Monday, June 16, 2014

14 - Lambaian Bumbung Dunia : Himalaya - Kathmandu to Paro

Pagi pagi dah mengeliat dengan rakusnya sambil keluarkan suara sambil pose pose cakar harimau muka Abby Kavadi !

Berani dia cekau muka orang ya?

Bersiap siap apa yang patut then aku turun ke lobby. Dah janji dengan staff Sujan tu suruh dapatkan teksi pagi ni hantar aku ke airport.

Actually balik dari makan di Anatolia semalam aku jumpa Sujan dan buat perhitungan ! Aku cakap aku nak aku punya USD5 sebab dia downgrade hotel aku ni. Boleh lahabau tu kutuk kata aku berkira dengan dia konon dia dah banyak bagi diskaun kat aku.

Diskaun poen hang !

Haaa. Kan dah mencarut. Emo ni.

Apa apa pun, dia tak boleh la nak downgrade aku sesuka hati sebab aku dah bayar semua penginapan aku siap dengan pakej ke Bhutan yang aku ambik kat dia. Mahal tu weh. Pastu sesuka hati dia je nak campak campak aku kejap ke sana kejap ke sini.

Kalau nak campak pun, bak la balik duit aku tu !

Bengang ah aku kat dia. Mula aku nak start cakar cakar muka orang lagi ni. Baru la dia takut sikit. Selagi aku tak tunjuk cakar harimau selagi tu la dia nak main main. Tu belum aku tunjuk silat piring atau silat Pulut Panggang. Kalau aku tunjuk jurus tu, silap silap, kenyang dia makan pulut panggang.

Hahahaha..

OK lah. Settled. Dia pulangkan duit aku USD 5 tu. Dan aku insist semua benda yang dia cakap dan tulis dalam resit 'all inclusive pakej Bhutan' tu without additional cost. Termasuk teksi dari hotel ke airport etc.

Dia setuju. Tau takut.

Dan sebab dia konon nak jadi baik hati, dia offer aku balik dari Bhutan nanti, dia akan suruh staff dia ambik di airport dan bawak aku ke hotel ni dan aku boleh mandi dan rest kejap sebelum flight balik ke KL pada malamnya. FOC.

Good job Sujan ! Now you are getting another pulut panggang !

Dalam pukul 7 pagi aku naik teksi ke airport. Teksi dah siap siap menunggu kat bawah.

Perjalanan ke airport di pagi hari agak smooth. Tak jem mana.

Sampai Kathmandu International Airport

Nama airport ni Tribhuvan International Airport. Bukan Tebuan.

Urusan check in semua berjalan lancar. Macam biasa. Sampai awal, reserve window seat !! ( actually aku dah pesan kat Sujan aku nak window seat belah nampak Everest ) Tapi seat kena reserve masa check in jer. Lega bila dapat  !! Yeah ! Oh. Mintak duduk belakang sekali, kang dapat kepak naya juga.

Airport Kathmandu

Dan sekali lagi... flight delayed !!!!!

Memang masalah biasalah flight delay kat Kathamndu ni especially kalau morning flight sebab cuaca tak boleh nak agak. Kadang kadang berawan sangat dan berkabus, banyak yang delayed.

Terpaksa la aku menunggu.

Masalahnya, boarding room tak banyak. Sebab delayed aku tunggu je la kat boarding room yang tertera. Kat sejam jugak la, nasib ada tempat hisap rokok. Layan rokok je la abis abisan sebab aku tau kat Bhutan tak boleh bawak masuk rokok !!!!!! 

Ni la part paling tak best.

Tunggu punya tunggu, memula dia suruh duduk kat gate 3, pastu pindah gate 2 siap dengan penumpang ke tempat lain. So aku tunggu lah situ.

Lama tu aku nampak orang makin kurang dan aku nampak orang keluar naik bas nak naik flight. 

Lama aku dok pandang, tak de sebarang pengumuman pun. Sudahnya tergerak hati aku nak tanya.

"Are those people going to Paro?"
"Yes"
"Haaaa !!"

Cis. Nasib la aku tak kena tinggal. 

Semua orang nak ke Paro dah naik bas ke kapal terbang. Kocoh kocoh aku bagi tiket aku dan mamat tu siap walkie talkie dengan ground staff kot bagitau ada lagi passenger ke Paro.

"Why didn't they make an announcement?"
"Dont worry Sir, we will get you to the flight"

Heh. Ni yang bikin aku nak mengamuk ni? Kalau aku kena tinggal sapa nak bertanggung jawab? Kalau aku tak lepas ke Paro mana aku nak tido malam ni????

Haaaah? Emo lagi.

Dan aku tunggu, sampai la datang sebuah bas bawak aku ke pesawat.

Sebuah bas kosong !!!!

Hahahaa.. Siap ada escort lagi. Khas untuk Supermeng Malaya !

Bas kosong dengan escort bawak aku ke pesawat

Nasib baik la sempat. Kalau tak, tak tau la apa jadi.

Lega sikit hati bila tengok pesawat Druk Air masih sedia menanti. Pesawat ni la yang akan bawa aku terbang nanti !

