Sunday, September 11, 2011

Trivia Raya 5

Trivia 1

Masa raya ramai sepupu sepupu aku berkumpul. Semua nya dah besar besar. Raya ni je 3 orang sibuk nak bertunang. Ada yang bakal di risik dan macam macam lah. So keadaan jadi busy jugak kejap dia orang datang rumah aku, kejap dia orang balik rumah dia orang sebab prepare tunggu kedatangan rombongan.

Trivia 2

Yang menjadi bualan macam biasalah aku ni. Tapi aku buat bodoh je.

Ada satu malam tu kami borak borak then makcik aku keluar la cerita silam cinta abang. Masing masing sepupu aku yang muda muda ni semua ternganga mulut.

Hah. Kisah lama berulang kembali. Syahdu abang jadinya.

* nanges keluar airmata perisa laici.

Trivia 3

LL1 ada contact aku masa raya, tapi aku tak bagitau dia pun aku ada di sana. Malas lah.

Trivia 4

Masa raya ke tiga tu aku berpusing pusing pegi cari part untuk Wanda. Dah cari yang dekat rumah, tapi last last kena pegi bandar jugak. Tu yang sampai ke Pulau Kambing tu.

Trivia 5

Dek kerana aku busy uruskan Wanda. Siap gi tukar tayar segala. Aku tak pegi pun beraya rumah keluarga yang lain. Family aku je pegi. Nasib la ada sepupu aku yang tolong bawak mak dengan ayah aku sebab tak muat kereta kan. Abang pulak busy dengan Wanda tak sudah sudah. Lenyap jugak la RM500 tukar tayar 2 bijik di hari raya.

* nanges.

Ni hasil capapan raya bertemakan, lauk pauk dan makanan di hari rayah. 












Saturday, September 10, 2011

Trivia Raya 4

Trivia 1

Keadaan atuk aku masih tak sihat. Dia dah tak lalu makan. Makan bubur bubur je. Atuk aku tu umur dia sekarang ni ialah 102 tahun?

Korang berani lawan?

Trivia 2

Sedara mara ramai gila. Macam kenduri kendara. Dah tak rasa macam raya. Rasa macam kenduri. Dah kuih raya pun tak cukup. Makcik makcik aku kejap kejap masak. Kejap kejap masak. Belum kira orang datang tengok Atuk aku lagi. Belum kira yang datang beraya lagi.

* koma

Trivia 3

Yang berkumpul hari tu ada lah dekat 100 lebih. Jauh dan dekat. Yang dekat boleh la balik rumah masing masing tidur. Yang jauh sewa homestay. Yang lain, tidur la bergelimpangan rumah sana sikit, rumah sini sikit. Bersepah sepah. Nak melangkah pun payah, macam banyak periuk api je.

Kebaboooo !

Trivia 4

Paling tak tahan adalah bab makan. Sarapan pagi 2 kali masak. Sekali bee hun goreng. Kejap letak. Langsai. Pastu buat nasik dagang. Langsai. Tengahari, buat pulak nasik minyak. Abis. Pastu petang lagi dan nak menunggu malam. Dapur adalah tak de masa berehat.

Trivia 5

Dah ramai macam tu biasalah kan. Family kena donate RM300 untuk beli ayam ikan daging etc. Sepupu sepupu lain pun sama. Pendek kata............ kalau ada lembu sekor. Siap boleh terkorban !

Nanti sambung.

Capapan hari ni bertemakan masjid. Terimalah gambar Masjid Terapung Kuala Ibai dan Masjid Raja, yang baru siap di bina. Sempat lagi aku mencapap nih !

Cantik tak masjid masjid di kampung habang?













Friday, September 9, 2011

Trivia Raya 3

Trivia raya bahagian ke 3.

Trivia 1

Raya ke 3 kami sempat pegi berkelah.

Menunya Nasik Ayam. Ayam perap dengan Sos BBQ Tasya. Inzal okeh. Makan pulak tepi pantai feeling feeling. Fuh. Macam nak tidur situ je.

Trivia 2

Wanda aku tu kan lowered. Pakcik James, Makcik Mona dan adik aku naik kereta aku. Baru nak gerak keluar rumah dah masalah. Tayar bergesel ! Pastu bila bawak jalan bumpy mula la terseret seret. Tak boleh jadi ni.

