh decide sendiri. Tak de masalah nak tunggu orang tu orang ni. Aku nak gerak, boleh gerak. Nak stay, driver OK jer. Dia ikut kata aku.

Dan sebab tu aku suka je jalan macam ni. Tak payah pening pening kepala.

Destinasi kami yang seterusnya adalah Prambanan !

Jaraknya agak jauh jugak la dari Merapi tu dan Merapi memang malu satu hari tak menampakan dirinya kat aku yang nak ambik gambar dia ni. Aku cuma dapat ambik masa dari Borobudur tu je, lepas tu memang berkabus tak nampak apa. Hish. 

"Pak. Di Kuala sana, ada ngga kayak gitu?"

Sumanto sedarkan aku dari lamunan. Sejak dari tadi dia yang drive dan aku mengelamun je.

"Apa?"
"Itu"

Dia tunjuk kat aku depan van kami. Aku tengok.



Nyah oiii !!

Motip la siang siang buta kau orang ni melacur? Hiks.

"Kalau di sini di bilangnya bencong"
"Ya di sana juga ada, tapi nggak kayak gini. Yang ada nya malam aja"
"Oh. Di sini biasa"
"Ngga ada yang marahin?"
"Nggak"

Hmm itu pandangan normal mungkin di sini.

Yang tak tahan tu, bila van melewati dia orang ni, sempat la dia orang kenyit kenyit mata sambil jilat jilat bibir kat aku dan Sumanto. Kita orang bantai gelak je.

Perjalanan di teruskan lagi. Dan kali ini destinasi seterusnya Prambanan. 

Kalau Borobudur merupanya Candi lama kaum Budha. Prambanan ini adalah Graha kaum Hindu yang merupakan Kuil tertinggi di Indonesia. Ada juga yang menggelarkannya Kuil Hindu tercantik di dunia ~!





Kawasan di besar gila.

Besar gila gila.

Dari saat Sumanto drop aku depan International Entrance tu aku nampak sayup sayup je menara kuil ni. Aku dah syak mesti jauh gila.

Cuaca pulak memang panas berdiri. Panas gila.

Nak tak nak? Aku tak boleh buang masa. Aku terus beli tiket. Harga tiket dia macam biasa lah Rp115 ribu dan harga untuk local cuma Rp20 ribu saja.

* nanges.

Dia ada tanya masa beli tiket tu dari mana, takkan la aku nak menipu walaupun muka aku dengan muka orang Indon tu apa la jauh beza pun. Serumpun.

Hiks.

No ! No ! No ! Abang bukan Jawa okeh.

Lepas beli tiket tu adalah orang bagi sewa payung tapi apa kelas aku nak berpayung payung ni. Redah je. Jalan masuk tu menapak punya la jauh. Dia macam kawasan taman besar. Ada la orang ramai. Ada jugak yang datang secara pakej dan di beri penerangan mengenai tempat tersebut.

Apa lagi, tugas aku hanya satu. Point and shoot !





Gigih la aku ni berjalan ke empat empat penjuru untuk snap picture lanscape Prambanan Temple ni dalam cuaca panas macam ni.

Memang panas gila. Berpeluh peluh aku di buatnya. Ada pulak tu yang jual air. Apa lagi singgah sempat la aku minum teh botol sekejap.

Dari kawasan sekitar aku terus ke bahagian dalam di mana menara menara kuih ini berada. Ada sedikit renovation katanya banyak batu batu tu telah runtuh dan musnah sewaktu Jogja di landa gempa bumi baru baru ni so kena buat balik la kot.

Dan orang agak ramai di kawasan kuil tu. 

Susah nak ambik gambar. Tapi boleh la naik di antara menara menara tu untuk snap apa yang patut.





Dalam merayau merayau tu terserempak pulak dengan orang mandi bogel !

Terkejut aku. Terus aku lari. 

Apa kes mandi bogel kat kawasan macam ni. Situ macam ada tali air lah, selamba bomba je dia mandi tanpa memperdulikan orang lain. Budak budak adalah yang tengok sambil dok gelak gelak. Yang bogel tu bukan budak budak lak tu, orang tua !

