Tuesday, April 28, 2015

Trip Sabah 2015 : 15 - Shangri La's Rasa Ria Resort & Spa - Random

Okey. Last last.. Sebab banyak sangat aku ambik gambar kat sini.  

Layan random pix dari Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu.

Poskad. Aku tak jumpa pun buai tu. Mesti dah jahanam ada gergasi duduk

Laluan ke pantai

Pantai Dalit. Pantai dia sangat luas. Penat nak berjalan. Ada aktiviti menunggang kuda tepi laut kalau nak feel feel macam dalam movie.

Boleh lepak dan santai santai

Anak aku paling riang sebab dapat main pasir

Ada life guard kat situ. Aku bawak rokok tapi lupa bawak lighter.. dekat dia lah aku mengendeng dan meminjam

Princess sangat heaven dengan pasir nya. Yang bestnya pantai dia tak de orang

Ni area water sport

Boleh pilih nak main. Princess mencuba nasib. Hero memang tak de sebab dia tak suka pantai. Dia lebih suka lepak kat pool.

Kalau aku naik ni mesti sesat sampai ke negeri China kot sebab tak reti kemudi

Laluan ke pantai

Ni tempat main kuda pony

Kat Shangri La ni ada pusat penjagaan Orang Utan. Boleh masuk dan tengok Orang Utan kat sini. Ada 2 ekor. Tapi kena bayar lah. Guest RM 55. Orang luar aku tak pasti berapa tapi lagi mahal

Ada walk of fame Orang Utan

Payung payung istirehat dekat Garden Wing

Garden Wing punya reception dan lobby

Ni tempat mainan budak budak

Ada Kid's Club.... ibu bapak tak di benarkan masuk. Boleh tinggal dia orang main main kat sini kalau mak bapak nak buat kerja lain. Berani la anak aku tu nak pegi kalau aku tak der...  Tak mahunya dia

Garden Wing

Kerusi santai tepi pool di Garden Wing

Burung kakaktua yang memekak

Pool kanak kanak di Garden Wing

Ada slide. Tak de orang, anak aku berdua je mandi

Pool dewasa di Garden Wing. Aku pun tak mandi sebab rasa kurang seksi sikit hari tu.

Tempat melepak. 

Santai

Garden Wing

Masa aku melepak lepak kat pool tunggu bebudak mandi, ada mamat Chinese mintak pinjam lighter.

Aku dah la tak de lighter. Aku pun paw budak budak yang kerja kat bar kat pool ni. 

Baik mamat Chinese dari China tu. Dia siap offer aku rokok dia. Kami dok la borak borak jap sementara aku menunggu anak anak aku berenang. Tapi asal aku bercakap je mesti dia potong.

"Stop ! Stop ! Talk slowly please. I dont speak good English"

Terpaksa aku cakap macam siput. Satu satu. Aku offer rokok Dunhill Malaysia kat dia, dia tak nak. Dia kata dia tak selera sebab tengok gambar kat kotak rokok tu. 

Hiks. Dia tanya aku, aku tak rasa apa apa ker. Jawab aku.

"Ada aku kesah ?"

Tapi aku rasa memang ramai Chinese dari mainland datang sini. Nasib baik la dia orang tak buat perangai bukan bukan.

Ni pulak pool di Ocean Wing. Santai di Ocean Wing lebih privacy sebab tak ramai orang. Dan asal aku duduk je ada orang datang bawak air. I felt like a king ! King Kong !!!

Ocean Wing Pool... Budak budak aman damai mandi kat sini sebab tak de budak budak langsung.

Pool di Ocean Wing yang best dan tak de orang. 

In fact.. kat resort ni aku tak jumpa pun guests Melayu. Ramainya mat salleh je lah. Cuma ramai Malay staff kat resort ni dan mereka sangat friendly.

Soalan dia orang sama jer.

"Dari Semenanjung ya Bang?"

Patut aku jawab.

"Tak lah. Dari Italy... Muka je ala ala Jawa sikit !"

Haks...

Tapi dia orang OK lah. Mana pegi dia orang tegur.

Taman di bawah Ocean Wing

Hero dokong Princess sebab Princess tak nak berjalan. Jenuh la hari ni mandi kat pool kat Garden Wing pastu gi balik mandi kat pool Ocean Wing. Pastu naik bilik mandi lagi dalam kolam kecik tu. Kembang budak budak ni dengan air

Overall..