Kesian terpaksa call abang ipar aku kalau nak gerak ke mana mana sebab kereta aku tu tak leh bawak penumpang ramai.

Trivia 3

Aku rasa Wanda tak berapa best. Bawak dia macam sengguk sengguk. Aku dah risau. Nak carik bengkel kereta, masa tu hari raya mana nak ada? Dan malam tu jugak, pakcik aku panggil pomen kawan dia. Brader tu bagus betul datang. Dia check check, rupanya tayar depan bengkaT. So dia dah tak serata. 

Tu yang kena tukar tayar tu. 

Dan dia kena tukar getah kat drive shaft tu. Esoknya satu hari mamat tu kerjakan Wanda. Kesian dia. Bukak tayar semua sekali, pastu bawak aku pegi kedai spare part cari barang. Time raya nasib la ada kedai cina bukak di Pulau Kambing tu. Orang sibuk raya, kami sibuk cari part kereta.

* nanges.

Satu hari dia buat kerja. Upah dia. RM60 !

* koma

Trivia 4

Raya ni makanan dan jamuan dengan macam macam makanan. Makan dengan kenyang. Memang ramai la sedara mara yang datang.

Aku rasa ada dekat 100 orang lebih keluarga aku tu saja.

* koma.

Bayangkan betapa haru biru nya keadaan.

Masalah utama ! Tempat tidur. Mula la sesi tidur secara bergelimpangan sebab sedara ramai.

Trivia 5

Aircond Makcik Mona pulak rosak. Aku pun tidur dalam kepanasan sebab kipas kurang berfungsi. Tapi kalau dah lelap, tak sedar apa. Belasah je. Berpoloh poloh abang di buatnya. Merasalah OR kata aku kepam.

OK. Sambung lagi esok.

Terimalah capapan raya sebahagian daripada kuyah muyah rayah Makcik Monah. Jangan tanya aku nama kuyah muyah ni sebab aku tak tahu. Ada dari OR, ada dari BW dan ntah mana datang kuih ni aku pun tak tau.










Thursday, September 8, 2011

Trivia Raya 2

Trivia Raya bahagian 2.

Trivia 1

Dek sebab aku mengantuk tu, member aku telefon nak datang raya pun aku tak angkat. Malam tu ada yang telefon, aku cakap aku kat luar pegi beraya. Padahal aku atas katil, tidur dengan baju Melayu dan kain sampin semua cukup.

Trivia 2

Cerita pasal baju Melayu pulak. Pagi pagi butang baju tak jumpa. Aku dah campak dalam beg aku tu je, tapi biasalah bila cari ade je yang hilang.

Last minit baru jumpa. Hiks. Nasib baik abang berjaya berkacak tampan juga ke masjid.

Trivia 3

Hari raya mak aku buat Nasik Minyak dengan Ayam Masak Merah. Pastu ada Ketupat Palas dengan Rendang Ayam Chef Wan. Ada lah jiran jiran bagi ketupat, lemang, nasi impit, rendang daging dan macam macam aneka makanan tapi aku tak berapa nak makan sangat. Sebab aku tidur lah.

Trivia 4

Kiranya balik kampung Makcik Mona hari tu satu hari je aku tak buat apa apa pun. Tidur je dan pegi masjid time solat raya. 

Trivia 5

Sepanjang hari raya aku langsung tak tengok TV. Tak tau apa perkembangan dan apa cerita menarik sepanjang hari raya.

Gila tahun ni raya macam busy.

Busy meniduri diri sendiri. Terima kasih kepada pil selsema yang aku telan tu. 

Gambar raya bertema kan malam raya dan cahaya Aidilfitri.








Wednesday, September 7, 2011

Trivia Raya 1

Trivia 1.

Malam raya hari tu aku makan pil selsema sebab aku dah rasa selsema !

Pastu aku ting tong. Bangun pagi siap siap nak gi semayang raya aku dalam keadaan separa sedar. Lepas solat dan masa khutbah aku rasa aku menguap macam naga. 

Dan orang sebelah aku kiri dan kanan pun menguap sama.

Apa kah???

Trivia 2.

