Friday, June 5, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V1.0 : 04 - Fraser Place, Kuala Lumpur - Part 2

Masih lagi di Fraser Place, Kuala Lumpur.

 
Bangunan hotel. Hotel ni ada 2 tower... east and west. 

Kami cuma menginap 1 malam je over the weekend, so cuma sempat breakfast sekali je lah.

Tempat breakfast. Swatches di tingkat 1

Spread agak OK. Food boleh tahan. Ada Nasi Minyak dengan Rendang Ayam !

 Tapi orang agak ramai pagi tu.. banyak pak Arabs.. tapi kerusi meja mencukupi.

Ada Muesli... sedap gak

Aneka buah buahan

Now usha facilities nya pulak.

Level paling happening adalah tingkat 18. Kat sini terletaknya facilities facilities hotel yang boleh di guna pakai oleh guests.

Level 18. Relax. Pump. Spin. Play. Refresh dan Splash !

RELAX - sebab kat sini ada verandah tempat lepak lepak. Ada garden overlooking panoramic KL di setiap bucu dan side

View area Bukit Bintang

Area KLCC. Ascott dan Menara Hong Leong yang berbentuk nombor 8 dari atas

View Jalan Sultan Ismail. E&O Residence kat belakang

View KL Tower and Shangri La Hotel

Renaissance Hotel dan Fraser Residence yang aku tak de rezeki nak duduk

PUMP - untuk bergym-ak

Yoga

Kick boxing

Dia nak try jugak

SPIN tu sebab ada satu bilik untuk laundry. So boleh basuh basuh baju kat situ jika mahu. Lupa lak aku nak ambik gambar bilik laundry tu.

PLAY - Ada game room

Part ni Hero memang suka gila.

Ever since PS2 dia rosak dan aku malas nak baiki. PSP pun hilang ntah mana dia campak so no more game. So dia dok main kat handphone je lah. 

Tapi kat Fraser Place ni ada game room. Ada 2. 1 tu Wii Game dan satu lagi PS4. Memang raya Cina la dia kat sini. Asyik dok spend time kat sini jer. 

OK jugak. Dia boleh main kat sini dan aku tinggal je kasik dia ralit.

REFRESH... ada sauna. 

Dan jacuzzi.. Ada untuk lelaki dan pompuan so tak bercampur. Guests boleh guna FOC so boleh refresh refresh kan diri kat sini.

Dan last sekali.. SPLASH !

Infinity pool overlooking Jalan Sultan Ismail. Cuma pool dia agak kecik dan pool budak budak lagi kecik. Nasib la tak ramai orang so anak anak aku je mandi dengan riang !

Mandi manda dengan riang ! Kasi can la kan???

Overall... memang best hotel ni. Tambah lagi best, dia kasi aku late check out sampai pukul 2 petang !

Tapi aku nak try gak duduk Fraser Residence. Insya Allah. Ada rezeki lah tu nanti.

Apa apa pun, lepak hotel ni memang la OK tapi duduk kat rumah sendiri lebih best dan selesa walaupun rumah kecik, sempit dan tak mewah. 

Cuma sekali sekala kalau nak mencari penginapan di tengah kota, Fraser Place ni boleh di considered !

Highly recommended. 

Thursday, June 4, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V1.0 : 03 - Fraser Place, Kuala Lumpur - Part 1

Masa plan nak gi cuti cuti ni, mencari hotel sebenarnya agak payah sebab aku kalau nak cuti dengan budak budak kena cari hotel yang kids friendly. 

Dan standard aku kalau hotel hotel ni agak tinggi sebab alang alang gi bercuti, biarlah tempat tidur tu yang selesa dan tak banyak hal.

Kalau aku sorang tak per, tapi kalau dengan budak budak, biarlah mereka selesa sikit atau at least, biar dia orang gembira dan fun fun.

Hero pun ada cakap kat aku hari tu.

"Papa, kalau kita nak tidur hotel, biar Papa je la pilih hotel. Jangan bagi ibu, Ibu pilih hotel tak best"

Hahaha. Suka suka hati dia jer. Ingat bapak dia ni saudagar minyak unta agak nya !

Tu sebab last hotel kami duduk hari tu di Seri Malaysia Bagan Lalang dan OR yang booking. Anak aku ni dah pandai komplain !

Cuti kali ni sebenarnya aku dah eyeing for another hotel. Dan selalu je aku check hotel hotel yang baru di buka sebab biasanya kalau hotel baru bukak rate dia masih murah dan special. 

Salah satu hotel yang baru di buka adalah Fraser Residence KL. So aku riki riki jugak la tapi sebab tak confirm nak gi bercuti so tak de la aku book. 

