Monday, April 27, 2020

APR 2020 | CORAT CORET COVID-19

Dah lama aku nak buat entry tapi line macam siput sedut....  Patah semangat nak mengarang. 

Kali ni kita cuba !!

Now dah PKP Fasa 4... Bermula dari phase 1 lagi banyak benda nak di kongsi tapi tak berkesempatan. Aku nak kena documented perkara perkara yang berlaku sepanjang PKP ni sebab ianya tak selalu berlaku dan harapannya ini je lah kali pertama dan terakhir berlaku.

Corat Coret Covid-19

01. Mereput di rumah tak boleh nak travel. Rengsa jiwa raga !


Nasib baik aku tak de mana mana trip tertunggak. Jadi tak de pening kepala nak berurusan dengan airlines nak refund etc...  Jadi kali ni memang kena mereput di rumah dan menjalani kehidupan penuh kebosanan. Tapi aku yakin bukan aku sorang je so demi kebaikan, tak perlu nak complain !

02. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...


As much as aku pun bosan jugak tapi aku rasa ini lah jalan yang terbaik. Duduk rumah ! Be creative dan buat lah apa yang patut !.... Tapi aku OK jugak boleh keluar sekali sekala, tapi kesian anak anak aku kerengsaan tak berbelah bahagi. Dapat keluar angkut barang dari kereta lepas balik beli groceries pun dah satu nikmat buat mereka !

03. Takde masa nak berpeleseran.


Jauh sekali nak keluar melepak dengan kawan kawan. Banyak benda benda biasa yang biasa di buat, terpaksa di tangguhkan !

Kadang kadang rasa nak ber-Zoom dengan Ane Ane di kedai mamak yang biasa aku lepak, just nak tengok muka dia orang.... Aci ke rindu kat mereka? Ahaks !

04. Acara acara penting pun tertangguh juga.


Biasalah ada acara acara selebrasi keluarga pun tertangguh juga. Nak buat cemana ! Tapi jimat gak tak payah nak kena beli hadiah ! Ahaks. Harap tak de sebarang tuntutan lepas abis PKP kelak.

05. Aktiviti yang di rancang.....


Plan macam macam nak buat. Sudahnya macam tak mencapai piawaian jer.. Bukan tak biasa duduk rumah, tapi time time macam ni mood jadi sendu !

Misi gagal terlaksana !

06. Aktiviti yang aku buat !


Awal awal tu dah bosan sangat, aku terlayan cerita Oshin ni. Dulu rasanya macam pernah tengok dan tau cerita ni best tapi dah lupa. So gigih melayan satu episode ke satu episode nak habiskan dekat 300 episode. Mula mula menarik gak lah tapi lama lama rasa macam tak berhabisan cerita Oshin ni. Nasib dia di rundung malang manjang... Last last aku give up. Sampai episode 100 jer. Tu pun naik ber-panda bijik mata. Nasib satu episode dalam 15 minit jer. 

Misi gagal !

07. Cubaan mengisi masa lapang

Dah tak leh berebut siaran TV aku hadap je apa yang ada. Tertengok pulak drama drama Melayu. Memula macam layan jugak last last aku depressed. Apsal cerita Melayu semua macam beri semacam tekanan jiwa kepada penonton !

Misi gagal lagi !


Tapi ada gak drama yang menarik untuk di layan... Nak karaoke di rumah takut jiran jiran datang baling tahik sebab tak berapa berbakat besar nak menghiburkan masyarakat !

Dah macam macam benda di buat. Macam macam aktiviti. Pasrah je lah sampai semua ni berakhir...... 

Sudahnya, gambaran fasa PKP aku macam ni !

PKP Fasa 1

PKP Fasa 2

PKP Fasa 3

PKP Fasa 4

Mereput di rumah menjadi acara harian !


08. Ada masa kena kerja !

Kalau kat rumah, ada je meeting secara maya tapi mood tak berapa best nak work from home nih !


Nasib gak lah ada dua tiga kali aku kena gi opis dan site sebab ada emergency. Tapi kerengsaan pun ada juga.

Dia punya jem lain macam ! Mengalahkan hari hari biasa !! Ada sekali untuk 100 meter aku tersadai dekat 2 jam. Pergh... 

Baik lah lagi duduk rumah boleh jugak pose pose Nefertiti !

09. Perks menjadi Ketua Keluarga.....

Nasib la jadi ketua keluarga boleh gak keluar gi beli barang keperluan... Kerajinan dia agak luar biasa. Kadang kadang macam setiap hari nak keluar walaupun tak de nak beli apa.....




Hari ni gi Tesco, esok gi Village Grocer..


Ada masa barang di temui, ada masa buat buat tak jumpa sebab nanti boleh datang lagi !

Atau keluar sekadar memburu roti Gardenia. Tak jumpa rasa macam tak lengkap dunia. Padahal dulu dulu tak de lah makan mana. Tapi awal awal masa PKP roti Gardenia ni macam susah gegila nak jumpa.

Nanti kan pembalasannya bagi yang borong bagai nak gila...

Nak cari facemask pun macam nak beli berlian !

Nantikan lah pembalasan si pitung kelak !!

Mendapatkan rokok idaman kadang kadang mencabar kesabaran jugak...