Dek kerana mengantuk mata, balik rumah lepas solat tu, selepas sesi bersalam salaman, aku terus tido.

Aku tidur dengan baju Melayu tu dari pukul 10 pagi sampai 6 petang. Pastu bangun makan jap then tidur balik dari pukul 9 malam sampai 6 pagi esoknya.

See? Best tak hari raya aku? 

Tiduran dalam sepi.

Trivia 3.

Dah lah masa pagi raya tak sempat bergambar. Belum sempat apa apa, kamera pun tak pasang lagi, orang dah datang beraya.

Dan orang beraya tak putus putus. Kami tak de masa nak posing.

* nanges baling tripod tepi dinding.

So tahun ni gambar raya keluarga adalah tiada !

Trivia 4.

Sepanjang hari aku membuta ria tu, beberapa kali kakak aku kejut. Ada orang datang beraya. Aku keluar bilik dengan keadaan toya, bersalaman dan cakap sepatah dua, pastu bagi angpaw raya, pastu aku sambung tidur dengan inzal tanpa mempedulikan apa apa.

Ting tong gila.

Trivia 5.

Masa aku bangun kol 6 petang tu, aku gi dapur, Makcik Mona kat dapur. Aku tanya dia.

"Mak ! Apa yang telah berlaku kepada dunia sekarang ni?"

Makcik Mona adalah koma sekejap.

"Pegi basuh muka nuh !"

Makcik Mona tetiba datang amok. Anak dia adalah sewel dan mengarut di hari raya !

Pedulik............... !

Dan terimalah koleksi gambar raya bertemakan, persiapan hari raya.







Oh. Makcik Mona marah aku, dia kata aku ambik gambar pokok Aloe Vera dia dan dengan niat aku mahu mematahkan pokok dia.

Mak aku dah tak sayang aku. Dia lebih sayangkan pokok Aloe Vera dia. Dah la dia kata aku sewel ambik gambar bawang.

"Mak memang tak tau Art !"
"Ak ! Ak ! Abis patah pokok mak jap lagi tu"

* nanges tepi tong tahik !

Tuesday, September 6, 2011

Selipar Cinderaya....

Masa pagi nak pegi solat Aidilfitri kat Masjid. Dah siap siap pakai baju semua ni. Then keluar rumah terfikir. Cemana aku nak gi masjid? Takkan nak pakai selipar raya?

Kalau hilang?

Errrk..


Selipar baru ni. 

So, aku check belakang kereta. Ada selipar Nike.

Ambik lah walaupun tak sedondon dengan baju.


Tup tup nak pakai, putus pulak.

Aku lupa. Aku buh dalam boot kereta hari tu sebab nak gi tampal. Tapi sampai sudah terlupa.

Abis tu cemana?

Cari cari selipar satu rumah tak de yang boleh di bawak ke masjid. Takkan aku nak sauk selipar baru baru. Yang lain lain semua orang dah pakai. Ayah aku, abang ipar aku, anak buah aku.

Sudahnya.... korek korek belakang kereta..........

Yey ! Jumpa selipar pegi semayang Jumaat.

Gembira di hati bukan kepalang.

Ambik ambik tengok...........


Motip tak serasi bersama? Motip tak Ajai dan Nurul anymore?

Dah la satu besar satu kecik. Pastu brand lain lain lak tu.

Cemana dia berada dalam kereta aku?

* nanges. 

Nak tak nak, abang redha je pegi masjid dengan selipar aneka ragam ni. Dah lambat lagi pun. Bedal je lah.

Kau orang ado?

Tapi tak kena curik okeh!

Hahaha. Ntah ntah orang pandang pun tidak. Kena keji lagi ada.

Monday, September 5, 2011

Supermeng Dan Maya Karin

Apa perkaitan antara aku dengan Maya Karin?


Ada?

Tak de?

Ada !
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku dilanda demam dan tidak berMaya Karin !

* cough cough.

Wednesday, August 31, 2011

Salam Merdeka

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !

Selamat menyambut hari kemerdekaan...

Tuesday, August 30, 2011

Salam Syawal

Dengan hati ikhlas, zahir, batin sekata.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Monday, August 29, 2011

Selamat Balik Kampung

Bagi yang memandu, hati hati memandu.