The best hotel ever yang aku pernah stay. Service, room semua benda bagus bagus belaka. Sangat privacy especially untuk artis artis antarabangsa macam aku ni yang tak suka ramai ramai orang.

For your info, Shangri La Rasa Ria ni voted number 1 resort in Sabah dan number 5 di Malaysia by Trip Advisor untuk tahun 2014 !

Terima kasih kepada Tokey Gula aka Robert Kuok yang membina empayer Shangri La ni cuma harap harap since dia pun Malaysian dan dia paling kaya kat Malaysia ni, so apa kata dia bagi semua rakyat Malaysia stay free kat mana mana Shangri La seluruh dunia ni. Pastu dapat free sekilo gula. Aci kan doa begitu? Pastu semua kena kencing manis semua salahkan dia ! Hahaha

Aku sangat sangat puas hati dengan hotel ni. Walaupun mahal tapi berbaloi. Aku recommend sesapa yang banyak duit gi la duduk 10 malam pun tak per kat sini. Tapi bagi yang kurang duit macam aku ni, pegi la sekali dalam seumur hidup dan rasai secebis syurga duniawi di sini.

Terima kasih Shangri La Rasa Ria. Kau terindah. Masih Ada. Yang Tercantik. Itu kamu !



Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puas ku, mengiringi semua tawa dan tangisan mu,
Anggun wajahmu, pelita yg terang

Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya...

bersambung...........

Monday, April 27, 2015

Trip Sabah 2015 : 14 - Gayang Seafood Restaurant, Tuaran

Berkesempatan di KK hari tu kami nak jugak la seafood terbaik di sana.

Tak lain dan tak bukan di Gayang Seafood di Tuaran.

Aku pernah datang ke sini masa trip dulu, so kali ni since tempat ni dekat sangat sangat dengan Shangri La tu... maka kami terjah lagi.

Cuma 15 minit naik kereta maka kami sampai ke Gayang Seafood, Tuaran.

Lukisan.. 

Gayang Seafood Restaurant

Tempat ni macam dah jauh berbeza dari last aku datang. 

Dulu rasa jalan dia pelik sikit, tapi kali ni dekat je dengan tepi jalan. Cuma kena naik bukit sikit.

Dan orang memang ramai

Macam biasa, sampai je park kereta dalam hujan renyai renyai malam tu dan kami pegi memilih makanan yang hendak di makan !

Pilih saja

Segar dan bugar

Order ikut selera masing masing

Amazingly la.. walaupun orang ramai datang tak kunjung sudah dan meja pun berlambak lambak di penuhi dengan pelanggan tapi servis dia cepat !

Tak de lah sampai setengah jam pun kami menunggu.

Air minuman. Air buah adalah win !

Telur dadar

Udang masak butter basah.. Boleh tahan

Sayuran

Ketam masak cili

Ketam tak banyak isi tapi kuah dia sedap

Sotong goreng tepung. Paling win ! Rangup dan tak liat.

OR nak makan ikan. Siakap 3 Rasa.. Tapi macam pakai sos Thai jr. Atas tu di tabur dengan buah apple. Aku jamah sikit je. Macam tak OK sangat.

Alhamdulillah.. kenyang perut suka hati

Balik bilik lagi suka hati sebab bilik baru je di kemaskan semula.

Terus lena terbongkang tidur.

Overall, Gayang Seafood ni good food.. Ambience OK lah. Price agak munaSABAH jugak la dan seafood fresh.

Highly recommended. Cuba lah bagi aku OK. Kalau tak kena selera korang ..... aaaa aku tak tahu !



Amaran kepada pihak berkuasa
Ini satu kes ragut aku mangsanya
Tiada harta yang hilang hanya perhatian dicuri
Dibawa lari tergagau ku di sini
Suspek seorang wanita rupa paras menawan
Sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan
Jika ada mengesan status dan lokasi
Sila hubungiku A.S.A.P.

