Friday, November 23, 2012

Corat Coret Manila 6 : Taal Volcano

Okey.

Duduk ! Duduk ! Duduk !

Duduk bersila pun tak pe. Meh aku nak cerita pasal itinerary hari ke 2 aku di Manila iaitu menuju ke Taal Volcano.

Yang seksi duduk depan pun tak pe. Yang tak seksi duduk belakang sekali.

Sebelum pegi Manila aku tak tau pun tentang kewujudan Taal Volcano. Tapi sebelum berangkat hari Jumaat tu aku ada terbaca dan macam biasa lah, deshummmmmmm terus aku kena rasuk dan perasaan membuak buak nak pegi jenguk. Lagipun aku tau aku tak de itinerary di Manila so, konsepnya tetap sama. Grab one and make it works !

Tu yang sampai di hostel terus aku tanya Grace cemana nak pegi Taal Volcano tapi dia cakap jauh. Kalau ada orang lain nak pegi boleh la dia arrangekan taxi dan aku boleh share cost. Kalau pegi sorang sorang dia kata payah sikit. Memang ada tour yang buat trip ke sana tapi cost dia mahal. Grace kata dia tak advise pegi dengan tour company macam tu.

Aku agak hiba bila balik dari Old Manila Walk aku check dengan Grace dia kata tak de orang nak ke sana esoknya. Nasib baik la, bila aku check sekali lagi malam tu dengan mamat kat kaunter desk hostel dia kata ada awek nama Anikka nak pegi.

Aku dah jumpa Anikka. Dah borak pun dan kami setuju pagi hari ke dua aku di Manila tu kami akan bergerak ke sana.

Excited !

Aku ada jugak terbaca pasal Pinatubo. Boleh juga pegi tengok tapi Pinatubo tu lebih dekat kalau dari Clark. Dari Manila ni jauh jugak la plus nak naik atas kena naik by 4x4. Tak pun sewa kapal terbang dan tengok view dari udara. Macam cool jugak tu. Yang tu nanti aku akan buat next time aku ke Philippines lah.

* siap siap nak pecahkan tabung ayam

Pagi tu bangkit dan bersiap siap. Macam biasa breakfast dulu kat hostel. Makan roti dan minum kopi je. Ada pisang jugak.

Anikka dah bersiap sedia pagi tu menunggu dengan member dia bernama Toby.  Then pagi tu, dan dan tu, ada lagi sorang minah ni nak ikut serta. So kami berempat. OK. Lebih ramai lebih murah cost nak share. Nama minah tu adalah Isabella adalah, kisah cinta dua dunia.. mengapa kita berjumpa namun akhirnya terpisah.

Panjang no nama dia. Nama dia Isabella saja.

Pihak hostel yang arrangekan taxi. Katanya cost taxi adalah 3000 Peso return. Then naik bot ke Taal Volcano dalam 1500 Peso. Altogether dalam 4500 Peso lebih kurang RM400/RM100 lebih seorang. 

OK cun.

Kami bergerak seawal jam 9 pagi. Teksi dah menunggu di bawah. Cuaca tak berapa cantik masa tu. Memang Manila di landa hujan. Nasib baik la semalam tak hujan masa aku gi Old Manila. Kalau hujan payah jugak. Grace siap bawak payung lagi. 

Hari ni, hujan !

Tawakal je la moga sampai di Batangas nanti cuaca cerah dan kami boleh ke Taal Volcano tu.

Perjalanan dari Makati ke Taal Volcano lebih kurang 2 jam. 

Masing masing lepak dalam teksi dan berborak borak. Macam macam la yang di borakan sepanjang perjalanan. Dia orang semua dari German. Anikka dan Toby satu geng keje di Shanghai. Dia orang baru balik dari El Nido. Isabella memang travel sorang sorang.

Pakcik drebar teksi tu tak percaya aku cakap aku bukan orang Philippines. Putih bersih sangat ke aku ni? Kalau duduk sebelah kawah sah sah orang cam kawah pada cam aku yang dah rentung ni.

Yang dia orang ni pulak, bila aku cakap aku dari Kuala Lumpur mesti ingat aku dari Colombo.