Bagi yang tak balik raya. Jangan sedih sedih.

Selamat balik kampung untuk semua. Ingatlah orang tersayang..............

Tahun ni abang beraya di Italy............ !



Sunday, August 28, 2011

Misi Mencari Baju Raya.. !!!!

Aku nak bagitau aku telah pergi shopping di Jalan TAR dengan jayanya !

* sila berikan tepukan gemuruh berserta percikan bunga api tanda gembirah.

Aku dah janji dengan OR nak pegi Jalan TAR tu sebab misi mencari baju Melayu abang masih tergendala. Dia more than happy nak teman aku ke sana walaupun aku memula fikir baik je la aku beli baju Melayu kat Parkson ke atau mana mana mall sebab aku rela berbelanja lebih sikit daripada pegi ke Jalan TAR tu dan aku end up pening kepala dan menjadi amok !

Aku dah lama tak jelajah ke sana.

Bukan aku mengada ke apa, tapi aku memang tak larat kalau berada di tempat yang ramai orang. Nanti aku cepat pitam dan darah akan naik keluar dari ubun ubun dan aku bertukar menjadi Incredible Hulk !

* tolak IH masuk dalam kawah rebusan.

So lepas saja berbuka ala ala lalong kelmarin, kami pun keluar rumah.

Masa yang kononnya terbaik untuk merayau sebab kami pasti time tu orang sibuk berbuka puasa di rumah.

Perjalanan dari rumah ke KL ok je lah tak jem.

Tapi makin dekat nak sampai ke KL aku jadi semakin berdebar debar. Dup dap dup dap jantung abang ni. Ya lah. Tak tahu macamana nak jangka. Last aku pegi sana pun aku dah lupa bila, tapi aku ingat lagi dulu dulu memang aku jadi serik untuk membuat kunjungan hormat lagi ke sana.

First first kami ke SOGO !

Ya. Sogo tu bagi aku menarik untuk shopping sebab banyak barang boleh di cari di bawah satu bumbung. Dulu dulu pun aku kalau raya, ke sana je lah sebab aku tau apa aku nak pasti aku boleh jumpa di sana.

Nak parking je dah boleh buat aku hilang semangat. Ya ampun banyaknya kereta.

Tapi nasib kami baik. Sampai sampai je terus ada kereta nak keluar.

Zap..............

Terus parking dan buat buat muka tak bersalah.

Lepas parking terus naik atas dan sampai kat Ground Floor tu tengok orang terus abang separuh lumpuh jadinya. Ramai gila.

Naik atas bahagian lelaki memang boleh berbuih mulut dan nak koma tepi escalator.

Kami tuju tempat yang nak di cari barang je. OR memang tak de apa nak carik, aku je la yang sibuk nak carik baju Melayu, tapi nak pegi Sogo dulu. Dia pun faham. So tak de la aku nak abiskan masa dia nak tengok tudung lah, jubah lah.

Tengok orang punya ramai. Macam macam bentuk orang. Berpusu pusu. Kat kaunter cashier tak payah kira lah. Dan baju dah macam jual kat pasar lambak je. Asal orang letak stok baru, maka manusia berkerumun laksana lalat menghurung tahik.

Ayoo... Terus nak berjalan pun dah macam bergesel gesel peha dengan orang lain.

Tup tup tengok baju Melayu memang tak de yang menarik. Tapi aku memang nak carik something. Baju bajan ni aku tak heran sangat sebab aku rasa baju aku banyak. Aku cuma nak beli seluar je.

End up, aku beli jeans kat Levi's je 2 helai. Selesai !

Lega. Sebab kat Levi's tu tak ramai orang. Then nak bayar pun tak perlu beratur dah.

Cuma sebab dia nak potong sikit seluar yang aku beli tu, maka kami terpaksa tunggu untuk setengah jam.

Sementara menunggu tu, merayau kejap then OR sambar jugak beli jeans untuk dia sehelai. Tapi dia tak payah nak potong lah. Dan berjalan lagi sampai ke atas kat bahagian letrik sebelum turun semula dan aku ada kekuatan untuk bersesak sesak dengan orang lain dan beli T shirt 2 helai untuk ayah aku.

Tu je lah.