Dan aku merayau lagi la kawasan sekitar taman yang besar ni.

Besar gila babi !!!

Lenguh dan letih. Nak jalan keluar semula tu dia buat detour sebab tak leh keluar ikut jalan masuk. Mampos menapak macam nak pengsan.

Di sekitar Kuil Prambanan ni ada jugak kuil kuil lain tapi mostly under contruction sebab ada banyak yang rosak tapi kecik kecik je lah.

Ada ada perkhidmatan bas di sediakan dalam taman ni okeh. 

Cuma nak menunggu bas tu lah, penuh baru dia jalan. Tak larat lah aku nak menunggu. Jalan je la menapak keluar. Memang betul betul kepenatan dalam cuaca macam ni. 

Berkali kali aku singgah beli air.







Satu masalah timbul !

Sumanto gagal di hubungi. Aku call dia tapi off. Alamak. Tapi masa dia drop aku ada dia bagitau dia akan tunggu aku kat area depan depan tu je.

Masalahnya aku cari van aku tu tak jumpa ! Banyak sangat van kaler macam tu dan jenis macam tu. Aku lak berpusing pusing.

Last sekali aku tawakal je la, cari dia kat surau yang di sediakan kat situ dan nampak dia tengah duduk tunggu aku.

"Maaf Pak. HP nya kehabisan battery"
"Hahaha. Ngga apa apa. Kamu tidur ya?"
"Terlena pak"
"Hahaha. Capek ya"

Dia gelak je.

Kesian dia. Semalamnya dia cerita, dia baru balik dari Bandung dan sampai subuh tadi pukul 5 pagi dan tak tidur terus dia datang ambik aku kat hotel.

Kesian kan? Tapi tu la kerja dia. Kalau tak de pelancong dia buat batu bata kat rumah dia. Buat sendiri dan jual. Susah jugak la hidup dia bila dia cerita. Dah kawin dan ada 2 anak, tak nak tambah dah dia kata sebab tak mampu nak jaga. Kosnya tinggi.

"Ke mana kita Pak?"

Dia tanya aku.

"Kalau ke Parangtritis bisa lagi ngga?"
"Bisa Pak"
"OK. Ayuh !"

Dan Sumanto akur dengan kehendak aku. 


Destinasi seterusnya ke tepi pantai di mana tempat lagenda misteri Nyi Loro Kidul atau Ratu Laut Selatan menanti kami..........

Masuk van aku terlelap !

Flat !

Saturday, June 18, 2011

Backpacking Surabaya Ke Jogjakarta - Episode 6

Ola !

Mati lah travel 3 hari je, entry berhari hari. Muak kah? Kalau muak sila abaikan saja.

Aku ni nak bawak korang semua berjalan. Share sama kamu semua sebab bukan semua sudah ke sana kan? Dan ini juga mungkin menjadi panduan pada kamu kamu yang berada di sini yang bakal melawat ke Jogjakarta sanah.

Dah abang sambung.

Pagi pagi tu aku bangkit dengan segar ! Bangkit awal. Dah janji dengan Pak Uthir untuk dia bawak aku melawat tempat tempat menarik di sekitar Jogja ni !

Sebenarnya aku booking van milik Pak Uthir ni masa kat hotel ni je. Aku tanya bell boy tu dan dia yang bagi aku nombor Pak Uthir. Aku dah called dia semalam nya tu masa aku memula check in hotel. Kalau nak kira kat Jogja ni memang ada travel agent yang buat perkhidmatan untuk ke tempat tempat pelancongan tu. Harga sekitar 150,000 hingga 250,000 untuk melawat beberapa kawasan.

Masalahnya, aku nak pegi banyak tempat dan aku tak de banyak masa. Kalau ikut agent tu mesti la aku kena follow orang lain jugak. Jadi aku memang tamak dan aku book van untuk aku sorang je !

