Friday, July 17, 2020

KOMUNE LIVING, KL | 03 - Facilities

Kali ni kita usha pulak facilities yang ada di Komune Living ni.




Walaupun penginapan di sini level level hostel je, tapi facilities dia bukan kaleng kaleng. Memang tak di ambik mudah. Dan atas sebab tu lah, Komune Living ni ada tarikannya yang tersendiri especially untuk penggembara atau visitor yang datang ke kota.

Ayuh kita usha antara facilities yang ada di sini.







Di ground floor selain dari lobby, terdapat cafe yang diberi nama Komune Cafe.

Komune Cafe

Come in to caffeinate and collaborate in the morning or to share stories and grab a bite to fuel your day. Located at the ground floor, Komune Cafe is a dining experience, inspired by commonly-loved comfort food, everyday local delights, healthy meals, and some grab and go eats.


Kalau nak duduk lepak makan makan pun OK jer.  Boleh duduk belah dalam atau belah luar ikut keselesaan.



Di sini lah breakfast di sediakan. 






Breakfast dia simple simple je lah. Nothing to shout about. Spread agak limited. Tapi boleh lah sekadar nak lapik perut pepagi.

Kalau nak try tempat makan lain boleh berjalan ke KL Gateway situ banyak tempat makan. Aku nampak ramai je yang macam order foodpanda dan grabfood hantar ke sini.

Seterusnya naik ke tingkat 1.




Naik ke tingkat 1 ada beberapa facilities lain tersedia termasuk lah :

Community Kitchen

Order some groceries and cook up a meal in our fully-equipped shared kitchen, complete with two state-of-the-art cooking stations. Add to the merriment by inviting your friends and dining together.








Ini port yang agak penting bagi yang suka menyediakan makanan sendiri. Sebab tak boleh memasak dekat bilik. Ada sharing kitchen area dan boleh masak di sini. Rasanya kelengkapan pun mencukupi asal jangan buat kenduri dah lah.

Meja makan di sediakan. Vending machine pun ada. Boleh pulak anak dara aku sibuk nak beli 106 tu sebab dia ingat pancake. 

Jenuh aku nak corner ayat tak nak bagi dia memaksa. Benda alah tu adalah kondom ! 

Perisa pancake dan madu?

Co-living Space

Get to know your co-living neighbors and other short stay guest when you’re chilling in the lounge, watching a movie together, or relaxing in style at the heart of our house.




Di level yang sama ada common place untuk lepak lepak. Tempat diskusi dan ada jugak surau disediakan.

Laundromat

You’ll never have to do your chores alone when you’re here. Wash and roll at this cosy launderette corner where this daunting task is made easy with our self-service machines and more enjoyable with company.





Port penting untuk basuh dan iron baju. Sebab iron tak di sediakan dibilik. Basuh baju kalau tak mau bau kepam pakai baju yang sama tak berbasuh. Tak pasti cara bayar laundry sini cemana, tapi rasanya semua DIY.

Game Base

It’s all fun and games right here! With a comfortable, friendly atmosphere and options like pool, board games, gaming consoles, and video games, it’s also a great venue for games night and community get-togethers.









Ini pun area paling anak anak aku suka. Games room. Ada ping pong, PS4, fuss ball dan ada jugak games untuk sesiapa nak main. Tapi mostly area ni selalu ramai je orang so pandai pandai la berebut dan ikut giliran.

Semuanya percuma jer.

Ayuh naik satu level lagi, kita ke tingkat 2.



Co-working space

Workstations and fully-equipped meeting facilities are available on-site on Level 2 at Komune Living. Explore and book a selection of inviting spaces to have professional meetings with collaborators and clients or informal meetings with friends and acquaintances.





Actually tingkat 2 ni more to working area bagi siapa yang nak buat keje or sewa. Tak pasti lah rate dia cemana. Tapi kemudahan untuk office function semua siap sedia.

Moh naik ke tingkat 29 ! Naik lif. Tak perlu panjat tangga.


Di tingkat 29 ni lah area paling happening.

Infinity Pool

Enjoy plenty of sunshine, chill vibes and great views from our rooftop pool and lookout point. Especially in the evenings, soak up the setting sun and watch the magnificent cityscape in twilight from up here. There is no better place to relax after a long day.








Memang happening sebab ada infinity pool tu. Dan expect orang sentiasa ramai. Pool dia pun tak de lah besar mana. Besar sekalipun kalau dah macam satu rombongan turun berendam... memang tak de chance lah yang lain lain.

Gymnasium

Loaded with free-weights, treadmills, ellipticals, stationary bikes, and even yoga mats, our gym is the place to be when you need to break a sweat. Whether it’s a quick cardio session or casual workout we’ve got you covered.



Gym terletak di level yang sama. Kalau nak keluarkan peluh ke atau cas cas athelete, apa salahnya !

Outdoor BBQ Area

Fire up the grill, unwind with a sundowner or share an al-fresco bite with friends at this relaxing communal terrace with beautiful landscapes to create a seamless synergy between inside and out.



Ada space area untuk aktiviti BBQ dekat dengan pool. 

Community events

From daily community activities to weekly local experiences and monthly special events, Komune Living is all about creating engagement and a culture for everyone to always be ready to connect, meet new people and try new things.




Ada satu lagi space area sekadar port lepak santai borak borak layan view. Menarik gak la area ni, Ada seat boleh duduk duduk.

Tempat yang baik gak kalau nak organize event ke yang ada small crowd.

Dan ada lagi macam dewan, boleh buat yoga ke atau private event. Located satu floor ke atas menuju ke look out point dekat rooftop.


Dan area roof top boleh usha usha kawasan dan layan view.










Agak menarik lah facilities yang ada di sini. Jauh berbeza dengan penginapan jenis hostel yang biasa kita tau.

Nanti last usha view lagi !

bersambung..........

4 comments :

  1. menarik facilities di sini..standard hotel..

    rasa nak curik gambar TM convention centre tu..hahaha..tengah buat penilaian Menara TM..oo..nampaknya kena stay kt sini utk ambik aerial view..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik je. ( dihalalkan)

      kalau nak yang tak de watermark email nanti saya bagi.

      Delete
    2. thank you for the offer...tak proceed dgn full report..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...