Buruk sangat kah aku ni sampai nak di sama kan macam orang Sri Lanka?

* nanges tepi tingkap sepanjang perjalanan.

Macam macam kami borak sepanjang jalan. Tentang arah dan haluan masing masing. Pengalaman dan destinasi pilihan. Mostly pasal travel la. Masing masing ada cerita tersendiri.

Toby cakap, tempat paling best dia pegi adalah New Zealand. Anikka Bolivia dan Isabella cakap Ecuador.

On the way tu, Toby dengan Anikka sibuk nak beli nenas. Pakcik drebar berhenti tepi jalan dan dia orang beli nenas. Tak beli waktu balik sebab pakcik tu kata balik nanti ikut laluan lain.

So mari singgah membeli nenas.


Pastu aku jadi jurucakap untuk setiap buah. Ini buah apa, ini buah apa. Baik aku je bukak kedai kat situ. Buah pukul nak????

Akhirnya selepas 1 jam lebih perjalanan merentas kota Manila yang pesat tu sampai jugak di Talisay. Kawasan di mana terletaknya Taal Volcano ini.

Dari atas kelihatan Caldera gunung berapi yang membentuk tasik yang luas dan di tengah tengahnya kelihatan Taal Volcano. Sebuah pulau yang muncul dari permukaan caldera tu. By the way. caldera adalah tasik yang terhasil dari letusan gunung berapi.

* belek buku geography.

Tagatay dan Taal Volcano

Ada beberapa pulau yang kelihatan sebenarnya so kita orang memang tak tahu mana satu. Nasib la drebar tu bagi penerangan sikit. Siap berhenti tepi jalan untuk ambik gambar. Toby tu macam suka ambik gambar jugak. Dia pakai DSLR Canon 6D. Hebat jugak tu yang lain lain pakai compact je.

Cuaca agak menyebelahi kami walaupun agak berkabus. Takde lah hujan macam di Manila tadi

Antara pulau pulau yang kelihatan, mula mula kami ingat ini la Taal Volcano sebab rupa macam pelik sikit.

Tapi sebenarnya bukan !!!

Itu adalah volcano yang sudah tidak aktif lagi. Macam lubang bisul je.

Taal Volcano adalah yang sebelahnya. Tengok ni.

Hujung belah kanan tu Volcano yang mati tu, dan tengah dia tu la sebenarnya Taal Volcano yang bakal menjadi destinasi kami.

Isabella, Toby, pakcik drebar ( ke abang drebar) dan Anikka sedang menikmati keindahan alam

Kawasan Tagaytay ni memang menjadi tumpuan pelancong dan warga tempatan sebab kawasan ni macam sejuk sejuk sikit. Kawasan ini telah mendapat jolokan, The Switzerland of Philippines !!

* picit kepala tak percaya.

Swiss lah sangat. Tapi view agak menarik jugak lah.

Menyusuri kawasan berbukit ini kami terus ke gigi tasik untuk mendapatkan bot ke pulau Taal Volcano itu.

Kau ada guna perkataan 'gigi tasik?'

Actually banyak tempat boleh naik bot ke Taal ni. Tapi mungkin mamat teksi tu dah biasa dengan yang kat sini, jadi dia bawak je terus ke sini. Harga naik bot ke Taal Volcano adalah 1500 Peso/RM120. Jadi kami bahagi kepada 4 orang siap siap. 

Tagatay 

Sampai di tempat naik bot tu tak lama kami tunggu terus je bergerak naik bot. Bot dia special sikit la tapi agak laju.

Cuma ada pemandu je sorang yang lain lain kami berempat je.

Taal Volcano dari kejauhan

Bot yang membawa kami

Dead Volcano kelihatan tampak lebih hensem dan jelas

Bawa... daku pergi. Pacu laju laju kita lari dari realiti

Akhirnya lebih kurang 30 minit menaiki bot yang agak laju jugak la dengan di temani suasa nyaman tasik dan udara yang segar bugar.

Nasib baik la cuaca memang elok. Kalau nak ikut cuaca di Manila tadi dah start hujan. Elok benar la kami sampai lalu di sambut dengan bunyi kuda !