Keji tak? Harga satu van tu untuk satu hari adalah Rp450,000 lebih kurang RM150 lah.

"Pak. Saya mahu ke ..................."

Aku sebut banyak tempat.

"Nggak cukupin kalau 1 hari"
"Kita cuba?"
"Ya.. sewanya itu untuk 12 jam. Kalau berkesempatan bisa aja. Biasanya, 2 atau 3 tempat cukup untuk satu hari. Kayaknya kalau udah malam ngga bisa lagi entry"

Frust !

Ini tak boleh jadi.

"Kita cuba ya Pak?"
"Bisa"

Best ! Pak Uthir ni senang nak buat cerita. Memula dia letak harga Rp500 ribu tapi aku yang tawar jadi Rp450.

Dan aku janji dengan Pak Uthir. Aku akan siap jam 6 pagi ! Dia akan ambik aku pukul 6 pagi !

Seawal tu aku bangkit pagi tu dan bersiap siap. Seperti biasa. Bawak beg camera dan aku turun bersarapan dulu di hotel. Sarapan di hotel tu agak best jugak lah. Makanannya inzal inzal belaka dan aku makan puas puas sebab aku lapar. Lagipun aku dah plan, hari ni aku kena buat amazing race, tak de masa nak berpoya poya.

Masa aku makan, aku dapat panggilan.

"Pak. Saya sudah nunggu di hotel Bapak"
"Bentar ya. Saya lagi sarapan ni"
"Ngga apa apa. Saya di luar saja ya Pak"
"OK"

Dan aku makan dengan lahap. Tak lama pun. Kiranya aku lah orang paling awal breakfast kat hotel pagi tu. 

Tapi di sana pukul 6 pagi tu cuaca dah cerah. Macam pukul 7 di Malaysia kita ni.

Keluar dari hotel aku telefon nombor yang call aku tadi. Belum sempat aku telefon di angkat, aku nampak seorang pakcik tengah melambai lambai aku sambil tersenyum. Aku syak tu la dia.

Aku senyum. Dan bergerak menghampiri dia. 

"Salam Pak"

Tiba tiba ada jawapan di talian telefon. Tadi aku call ingat deringan je nasib aku tak putuskan lagi. Aku jadi pelik.

Siapa yang angkat phone? Abis pakcik depan aku ni tersenyum riang sorang sorang apa kes?

"Kamu yang mana"
"Bapak saya di belakang Bapak ni"
"Huh?"

Aku pusing.

Ada seorang lelaki di belakang aku tengah pegang telefon. Dia sengeh.

Habis tu sapa pakcik yang mengukir senyuman penuh manja di seberang jalan sana? Pelik. Aku toleh, rupanya Pakcik tu yang silap. Dia konfiden aku ni yang menyewa van dia rupanya bukan.

"Bentar ya, saya habiskan rokok ini dulu"
"Bisa Pak. Kok Bapak sendirian?"
"Iya"
"Temannya ngga mau ikutin?"
"Ngga ada temannya. Emang sendirian"
"Lor"

Pelik dia. Aku senyum senyum je. Dia panaskan engine dan abis rokok, aku masuk van dan duduk sebelah dia. Van besar Innova tu dan aku dengan dia je. Hiks.

Feeling feeling mewah !

"Jadi ke mana kita ni Pak?"
"Seperti yang kita bicara semalam Pak, saya mahu ke sini, sini, sini dah ini"
"Aduh Pak ! Semalam itu, bapak bicara sama Pak Uthir, saya ni drivernya aja. Nama saya Sumanto"
"Owh. Gitu"

Terdiam kejap aku. Rupanya baru la aku faham. Pak Uthir tu tokey dan Sumanto ni driver dia je. Macam Miko dan Dungdung di Bali tu lah.

Muda lagi Sumanto ni. Masih cergas. Baik jugak dia.

"Kita cuba secepat mungkin bisa?"
"Bisa Pak. Terserah bapak. Saya cuma memandu aja"
"Good. Jadi kita ke mana dulu ni?"
"Kita langsung ke Borobudur Pak?"
"Bisa !"

