Gila tajuk sangat ilmiah. Walhal pegi melepak lepek santai jer.
Cuti sekolah untuk penggal pertama sudah berakhir. Jadi bersempena cuti seminggu hari tu budak budak adalah murung kalau tak di bawak berjalan. Maka sebab aku tak cuti, so gunakan masa weekend je untuk bawak mereka dengan program percutian ni.
So cuti seminggu ada 2 weekend, maka aku manfaat weekend je sebab aku tak ambik cuti.
Program pertama adalah datang secara spontaneous sebab budak budak ala ala terdampar sepi di rumah tak berjalan. So kami pegi santai weekend di KL saja sambil melawat salah satu tempat yang aku sendiri masih belum berjaya lawat lagi !
Tak jauh mana pung
Awak kat mana? Awak kat mana?
Kami kat sini ! Kami kat sini !!
Aquaria KLCC !!! Jumpa Cik Penyu yang sexy
Jerung yang pretty
Diver yang berani mati
Kuda yang tak boleh berlari
Dan obor obor yang menari nari
Sebab ini kira plan on the spot dan aku merangka rangka cari hotel untuk weekend getaway di kotaraya jadi available hotel adalah limited. Asalnya aku plan nak stay di hotel yang baru di buka di KL ; Fraser Residences tapi fully booked lak hari tu.
Maka kami menginap di Fraser Place, KL
Fraser Hospitality. Not bad. ! Seriously not bad.
Infinity pool overlooking KL Tower
Selesai first weekend cuti tu di KL, the following weekend kami gerak jauh sikit. Yang ni memang dah plan agak awal ( seminggu awal )... so aku dah prepare cari hotel apa semua.
So bergerak lah kami ke Selatan !
Nak pi mana tu?
Oh. Singgah isi perut di RNR dengan bekalan Nasi Lemak
Daulat Tuanku !
Kami ke Legoland ! Yeay !
Menginap di Legoland Hotel, Nusajaya
Malangnya cuaca agak tak menyebelahi sebab hujan sepanjang hari
Tapi sempat jugak la masuk Legoland Themepark
Melawat miniature miniature ni
Ini first lawatan kami ke sini
Ada baiknya cuaca hujan so cuaca tak panas.. Tapi aktiviti terhenti setiap kali hujan turun
Sempat la juga mencuba ride ride di sini. Yang best orang tak ramai !!!
Hari ke 2 kami masuk ke Legoland Water Park sebab memang ambik Combo Ticket
Mandi manda sampai lebam
Sempat merayap tengok tengok area Puteri Harbour
Dan Nusajaya
Masjid Kota Iskandar
Of choss... singgah window shopping kat JPO. Tengok tengok jer...
Tapi aku punya Diva Divana mengaruk nak beli kasut tinggi. Sudahnya end up dapat beg ni jer...
Overall... penat jugak la 2 weekends especially drive jauh jauh sampai ke JB. Tapi ni kira membeli jiwa jugak sebab bulan April ni aku ada 1 trip tanpa mereka.
Sebab hujan tak sempat nak explore banyak tempat di Nusajaya tapi budak budak memang syok abis la spent time di Legoland. Bapak budak je la yang kopak.
Princess sepanjang jalan jalan nyanyi lagu AC Mizal dengan Luna Maya.
Aku memula musykil lagu apa dia nyanyi...
"YE YO ......."
Macam tu je bunyi nya....
Rupa rupanya nya... Paranoid !
Malas nak buh lirik sebab aku tak minat AC Mizal. Huhuhu...