Friday, January 3, 2014

Short Trip Cuti Sekolah Dec 2013 - Part 2 : Deerland Park Kuala Gandah

Selesai makan dan mengisi perut berlemak dengan Nasi Lemak dan sekelian lauk pauk. Kami pun ready nak bergerak. Hujan masih turun. Tapi dalam hujan turun tu lah nampak makin ramai orang datang. Siap berbas bas. Ada makcik makcik pakai baju kurung datang nak tengok gajah !

Aku rasa dia orang pegi orang kawin dan salah satu agenda lepas pegi kenduri adalah melihat gajah !!

Keluar meninggalkan parking Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah tu, jalan keluar semula ke tol Lanchang akan jumpa satu simpang ke Deerland Park. Kiranya masa sampai tadi dah jumpa, tapi kami terus tengok gajah dulu. Ni dah balik baru nak singgah gi usha rusa pulak.

Papan tanda di persimpangan jalan

Dari simpang tu jalan masuk lebih kurang 2KM. Jalan macam biasa agak suram suram sepi

Akan jumpa la Deerland Park ni

Beli tiket di sini

Tidak seperti tempat gajah tadi yang dibangunkan oleh kerajaan, Deerland Park ni lebih kepada tempat persendirian. Jadi nak masuk kena la bayar.

Harga tiket dewasa RM6 seorang. Kanak kanak RM4.

Tempat ini di buka jam 10.30 pagi sampai 5.30 petang kecuali hari Jumaat !

Beli tiket, nanti dia bagi coupon untuk tukar dengan makanan rusa. Nanti masuk dalam ada pondok sorang budak jaga untuk verify tiket dan nanti dia bagi sebakul kecik ubi untuk bagi makan si rusa rusa ni.

Tapi sebelum tu usha dulu apa yang ada di kawasan Deerland Park ni.

Ini adalah binatang. Ayam ke burung? Aku tak pasti tapi bukan harimau !

Bila dah dapat makanan rusa tu, nanti sampai la di kawasan yang agak luas tapi berkandang di mana rusa rusa menanti dengan penuh ceria diwajah mereka.

Ceria tak?

Ini ostrich. Kesian dia sebab nampak solo jer

Rusa rusa nak makan

Mereka datang menanti habuan

Ini kawasan rusa rusa tu. Banyak lagi kat belakang belakang sana. Maybe dia kenyang so dia malas nak melayan sangat

Hero suka benor la bab bagi bagi makan kat rusa ni tapi Princess memang takut. Dekat pun tak nak. Lagi lagi la tempat ni hujan dan basah so dia nak berdukung je. 

So keje keje ambik gambar diserahkan pada OR.

Selain daripada rusa rusa, ada jugak binatang lain yang boleh di lihat di sini.

Kucing Bengal. Hensem jugak

Ni jalan masuk ke dalam

Hensem tak burung ni? Ke ayam ni?

Macam comey jerr.. cam cantik jer...

"Berani kau jelir aku?"

Masuk dalam kawasan Deerland Park ni, then sampai la satu kawasan tu aku nampak tetiba 2 orang budak lelaki ni berlari masuk ke dalam kandang, then keluar dengan binatang ni !


Ya ampun.

Berderau darah aku.

"Kau kenapa bagi dia keluar? Biar lah dia duduk kat dalam. Dia nak tidur tu !!!"

Dia bolayan aku.

Aku ni kalau nak cakap benda lain, Insya Allah berani lagi la tapi kalau bab ular ni. Nauzubillah. 

Tengok pun tak nak !!!

Trauma dengan igauan ngeri masa dulu dulu hampir hampir dipatuk ular then aku memang avoid at any cost berdamping dampingan dengan species reptilia ni. Bukan sekali tapi 2 kali aku nyaris nyaris kena patuk dek ular. Kalau tak, dah lama arwah la kot aku ni.

Elok pulak budak berdua tu letak ular tu atas meja. 

"Bang.. pegang la Bang"

Choi !!!

Kau ada rasa nak kena terajang dengan aku suruh aku pegang ular ?

Nasib baik la aku dukung Princess dan Princess pun dok ulang.

"Adik takut ular.. adik tak nak"

So aku bagi alasan Princess takut. Hahaha padahal aku yang dah nak terkencing dalam seluar tengok ular besar gedabak macam tu.

"Cuba la Bang. Ramai orang memula takut nak pegang, tapi bila dah pegang, rasa tak nak balik pulak"

Motip tak nak balik? Dia orang tu dah kenapa??? Yang korang ni beriya iya promo aku suruh pegang ni,..Kau dah kenapa???? Kau ingat aku ni Nagina dalam movie Tamil tu ? 