Yes. Dan van bergerak meninggalkan perkarangan hotel aku tu menuju ke belah utara. Masih pagi dan jalan tak berapa jem lagi.

Perjalanan dari kota hotel penginapan aku ke Borobudur memakan masa lebih kurang 45 minit. Memang nampak jelas Gunung Merapi dengan asap kepul kepul di awal pagi.

"Saya mau motret"
"Bisa. Nanti langsung kita ke Merapi bapak bisa motret lebih jelas"

Ya lah. Aku ni gatal langsung tak ambik gambar pagi tu. Duduk je dalam van dan Sumanto drive sambil kami borak borak. Cerita itu ini lah sampai la kami akhirnya tiba di Borobudur.

"Saya di sini saja"
"Berapa lama?"
"Ya terpulang Pak. Saya tunggu bapak di sini"
"OK"

Dan !

Bermula lah episode lari lari ku lari, jangan lama lama !

Melangkah keluar van je dah ada orang nak menjual. Hish ! Rimas aku.

"Kasihan Pak. Pak.. Kasihan"

Kasihan ! Kasihan ! Aku ni nak pegi Borobudur, dia sibuk nak menjual. Aku buat bodo je. Jalan laju laju dan terus ke pintu masuk untuk beli tiket.

Yang peliknya, pintu masuk ada dua !

Hah.



"Bapak ke sana saja Pak !"

Tiba tiba ada pakcik sapu sampah ni bersuara. Aku senyum. Tapi bila aku mendekati gerbang kaler hijau tu, katanya untuk warga Indonesia saja. So aku terus ke gerbang biru yang terletak tak jauh dari situ.

Tak de orang dari luar. Aku terhendap hendap.

"Loh. Bapak di sana saja"

Tiba tiba ada orang menyapa aku dari belakang pokok. Pakcik sapu sampah tadi ! Cepatnya dia menyapu?

"Saya dari Malaysia !"

"Owh. Sini aja kalau gitu"

Aku senyum.

Masuk dalam tu, then ada kaunter jual tiket.

"Pagi Pak. Bapak dari mana?"

Gadis manis di kaunter tiket.

"Malaysia"
"Oh. Rp115 ribu Pak"

Aku hulurkan dia duit. Kalau warga Indon, harga dia tau berapa?

Rp20 ribu sajork !!!! RM6 ! 

* koma.

Tapi tak pe lah, hak warisan dia. 

Boleh je kalau berani nak cas cas Indon dan pegi beli kat yang murah tu, tapi kadang kadang ada orang check jugak. Dan Sumanto pernah cerita kat aku, ada dia bawak mamat dari Malaysia ni, dia konon konon pegi beli tiket kat yang warga Indon tu, tapi sepuak tu tak semua lepas lah. Dan dia ni punya la kemut, tak mahu gi beli kat pelawat antarabangsa ni sebab kawan kawan dia dah dapat murah. Terus dia tak masuk. Tunggu kat luar je.

Tapi bila bab pegi shopping ! Dia lah paling banyak yang beli barang. Langsir la cadar la apa lah.

So orang Malaysia ni ada jugak suka buat malu kaum kan?

OK. Dah tu iklan kejap je. Sambung.

Lepas beli tiket tu, dia bagi kain batik untuk sarungkan ke pinggang. Aku pakai short je, ingat dia suruh tutup aurat tapi tak kisah lah. Aku buat bodoh je lah. Lagi lagi awek yang tolong pakaikan. 

"Pak ! Silakan Pak. Kopinya dulu"

Eh Eh Eh ! Aku ni nak datang melawat ! Bukan nak minum kopi !!

Siap ada kopi okeh. Ya lah harga mahal untuk yang antarabangsa tu ada lah siap kopi, dan tempat minum kira free sekali la termasuk dalam harga tiket tu.

Tapi aku dah tak de masa untuk itu semua ! Aku harus jelajah sekarang. Jauh tu naik naik bukit ke arah Candi. Aku dah nampak dari jauh macam tarik napas 30 kali, boleh ke aku panjang sampai ke sana?