Kuda kuda menanti penuh debar

Di sini la kiranya port bila sampai di Taal Volcano ini. Tagatay dari kejauhan

Bot bot bergelimpangan

Pemandangan sebaik saja sampai di Taal. Ada jugak tempat istirehat tapi rasanya kena bayar tu.

Baik lah.

Eh mana yang seksi seksi tadi? Dah lari?? Apa? Tak sabar sabar nak tengok Volcano?

Sabar lah. 

Sebelum nak naik Taal Volcano tu, semua pengunjung di wajibkan membayar Tourist Fee sebanyak 50 Peso/RM4.

Kacang je la tu kan? Kalau masa bot memula sampai akan ada orang tolong hulurkan tangga tu untuk kita turun dari sampan tu, di panggil docking fee, pun kena bayar dalam 20 Peso. 

Tetapi si Toby dengan Anikka ni berkeras tak nak bayar. Macam la mahal sangat pun. Sebab semua orang tak moh bayar, aku pun buat tak tahu.

Nak bayar Tourist Fee tu kena pegi dekat pejabat ni.

Sila bayar di sini

Lepas dah bayar tu, maka bermula lah perjalanan kena mendaki untuk melihat sendiri Taal Volcano yang menjadi agenda utama pada hari ini.

Welcome to Taal Volcano uols...

Oh. Ada baiknya bawak sendiri bekalan air ke makanan siap siap sebab kat pulau ni kadar harga dia agak melambung tinggi sikit.


Lepas tu, nanti kita akan di beri pilihan.

Antara 2.

Nak mati kena lahar gunung berapi, atau nak lari dan menyelamatkan diri?

Hahaha. Tak de lah. Pilihannya adalah samaada nak naik kuda atau pun nak mendaki dengan kaki sendiri.

Ada makcik naik gunung berapi bawak beg LV. Kau mampu?

Harus la abang yang bersemangat waja dan kental ni nak jalan kaki sendiri kan? Apa kelas naik naik kuda ni.

* begitu kononnya nak kata mula mula.

Tapi geng geng trip ni semua tak nak naik kuda. Dia orang macam biasa la tak tau la kedekut ke apa semua nak jalan kaki. Aku pun tak de niat nak naik kuda sebab rasa macam OK je la nak jalan kaki.

Kalau nak naik kuda, bayarannya adalah sebanyak 450 Peso/RM 40.

Sebab kita kental, kita jalan kaki !

Ayuh !

Tapi awas, tahik kuda adalah bersepahan sepanjang jalan. Tak sekolah punya kuda, berak merata !

Rumah penduduk di Pulau Taal

Bermula la perjalanan kami ber empat.

Macam ni la jalan di awal awal nya. 


Kalau nak di kira, memang semua orang naik kuda !

Mostly pelancong dari Jepun, Korea dan set set muka macam tu la dan kuda sangat banyak. Kalau kami yang jalan kaki ni kejap kejap kena bagi laluan kuda kuda tu. Ada yang nak naik ada jugak yang nak turun.

Setiap kuda yang membawa pelancong akan di temani oleh penjaga kuda. Dia la akan bawak pelancong dan kuda ni naik ke atas. Dan kebanyakkan mereka hanya pakai flip flop.

Hoi !!

Kalau dia orang boleh naik pakai flip flop. Sah sah la macam kacang je kan?

Macam tu la kita orang borak borak sesama sendiri.

Toby dah ketinggalan sedikit. Siap beli topi kat bawah tadi sebab cuaca panas gila

Mendaki la kami ber empat ni ikut laluan yang sama dengan kuda kuda tu.

Mula mula memang OK. Lama lama semua dah mengah. Cuaca pulak panas berdenting.

"Anybody has sunscreen?"

Kannn..

Korang ni dah kenapa? Apa motip mau bercantik cantik di tempat macam ni?

* begitu aku bertanya pada diri sendiri

Walhal memang panas pun cuma sebab aku ni agak agak dah kulit biawak tak de la terfikir pun nak bersunscreen sunblock apa semua tapi dia orang Mat Salleh kot. Kena selalu menjaga kecantikan walaupun tak berapa cantik mana.