* macam tu aku bercakap dalam hati.

Nehi ! Nehi ! Nehi !!

Aku duduk jauh je. Hahaha. OR bab bab ular ni dia berani pulak. Dia boleh gi pegang pegang. Errrrr... Hero pun berani. 

Tak pe lah. Biar je lah dia orang pegang. Aku banyak benda lain lagi nak pegang dalam dunia ni. Kalau di beri pilihan ular dengan intan berlian, tak syak lagi aku akan memilih intan berlian !

* urut dada sendiri lalu koma depan Poh Kong

No No No to ular !!!

"Yang.. ambik gambar dia"

Sempat aku suruh OR ambikkan. Kalau aku memang tak ler.....

Zasss !!

Igauan ngeri gila aku every time aku tengok gambar ular tu. Nak resize pun macam berpeluh peluh dah. Time view dalam kamera cepat cepat je aku skip bab gambar ular tu. 

Anyway gambar tu lawa cuma salah fokus je sikit !

Tapi........... Argh..... 

Aku pass.

Lawa cemana pun ular ular ni, aku tetap tak berani nak pegang apatah lagi nak bergambar melilit lilit di leher.

Ular sawa kat atas tu dah kenyang. Tu jantan tu. Dia dah makan ayam 2 hari lepas. Dia duduk diam je kat atas meja. Ada la orang orang datang nak bergambar berpeluk peluk. Nak je aku sound.

"Eh.. korang boleh tak jangan nak bermanja manja sangat dengan dia depan aku? I is jeles okeh !!"

* mati la padahal geli, phobia dan trauma... yang melanda menikam nikam jiwa..

* rebah atas riba Shasha Elite

Ni sekor lagi.

Ular albino. Dia ingat dia hensem tu aku teringin nak pegang lilit lilit kat leher ambik gambar? No No No !

Ular ni tidur dalam kandang dia. Kenyang la kot. Yang ni datang dari Myanmar. Nampak sekor ni je lah. 

Aku ni ular lidi pun aku ngeri. Lagi nak bagi ular ular besar gedabak macam ni.

Yang kelakarnya. Aku dah elak tak nak gi dekat dengan tempat ular ni, dah patah balik tapi jalan keluar tu tetap kena lalu sebelah meja yang ada ular tu.

Seram sejuk dibuatnya. 

Itu la kelemahan aku sebenarnya. Aku memang tak boleh dengan ular ular ni. Trauma !

* kesat airmata dengan tuala Good Morning



Rasa-rasanya aku telah keliru
Memilih kamu sebagai kekasihku
Cintamu palsu sayangmu semu
Bermain dan permainkan aku

Seperti ular seperti ular
Yang sangat berbisa sangat berbisa
Suka memangsa suka memangsa
Diriku tergigit cinta

Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu
Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu

Bisa bisanya aku tekena
Bisa bisanya aku terlena
Rupa rupanya kau berbahaya
Rupa rupanya kau sama

Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu

Aku tertipu dan aku terjebak
Aku tertipu dan aku terjebak
Aku tertipu dan aku terjebak

Lepas tengok ular tu then kami pun keluar.

Siap ada jual FM. Boleh pulak si Princess nak FM yang ular tu..... !! * Papa berpeluh tapak tangan

Dah settle kat Deerland Park tu kami pun blah.

Oh by the way.. aku rasa worth to visit jugak tempat ni. Boleh sekali harung la dengan melihat gajah tadi tu. 

Keluar dari Deerland Park, kami menuju ke LPT. Ingat nak singgah rumah orang asli nak ambik ambik gambar tapi sebab hujan so tak jadi. 

Langsung je drive then patah balik semula ke arah KL.

Cuaca dah tak ujan tapi mendung gak la

Tengah drive drive tu then nampak orang jual banyak durian tepi tepi jalan.

"Nak makan durian tak?"
"Awak?"
"Papa kalau makan seulas je lah"
"Hero nak durian !!"

Kalau Ketua Polis Negara aku tu dah bagi arahan, so kena la berhenti.

Kami singgah di satu warung dan makan Musang King !!!

Warung tepi highway

Musang King !

Sedap gak ni

Aku ni bukan la pencinta durian.

Kalau ada tu makan. Kalau nak cari tu, tak lah. Kalau makan pun cuma mungkin seulas dua je. Tak berapa minat sangat. So yang makan banyak OR dengan Hero lah. 3 kilo dapat 2 bijik. Harga dekat RM70.

Tapi aku makan 2 ulas ! So lebih banyak daripada biasa sebab durian dia memang enak !

Dah makan durian dan berbalas balas sendawa dengan bau durian. Kami bergerak sampai la ke hentian Genting Sempah. Singgah sini.