Sampai ada time time aku terpaksa beralih arah. Nasib baik tak lama. Kalau tak mood boleh bertukar menjadi gergasi hijau...

Kadang kadang ada gak rasa macam hari hari nak gi beli groceries ! Sekadar nak cuci mata?

Tapi ada gak lah kebaikannya !

Now aku lebih mengenali jenis jenis haiwan yang boleh di makan dan apa nama mereka...

Juga nama sayur sayuran yang selama ni aku tau melantak jer...

10. Learning process..

Sedar tak sedar Covid 19 ni juga banyak memberi pengajaran pada kita semua ! Tak semua benda yang kita tak suka tu tak de kebaikan untuk kita !

Banyak benda kita boleh pelajari dari isu Covid 19 ni sebenarnya...

Mungkin masyarakat lebih takutkan hantu daripada takutkan kesalahan melanggar undang undang !

Now kita tau betapa pentingnya menyimpan !!! Jangan boros lagi. Kita tak sedar bila kita memang berada dalam situasi terdesak dan perlu guna saving saving yang ada....Untung lah yang dapat BPN.... Kurang kurang dapat gak la bantuan... 

Banyak benda pun kena buat sendiri !!! Kalau dulu tau senang je semua benda dan tak payah pening pening kepala

Menjadikan kita lebih prihatin dengan nasib orang lain !

Belajar pentingnya menjaga kebersihan diri.... untuk diri sendiri dan keluarga kita juga...

Get used to the new norm lepas lepas ni...

Jangan buat perkara perkara yang mementingkan diri sendiri. After all kita nak benda alah ni semua cepat pergi...

Redha kalau time ni kita rasa susah untuk menghadapi semua ni. Kalau kita berduka atas apa yang terjadi, fikirkan lah bukan kita je yang merasainya. 

Banyakkan bersabar dan teruskan berdoa. 

PERCAYA dan YAKIN lah !!!

.....akan ada sinar dipenghujung hari !!!

Kekal duduk di rumah ! 

Sama sama kita membantu menghentikan penularan wabak Covid 19 ni !

Amalkan penjarakan sosial ! 

After all, kita hanya menumpang je di dunia ni !


#Staystrong 
#Staysafe 
#Wemustwin

Selamat berpuasa !!!!

14 comments :

  1. Hi meng lama tak nampak haha...br komen kat blog. Aku ingt ko pkp kat kampung kenyang takde line sangat tu? Apa ni duk kawasan have have tapi line takde! Hahahaha!

    Stay safe meng. Aku rasa part jd ketua keluarga atau anak harapan mcm aku tu mmg kelebihan sgt. Xde la kemurungan duk kat umah je hahaha cuma balik shopping jgn lupa mandi, tukar baju sebelum pgg family terchentaaaa...gituh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nampak sebab aku dah kurus kan??? berjaya menyembunyikan diri... tapi lepas PKP.. aku dah nak sama dengan gajah liar dah ni.

      tenet satu hal.. malas pun satu hal. aku siap suh unifi dtg pasang tapi dia tak datang pulak sebab PKP.. mereput lah line broadband mcm siput nih.

      kau stay safe jugak.. moga cepat bahana covid ni sembuh dan pergi. so kita boleh get back on track and bertravelan lagi.

      selamat berpuasa DJ !

      p/s kalau jumpa Dato DG KKM, cakap aku kim salam ya....

      Delete
    2. Kurus laaa...aku tau ko bosan pkp smpai asyikkkk jogging dari bilik ke peti ais ke ruang tamu ke peti ais balik. Mana tak kurusssss! Hahahaha

      Tu la aku mmg byk gila tiket telah dan bakal burned ni. Sadis rasa tapi aku pasrah la. Huhu sedihkan, mesti travel dlm setahun dua ni tak mcm dulu...huhu

      P/s - hahaha baikkk! Aku cakap nak panggil supermeng malaya tak jd frontliner? Mesti lari semua covid19! Hahahaha

      Delete
    3. kah kah kah... covid tak lari aku yang lari....

      Delete
  2. Insya Allah, kita pasti berjaya menanganinya....go,go cayo

    ReplyDelete
  3. aku dah beli tiket flight sefamily nak beraya dgn anak kat UK... hancusss... T_T
    mudah2an ada rahmat tersembuyi.
    Semoga Allah pelihara kita semua.

    ReplyDelete
  4. Masa PKP aku takde mood baca blog ko....semua mood, aku bawak ke dapur...so, sekarang baru terhegeh hegeh nak baca...kekeke...btw..nape lucu 18SX entri ko yang ni...hahahaha...aku assume ko bosan tahap gaban...maklum la...kat kaki ada taik lalat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkp rasa malas nak update... takde mood... kekenyangan sebab banyak makan.. hahaha

      Delete
  5. pkp nye hal...satu blog pn x baca. ni baru nk khatam. hahaha lawak baca esp part majalah mastika tu... kenangan betul pkp ni kan. satu hari nnti akn jadi memori buat kita semua. ayat kekal duduk di rumah mcm terngiang2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la rajin pulak org org ni dok edit tally dgn isu isu semasa..

      memang masa pkp mood semuanya berkabung jer

      Delete
  6. first time rayau2 blog,,, walawei terbest plak baca blog ko nie.. memacam ado.. bagus2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...