Susahnya nak ikut hati bila pengalaman mengajar
Jangan gopoh…gelojoh…terlalu mudah jatuh cinta
Tapi apakah diagnosisnya jika simptom asyik merindu
Mungkin demam cinta melanda setiap pelusuk tubuhku

Tak ku sangka ku yang tabah turut rebah
Tak tahan perasaan bila berdampingan
Tak terkawal tak ku sangkal ku terkena
Tak tentu hidupku…oh kelibat kamu

Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu

Ku cuba alih pandangan kau tetap berada di situ
Seperti angin yang dingin teruja setiap romaku
Bagaimankah caranya untuk ke peringkat seterusnya
Kerana bosan dengarkan “cukuplah sekadar kawan”

Ku berlagak tenang di hati bergoncang
Ku nafikan diri ku telah dicuri
Walaupun tak jelas ku nyata terjejas
Lari konsentrasi…oh hampir sepanjang hari

Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu

Bukan kes tak sakit cari penyakit
Siapa tak tertarik dengan penampilan gerek
Ramping bergaya hingga hujung kaki
Wanita idaman setiap lelaki

Benar belaka ini semua angkaranya
Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut
Akan ku cuba membuat dia terpikat padaku
Entah hendak atau tidak…aku tak tahu

bersambung..............

Sunday, April 26, 2015

Trip Sabah 2015 : 13 - Shangri La's Rasa Ria Resort & Spa - Facilities

Layan gambar gambar facilities di Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu.

Garden Wing

Pagi pagi kalau pegi breakfast ada orang main gamelan ni

Breakfast ada 2 tempat. Satu di Garden Wing

Breakfast kat Garden wing memang mengadap garden 

Makanan sama jer... 

Buah buahan

Roti rotian

Semua benda

Fresh juice

Sebab dekat Garden Wing ni ramai sikit orang so macam penuh jer. So esoknya aku breakfast di Coast. Khas untuk Ocean Wing guests

Satu lagi  breakfast di The Coast khas untuk Ocean Wing

Taman herba

Dekat Coast

Tak ramai sangat orang

Atas meja siap sedia

Makanan sedap sedap tapi hari hari menu lebih kurang jer...

Sosej

Nasi lemak dalam daun pisang adalah win !!!

Masa breakfast kat Coast tu adalah mascot Orang Utan ni datang... ramai la bergambar. Hero aku pun sama naik... friendly pulak tu menatang ni

Tapi yang ni.. ketakutan.. Duduk bawah meja main game tak nak keluar..

Coast ni mengadap laut

Ada chess gergasi

Pool dekat Garden Wing

Kerusi santai mengadap laut

Pantai di Ocean Wing

Laluan ke pantai

Banyak jugak la laluan macam ni sebab pantai dia luas

Tempat istirehat

Resort

Pantai Dalit. Pantai cantik tapi air tak lawa.. Tak di galakkan mandi.

Tapi ada area khas kalau nak mandi. Ada life guard

Keseluruhan pantai

Life guard

Ada juga facilities SPA di sini

Tapi tak check pun. Tengok harga boleh pengsan

Dah tu jer.

Facility wise memang bagus lah. Restoran ada 5 termasuk award winning Naan Indian Restaurant. Tapi masa tu tak bukak la pulak. Dan ada satu resto Jepun selain daripada Tepi Laut. Coast dan yang dekat Garden Wing satu lagi.

Makanan boleh tahan sedap cuma menu nya lebih kurang sama je hari hari. Macam bosan la pulak. Dinner sekali kat sini dan lunch kami gi makan kat luar jer.

Apa apa pun.... untuk istirehat, memang best ! 

Kalau boleh ulang, nak aku ulang stay kat sini tapi.................

Semoga ada rezeki dan limpahan kurnia untuk setiap antara kita di masa akan datang untuk sampai ke sini dan merasainya sendiri/lagi.



Andainya dapat
Ku putarkan waktu dulu
Kala aku denganmu
Akan ku curah
Beribuan rindu hati
Agar dapatku curi hatimu

Berhelai surat
Berwarna-warni gurauan
Kini tinggal kenangan
Kelewatanku untuk
Mengetuk hatimu
Untuk meluahkan rasa hati

Kau… ku cinta…
Ku rindu…
Hingga akhir nanti
Kasihku…
Sayangku…
Cahaya hidup
Semoga di suatu masa
Akan bersatunya jiwa
Hadirlah bahagia
Dan asmara
Gemerlapkan rindu
Menjadi nyata…

bersambung.............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...