Argh. Serious orang macam ramai gila babun !

Akhirnya Sogo tu macam dah nak tutup dah baru lah kami keluar.

Berjalan kaki dari Sogo nak sampai ke Jalan TAR adalah lebih bercinta.

"Pengsan lah tengok orang macam ni Yang"

Aku bagitau OR. Dia relaks je lah. Sambil jalan tu aku dok hisap rokok lah. Tengok orang ramai gila. Dengan bingit je bunyi orang berniaga jualan raya. Pastu lagu raya berkumandang memang betul betul buat hari raya ni tampak meriah.

Kami siap berhenti dulu tepi jalan dan tengok orang !

Nak makan di restoran Insaf la konon, tapi misi gagal sebab dah nak tutup.

Kami jalan lagi potong sampai betul betul lorong nak masuk Jalan TAR tu dan redah dengan penuh semangat waja. Sebab kami skip dan masuk ikut jalan lain, jadi tak de la lalu depan Wisma Yakin semua tu. Masuk masuk je terus keluar depan Masjid India tu.

Dan mula la kami riki riki cari baju.

Carik baju tak de la lama pun. Aku just cakap aku nak kaler apa, then OR tolong carikkan. Aku pening tengok baju banyak sangat. Last sekali sampai kedai tu, tanya budak kedai tu then dia tunjuk itu ini, aku cepat cepat je bersetuju.

So.. Misi mencari baju Melayu adalah berjayah !!!

Tapi OR buat lawak. Masa nak pilih pilih baju tu, dia cakap kat aku.

"Yang. Beli la baju yang leher Teluk Belanga tu, cari yang jahitan Telur Tembelang kat leher ni"

Aku terdiam sekejap. Cuba nak associate apa benda Telur Tembelang tu.

"Telur Tembelang?"

Aku tanya dia.

"Eh.. Bukan. Tulang belut !"

Berderai aku gelak. Apa kes ntah, beli baju Melayu nak kena cari jahitan Telur Tembelang !


Beli baju Melayu siap dengan sampin. Tahun ni aku beli kaler cokelat orange orange sikit. OR kata ada matching jugak la dengan baju raya dia tahun ni. Aku siap suruh adik kedai tu cabut sampin kat patung sebab dia kata sampin kan design dia tak sama. Koma tengok patung kena bogel.

Selesai. Beli baju dan sampin semua terus settle. Harga baju Melayu dan Sampin adalah RM400 !

* meraung depan Din Wahab !

Pastu aku rasa stressed ! Aku fikir aku banyak sampin di rumah dan ayah aku pun banyak sampin, boleh je kalau aku tak beli dan match match saja. Tapi tak pe lah, aku dah lama tak beli baju Melayu pun.

Lepas tu baru la balik semula ke Sogo sebab kereta nak parking kat sana.

Masa ni la memang jalan tu jadi haru. Nak redah lepas balik ke Sogo semula macam macam la sepanjang jalan tu. Ada orang jual baju, jual mercun, jual makanan, jual kuih, jual belon, jual jam, jual air, jual keropok.

Macam macam benda boleh di jumpa.

Orang ramai nya.

Dengan kereta sibuk nak masuk jalan yang dah sempit tu.

Hah....... semput.

Dan berkat daya saing abang yang waja ni, akhirnya kami berjaya sampai ke Sogo semula.

Ya ! Berikan tepukan penuh padu sekali lagi kerana tahun ni aku berjaya meredah Jalan TAR buat kali yang tak tahu bila dah.

"Tahun ni I tak nak datang sini dah ! Biar lah. Nasib raya setahun sekali, tapi tahun depan rasa tak tentu lagi nak datang sini ke tak, beli kat mall je sudah"

OR OK je dengar aku yang komplain lebih lebih. Dia teman aku pun dia rasa seronok. Aku tanya gak kot dia nak usha jubah ke apa, dia tak mahu. So kami balik je lah.

Kami sampai Sogo, ambik kereta. Nak keluar parking Sogo pun rasa bercinta.

Tapi akhirnya............ yezza. Kami keluar dan berjaya mengharungi semua ini dengan berlapang dada.

Yey !

Apa yang pastinya, raya tahun ni abang pasti akan tampak lebih gemilang !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...