On that day, masa aku decided nak gi cuti ni, nak book je hotel tu terus penuh !

Dang !

Tak de rezeki. Perah perah otak, aku opted for second choice hotel yang ada. Adik beradik dia jugak lah iaitu Fraser Place !

Fraser Place Kuala Lumpur, Jalan Perak.  

Hotel dia memanjang ke belakang. Entrance dia pun kat tengah tengah building

Aku tak pernah experienced stay di mana mana Fraser Hospitality ni tapi kali ni aku try la sebab review pun bagus bagus belaka.

Booking the same day dan lepas gi Aquaria kami terus check in. Tu pun plan asal nak pegi Petrosains tapi sebab terdampar agak lama di Aquaria KLCC tu, time pun dah pukul 4 petang so agak rugi kalau check in lambat. So kami cancelled ke Petrosains dan check in jer.

Dan hotel ni cuma few minit je dari KLCC ! Tapi since kami drive so kena la alih kereta dari parking KLCC ke parking hotel.

Terletak di Jalan Perak, sebelah HQ Hong Leong Bank dan Rohas Perkasa. Opis lama aku tu situ.. tapi dulu bangunan ni tak wujud lagi.

Now.. ayuh kita terjah !

Lobby di tingkat 2.

Parking agak senang. Unload barang dan turun parking kat basement. Parking free je untuk guest. Then naik ke lobby di tingkat 2. Barang barang concierge dah angkut kan.

Lobby agak luas. Ada free internet service

Menunggu tak lama. Check in pantas !

Verandah di lobby

Check in. Anak anak aku macam biasa belasah apple tu dulu

Dan dekat lobby ada free coffee dan drinks

Check in OK. Staff agak peramah dan senyum simpul mak iloi iloi.

Deposit RM 150. Aku ambik one bedroom suite.

Aku request smoking room dan higher floor. So aku dapat tingkat 26. Semuanya ada 29 tingkat !

Jom masuk bilik.

"Assalamualaikum"

Pass key

Dia kira macam service apartment, so luas sikit la. Sesuai untuk family.

Tapi lif agak slow ! Lama jugak la nak menunggu lif tiba.

Living room. Checked ! Biasalah kalau gi hotel tempat tidur aku adalah di sofa jerr....

TV

Dapur

Dining area

Semua FOC

Kamar beradu. Bantal dan tilam adalah best !!

Dalam bilik. Tak payah nak berebut TV sebab ada 2

Closet

Washroom

Ada bath tub dengan standing shower

Toiletries

(Malin + Goetz). Aku suka shower jel dia. Siapa ada akses outlet dia aku nak ngirim !!!

Kiranya room memang best ! Terbaik. Bersih dan selesa. 

Ruang yang luas diri bergerak bebas.. namun keupayaan ku terbatas.. segala mimpi menjadi api.. perit membakar diri.

* pose pose Sudirman tepi tingkap.



Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Tapi ruang memang luas. Tak lemas dan santai. Much better dari bilik hotel yang biasa biasa. Budak budak pun boleh berlari ke sana ke sini. Dan aku tak de la kena pandang muka OR sepanjang masa.

Bosan jugak la kan kalau macam tu ! Hahahaha

Ada masa dia duk dalam bilik dan aku duk kat ruang tamu.

Layan view tepi tingkap

View kat pool....

Bilik memang OK. Cuma malam tu cuaca tak bagus. Hujan jadi kami tak boleh nak keluar makan. Konon plan asal nak gi makan kat KLCC jer jalan kaki tapi dah hujan pulak. Malas nak drive. Sudahnya order Dominos jer. Hotel punya dining cuma ada siang jer. Malam tutup.

Memula nak order Foodpanda. Aku call la nak order over the phone sebab kat hotel ada pamphlets dan menu book dia.

"Sir.. you have to go into our websites.. Then you check your area... where is your area Sir?"
"Fraser Place. Jalan Perak"
"Yes.. you check and you select your area... Bukit BintaN"

Kantoi orang Klate !!!! Hok aloh demo gak... kecek klate sudoh la weyyyy... ey ey ey ey

* buat tarian wayang kulit

Aku tak pernah order foodpanda. Ingat aci order on the phone je. Cis. Last sekali order pizza je. Budak budak pulak nak makan maggie. Memang dapat makan maggie kalau gi bercuti je lah. Yang tak menahannya si Hero tunggu OR masak maggie pastu tak sabar sabar.

"Papa, abang lapar lah"
"Kejap la.. nanti ibu masak lah tu"

Pastu dia mundar mandir kat dapur.

