Datang idea nak pegi berjalanan ni dengan jayanya. Dah check ticket dan aku dah jumpa beberapa destinasi yang aku rasa aku boleh pegi yang flight ticket dia masih di bawah RM400 return.
Sila tunjuk ajar.
1. Kuching.
Aku tak pernah pegi kuching. Meow meow. Kampung tak aku ni? Ya lah. Dalam Malaysia ni aku cuma tak pernah pegi Sabah dan Sarawak je.
* nanges.
IG selalu gelakkan aku bila aku kata aku tak pernah ke sana.
Apa, bandar sangat ke orang Kuching tu setakat ada kasut Nicchi 14 inchi??? Opss.
Aku dah check tiket. Kira mampu lah pergi walaupun last minute macam ni, hotel tak de masalah boleh cari. Tapi, apa aku nak buat kat sana? Aku nak pegi sorang sorang ni !
Kalau kat Kuching, ada cuma ada satu skandal je. Fasha Sandha. Tapi ! Aku tak de nombor phone dia dah, mana aku nak carik dia????
Jadi, adakah Kuching menjadi destinasi pilihan abang? Kita tunggu !
Sila tunjuk ajar, apa best buat di sana.
2. Calon yang ke dua adalah Jakarta !
Wah ! Tak kalah ni. Aku dah check harga tiket. Harga dia sama dengan tiket pegi Kuching ! So? Baik la aku pegi Jakarta. Sekurang kurangnya aku boleh beli seluar kerja ke or shopping sikit sikit di sana !
Dan abang juga boleh mandi kucing !
Ops..
No no no ! Motip percutian ini adalah tidak berasaskan sex ! Cuma abang nak pegi berehat dan berjalan jalan menengok tempat orang.
Tapi kalau ada mandian kucing, harus lah tak kan ku lepas kan.
* lari nyorok belakang tulang ikan.
So, adakah Jakarta jugak boleh di lawati dan menarik untuk di lawati? Aku pun tak tahu. Last hari tu aku pergi Jakarta, hmm macam OK la jugak, tapi yang tak tahan jem dia tu. Macet katanya. Boleh bikin melecet dan pancit.
Aku ada skandal sana dulu tu kan? Tapi dah tak tahu cemana nak contact dia pun. So aku tak de plan nak jumpa sapa sapa di sana.
3. Bandung? No?
Well. Aku bukan la nak shopping sangat pun. So aku tak rasa Bandung is a good place to go. Plus, apa aku nak carik semua ada di Jakarta kan?
4. Singapore.
Singapore best tapi tak boleh bawak masuk rokok ! Nak beli rokok di Singapore adalah sangat mahal.
Jadi?
Tak tahu. Macam dah lama jugak tak pegi Singapore. Tapi kalau aku pergi pun aku bukan tau nak buat apa unless aku ada member member boleh gi jalan jalan. Abis abis aku duduk bilik je, dan melangut !
5. Langkawi.
No. Bosan !
6. Penang.
Again??
* muntah hijau.
Tiket silap beli untuk makcik Mona last week burn macam tu je. Ana ada sana. Zakiah panas pun ada sana, tapi???
Ntah. Bosan lah.
7. JB.
Menarik jugak, but nak buat apa?
8. Medan.
Macam best juga tapi still aku tak tahu nak buat apa kat sana. Kalau aku pegi dengan GBS boleh aku pergi Danau Toba. Aku teringin nak ke sana.
Tapi kalau sorang sorang, abang pose pose di tasik madu je lah nanti.
* nanges telefon mak aku suruh datang selamatkan aku.
9. Phuket.
Aku belum pernah sampai, tapi harga tiket agak mahal sikit, plus tempat tempat macam ni pegi sorang sorang adalah tak syok.
Sapa nak gi bercuti dengan abang ni?
10. Balik Kampung.
Bosannya balik kampung. Apa aku nak buat?? Setakat Venice, Pisa, Roma tu semua abang dah bosan.
* Mati la kena tembak serta merta.
So sila tolong dan bantu aku, nak cepat ni nak decide ke mana aku nak pergi. Jika tidak aku akan mati kering cuti lama lama macam ni.
Hari ni tak de apa yang menarik. Aku sibuk di site dan banyak kerja nak buat, jadi aku habiskan kerja aku dan sebenarnya masih belum siap.
Abang masih sibuk menguruskan percutian tergempak ini.
* matilah last sekali duduk rumah membuta sajork !