Dia orang berhenti sapu sapu sunblock dan aku tunggu dia orang bawah pokok.

Dapat jugak la berehat dan berteduh. Layan rokok sebatang sambil menyaksikan permandangan yang indah dan saujana mata memandang.

Separuh berjalanan. Dia orang tengah sibuk menyapu lotion ke tubuh masing masing. Tagatay dari kejauhan

Kemudian kami mendaki lagi.

Kadang kadang ada 2 laluan, dia orang bertiga ni memula kat belakang aku, pastu dia orang ikut celah mana ntah aku tunggu la bawak pokok.

Sedar sedar macam dah lama gila dia orang tak muncul muncul. Pelik jugak aku. Nasib la aku nak jalan ke depan sikit pastu aku nampak dia orang dah ke depan sana !

Cis bedebah korang semua tinggalkan aku !

Pusing belakang tengok dia orang tak muncul muncul. Tidak !!!!!

Cis !!!!

Pastu dia orang pun agaknya tercari cari aku kat mana. Bila dia orang nampak aku kat belakang, dia orang lepak bawah pokok tunggu aku sampai.

"We thought you are up there already"
"Hahaha. I was waiting for you at the back"

Rehat kejap, then kami melangkah lagi.

Terngiang ngiang suara Kak Eton meneman.

'Lembah dah lurah ku lewati... ketenangan yang ku cari. Belum ku temui'

Ketenangan la.

Tak berapa nak tenang pun ! Penat !

Aku rasa penat sebab cuaca panas menggila.

Nampak Dead Volcano tadi

Cuaca dari atas ni memang boleh tahan panas sebenarnya

Kami menapak dan terus melangkah.

Dari kejauhan nampak macam puncak yang mana kami nak tuju. Di belakang nampak tasik yang tenang. Di kiri kanan menghijau. Ada beberapa ekor lembu tengah bertenet.


Agak cun sebenarnya. Yang tak cunnya sebab masing masing mengah. Pancit jugak lah.

Nampak puncak yang macam ada bumbung bumbung reban kuda tu

"We should have tried the horse"
"No we should not, we are sporty and energetic. We can get up there. No problem"

Tau sapa yang jawab tu?

Aku lah !!

* tembak diri sendiri

Konon la nak memberi motivasi kepada Anikka. Aku tengok dia dah berpeluh peluh dah. Aku? Tok sah cerita lah. Lobang hidung pun dah macam lobang hidung lembu nak bernafas. Dah la pakai baju hitam pastu aku pakai jeans !!

Sebab seluar short aku tu kan koyak, jadi nak tak nak cas cas power mendaki macam ni pakai jeans !

* rebah tepi kaki lembu

Tapi kalau tengok yang bawak kuda kuda tu semua. Pergh. Salute abis. Ada yang budak budak lagi. Ada pompuan. Ada makcik pakai selipar jamban je. 

Tapi kadang kadang dia orang ni naik kuda sekali lah dan penumpang.

Menuju puncak

Tengok pelancong lain relaks je naik kuda. Siap bertopi berkaca mata. Langsung la tak berpeluh.

Ada jugak la rasa menyesal tak ambik kuda. Apa lah sangat RM40 hinggit tu kan dengan rasa kelengkang yang dan lencun dah melecet sebab pakai jeans ni.

Ada jugak aku tanya mamat mamat kuda yang ada tu, dia orang nak 200 Peso/RM17 kalau nak tumpang.

Tak pe lah. Baik aku jalan je.


Slow and steady. Toby jalan dengan Isabella. Aku dengan Anikka. Minit minit terakhir nak sampai puncak tu macam dah nak putus nyawa. Dengan cuaca panas membahang. Fuhhh !

Akhirnya kami sampai jugak di puncak. Oh........ lega nya.

Tapi penat tok sah nak cerita. Macam nak pengsan pun ada. Peluh bercucuran.

Naik atas dan nampak la pemandangan. 

Ini la Taal Volcano yang di idam idamkan.

