Wednesday, January 25, 2012

Lawatan Makcik Mona Ke Kota

Fuh !!!

Arakian syahdan, seperti yang di war warkan oleh majalah antarabangsa dan juga media massa lain, kehadiran Makcik Mona ke Kuala Lumpur adalah di tunggu tunggu.

* percikan bunga api

Tapi. Makcik Mona terpaksa detour ke mana hala sebab sheols busy.

Mak aku busy. Pegi orang kawin la, pegi situ la, singgah sini lah, pegi Banting lah.

Sudahnya........

Semalam baru aku dapat jumpa dia. Ada kenduri rumah makcik aku di Rawang.




Lepak lepak makan makan dan beramah tamah dengan saudara sekelian. Mostly ramai duduk KL tapi time time macam ni ler baru nak berramas mesra. 

Lepas tu sorang sorang blah. 

So apa lagi, aku pun angkat punggung lah. Culik Makcik Mona dan keluarga yang lain kami bergerak meninggalkan Rawang tu berduyun duyun.

Mana nak tuju ni?

Destinasi kami?

Kuala Selangor !

Ya... Nak gi Bukit Malawati, pastu nak gi makan Ikan Bakar di Jeram dan akhirnya nak gi tengok Kelip Kelip di Kampung Kuantan. Perancangan gempak Astro beb !

Memandu dengan berhemah sebab hujan turun dengan lebat. Tapi akhirnya kami berjaya juga sampai ke Bukit Malawati. Singgah solat dan mereka yang berbaju kurung tu bertukar uniform agak tampak lebih rockers skit.

Nasib kami agak baik la, sempat sampai sebelum tram last naik atas. Last tram pukul 6. 

Layan gegambar.









Benda benda biasa lah. Cuaca pun kurang baik tapi anak buah aku la gembira melayan lotong. Kasik makan. Bergambar dengan riang nya.

Tak pe lah. Apa apa pun mereka seronok dan kiranya family trip yang singkat ni berjaya jugak la mengembirakan semua orang.

Dan lepas tu kami terus ke Jeram. Nak ambik gambar tak menarik sunset dia sebab cuaca mendung, so melepak je la dan makan saja.

Tapi orang ramai. Kami sampai pukul 7, lepas solat semua benda then order makanan pukul 8. Nak dapat seat punya la payah. Last last makanan sampai pukul 9 !

Lama gila. Rengsa di buatnya. Semua dah muka mengantuk. Mata pun dah berkunang kunang.

Maka projek gi tengok kunang kunang adalah di batalkan sebab kami abis makan pun dah dekat pukul 10 malam !

Layan gambar makanan keluarga ini.










Mata dah kenyang?

Dah ! Pegi tido. Esok keje !

3 comments :

  1. jeram ikan bakar kan servis lembab huuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. Rindu semua orang
    ~DD~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...