Druk Air. National carrier of Government of Bhutan

Dikhabarkan dahulu cuma Druk Air je yang dibenarkan mendarat di Bhutan ! Memang dia tak kasik can airline lain pegi sana. Memang nak jaga gila. Apa kena ntah. Tapi baru baru ni aku baca, Buddha Air pun ada pegi ke Paro dah.

Dan flight ke Paro, Bhutan ni cuma ada dari Kathmandu je sebelum ni. Tapi now dah buka dan ada flight yang datang dari Bangkok dan Singapore !...

Air Asia bila nak pegi Paro?

* tweet Mr Tony F

Inflight magazine. Tashi Delek

Pesawat dah mula take off. Nampak Boudhanath Stupa dari udara yang aku pegi hari tu

View pertama selepas take off

Himalayan Range....

Dan kalau ke Pokhara hari tu, flight membawa aku menikmati view Himalayan Range ke belah kiri, tapi kali ni tujuannya adalah ke belah kanan. Jadi duduk belah kiri dan nampak view belah kiri.

Aku lebih excited sebab laluan ini dari Kathmandu yang akan nampak Everest !

Mata meliar mencari dan meneka. Mungkinkah itu Everest?

Bhutan - Happiness is a place. Ini arrival form

Sebelah aku seat tu kosong. Sebelah yang sana satu lagi tu ada mamat Jepun duduk kat aisle dan sorang lagi duduk kat tingkap.

Dia pun meliar je mata tengok ke luar tingkap. Kejap aku perasan dia tengok kanan. Kejap tengok kiri. Resah gelisah semacam jer. Tak puas hati agaknya, waktu stewardess dok hidang air dia tanya.

"Which one is Mount Everest?"
"I dont know"

Boleh stewardess tu cakap macam tu?

Nak tergelak aku. Yang stewardess tu pun bengong. Kau mesti lalu tempat ni hari hari takkan la tak pernah nak ambik tau????

Kau pumping sebelah tangan 40 kali sekarang sebagai denda !!

* pekup mulut nak ketawa dengan jawapan kecewa tu.

Frust mamat Jepun tu. Tapi aku berterima kasih jugak dia tanya sebab aku pun nak tahu !! Cuma aku tak tergamak nak tanya.

Pesawat terus meluncur laju

Banjaran Himalaya di belah kiri...

Tiba tiba captain bersuara dari flight deck.

Macam biasa, memula tadi dia update pasal cuaca apa semua, tapi kali ni captain ni menjawab persoalan semua orang.

"We will be approaching Mount Everest on your left..... "

Zasssssssssssssssssssssssss

Semua orang macam nak melekat tepi tingkap belah kiri.

Mana satu?? Mana? Manaaaaaa?

Captain tu siap bagitau setiap satu satu gunung yang kami lepasi....

Sampai la dia cakap "Right on your left is Mt Everest.....". 

Masa tu terus boleh dengar..

Ktak ! Ktak ! Ktak ! Ktak ! Ktak !!

Semua orang busy ambik gambar. Hahaha. Baru la aku tau dalam dunia ni bukan aku sorang je yang gila ambik gambar. Ramai rupanya.

Paling kesian mamat Jepun sebelah. Sebab awal awal tu aku dah conquer tepi tingkap. Langsung tak bagi dia peluang ni. Then dia bersuara.

"Can you help me to take photo?"

Dia pass camera dia kat aku. Muka sedih gila.

Aku ambik untuk dia dua tiga keping, then aku pass balik kamera kat dia. Dia pakai Canon Mark II lak tu. Aku lak geram macam tak nak kasik balik jer. Pahtu aku suruh dia duduk kasi dia view tingkap tu. 

Puas hati dia. Berderet deret shutter camera berbunyi dia ambik gambar tak henti henti.

"Thank you. Thank you"

Tak abis abis dia berterima kasih.

Terima kasih kosong je? Dah ! Pegi berambus sana.

Mt Everest

The closest aku boleh zoom

Baru la ada mood nak makan.

Tapi memang cool la, kapal terbang lalu sebelah je Everest tu.

Kalau cakap, nak suruh aku daki. Hmmm mati hidup balik la aku rasa aku tak daki. Tapi view macam ni adalah yang jarang jarang sekali aku boleh nikmati. Dan aku sedia trade view ni dengan sapa sapa yang nak sandwich telur tu !!!

Mahu?

Layan gambar gambar bumbung dunia dan nikmati la puas puas.

Everest 8,850 meter

Mt Everest ( tengah) and Mt Makalu ( kanan)

Banjaran pergunungan Himalaya

Hujung hujung Himalaya bahagian Nepal sebelum masuk ke ruang udara Bhutan

Pergunungan Bhutan

Gangkhar Puensum atau 3 mountain siblings. Gunung tertinggi di Bhutan. Kerajaan Bhutan tidak membenarkan sebarang pendakian ke puncak gunung ini.

Dan akhirnya...

Pesawat mula menurun menyusuri gunung ganang. Kelihatan lembah dan penempatan di bahagian bawah. Lalauan agak mencemaskan sebab terpaksa melewati gunung gunung dengan jarak yang sangat dekat.