Tasik Taal Volcano

Pulau kecil di tasik

Volcano di atas pulau di atas volcano di atas pulau yang lain  Faham?

Sampai sampai tu memang ada banyak barn kuda. Ada jugak tempat tempat macam ni boleh berehat dan minum minum.

Memang penat gila. Dahaga pun sama.

Nampak tak hujung sana orang ramai ramai tu? Dia orang tee off bola golf.

Sampai sampai tu je ada la yang datang bawak kayu golf.

"Sir. Sir"
"Hmmm"
"You want to try?"
"No"

Aku separuh mampus ni kau nak suruh aku pukul bola golf? Kau dah kenapa? Aku ambik kayu golf tu aku ketuk kepala kau nak?

Macam tu rasa nak marah.

Baru je sampai ni. Bagi la aku berehat dulu.

Rehat. Tenangkan diri. Dan layan persekitaran yang ada.

Ada gunung di balik sana

Diam! 

Tengok je gambar dan hayati. Terpongeh aku nak bawak korang ke sini nih !




Gambaran separa penuh. Ada kelihatan asap keluar dari permukaan tasik. 

Selepas berehat dan ambik gambar, aku lepak dan order air kelapa.

Inzaliate !

Sedapnya dapat minum air kelapa kat atas ni. Harga nya 50 Peso/RM4.

Aku ajak dia orang tu semua minum air kelapa dia orang tak nak. Macam takut takut je nak minum. Anikka je beli air mineral. Toby tu siap bawak air mineral botol besar lagi dari bawah. Isabella lagi kental tak de beli beli air pun.

Aku je yang siap minum minum air kelapa. Kalau ada cendol ke, ABC ke atas ni, mesti aku beli jugak.

Anikka dengan Isabella tengah berehat. Toby ntah ke mana masa ni.

Masa aku dok minum air kelapa tu ada la sorang mamat ni menyapa. 

"Where are you from Sir?"
"Malaysia"
"Oh. You look Philippino"

Aku senyum je. 

Ya la. Kau nak cakap aku rupa macam Philippino tapi Philippino yang ulu ulu yang tak lawa agaknya ek? 

* acu pistol air.

"Sir. You want horse?"
"No"
"Your friend Sir?"
"I dont think so, we will walk down"

Pastu aku layan la jugak borak borak dengan dia tanya pasal Taal Volcano ni.

Aku tanya dia ada ke orang pegi ke pulau kecik tu, dia kata ada. Tapi local je lah. Pelancong tak de sebab air di sana panas.

Pastu aku hisap rokok. Aku hulurkan dia. Dia malu malu tapi lepas tu ambik jugak. Ada kawan dia sorang lagi tapi macam tak pandai nak cakap English. Aku hulur, dia ambik jugak.

"From Malaysia Sir?"

Dia nak tanya rokok tu dari Malaysia ke tak.

"Yes"

Pastu dia orang belek belek kotak rokok tu. Datang ketakutan tengok gambar kat kotak rokok la tu !


Then kami pun lepak lepak lah kat atas tu dalam 15 minit macam tu sebelum masing masing agree nak turun ke bawah.

Sebelum blah, ambik gambar gambar terakhir di sini dulu.

Zas. Zas. Zas.

Ingat tadi kan aku cakap Taal Volcano ni lain daripada yang lain sebab ianya volcano di atas pulau di atas volcano di atas pulau yang lain kan?

* campak penadol kat semua orang. kalau pening makan 2 bijik je tau.

Nampak ini pulau kecik kan?


Pulau kecik ini terletak di atas caldera yang merupakan volcano yang terletak di atas pulau iaitu Pulau Taal ni.


Pulau Taal pulak terletak di atas caldera volcano di atas pulau yang lain !

Pulau apa? Pulau Luzon lah. Iaitu negara Philippine ini sendiri.


Tak faham jugak?

Pulau kecik tu atas Taal Volcano atas pulau Taal. Pulau Taal atas Pulau Luzon.

Tak faham jugak? Tak faham sudah lah. Malas aku layan.

Tengok peta ni.


View dari puncak

Masa nak turun tu tetiba aku bagi tau dia orang ni semua.