"Adik nak Mc Onal....  Kitty adik !"

Tu Ketua Setiausaha Negara pulak memberi arahan. Dah berapa hari dia ajak aku ke Mc D nak beli Hello Kitty tu.

Singgah Mc D pulak. Beli Prosperity Burger sekali.

Menyinggah

Hari pun dah hampir nak maghrib.

Destinasi seterusnya...  pose pose sendu di ranjang !

bersambung.....
  

17 comments :

  1. hahaha...penggeli ulor rupenye ko ni!! tp aku pon sama geli ulor tp xde la takut cam ko hehehehe...

    aku pon bukan peminat tegar durian kalau ada aku makan xde la sampai nak mencari...tp gile mahal durian tu 2 biji sampai RM70??

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh takut ular rupanyee....tp kalo sy pun takut gak....duk lilit2 kat leher, buat dia tgh emo ke, terus lilit kuat2, sapo nak jawap?huhuhu

    ReplyDelete
  3. haaa...baru smalam aku sembang dgn kwn opis asal dari pahang. tanya apa best kat pahang..dia penah pergi tmn negara tak etc sbb aku mcm berhajat nak visit taman negara. then dia citer psl gajah kuala gandah & deerland ni lah! dia kata kat kg dia..ada org kawen siap naik gajah ko! pastu dia tunjuk dia pose-pose wanita amazonian dengan ular sawa mcm ganba ko tu kat deerland. ngerikk!

    ReplyDelete
  4. mcm2 hado rupanya kat kuala gandah ni..

    Hahahah...tak tahan gelak bab ular tu...baru JM tahu rupanya SM takot ularrrrr...meh sini nka kasi sekor

    ReplyDelete
  5. Banyaknya fobia kau Meng?? Fobia drive laju-laju dalam hujan dan fobia kat ular.. hehe

    Supermeng yang tak berapa nak super..huhhu

    ReplyDelete
  6. MKL : sebelum kau pitam aku pengsan dulu.

    hahahaha..

    memang tak leh masuk fear factor aku nih !

    HB : musang king memang bukan mahal ke? ntah aku main bayo je. sebab mana tau pun.

    tapi sedap gak laaaa..

    ular tu.. erkkkkk... macam hantu la. jumpa pun tak nak !

    read : iman nipis..

    ReplyDelete
  7. DJ : kann?? aku pun selalu imagine mcm tu..

    * banyak sgt tengok cerita anaconda, visualize lebih lebih...

    NanaT : ok. boleh gi sini.. bawak si cilik...

    kalau takut, dokong dia dan buat alasan..

    ahahhaha..

    JM : ada hati nak takut takutkan orang..

    kejam !

    ReplyDelete
  8. ZZ : tu kau tak tau lagi ultimate phobia aku..

    tak leh berak di tandas awam.

    lagi ngeri.. hahaha

    apa nak buat, aku hanya insan yang lemah. hanya mampu berserah..

    * nyanyi sambil panjangkan dagu mcm kak ana..

    ReplyDelete
  9. teruk betul ko punya trauma meng! kalau aku, aku siap peluk-peluk lagi ular tu. Ko tahu kenapa meng? pasal aku tak takut ulaaarrrr.... lariiikkkkkk

    ReplyDelete
  10. AP : hampeh gas.. !!!

    Nanti aku praktis peluk peluk ular getah dulu...

    ReplyDelete
  11. uiiiii lama tak menyinggah? pe kabo jiran sebelah? takpe la, aku tak komen pun ramai ha yg komen dah skang huhuhu!

    ok, aku TAK SUKA ular...tapi kalo FM tu cun, rasa mcm nak satu plak kahkahkah!

    ReplyDelete
  12. Haaa. memang kau lama menghilangkan diri..

    cuti panjang ler tu ek.. ke bercuti cuti di luar negara...?

    jangan harap la aku nak beli FM ular ular tu... takut tidur malam ngigau....

    ReplyDelete
  13. tak hilang mana...duk umah settlekan beli keta skit :)

    ReplyDelete
  14. wah.... besarkan kereta sebab tambah ahli kelorga..

    kiki aci tumpang la tu pusing2 duduk atas dashboard

    ReplyDelete
  15. haahahaa... kelakar la abg ni. Nama supermeng tapi takut ngan ular. hehehe.. saya pun takut. tapi perempuan normal la. hahahaha.

    ReplyDelete
  16. Isabella : kau tak baik gelak.

    aku ni trauma. tau tak.. trauma yang boleh membawa kepada kemurungan dan rusuhan jiwa...

    nanti termimpi2 lak benda alah tu dtg kat aku

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...