"Papa, Ibu dah letak air dalam periuk tu.. tapi tak masak masak"
"Sabar. Ibu kan tengah solat"
"Mana boleh biar lama lama air tu, nanti ada jentik jentik"

Hahaha. Dia membebel sorang sorang.

Tak tau aku nak marah ke atau nak gelak.

bersambung..................

Wednesday, June 3, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V1.0 : 02 - Aquaria, KLCC - Part 2

Okey sambung part 2.

Masih di Aquaria KLCC.

Aquaria

Dalam Aquaria tu, yang pernah masuk mesti tau ada satu tunnel yang dinamakan Oceanarium.

The vastness of the open sea and the entrancing rhythm of life are recreated in our Oceanarium.

Journey through a 90-metre transparent underwater tunnel and come face-to-face with our Sand Tiger Sharks, Giant Stingrays, Green Turtles and so many more.

Ada jaws

Ikan ikanan

Tunnel boleh tengok ikan berenang riang tak berapa riang di atas dan kiri kanan

Ikan apa ni? 

Riang !

Dan ada la satu part lagi yang ada diver berenang sambil bermain main dengan ikan ikan. Dan rasanya ni la part paling best untuk di lihat di Aquaria KLCC ni

Tapi biasalah orang ramai, nak ambik gambar pun payah. Ni je la yang sempat aku snap.

Abam diver

Poyosing

Mari berenang bersama Penyu

Cheese !

Hidupan laut

Dapat makanan

Face to face

Princess dalam takut takut pun excited juga

Suka betul aku tengok penyu ni

"OK. Bang. Dah.. Time's up !!"

Pastu ada lagi section lain.

Weird & Wonderful

Walk into the darkness and be fascinated with bizarre and unusual creatures from the deep.

Featured here are Sea Jellies and Seahorses, amazing yet delicate marine creatures that are beautiful yet mysterious.

Misterious sungguh !

Kuda laut

Jelly 

Larian obor obor

Tu bukan ikan tapi geng geng cicak

Mulut siapa ni? Ning Baizura? Haks

Agak agak kasi test suara ning jap.



Dari bisikan naluri, ada curiga destinasi cinta ini
Ingin mencari kepastian, mengapa ia sembunyi
Akan hilang segalanya ceria, sekiranya tiada kejujuran
Adakah ku mengejar mimpi?
Bagai embun menjelang pagi,..

Di manakah dia sinaran cahaya?
Menyinar seri kewajah ku hilang nya dimana?
Pelayaran kita sepi di hujung samudera
Di antara mungkin dan curiga...
Berilah kepastian arah penentuan yang abadi
Selamanya,...

Sunyi bersendiri,.. ditemeni bintang berkelipan,..
Purnama yang tersenyum mesra
Merestui cinta kita pasti.....

Ah,,....ohhh....

Di manakah dia sinaran cahaya?
Menyinar seri kewajah ku hilang nya dimana?
Pelayaran kita sepi di hujung samudera
Di antara mungkin dan curiga...
Berilah kepastian arah penentuan yang abadi
Selama-lamya,...
Ku ingin bersamamu
Hadapi kenyataan
Itulah,...
Janjiku...
Untukmu,..

Mungkinkah kita,.. bersama kembali memadu cinta
Munkinkah? Kita kekal selamanya
Atau merasa curiga,..
Ku,... beradu,..
Antara Mungkin Dan Curiga,..
Uhh...oh...ah...

Dan abis tu nanti keluar macam biasa la ada souvenir shop.

Tak boleh nak elak ! Budak budak terlebih excited. Yang tak tahannya datang Aquaria, tapi bila memilih si Princess pilih Butterfly !

Tak kena tema betul. Tapi tu yang dia nak.

Beli beli

Overall, a good place for budak budak.

Semua happy. Cuma Princess la ketakutan dengan few species so most of the time nak kena dukung jer manjang.. 

Dia tu semua dia takut.

"Adik ni semua takut... "
"Ada la adik tak takut"
"Apa dia?"
"Kucing dengan semut"

Hmmmmm...

Aku kena bawak dia gi Zoo Negara pulak bagi dia tengok lebih banyak binatang.

Apa apa pun, aku pernah ke Osaka Akuariaum tapi Aquaria KLCC ni kira not bad lah.

Seriously not bad for first timer. Tengok budak budak buntang mata dengan species species yang ada buat aku rasa kunjungan aku ni adalah tepat pada masa dan ketika ! Aku pun tumpang seronok sama.

Kudos Aquaria Kuala Lumpur. Aku tumpang bangga !

Kalau masih terasa antara mungkin dan curiga.. sila pegi lawat sendiri. Pastinya tak menyesali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...