Bhutan

Dan aku kini pasti, pesawat akan mendarat di Bhutan tidak lama lagi.

Welcome to Kingdom of Bhutan. Land of the Thunder Dragon.....

Happy, excited dan berdebar debar. Dup dap dup dap.



Kau hadir mengisi kekosongan hati
Menyeri sebuah jiwa oh ..yang sepi
Kau pergi tanpa ku sedari
Ku terperangkap dalam cinta yang tak pasti

Aku pun keliru terdiam membisu
Terasa bagai kehilanganmu
Kau lafazkan cintamu tetapi aku ragu
Mengapa kini ku merindu

Walau ku mencuba tuk melupa
Namun tidak terdaya
Terasa gelisah bila kau tiada
Oh kasihku inikah debaran cinta

Alunkan irama kasih dan sayangmu
Lagukan dengan nada cinta yang satu
Sandarkan resah jauh ke puncak rindu
Damaikan hati dengan bisikan cintamu

Kini bermula getar asmara
Sejak bersua
Naluri hatiku berkata
Dikau ku cinta mungkin kau jua
Merasakannya dihati

bersambung.............

12 comments :

  1. Ahahahaha mcm2, abg meng mmg torbaek ahhhh

    Nasib baik x ada silat cekak, x lama hidup si Sujan tu. Nk tumpang gelak, pesal lah stewardess leh jawab mcm tu pening kot

    Org jepun tu tanya? Klau Jm tahu laju je nk jawab klau org bangla tanya buat2 tdo je.

    ReplyDelete
  2. wehuuuuu...mabeles la dpt tgk gunung everest...sure mamat jepun tu tido termimpikan ko kan..?? hahahaha..

    aku rasa org yg patut buat announcement tu dh 'high'.. ye la kan dh nama pon 'druk air' hahahaha...

    seb bek la pilot x 'high' jugak hahahahaa....

    ReplyDelete
  3. Sakit hati gak dengan orang macam Sujan tu. Ada gambar dia tak?

    ReplyDelete
  4. JM : semua org pening kot time tu. ahahaha...

    HB : kalau pilot tu high memang tak landing la aku hari tu kot. hehehe...

    LD : gambar sujan? haahahha. tak de masa aku nak ambik. typical muka pari pari je.. tapi cerah skit la tak de la gagak

    ReplyDelete
  5. Apalah maknanya Tashi Delek tu ye?

    WOW sangat sangat cantik Mt Everest, Himalaya tu...Bagusnya captain tu bagi tahu itu Mt Everest..tentu saya pun akan tangkap gambar banyak-banyak. Dan mungkin tak kasi orang Jepun tu duduk tepi tingkap...ha ha ha...

    Saya pun pernah lihat pemandangan gunung yang bersalji ini hampir-hampir sama dengan Mt Everest ini, masa tu saya ke Urumqi, Xingjiang di China...ada saya tunjukkan dlm blog...dikatakan ia sebahagian dpt Himalayan Mt...
    Sila klik sini: http://nota-kembara.blogspot.com/2013/01/kembara-jalan-sutera-bhg-1-pengalaman.html

    Tapi Mt Everest yang Bro Supermeng Malaya tangkap ni lagi hebat..lagi dasyat...

    ReplyDelete
  6. Prof : Tashi Delek tu greetings kot. tak sure maksud sebenar.

    Leh refer sini.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Tashi_delek

    Thanks for sharing pasal urumqi.. hmmm teringin gak nak pegi. tapi tak tau la bila.. .

    Everest tu kalau nak lagi best kena daki sendiri la prof.. baru face to face encounter.. heh..

    ReplyDelete
  7. Cik Nun rasa lah kan stewardess tu kata tak taw tu bsebab kot.mana lah taw dia kata sebelah kanan semua nak bangun lihat.tak nak kasi kecoh lah tu..hehe..

    ReplyDelete
  8. Captain yang bijak, dah study semua siap2 barulah kata dia memang lalu the same route daily. Stewardess tu baru keje pasal tu dia xtau, bersangka baik please. Peh! Dalam citer ni Sujan je xleh pakai. Hampagas betul!

    ReplyDelete
  9. CNun : dia baru start keje hari tu kot. hahahaha tapi btol la, dia x moh semua org huru hara dlm kapal terbang tu kot....


    BK : Aku pun rasa mcm tu.. sebab time balik pun pilot buat benda yang sama..

    dia siap bersungguh sungguh nak bagi nampak ( sebab time balik ada awan gemawan ) pilot siap descending siap siap...


    NM : cantik la... sebab cuaca pun cantik kot


    ReplyDelete
  10. Ketinggian Everest 8848 kan.

    cer tengok kete2 MLM semua letak plat no 8848 kehkehkeh

    **ok sampai sini back log. penangan supermeng la niii

    ReplyDelete
  11. Hani : ya ke? x pernah tau lak.. maybe sebab x pernah berminat nak join mlm2 ni..

    tapi kan ketinggian everest tu kan berubah setiap tahun. so nanti nak kena tukar ke plate keta depa tu semua?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...