"Hey guys, I think I wanna try the horse"

Masing masing pandang aku.

"I will see you guys down there"

Aku menambah.

"Alright"

Tiada yang membantah.

Kenapa tetiba aku rasa nak naik kuda? Kenapa abang tetiba dah tak sporty dan tidak berdaya saing serta kehilangan endurance walaupun dah minum air kelapa yang penuh isotonik itu? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Why???

Tunggu. 

Jangan biarkan mimpi ngeri menyelebungi diri.

* mati la tetiba.

Eh. Mana yang seksi kat depan depan ni tadi?

bersambung..........

15 comments :

  1. awat tetiba ko x sporty dan energetic meng? sluor ko koyak lagi ke meng?? xkan la tajam sangat bontot ko tu kan?

    ReplyDelete
  2. fuhhhh....entry kali ni buatkan aku rasa penat gak.. kebolehan abg meng mengolah ayat membuatkan aku terawang-awangan dengan penceritaan ini..
    teruskan entry seterusnya abg meng.. kami peminat dahagakan karya merapu abg meng...

    *lap peluh berjurai-jurai...

    ReplyDelete
  3. JG : kau kenapa berpeluh2 ni? sila pegi mandi dulu. nanti tak seksi.

    HB : jangan biarkan hidup anda di selubungi miss.......... world.

    ReplyDelete
  4. *TERPAKSA DUDUK DPN SBB SEDAR DIRI INI SEKSI*

    takut plak tgk ko naik boat gi pulau, seb baik tak kena kidnap. tapi tgk tempat tu mcm touristy, ada guide, ok la kan...

    daki bukit pakai jeans ye bang? national geographic sgt ko ni hahahaha! duk atas kuda tu main kangkang je ke? ouch!

    CANTIK GILE DEAD VOLCANO TU! dan cantik jugak tasik teal tu. teringat tasik emerald kat koh samui, panjat cam nak mampos! tapi subhanAllah cantik!

    hahaha lawak ko kata dia takut tgk kotak rokok mesia. dia isap gak tak?

    abg naik kuda??? tak gagah la camni!

    *ADIK SEKSI DUDUK BALIK BARISAN DEPAN SBB NAK TUNGGU CITE*

    ReplyDelete
  5. * seksinya adik kat depan ni.

    speechless terus x leh bercakap...

    ReplyDelete
  6. Gigih lukis atas paper nak imagine camna rupa volcano atas pulau atas volcano nih

    ReplyDelete
  7. bang, adik x seksi adik seksa..

    *sendu

    ReplyDelete
  8. ko memang sengal abang meng...cite2 ko mmg best...ade unsur lawak, sengal, dramatis, dan memberi pengajaran...

    ReplyDelete
  9. Ko rse kude tu mampu ke tampong aku yg berguni2 nih?

    ReplyDelete
  10. kalau aku dia mampu... org lain ok je kot.

    yang pasti lepas tu kuda tu demam seminggu

    hiks...

    ReplyDelete
  11. pricey jugak nak pegi taal volcano tu ye...tengok price private tour (1person) pulak lagi la tak mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. taal ni boleh pegi sendiri. cuma kena berani la ambik transport dari manila ke sana. Kena naik banyak public transport... kalau banyak masa boleh cuba.

      rasa nya Janggel dengan MKL pegi tak pakai pakej. Cuba check blog dia.

      http://janggeltrekking2.blogspot.com/2013/10/this-is-my-story-manila-to-tagaytay.html

      http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/05/mabuhay-manila-3-misi-mencari-taal.html

      Delete
  12. Salam. Agak2 berapa jam eh jalan kaki dr bawah nak naik ke Taal Volcano tu? In shaa Allah hujung bulan 1 nnt saya nak pegi dgn kawan2, igtkan nk jimat takyah naik kuda tp kalau lebih sejam mungkin patut lupakan niat nak jalan kaki tu & naik kuda je lah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sejam kot.

      Kuda tu bukan la kuda yang lari kencang gagah berani tu. kuda ni jalan kedek kedek sama dgn kita jalan kaki jer.. cuma naik kuda tak payah penat2 mendaki. kuda bawak kan...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...