Tapi tak pe. Demi perjuangan yang belum selesai ! Aku teruskan jua !

Dan ini lah hasil capapan aku selama 2 jam berada di Candi Borobudur tersebut. Enjoice.









Nampak macam tak de orang kan?

Hah lah ! Sebab aku orang pertama yang sampai pagi tu. Memang tak de orang lain so aku ambik kesempatan lah cari shot shot yang cun tanpa perlu pelakon tambahan.

Tapi memang puas hati. Tempat dia lawa. Banyak tempat aku nak snap dan aku main petik je sambil menggunakan skil skil yang tak ada ni.

Memang aku puas hati ambik gambar di sini.

Candi Borobudur ni merupakan antara candi terawal yang di bini sekitar tahun 800 masihi dulu. Dah lama dah tu. Tapi struktur dia masih kekal hingga ke sekarang dan menjadi salah satu UNESCO site dah. Letak dia 40KM dari Jogja.

Kawasan dia memang lawa. Kalau pegi pagi boleh nampak sunrise. Masa aku pegi tu matahari baru nak muncul. Tapi lawa sebab nampak gunung merapi dan gunung apa ntah lagi dari situ. Memang lawa. Semuanya ada 10 tingkat sampai ke Stupa paling atas. Mengah gak la nak naik. Tapi masa aku pegi, kawasan atas sekali tu di tutup untuk renovasi.

Tak boleh lah naik sampai  atas sekali tu.

Tapi tak pe, masih boleh ambik gambar.

Lenguh aku turun naik berpusing pusing kat candi ni. Besar pulak tu. Dan masa tu tak lama pelawat dah ramai. Budak budak sekolah lah, pakcik makcik la gigih ni memanjat sampai ke atas. 

Dan aku ni dalam tak ambik masa lama lebih kurang 2 jam jugak la kat situ mencari posisi menarik untuk ambik gambar.

Seriously memang aku puas hati.






Kalau nak ikutkan penat memang penat. Tapi puas pun ya jugak. 2 jam tu rasa macam tak cukup sebab aku terkesima rama lama sikit kat situ.

Sedar diri aku cepat cepat turun mendapatkan Sumanto. Dia dah tunggu aku. Tapi tak pe lah dia lepak kat situ je. 

"Pak ! Bapak ! Tadi katanya sebelum pulang mahu beli ole ole nya dulu"

Argh !!!

Makcik ni tadi aku datang dia dah nak menjual. Aku cakap balik nanti aku beli lah. Dalam ramai ramai manusia ni dia boleh cari aku balik semula?

* koma

Last sekali aku beli juga stupa tu satu buat paper weight. Dia sungguh sungguh nak suruh aku beli 2 ketul. Seketul Rp15 ribu je. RM5 ! Tapi berat nak bawak !!

Lepas bayar cepat cepat je aku lari. Keji lah makcik tu. Apa ilmu dia pakai ntah.



Sebenarnya di samping Candi Borobudur tu ada lagi candi candi kecil di kawasan sekitar Borobudur seperti Mendut, Puwon dan sebagainya. Aku pegi yang Mendut dan Puwon tu je. Tak de apa pun, biasa je macam kuil seketul yang ada gambar budak budak sekolah tadika aku ambik tu.

Dan tak de ramai pengunjung sangat di sana berbeza dengan Cando Borobudur ni.

Aku tak boleh lama lama di sana.

"Langsung kita ke mana Sumanto?"
"ke Merapi saja Pak"
"Ayuh ! Eh? Mana Merapi tadi? Udah nggak kelihatan?"
"Kayaknya berkabut Pak. Ayuh pantas !"

Dan Sumanto memandu meninggalkan Borobudur ! Kelihatan awan berkabus mula menghampiri Merapi !

Nanti Merapi !!!! Jangan berkabus dulu !!!!!

* airmata bercucuran mengenangkan kesedihan yang bakal menimpa selepas itu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...