Monday, April 27, 2015

Trip Sabah 2015 : 14 - Gayang Seafood Restaurant, Tuaran

Berkesempatan di KK hari tu kami nak jugak la seafood terbaik di sana.

Tak lain dan tak bukan di Gayang Seafood di Tuaran.

Aku pernah datang ke sini masa trip dulu, so kali ni since tempat ni dekat sangat sangat dengan Shangri La tu... maka kami terjah lagi.

Cuma 15 minit naik kereta maka kami sampai ke Gayang Seafood, Tuaran.

Lukisan.. 

Gayang Seafood Restaurant

Tempat ni macam dah jauh berbeza dari last aku datang. 

Dulu rasa jalan dia pelik sikit, tapi kali ni dekat je dengan tepi jalan. Cuma kena naik bukit sikit.

Dan orang memang ramai

Macam biasa, sampai je park kereta dalam hujan renyai renyai malam tu dan kami pegi memilih makanan yang hendak di makan !

Pilih saja

Segar dan bugar

Order ikut selera masing masing

Amazingly la.. walaupun orang ramai datang tak kunjung sudah dan meja pun berlambak lambak di penuhi dengan pelanggan tapi servis dia cepat !

Tak de lah sampai setengah jam pun kami menunggu.

Air minuman. Air buah adalah win !

Telur dadar

Udang masak butter basah.. Boleh tahan

Sayuran

Ketam masak cili

Ketam tak banyak isi tapi kuah dia sedap

Sotong goreng tepung. Paling win ! Rangup dan tak liat.

OR nak makan ikan. Siakap 3 Rasa.. Tapi macam pakai sos Thai jr. Atas tu di tabur dengan buah apple. Aku jamah sikit je. Macam tak OK sangat.

Alhamdulillah.. kenyang perut suka hati

Balik bilik lagi suka hati sebab bilik baru je di kemaskan semula.

Terus lena terbongkang tidur.

Overall, Gayang Seafood ni good food.. Ambience OK lah. Price agak munaSABAH jugak la dan seafood fresh.

Highly recommended. Cuba lah bagi aku OK. Kalau tak kena selera korang ..... aaaa aku tak tahu !



Amaran kepada pihak berkuasa
Ini satu kes ragut aku mangsanya
Tiada harta yang hilang hanya perhatian dicuri
Dibawa lari tergagau ku di sini
Suspek seorang wanita rupa paras menawan
Sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan
Jika ada mengesan status dan lokasi
Sila hubungiku A.S.A.P.

Susahnya nak ikut hati bila pengalaman mengajar
Jangan gopoh…gelojoh…terlalu mudah jatuh cinta
Tapi apakah diagnosisnya jika simptom asyik merindu
Mungkin demam cinta melanda setiap pelusuk tubuhku

Tak ku sangka ku yang tabah turut rebah
Tak tahan perasaan bila berdampingan
Tak terkawal tak ku sangkal ku terkena
Tak tentu hidupku…oh kelibat kamu

Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu

Ku cuba alih pandangan kau tetap berada di situ
Seperti angin yang dingin teruja setiap romaku
Bagaimankah caranya untuk ke peringkat seterusnya
Kerana bosan dengarkan “cukuplah sekadar kawan”

Ku berlagak tenang di hati bergoncang
Ku nafikan diri ku telah dicuri
Walaupun tak jelas ku nyata terjejas
Lari konsentrasi…oh hampir sepanjang hari

Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu

Bukan kes tak sakit cari penyakit
Siapa tak tertarik dengan penampilan gerek
Ramping bergaya hingga hujung kaki
Wanita idaman setiap lelaki

Benar belaka ini semua angkaranya
Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut
Akan ku cuba membuat dia terpikat padaku
Entah hendak atau tidak…aku tak tahu

bersambung..............

10 comments :

  1. Ketam tuuu...pergh....mengancam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketam memang mengancam. kalau ada udang memang double mencengkam

      tapi aku rasa dah nak slow down makan udang undang. kolestrol tinggi.

      * tetiba menjaga kesihatan aku ni

      Delete
  2. Terus terliur teringat akan kelazatan yang tak terhingga !!!

    Kita orang dulu selalu order siput yang macam dalam buluh tuh ! Dan jugak sayur midin dia !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita panggil gongong kan?

      ntah apa nama dia. Pernah makan dulu masa kecik kecik... gi kutip tepi pantai tapi selalu kena marah. Tak bawak balik rumah sebab nanti bapak marah..

      gi rasa rasa kat rumah orang jer...

      Delete
  3. Hahahh tetiba ending lagu adam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila ko... berpeluh aku nak kumpul semua penyanyi sabah untuk entry ni

      Delete
  4. menetes air liur aku glup glup telan air liur terus lapar
    paling sadis takleh cari makan sebab aku puasa hari ni................

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahur nanti kan buleh...

      jangan lupa makan kurma.. kalau aku.. wajib puff puff dulu lepas seteguk air

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...